EYRUL 32

"YA Allah!Bersepahnya bilik!"

Terkejut Eyra melihat bilik Fairul yang bersepah dengan segala jenis pakaian.Sejak bila suaminya jadi pemalas?

Pintu bilik air dikuak.Kelihatan Fairul yang baru sahaja keluar.Dia menayangkan sengihan lebar.

"Ni,kenapa bilik bersepah?Kau nak dermakan baju ke?"

Fairul menarik tangan Eyra ke katil.Eyra terpinga-pinga dengan tingkah suaminya.

"Apa lagi yang dia nak tipu aku?"

"Kau tahu tak kenapa baju-baju aku bersepah?"

"Tak tahu," jawab Eyra.

"Aku nak pergi Sydney!" kata Fairul riang.

"Untuk?"

"Company trip!Dia angkut cleaner sekali"

"Daebak!Baru beberapa minggu kerja,dah dapat terbang eh," usik Eyra.

"Itulah.Aku excited ni.Yalah,mana pernah jejak kaki dekat overseas"

Hakikatnya,Fairul seorang penipu!Penipu!Kalau pusing seluruh dunia pun,dirinya lebih dari mampu.

"Bila flight?"

"Malam ni"

Sekali lagi Eyra terkejut.Ma...Malam ni?

"So soon!Kenapa tak bagitahu aku awal-awal?" bentak Eyra.

Hatinya sakit secara tiba-tiba.

"Teruja sangat sampai lupa nak inform," dalih Fairul.

Cuba mencari alasan padahal memang sengaja.Dia memang sudah sedia maklum yang tugasnya memerlukan khidmat di Sydney selama seminggu.

Nyatanya,penerbangannya berjadual pada esok hari.Malam ini dia akan menumpang tidur di rumah Rykal sebelum mereka bergerak bersama.

"Kau ada duit?"

Fairul tersentak.Dia lagi nak sakitkan hati Eyra,boleh lagi prihatin terhadap dirinya.

"Kau nak bagi ke?" tanya Fairul.

Eyra mengangguk.Belanja bukannya sedikit jika pergi ke negara orang.

"Company yang sponsor.Jangan risaulah"

"Memanglah tapi kalau kau nak beli barang yang kau berkenan or buah tangan,nak guna duit company?"

Fairul menjulingkan matanya ke atas.Eh,dia tahulah!Pandai-pandai nak mengajar!

"Tak apa.Rykal ada"

"Oh,Rykal pu pergi?"

"Dia boss,wajib pergilah," kata Fairul.

"Sampai Sydney nanti,title boss dia akan hilang sebab kau yang akan ganti dia"

"Apahal pula?" ujar Fairul.

"Kaukan suka buat dia macam kuli.Itu pun tak tahu ke?"

Alah Eyra.Nak buat macam mana?Dah memang suami kau boss.Rykal tu second hand punya boss je.

"Aku akan ikut juga mana dia pergi nanti.Dia kan tahu selok-belok negara orang.Si Rykal tu dah pernah pergi Sydney lima kalilah.Semuanya dalam mimpi"

Jenaka Fairul membuatkan Eyra resah.Mimpi dengan realiti lain wei!

"Nanti kau hilang macam mana?"

"Aku bukan budak Kecil Eyra.Kalau sesat,aku tanyalah orang sana," tutur Fairul yakin.

"Pandai cakap English ke?"

"Siapa kata orang Australia cakap English?"

"Then,diaorang cakap bahasa apa Rul?"

"Bahasa lingua franca"

"Aku skru kepala otak kau satgi.Lingua franca tu English Languagelah!"

Macam mana nak pergi ni?Dekat Malaysia pun sudah sedia bodoh.Kau pergi Indonesia sahajalah Rul.At least kau faham juga mereka cakap apa nanti.

"Lingua franca tu bukan Bahasa Melayu ke?" tanya Fairul polos.

"Itu zaman dahulu.Sekarang abad ke-21 sayang"

Eyra menepuk perlahan pipi suaminya.Bagi sedar sikit.

"Baru tahu"

Sibuk sangat plan nak jatuhkan Eyra,lingua franca pun tak tahu!

"Aku takkan benarkan kau pergi kalau kau tak tahu speaking"

"Kau nak pandang rendah dekat aku?Aku tahu cakap Englishlah!"

"Cuba cakap.Aku nak dengar"

Fairul menarik nafas dan menghembus nafas perlahan.Iyalah,takkanlah nak tarik tak lepas-lepas.Mati nanti.

"English," kata Fairul.

Eyra yang tidak memahami lawak Fairul mula bertanya,

"Mana englishnya?"

"Tu tadi.Yang aku cakap English tu apa?"

Setelah beberapa saat bertafakur,akhirnya Eyra dapat memproses lawak Fairul.Eyra mengeluh.Dia punyalah risau.

"Kau jangan risau sangat.Rykal ada"

Balik-balik Rykal.Semua Rykal.Kalau Rykal dah meninggal dunia,nak panggil dia juga ke?

