EYRUL 3
EYRA terlopong melihat pakaian suaminya.Takkanlah gaji yang diberi tak cukup untuk beli pakaian yang elok sikit?
"Kalau ye pun miskin,janganlah pakai baju compang-camping," tegur Eyra tidak selesa akan pemakaian suaminya.
"Eh okaylah baju ni.Antara koleksi baju aku yang terlawa dalam almari," kata Fairul tidak mahu mengalah.
"Aku rasa macam nak siku je muka kau!Aku dah kata aku nak kau bawa aku lunch dekat restoran favourite aku.Restoran tu untuk orang kaya kot.Pakailah baju yang senonoh sikit.Malu aku.Kalau terserempak dengan officemate or member aku macam mana?"
"Hye girl!Aku pakai baju bukannya tak pakai baju.Nak malu apanya kalau aku berbaju?"
"Orang miskin pun berbaju lah.Bagi aku,yang bezakan miskin dan kaya adalah cara pemakaian.Kalau bini kau miskin bolehlah kau pakai t-shirt putih dengan seluar pendek macam ni.Style kau macam apek jual ayam dekat pasar tau, " kutuk Eyra.
"Hah yerla!Aku balik tukar baju kejap," Fairul mengalah.
"Tak payah.Buang masa aje nak tunggu kau.Kau pergi beli makanan untuk aku.Aku tak nak bonceng kau.Bikin malu"
Fairul tersentak.Terasa hati dengan kata-kata isterinya.Namun dia hanya tersenyum.
"Yerla.Princess nak makan apa?"
"Beli makanan yang nampak kaya.Tak nak makanan orang miskin"
"Okay kaya satu.Nak roti brand apa?" tanya Fairul.
"Roti nak buat apa?Kalau roti aku sendiri boleh pergi beli dekat kedai sebelah ni hah"
"Kau suruh aku beli kaya.Kaya mestilah nak sapu atas roti kan?Ke kau sapu kaya dekat hotdog?"
Fairul ketawa besar dengan lawaknya.Eyra hanya memandang sepi.
"Tak ada mood nak layan kau.Kau pergi beli lunch untuk aku.Kalau kau beli roti,mampus kau.Petang tunggu jauh sikit.Jangan tunggu kat sini.Nanti maruah aku jatuh kalau pekerja aku nampak kau," arah Eyra.
Dia melangkah tanpa menoleh ke arah Fairul.Gadis korporat sepertinya mana boleh layan sangat orang bawahan.
"Kenapalah aku kahwin dengan laki childish macam dia?Rasa macam kahwin dengan budak"
"Boss!" jerit seseorang.
Eyra berpaling apabila mendengar dirinya dipanggil.
"Hmm Kira.Dari mana?"
"Lunch boss," jawab Kira si akauntan.
"Oh okay"
"Boss nak tanya sikit"
"Hah tanyalah.Jangan tanya soalan bukan-bukan eh"
"Siapa lelaki tadi?"
Langkah Eyra terhenti.Alamak!Kira nampak ke?Dah kantoi ke?
"Ahh hmm la....laki yang mana eh?" soal Eyra pura-pura tak mengerti.
Please!Janganlah dia tanya pasal Fairul!
"Lelaki yang naik superbike tadi"
Oh man!Shitty you Kira!
"Ramai yang naik superbike tadi," ujar Eyra gelisah.
"Dengan lelaki yang boss berbual tadi tulah.Saya duduk perhati dari jauh.Fikir saya tak nampak ke boss?"
"Eh,tak adalah.Mana ada saya berbual dengan sesiapa tadi.Kira,awak kena buat kaca mata.Keadaan mata awak parah ni.Benda takde,awak adakan"
"Saya nampak lah boss.Lelaki tu pakai baju t-shirt putih macam apek pasar. Boss jangan macam-macam eh.Boss tu isteri orang.Isteri orang kaya pula tu.Takkanlah dengan apek bike pon boss nak"
Eyra sedaya upaya ingin menyorokkan Fairul.Mana taknya!Dicanangkan kepada semua orang yang suaminya orang kaya.
