EYRUL 34
DIJELING Abang Ali yang mendekatinya.Masjid Auburn Gallipoli menjadi tempat pilihan Fairul untuk menenangkan diri.Sementara menunggu waktu solat,baiklah dia datang dahulu.
Solat tapi menipu bini.Buat jahat dekat bini diam-diam.Sebaik mana pun hubungan kau dengan tuhan,tapi dengan manusia tak jaga,macam tak ada guna.
"Boss," seru Abang Ali.
"Nak apa lagi Ali Baba Bujang Lapok?" tanya Fairul.
"Sorry ah boss.Terlepas cakap.Saya cuma curious tentang Eyra"
"Dia baik je.Entah-entah kewujudan abang pun dia dah lupa.Perempuan sombongkan?Kenalah dengan gaya dia," kutuk Fairul.
Walhal hatinya sakit berbicara sebegitu.Terpaksa dilukai hati sang isteri.
"Sekarang saya tengok dia dah okay.Nampak insaf budak tu," puji Abang Ali.
"Saya tak heran apa orang kata.Bagi saya,selagi dia tak sedar,selagi tu dia tak pernah berubah"
"Janganlah macam tu boss"
Abang Ali cuba memujuk Fairul untuk menghentikan perbuatannya.Fairul,tak makan saman!
"Abang!" kata Fairul keras tetapi dikawal tinggi suaranya.
"Aduh,aku ada buat salah lagi ke?"
Abang Ali menggaru kepala jemaah Australia di sebelahnya.Kepala sama botak.Manalah dapat beza.
"Oh I am sorry sir," ucap Abang Ali lalu menolak lembut kepala lelaki itu seraya diusap kepala botak itu0
"Sorry sorry pergi larilah"
Fairul dan Abang Ali terkejut.Mana dia belajar cakap bahasa melayu?Pantun pula tu!
Lelaki Australia itu menjauhi mereka.Jelingan maut dihadiahkan.Jarang dapat lihat orang putih menjeling manja sebegitu secara live!Untung mereka.
"Kita sambung balik," tutur Fairul.
"Tak pasal-pasal saya dapat musuh baru"
"Abang jangan alih topik eh.Abang sendiri nampak depan mata apa yang Eyra buat.Abang ingatkan?Mustahil lupa"
"Ingat tu memang ingat tapi mana tahu Eyra tak sengaja atau tak perasan"
Abang Ali mengemukakan pendapatnya.
"Lagi pula,dia penat masa tu.Jika dah penat,apa-apa boleh jadi boss"
"Dia penat,bukannya mabuk.Kalau mabuk tu,iyalah saya faham.Mabuk dengan penat lain"
"Boss ni dulu pakar debat ke masa sekolah?" ujar Abang Ali.
"Dah kenapa pula?"
"Suka sangat tepis kata orang.Nak betul aje memanjang"
"Tak.Saya pakar sebat orang.Nak try?"
Fairul mengangkat tangannya.Haish,Eyra tak ada nak dibawak bergurau.Si Ali Baba ni pun jadilah!
"Apa ni bergurau?Dalam masjid kan," tegur Rykal perlahan.
Mukanya yang basah menunjukkan bahawa dia baru selesai mengambil wuduk.
"Kauorang dah ambil wuduk?"
Serentak mereka menggeleng.Rykal membuka mulut bersedia untuk membebel.Dia melangkah ke arah jemaah yang menjadi mangsa Abang Ali tadi.
"Excuse me.Do you have a rotan here?"
"Roten?What is that?"
"Ops my mistake.I mean hanger"
"For what?"
"For scolding two stupid people"
"Tak adalah.Getah paip dekat tandas adalah.Hang nak ka?"
Rykal memegang telinganya.Dia salah dengar ke?
"Utara people?" soal Rykal.
"Bapak orang kedah,mak orang Australia," sengihnya.
"Ohh I see.Your name?"
"Mustaqeem Robert Al-Roqataaini"
Rykal menyembunyikan tawanya.Nama sedap baq hang!
"It's okaylah Taqeem,I go first.Thank you"
Badannya ditundukkan tanda memberi hormat.
"Kau berbual apa dengan si botak tu?"
"Aku minta dia rotan.Aku nak belasah kauorang.Dah tahu waktu dah nak masuk,tak ambil wuduk lagi.Pergi ambil sekarang!Itu pun nak kena ajar," bebel Rykal.
Jarinya dituding ke arah bilik wuduk.Lantas pasangan sejoli itu bangun apabila azan telah berkumandang.
🐂🐂🐂🐂🐂
EYRA membaling sepasang selipar asing ke rumah sebelah.Sakit hati pula melihat barang asing itu.
"Ini mesti anak jiran sebelah punya.Marahkan anak sampai selipar tercampak kat sini.Senja-senja nak buat aku marah," luah Eyra.
