EYRUL 31
"KAL !Pahal kau tak masuk ofis semalam?Macam pengantin yang tunggu pasangan dia datang tau,aku tunggu kau," marah Fairul.
Rykal yang tekun menulis hanya mengangkat bahu.Bukan ke dia dah beritahu dekat Whatsapp semalam?Nyanyok si Fairul ni.
"Diam aje ni.Merajuk dengan aku ke?Rugi masa je.Malas aku pujuk.Kalau si Eyra tu iyalah aku pujuk"
"Kan aku dah cakap aku demam semalam.Lupa ke?"
Sudah tiga hari dia tak masuk kerja.Pasal demamlah.Eleh Kal,bapak aku demam elok je pergi kerja.Kau tu demam,belum tahap terlantar lagi!
"Lupa la doh.Demam kau tu tak penting.Yang penting bini aku tu"
Rykal meletakkan pennya.Dia agak berminat dengan tajuk yang diketengahkan oleh Fairul.
"Kenapa dengan dia?Kau jangan cakap dah kantoi eh!Mampus aku kena marah dengan dia!Kau punya pasallah ni!Kalau kau tak paksa aku,tak adanya aku terjebak!" seloroh Rykal.
Dia sudah mula menggelabah.Butang kemeja dibuka sedikit.Resah gelisah.Rykal segera mengambil telefonnya.
"Eh kau nak buat apa tu?"
"Aku nak tempah flight.Aku nak lari pergi Zimbabwe.Aku takut Eyra marah"
"Tahu pun takut.Masa bersubahat tak nak fikir dulu," ejek Fairul.
"Kepala Naqi lu!Kau yang paksa aku!Kau jangan nak mengejek aku eh!Aku lempang kau satgi," ujar Rykal.
"Eyra je wei!Perempuan tu aku boleh settlekanlah.Jentik sikit dah mampus"
Yakin Fairul melontarkan kata-katanya.Rykal sedikit gugup mendengar kenyataan sahabatnya.
"Aku kesian dekat dia.Tolonglah!Berhenti kan semua agenda kau," rayu Rykal.
"No way!Dah separuh jalan kot.Takkanlah aku nak patah balik.Macam sekolahlah.Ada ke kau dah habis sekolah lepastu kau nak patah balik?Tak adakan?"
"Dia perempuan baik"
Fairul tersenyum sinis.Baik?Eyra tak patut dilabel baik!
"Kau tak hidup dengan dia bolehlah kau cakap macam tu"
"Kau bagi ajelah Eyra dekat aku.Kalau aku dapat perempuan baik macam dia,aku tak akan sia-siakan," tutur Rykal.
"Lepas semua dah selesai,kau nak ambil dia ambillah.Kau nak past dia dekat lelaki lain pun aku tak kisah"
"Jaga sikit kata kau tu Perul.Kaum wanita perlu dilindungi"
Rykal cukup tidak berpuas hati dengan rentak permainan Fairul.Dulu plan lain,sekarang makin lain!Makin menjadi-jadi sisi jahat Fairul!
"Bayangkan Eyra bu....."
"Boss!" jerit Kak Rina pembantu Fairul.
Potong linelah si Rina ni.Readers baru nak tahu Eyra bu...apa,kau dah masuk!
"Kak!Ketuklah dulu!Gugur jantung kami," kata Rykal.
"Alah,dah boss berdua pekak sangat.Akak masuklah.Dah banyak kali akak ketuk," rungut Kak Rina.
"Akak nak apa?" tanya Fairul.
"Akak nak Encik Fairul boleh?"
Amboi kak!Beraninya kau!Mentang-mentanglah Fairul mesra dengan kau.
"Saya dah ada bini.Rykal singlet," kata Fairul.
Apa perkataan yang kita sebut singlet tanpa T?Hah,koranglah tu!
"Aku dah adalah!" sangkal Rykal.
"Apa kauorang ni?Akak kata,akak nak Encik Fairul masuk bilik sendiri sekarang.Ada orang baru nak interview jawatan akauntan," terang Kak Rina.
"Halah!Cakap biar habis!Bongoklah akak ni!Dah ah Kal,aku chaw dulu"
"Hah pergi pergi.Baguslah tu.PA dengan boss sama bongok," halau Rykal.
"Diamlah," serentak Fairul dan Kak Rina bersuara.
Woah,macam coral speaking kebangsaanlah!
Suasana kembali senyap.Rykal bersandar di kerusinya.Menyesal pula bersubahat dari awal.Dia boleh sahaja menarik diri.
Tetapi,Fairul saudara rapatnya dari kecil.Tak sanggup rasanya biarkan sahabatnya yang satu itu terkontang-kanting.Habistu Kal,Eyra termangu-mangu macam orang tak siuman tak apalah?Kau sanggup?
"Ahh,pening aku fikirkan masalah si Perul tu.Masalah dia,aku kena tarik sekali"
🐂🐂🐂🐂🐂
"ZABED,masuklah.Lama aku tunggu kau"
Eyra mempelawa Zabedah masuk ke rumah.Sengaja dia memanggil bakal kakak iparnya ke rumah.Kebetulan mereka berdua cuti.
