EYRUL 30
"HAI Encik Boss"
"Hai"
"Hai"
Dia hanya mengangkat tangan sambil tersenyum sebagai balasan.Lelaki itu mula mengatur langkah ke dalam pejabat persendiriannya.Sebelum duduk,matanya melilau-lilau melihat persekitaran biliknya.
Tiada habuk dan kemas seperti biasa.Nampaknya kawannya yang seorang itu boleh diharapkan.Sejuk hati dapat member yang mendengar kata.
Dia mengeluh kasar.Tak ada angin,tak ada ribut tiba-tiba dia perlu masuk semula bekerja.Punah harapannya ingin bersenang-lenang.
Tak ada bezanya jika dia duduk di rumah atau di pejabat sekalipun kerana duit tetap masuk mencurah-curah.
Seketika pintu diketuk.Okay,ini pintu pejabat bukan pintu rumah.Jadi,kena acah bossy sikit.
"Maaf,dalam bilik ni tak ada orang!" jeritnya.
Mana bossynya?Itu bukan bossy,itu orang gila!
Tombol pintu dipulas.Muncul seorang wanita berusia dalam 30-an tersenyum ke arah lelaki itu.Kepala digeleng-gelengkan melihat perangai loyar buruk bossnya yang tidak hilang.
"Ingatkan berbulan duduk rumah dah hilang perangai buruk tu"
"Alah kak.Ini first day saya masuk.Takkan nak terus marah-marah," katanya.
Mereka sama-sama berbalas senyuman.Mug yang dibawa wanita tadi dihulurkan kepada bossnya.Lelaki itu menyambut baik huluran tersebut.
"Bacakan schedule untuk hari ni," arahnya dengan sopan sambil mengacau air.
Dia menyisip sedikit air itu.Wah,manis seperti pembuatnya!
"Untuk hari ini,boss ada meeting tentang projek yang diaorang tak dapat settlekan tulah," terang wanita itu.
"Itu je?"
Soalannya dibalas dengan anggukan.Nampak berseri wajah wanita itu.Iyalah,boss kesayangan sudah masuk kembali.
"Boss,nak tahu tak?"
"Apa dia kak?"
"Yang kat luar tu,tak habis-habis bercerita pasal boss.Kami happy boss dah masuk balik"
Dia tergelak kecil.Lagi bagus rasanya masuk pejabat.Semua orang hargainya.Fikirnya sedetik.
Memanglah!Dah kau boss!Kalau kau kuli,tak adanya orang tercari-cari atau rindu.
"Kenapa boss pakai t-shirt putih dengan seluar sukan ni?"
Pakaiannya dipandang.Orang bekerja di pejabat,pakai kemeja dan kot.Dia pula lain macam.Manalah orang tak pelik.
"Nanti saya tukarlah kak.Saya lupalah.Dah terbiasa pakai macam ni dekat rumah"
"Ada-ada sajalah anak muda sekarang ni"
Tengok!Disebabkan setitik nila,rosak susu sebelanga.Dia yang buat,orang lain turut terkena tempias.
"Ah boss.Saya keluar dulu ye"
"Baik kak"
Setelah wanita itu menghilang,dia menuju ke mejanya.Dia membetulkan plat nama yang senget itu dan mengelap sedikit habuk.
Di plat itu tertera namanya,Fairul Amin bin Naqi.Dia tersenyum senang.
🐂🐂🐂🐂🐂
"MANA dia ni?Tak pernah balik lambat," rungut Eyra.
Takut juga tinggal seorang diri di rumah yang sederhana besar itu.Mana pernah dia tinggal bersendirian sebelum ini.
Dia segera ke depan apabila bunyi ngauman bike memecahkan kesunyian.
"Yeay!Laki aku dah balik!" jerit Eyra riang.
Pintu dibuka.Eyra menerjah suaminya.Fairul pula terkejut dengan tindakan drastik isterinya.
"Excited benar kau ni"
"Rindu," kata Eyra manja.
"Alololo.Kesiannya dia"
"Nak kiss," pinta Eyra.
"Ei,tak tahu malu"
"Sampai bila nak malu?Sometimes,kita kena tunjuk miang sikit"
"Okaylah"
Fairul melabuhkan ciuman pada pipi dan dahi Eyra.Melonjak gembira Eyra apabila permintaannya dipenuhi.
"Tak cukup ke breakfast kiss pagi tadi?"
"Tak cukup!Kaulah tergesa-gesa pergi kerja.Aku yang big boss pun tak rushing.Kau cleaner mengalahkan aku"
"Eyra,kau jangan mula"
Eyra menepuk mulutnya.Baru tersedar akan keterlanjurannya.Eyra yang dulu bukanlah yang sekarang.
"Sorry sayang," ucap Eyra.
"Tak apalah.Tersasulkan"
Mereka masuk ke dalam rumah.Pintu ditutup oleh Eyra.Kemudian dia ke dapur mengambil air dan kembali semula ke sofa.
