EYRUL 33

EYRA melihat telefonnya.Sudah lebih lima kali dia menelefon Fairul.Masuk kali keenam,dia sudah berputus asa.Hampa.Lelaki itu tidak menjawab.Telefon balik pun tidak.

Empat hari berlalu.Belum sampai seminggu,Eyra pulang ke rumah keluarganya.

"Mana Fairul ni?Dia kena culik dengan minah Sydney ke?" monolog Eyra.

Tak sangka minah salleh ada hati pada lelaki melayu.Minah melayu pula ada hati pada mat salleh.Terbalik,terbalik!

"Eyra," panggil Izzi.

"Iya bang," sahut Eyra lemah.

"Dia tak jawab-jawab ke?"

Risau juga Izzi akan keadaan adiknya.Baru empat hari suami pergi,sudah lemah sebegini.Kalau sebulan,mau sakit teruk gamaknya.

"Iya.Mana dia pergi?Aku risau"

"Dia busy tu.Tengah bersuka ria dengan perempuan dekat sana.Cun melecun kot dorang," usik Izzi.

Tak apa.Selagi belum berkahwin,dibenarkan berfikir pasal perempuan lain.Nanti dah kahwin dengan Zabedah,jangan harap dapat!Kepala otak Izzi nanti sarat dengan Zabedah je.

"Busy apanya?Dia tu holiday,bukan buat kerja.Kalau dia kerja,aku fahamlah kenapa dia tak angkat.Seronok sangat sampai lupakan aku dekat sini," dengus Eyra.

Dia punyalah bermati-matian rindu dan risaukan Fairul,suaminya itu boleh lagi buat sebegini.Dahlah tak sedar kena tipu hidup-hidup.

Apalah nasib seorang insan yang bernama Eyra Hayati ni?

"Dia tengah bersihkan toilet dekat sana kot.Almaklumlah,cleaner," fikir Izzi.

Toilet rumah tak nak pula bersihkan.Toilet negara lain,nak pula.Huh!Apa bezanya?Sama je.Tandaslah tempat orang berak,kencing dan berselfie.

Bahagian selfie tu yang tak menahan.Kat mana-mana nak tangkap gambar!Kau bayangkan,pintu tandas tak bertutup dan ada satu benda ganjil berwarna coklat.

Kau pula sedang berdiri di cermin yang boleh pantulkan tandas puaka itu.Confirm dapat banyak like and komen di media sosial jika gambar itu dipost.

"Trylah call Rykal," cadang Izzi.

Takkanlah adiknya kurang pintar untuk fikirkan strategi lain.

"Seganlah aku," luah Eyra.

Lah,segan rupanya.Baru nak fikir segan?Selama ni kau dok bercakap dengan Rykal,okay aje.

"Biar aku call pakai phone aku," tawar Izzi.

Izzi terus mendail nombor Rykal.Eyra menunggu dengan penuh harapan dan sabar.

"Tak dapatlah Eyra," tutur Izzi hampa.

"Cuba sekali lagi," pinta Eyra.

Jejaka itu hanya menurut.Didail sekali lagi rakannya itu.Namun tidak berjaya.

Eyra faham akan isyarat gelengan yang ditunjukkan Izzi.Dia mengeluh melepaskan kerisauan.

"Apa kata kau pergi je Sydney"

"Tak ke macam cepat sangat?Fairul meluat nanti"

Gusar juga jika apa yang difikirkannya terjadi betul-betul.Sia-sia sahaja pengorbanannya selama ini kalau Fairul tawar hati padanya.

"Aku bagi idea je.Cuma...."

Eyra mengangkat keningnya.Izzi mula tersengih menayangkan giginya yang cantik tersusun.Bukan macam gigi adiknya!Bentuk zig-zag!

"Cuma,kalau nak pergi Sydney tu,ajaklah aku.Hehehe"

"Oh ada hati juga kau ye.Aku takut kau aje yang tertinggal if aku dah jumpa laki aku"

"Tak ada hal.Ada member nak pergi pun okay.Last cuti,kampung Fairul.Bukannya best pun Kampung Bola Disko tu.Aku pergi pun sebab ada Zabedah"

"Patutlah beria"

"Of course"

"Tengoklah dulu.Kalau dah terdesak,kita pergi je sana"

"Tapi kau tahu ke dia dekat mana?"

Eyra menendang langit.Ah,lupa nak tanya!Bodoh dah sebati dalam darah agaknya.

Melihat kesepian Eyra,Izzi pula mengeluh.Mengenangkan Eyra itu adiknya,tak jadi nak belasah.

"Tak apalah.Aku suruh member aku tolong.Kebetulan dia area Sydney.Nanti aku suruh dia carikan hotel Fairul"

"Woah!Arigatou gozaimasu Ani!" sorak Eyra.

"Ani mana ni?Scandal baru?Mentang-mentanglah Fairul tak ada!"

Dia mula marah akan Eyra.Pura-pura sedih,padahal simpan balak lain!

"Ani tu maksudnya abang dalam Nihon," terang Eyra.

"Nihon?Hon apa?Hon kereta?"

"Nihon tu bahasa Jepun!Kenapalah aku dikurniakan abang yang bangang abadi seperti Izzi ni?"

"Bangang sendiri tak nampak.Bangang orang lain kau nampak"

"Kau pergi keluarlah Izzi.Makin murung aku dengan kau," halau Eyra.