Kadang-kadang cemburu juga Eyra kerana Fairul asyik harapkan Rykal.Macamlah Rykal tu isteri suaminya.

"Berapa lama pergi?"

"Seminggu"

"Ahhh,lamanya!Kau lari dari aku masa dekat kampung haritu pun aku dah gelabah.Apatah lagi seminggu"

Makin gelisahlah Eyra jawabnya.Ingatkan dua tiga hari aje pergi.

"Kalau aku pergi tak sampai seminggu,itu bukan holiday.Lagipun company yang atur"

"Susah betullah cakap dengan betina ni.Ikutkan hati,aku main pergi je tau.Tak bagitahu kau!"

"Okay.Benda dah jadi.Aku tak boleh buat apa.Tapi,kalau ada apa-apa,cepat call aku," nasihat Eyra.

"Baik sayang.Now,kau tolong aku kemas baju eh?"

Mereka bekerjasama mengemas semua keperluan Fairul.Tanpa Eyra sedar,pemergian Fairul bakal mengubah segalanya.

🐂🐂🐂🐂🐂

"KAN senang tidur je dekat rumah.Kenapa perlu tidur rumah Rykal?"

Ketika ini mereka berada di lapangan terbang.Eyra cukup tidak puas hati.Cakaplah flight pagi ni.Nasib baik dia sempat ke sini setelah Fairul menelefonnya.

Patutlah Fairul tak bagi dia ikut ke airport malam semalam.Rupanya tidur rumah saudaranya.

"Hmm,suprise maybe," kata Fairul.

Eyra memukul lengan Fairul.Auchh,sasanya!

"Rul,hurry up!Dah tak lama dah ni"

Macam nak mati sahaja lagaknya si Rykal ni.

"Eyra,jaga diri.Jaga hati.Jaga perasaan.Jaga makan.Jaga rumah"

"Kau pun.Jaga semuanya.Ikut je mana Rykal pergi"

Mereka saling berbalas nasihat.Rykal yang memerhati rasa meluat.Bukan main lagi dak Fairul ni.Sekejap lagi dia akan mula membebel pada lelaki itu.

"If takut,balik rumah walid tau," nasihat Fairul.

Eyra terus memeluk suaminya.Rasa sedih dan risau tidak dapat ditahan lagi.Mulalah mutiara jernih keluar dari kelopak matanya.

"Eyra,don't cry.Aku pergi trip,bukan perang"

"Mana ada nangis.Mata aku berpeluh," elak Eyra.

"Menipu aje kerja.Aku balik juga nanti," pujuk Fairul.

"Okay"

Pelukan mereka terlerai saat Rykal menarik Fairul.Fairul mengambil bagasinya.

"Kami gerak dulu Eyra.Jaga diri kau," ujar Rykal.

"Iyalah"

Mereka mula melangkah.Fairul sempat melambai ke arah Eyra seraya memberi flying kiss.

"Hati-hati!" jerit Eyra.

Tubuh mereka mula menghilang dari pandangan.Eyra rasa tidak sedap hati.Dia seakan dapat mengetahui Fairul menyembunyikan helah.

"We wait and see"

Eyra masih lagi cuba berfikiran positif.Nak mengubah diri tu sangat baik,tapi bukankah Eyra terlalu baik?

🐂🐂🐂🐂🐂

"Dah sedia nak tinggalkan semuanya?"

Fairul ragu-ragu mahu menjawab.Sanggupkah dirinya?Betulkah apa yang sedang dia lakukan?

"Maaf Rul.Ready tak ready,kau tak boleh patah balik.Macam kau cakap dengan aku tempoh hari"

"I know"

Fairul tertunduk memandang kakinya.Rasa bersalah menyelinap masuk.Dia tak sayangkan Eyra?Mustahil!Dia cintakan Eyra?Iya,sangat cinta!

"Jangan fikir sangatlah.Kita kerja dulu untuk seminggu ni,lepas habis tempoh seminggu,kau fikir masak-masak.Aku sedia membantu"

Mereka ke Sydney bukan untuk trip.Atas tanggungjawab kerja.Terpaksalah Fairul menipu Eyra sekali lagi.

"Boss," panggil Abang Ali.

Fairul dan Rykal menoleh.Oh ya!Abang Ali pun turut terlibat ke Sydney.

"Apa dia bang?" tanya Rykal.

"Nervouslah boss!First time naik kapal terbang," luah Abang Ali.

Fairul memandang semula ke hadapan.Tiada rasa untuk melayan Abang Ali.

Abang Ali memberi isyarat kepada Rykal.Rykal hanya mengangkat bahu dengan pertanyaan pekerjanya yang satu itu.

Dibiarkan Fairul dengan lamunannya.Peliklah.Dia sendiri yang nak,dia juga yang susah hati.Sepatutnya Fairul harus gembira kerana semuanya hampir berakhir.

"Eyra," rintih Fairul perlahan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top