"Minum wei," pelawa Eyra.
Fairul meneguk rakus air itu.Air sejuk boleh jadi ais batu campur dikala kepenatan.Kan?
"Penat?"
"Penatlah gila.Tandas dekat situ,kotor bhai!Taik bersepah!Atas siling,bawah sinki,depan pintu.Taik kucing ada,taik manusia ada,taik burung ada.Tersiksa aku," seloroh Fairul.
Biarlah dia mereka cerita asalkan identitinya selamat.Eyra menjerit kegelian mendengar kata-kata Fairul.
"Tak mengadu dengan Rykal ke?Suruh Rykal ceramah pekerja dia.Pengotor!Kesian suami saya ni"
Eyra mengusap kepala suaminya.Fairul buat-buat sedih.
"Mana boleh mengadu.Rykal tu boss.Kalau aku mengadu,nanti pekerja yang lain menyampah.Baru masuk,dah pandai cucuk boss"
"Fairul,berhentilah.Duduk rumah je," rayu Eyra.
"Hoi!Tak boleh!Tak boleh!"
Fairul sudah menggelabah.Isterinya asyik minta dia berhenti sahaja.Mana boleh!Dah tiba masa dia bertanggungjawab dengan kerjanya.
Jika tinggalkan lama-lama,matilah Rykal.Tak elok juga kalau selalu minta tolong Rykal even saudaranya itu rakan kongsinya.
"Apa yang best sangat jadi cleaner ni?Susah sangat nak berhenti," dengus Eyra.
"Kau masak?"
Fairul cuba mengalih topik.Takut dia terlepas cakap kalau tak tahan diasak.
"Ada!Jom!"
Eyra mencedokkan nasi di pinggan Fairul dengan bersungguh-sungguh.
"Kau balik kerja pukul berapa?"
"Pukul enam," jawab Eyra.
"Kalau penat,tak payahlah masak.Aku faham,aku boleh makan luar," kata Fairul.
"Hisy,tak sama makan luar dengan makan air tangan isteri.Siapa isteri kau?Aku kan?Jadi makan kat rumah je"
"Iyalah"
"Nah,makan"
"Kau tak makan?"
"Dah.Tiga pinggan jugalah aku tambah.Sedap sangat," puji Eyra.
"Puji diri sendiri nampak"
Eyra tersipu.Kenyataan kot!Kau bagitahu aku siapa je nak burukkan diri sendiri?
"Ceritalah lagi pengalaman kau masuk kerja"
"Nak dengar ke?"
"Dah aku mintak.Mestilah aku nak dengar," ujar Eyra.
"Aku kemas pantry tau tadi.Lepastu ada seorang minah rambut pepsi karat ajak berbual"
"Kau layan?"
"Aku layan.Kalau itu lelaki,tak kuasa aku nak layan"
"Sebab nilah aku tak bagi kau kerja.Kau menggatal," marah Eyra.
"Jangan salah faham.Aku layan sebab hormat.Akukan pekerja baru"
"Hah,lepastu apa jadi?"
"Suddenly,dia pegang-pegang aku"
Gawat niyh!Membulat besar mata Eyra.
"Aku tolakkan muka dia.Bertepek bekas lipstick dekat tangan aku.Tebal sangat"
"Hahaha.Padan muka.Kacau lagi laki aku"
"Lepas aku tolak muka dia,aku tarik rambut dia.Aku tengok je rambut dia,aku terus lari"
"Asal?"
"Rambut dia tertanggal!Yang rambut pepsi tu,rambut palsu!Kepala dia botak!Mahu tak terkejut aku!"
"Maknyah ke wei?"
"Haah!Takut aku"
Fairul memandang Eyra yang sudah tergelak.
"Maafkan aku Eyra.Aku terpaksa tipu.Ini semua sebab kau"
Padahal hakikatnya,tiada maknyah atau spesies pelik di pejabatnya.Sudah ditapis awal-awal.
"Nasib bukan perempuan betul.Baru je nak pergi jumpa dia esok," celah Eyra.
"No!Kau jangan sesekali pergi tempat kerja aku!Jangan!Nanti boss marah"
Mampus kalau Eyra nampak!
"Alah,Rykal kot.Tahulah aku nak goda dia.Kacang tanahlah Rul"
"Boleh tak dengar kata aku?Aku tak berkenanlah dengan perangai kau yang degil ni!"
Eyra terkedu.Kenapa nak marah-marah ni?
"Aku main-mainlah.Next time aku tak cakap lagi pasal ni ya?" pujuk Eyra.
"Hah macam nilah baru aku sayang.Bagus,bagus"
Eyra diam.Hatinya seratus peratus yakin yang Fairul mempunyai rahsia besar yang tiada sesiapa tahu kecuali Rykal.
Shocking tak?Lepasni akan ada lagi yang shocking.Tunggu tau!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top