"Perempuankan?Biasalah.Nak mandi,makeup lagi"
"Aku perempuan tak macam tu pun," kata Eyra.
"Itu maknanya,kau bukan wanita sejati," usik Zabedah.
"Apa-apa jelah"
Zabedah pelik akan sikap yang ditonjolkan oleh Eyra.Sebelum ni di kampung tiada pula sebegini. Lemah suaranya.
"Kau ada masalah ke?" tanya Zabedah.
"Nope," jawab Eyra.
"Aku tahulah.Eyra yang aku kenal,berjiwa kental,semangat waja..Putihmu bersih budi pekerti,kuning berdaulat payung negara,biru perpaduan kami semua!"
Alang-alang dah kena lirik tu,nyanyi sahajalah sampai habis.
"Aku pun tak tahu kenapa dengan aku.Aku takde masalah tapi aku rasa abang kau tu yang cari masalah dengan aku"
Terluah jua apa yang disimpan di hatinya.Puas selama ni dia fikir manalah nak cari kawan untuk meluahkan perasaan.Lupa pula Zabedah ada.
Zabedah terduduk di karpet.Jarang Fairul buat masalah.Fairul memang dikenali dengan gelaran nakal tapi baik sejak dulu lagi.
"Apa yang dia buat?"
"Benda ni berkait dengan ayah and Kak Fatin"
"Cepatlah cerita," desak Zabedah.
"Jangan beritahu Fairul atau sesiapa pun," pinta Eyra.
Zabedah mengangguk.Berdebar hatinya mahu mengetahui isi cerita Eyra.
"Masa aku nak balik rumah,tiba-tiba Kak Fatin,ayah marah-marah aku.Ayah siap tak izinkan aku jejak kampung lagi"
Mulutnya ditekup.Seakan tak percaya akan sikap Encik Naqi dan Kak Fatin.
"Kau biar betul?"
"Betul!Itulah aku nak tanya,kau ada tahu apa-apa ke?"
"Aku tak tahu-menahu langsung.Aku sendiri terkejut"
Tangannya diangkat seperti sedang membaca ikrar.
"Sedih hati aku," luah Eyra.
"Kau tak cuba tanya abang?"
"Tak,aku rasa Fairul punca.Malam sebelum balik,dia ada berbual dengan diaorang and guess what?Diaorang nangis"
"Alah,tipulah kau!Propa je"
Eyra mendengus.Inilah bahana selalu bergurau.Orang tak percaya dah.Melihat kemarahan Eyra,Zabedah perlahan-lahan percaya.
"Kalau kau tahu atau dengar apa-apa,aku merayu.Tolong bagitahu aku.Aku tak suka bemusuhan ni"
"Sure"
"Thank you sister in law," sengih Eyra.
"Abang mana?"
"Kerja"
"Hah?Sejak bila?!"
"Sejak semalam"
"Pelik ni Eyra,something fishy"
"I know right!Sebelum ni tak mengada pun nak kerja.Tup tup,semalam....."
Mereka berdua mengeluh.Apa yang sebenarnya terjadi ni?
"Fairul kalau ada rahsia,mesti dia akan bagitahu aku.Tapi yang ini..."
Percakapan Zabedah terjeda.Dia sibuk memikirkan segala kemungkinan.
"Eyra,jom kita sepak Fairul berjemaah.Geram aku"
"Kat masjid mana?"
"Masjid apa?" soal Zabedah kembali.
"Tadi cakap nak berjemaah"
"Sebenarnya,kau tengah melawak ke tengah sedih?"
"Aku sedih sangat sampai jadi gila agaknya"
"Kau sabar ya Eyra.Inshaallah tak ada yang buruk.Perasaan kita je tu"
Zabedah cuba menenangkan Eyra.Manalah tahu Eyra ni jenis yang terlebih fikir?
"Amin,harap-haraplah"
🐂🐂🐂🐂🐂
FAIRUL memeluk erat lelaki itu.Lelaki yang amat penting dalam hidupnya selain Encik Naqi.
"Jemput duduk bang"
"It's okay boss.Saya tak mahulah yang lain mengata.Saya pun pekerja seperti mereka.Jadi,saya tak patut dapat layanan istimewa"
Fairul senyum.Ya,lelaki ini memang pekerjanya tapi lelaki ini jugalah yang banyak membantunya membuat kerja pengintipan.
"Rindu saya nak masuk kerja. Bosslah,suruh saya rehat.Berbulan tau!Nasib duit masuk"
"Alah bang.Abang banyak bantu saya.Apa salahnya bagi special treatkan?"
"Baiklah boss"
Fairul senang melihat Abang Ali dalam keadaan baik.Saat orang lain memandang lelaki itu tak berharga,baginya Abang Ali merupakan bukti yang kukuh dalam rancangannya.
Thank you for 5k views!!🌺🌺🎊🎊
Bagi siapa yang tak ingat watak Abang Ali,namanya pernah muncul pada bab 19.Watak si Ali ni penting.Jadi kalau nak faham betul² jalan cerita,kena ingat nama dia.Dan pada siapa yang tertanya-tanya siapa dua orang lelaki yang berbual di bab itu,korang punya persoalan sudah terjawab.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top