Eyra menendang punggung abangnya.Izzi mengusap asetnya lalu melangkah keluar.Sebelum itu,dia sempat menjeling adiknya.

🐂🐂🐂🐂🐂

"BRO,abang kau telefon tu.Nak angkat tak?"

Rykal memerhati gajetnya yang terletak elok di atas meja restoran itu.Ingin sahaja diangkat tetapi ditegah Fairul.

"Tak payah.Biarkan," kata Fairul tegas.

Terkulat-kulat Rykal dengan ketegasan Fairul.Dia segera meletakkan telefonnya di poket baju sejuk.

Telefon berbunyi untuk kali kedua.Fairul menghempas sudu yang dipegangnya.

"Bak sini telefon kau," arah Fairul.

"For what?"

"Just give it!"

Rykal memberi dengan teragak-agak.Fairul segera merampas.Nak makan pUn susah!

"Nah,ambil balik"

"Lah,vibrate rupanya.Aku fikir kau nak baling tadi"

"Sesiapa call dari kalangan keluarga dia,kau jangan sesekali angkat"

"Kau ni menyusahkan akulah Rul"

Fairul menjegilkan matanya.Aku?Susahkan dia?

"Masalah kau,aku pula yang runsing"

"Alah,kitakan brotherhood.Apa yang nak runsingkan?"

"Brotherhood nenek kau!Ingat ini Little Red Riding Hood ke nak hood hood bagai?" marah Rykal.

"Kau jangan!Kau dah janji nak tolong aku sampai akhir"

Fairul mengacukan garfu pada wajah Rykal.Cari pasal ni!

"Janji orang melayu macam aku,mana boleh pakai," selamba Rykal berkata.

Sentap tak?Uuuu,sis sentap!

"Sekarang ni kau nak kata yang kau tipu aku?"

"Lebih kurang.Tak jadi masalah aku rasa.Padanlah tu.Kau pun penipu juga," perli Rykal.

"Kau tu pun sama," balas Fairul tidak berpuas hati.

"Suka hati kaulah"

Mereka kembali menyantap makanan yang terhidang.Masing-masing tiada perasaan mahu bersuara.

"Kau dah fikir?"

"Not yet.Relaxlah.Ada baki tiga hari lagi.Sebelum last day,aku bagi kata putus"

Rykal hanya mengiyakan.Takut gaduh balik jika dia bersuara.

Urusan kerja mereka di Sydney sebenarnya hanya tiga hari.Baki empat hari lagi,mereka sengaja bercuti.Fairul bawa Abang Ali pun kerana terhutang budi.

Sepanjang tempohnya di bumi Kangaroo itu,tidak sehari pun dia terlupa akan isterinya.Fikirannya tidak habis-habis melayang kepada buah hatinya yang satu itu.

Tapi sayang,dendam itu lebih daripada cintanya terhadap Eyra.So Eyra,sorry ya.

"Kau tak nak charge phone kau?" tanya Rykal lagi.

Makanannya sudah habis.Dia menarik pula pinggan Fairul yang tidak luak.Tak kenyang lagi!Fairul membiarkan sahaja ulah Rykal.

"Biarlah.Semak!Confirm penuh dengan misscall betina jahat tu.Dan kau,diam boleh tak?Bernanah telinga dengar suara kau"

"Fine!"

"Boss,makanan saya mana?" sergah Abang Ali.

Hampir tercucuk garfu di tekak Rykal.Nak terberak pun ada.Adakah tekak dan punggung berkait?

"Itu hah"

Fairul menjuihkan bibirnya ke arah pinggan yang masih tidak berusik itu.Abang Ali senyum gembira.

"Fuh,nasib cepat datang.Kalau tidak,mesti Boss Rykal dah makan"

Rykal yang sedang makan tersedak.Segera disedut air laicikang itu.

Siot!Dekat Australia ada laicikang wei!Terkejut juga mereka bertiga tadi.Rykal pula terus meminta laicikang ikat tepi satu kepada pekerja restoran itu.

"Sis,laicikang tie edge one"

Itulah antara kebodohan Rykal di bumi Sydney.

"Boss Fairul.Diam je?Rindu Eyra eh"

Rykal menyepak perlahan kaki Abang Ali.Lelaki pertengahan 30-an itu pula buat tidak tahu.Dianggapnya Rykal mahu bermain.

"Cakap pasal Eyra,apa cerita dia sekarang ni boss lepas kejadian tu?"

Fairul bangun dan meninggalkan mereka berdua.Terpinga-pinga Abang Ali.

"Aku ada salah cakap ke?" tanyanya kepada diri sendiri.

"Ada!Tapislah sikit mulut tu bang!Tengok,dia dah naik angin"

"Tanya pun salah.Baik tak payah ada mulut kalau tak kasi tanya.Bedebah betul"

Buat pertama kalinya,Rykal menyokong kata-kata Abang Ali.Rykal ni talamlah.Sekejap sokong Fairul,sekejap sokong Abang Ali.

Abang Ali meneruskan nafsu makannya tanpa menghiraukan kemarahan Fairul.





Mesti ada yang meluat kan aku selalu update.Sorrylah,aku fikir nak habiskan cepat je story ni.Target nak habiskan sebelum sekolah,tapi tanam ajalah cita-cita tu!HAHAHAHAHA!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top