Jiran sebelah kirinya memang!Tak habis-habis bertekak dengan anak sendiri.Anak tu pula,melawan kata emaknya.Rumahnya juga yang menjadi mangsa pendaratan selipar mereka.
Kalau UFO yang mendarat,adalah juga faedahnya.Buat pameran,dapat duit.Ini selipar capuk,manalah Eyra tak bising.
"Eh Zaki?"
Kepulangan Eyra dari kerja dikejutkan dengan kemunculan Zaki yang sedang elok melantak makanan.
"Hi kak!" tegur Zaki riang.
"Buat apa dekat sini?Bila sampai?"
"Petang tadi.Saja je datang.Rindu dekat Erni," kata Zaki tanpa malu-malu.
Selipar tadi?Kepunyaan Zakilah kan?Eyra buat-buat selamba.
"Naik apa?"
"Drivelah.Dah ada lesen kot"
"Kereta siapa?"
"Kereta Zakilah"
"Siapa bagi?"
"Akak ni banyak soallah.Kereta tu abang belikan.Cash lagi"
Eyra tersentak.Fairul beli kereta bayar cash.Biar betul?
"Mana keretanya?Tak nampak pun"
"Saya parking atas langit kak"
Eyra mengeluh.Budak tak guna!
"Ada je hah dekat garaj.Akak yang tak nampak sebab dah sah sah garaj tu bertutup"
"Baik"
"Yang akak ni buat apa kat sini?Abang mana?"
Giliran Zaki pula bertanya.Dia terpaksa menunduk apabila berbicara dengan kakak iparnya memandangkan Eyra seorang yang terbantut ketinggiannya.
"Eh budak ni.Ada juga aku lesing!Ini rumah aku,aku punya sukalah! "
"Betul ni Zaki tak tahu?"
Zaki menggeleng.Makanannya tinggal suku lagi.Tunggu Eyra habis termenung,maka habislah juga nasinya.
"Dia pergi Australia"
"Ada kerjalah tu," bilang Zaki.
"Dia kata dengan akak,dia pergi company trip"
"Ah menipu aje!Nak holiday mende?Dia tu mana pernah tak busy dengan kerja"
Walaupun Zaki hanyalah adik tiri,tetapi dia amat rapat dengan Fairul.Tak heranlah jika dia tahu kerja Fairul.
"Akak tersalah dengar rasanya"
"Maybe," kata Eyra bersetuju walau dia tahu dia tidak tersalah dengar.
"Daripada akak tanya pasal Fairul,baik akak pergi makan.Mengeyangkan perut"
Eyra diam.Dia teragak-agak mahu bertanya lanjut tentang Fairul.Budak Zaki ni bukan boleh percaya sangat pun.Ada je idea nak mengenakan dirinya.
"Akak naik dulu ye," pamit Eyra.
"Oi kak!Sedap ni!Makanlah dulu!" jerit Zaki.
"Tak naklah budak!" laung Eyra pula dari tangga atas.
Langkahnya tersekat.Dia menjerit lagi.
"Zaki,selipar kau akak dah buang.Esok akak belikan yang baharu"
"Dahtu Zaki nak pakai selipar siapa malam ni?"
"Ambil selipar walid!"
Sejurus selepas itu dia masuk ke bilik.Eyra menghempaskan badannya di katil.Dia ralit memikirkan kata-kata Zaki.
Kereta,beli,cash,Fairul,Australia,kerja,
cleaner?Semua perkataan itu bagaikan teka-teki bagi Eyra.
"Aku ni isteri dia.Zaki adik dia," monolog Eyra sendiri.
"Alah menipulah Zaki tu.Aku ni isteri dia,dia tak bagitahu apa-apa pun.Kalau tak,memang dia akan inform," fikir Eyra.
Dia berpusing mencari kedudukan yang selesa.Setelah jumpa,dia kembali memikirkan segala kemungkinan.Seperti penyiasat sahaja.
"Fairul tak cakap apa.Buat apa nak buruk sangkakan?Suami akukan jujur"
Eyra tertawa polos.Hatinya kembali bersih dari syak wasangka.
"Berdosanya aku buruk sangka pada suami sendiri.Fairul punyalah baik dengan aku"
Dia sudah mula senang hati.Eyra bertindak menelefon lagi suaminya.Sama sahaja jawapannya.Tidak diangkat.
"Busy holidaylah tu.Mesti dia tengah happykan?"
Eyra seakan dapat merasai kegembiraan Fairul.Dia tersenyum sendirian.
"Tak mengapa.Kita bagi chance dekat dia.Nanti dia dah balik,aku berkepit puas-puas.Dia pun mesti rindu aku kan?"
Andai Fairul tahu keikhlasan Eyra,adakah Fairul akan sedar atau tidak?
Kita chill dulu dengan lawak bodoh aku tu sebelum sampai chapter yang mencabar😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top