"Eh takderla.Saya tak minat laki bawak motor.Saya minat laki bawa kereta lembu.Sebab tu saya suka laki saya.Masa kami dating dulu,dia bawa kereta lembu.Kitaorang makan lembu golek"
"Lembu dengan motor lain bosskurr.Jangan samakan.Lagipun saya tak suruh boss ceritakan pengalaman boss.Saya tanya pasal apek bike tu je.Melalut sampai ke lembu dah kenapa?"
"Sebab aku akan buat apa je untuk sorokkan suami miskin aku tu"
"Chaw dululah boss.See you," ucap Kira dan berlalu pergi.
"Hah ye.Pergi selamanya pun takpe.Takderla aku nak layan mulut bontot ayam kau tu.Nasib baik tak kantoi"
🐂🐂🐂🐂🐂🐂
"KERETA aku dah tolong hantar bengkel?"
Eyra mengelap sisa peluhnya.Kereta buruk si Fairul tu aircond rosak!Tingkap pun dia bagi buka suku je.Katanya kalau buka sampai habis takut terbuka terus cermin tingkap tu.
"Dah.Aku pun malas nak susahkan diri aku hantar kau pergi kerja.Apasal kau ajak aku beli barang?Tak pernah-pernah peduli pasal barang dapur"
"Aku tak suka jenama yang kau beli.Hari ni aku nak ajar kau beli barang yang aku selalu guna.Lagipun lama dah tak shopping"
"Ini tak suka,itu tak suka.Kau makan dedak ayam jelah"
"Even dedak ayam pun ada jenama,apatah lagi makanan untuk aku"
"Yeje kau.Apa nama jenama dedak ayam tu?" tanya Fairul.
"Nokia,"
"Apa?Itu telefon sengal"
"Manalah aku tahu dedak ayam ada brand ke tak.Aku main kata je.Nak tahu,pergi tanya ayam dekat kampung kau.Takpun kau jadi ayam dulu"
Dedak punya dedak,mereka sampai di bahagian rak coklat.
"Tolak troli," arah Eyra.
Fairul menolak troli tanpa sebarang bantahan.Tangan Eyra lincah mengambil pelbagai jenis coklat.
"Ini antara jenama yang sesuai untuk perut orang kaya macam aku.Bukannya coklat jenama Tesco!Take attention sikit"
Mereka beralih pula ke rak beras.Eyra mengangkat sepaket besar beras rebus.
"Ini pula beras untuk orang kurus macam aku.Kau gemuk,makan beras biasa"
"Buta ke?Sado macam ni kau panggil gemok.Nak tengok sex pack aku?"
"Jarang aku dengar orang ada 'sex' pack.Kau jangan nak angkat baju kau.Sini ada cctv.Nanti cctv tu dapat dosa sebab tengok aurat kau"
"Aurat lelaki dari pusat hingga lutut.Aku tunjuk yang atas pusat jelah.Takkan tak tahu?Oh ya,maklumlah!Aurat sendiri pun tak jaga,lagi nak ajar aku pasal aurat"
Eyra terdiam.Mukanya membahang malu.
"A.. Aku tak ready lagi lah",terang Eyra tak mahu mengalah
"Tak tanya.Lepasni ikut aku pilih tudung," ujar Fairul sambil menbuntuti Eyra.
"Untuk siapa?"
"Ohh ahaahaha.Untuk babi hutan dekat kampung aku.Dia wechat aku semalam.Babi betina pon tahu tutup aurat.'Baby' depan aku ni je yang tak reti bahasa"
Eyra mati kata.Mood shoppingnya hilang.Dia terus melangkah laju ke kaunter.Mujur tak ramai orang.Selesai pembayaran,mereka menuju ke parking basement.
"Ha merajuk.Eleh baru hina sikit.Aku yang selalu kena hina dengan kau ni tak adanya nak merajuk"
"Rul diam kejap"
Eyra memfokuskan pandangan kepada seorang wanita yang tidak jauh dari mereka.Macam kenal!
"Omg!Airul,go first"
"Asal?"
"Aku punya pekerja tu.Aku tak nak dia nampak kau"
"Lah kenapa?Biarlah dia kenal dengan aku"
"Pergi aje Rul.Nanti aku cerita.Tunggu kat kereta"
Fairul mengangkat bahu.Untuk tidak memanjangkan cerita,Fairul mengundur diri.Eyra menolak troli menuju ke kereta BMW yang dimiliki oleh entah siapa-siapa entah.Takpe,yang penting tak kantoi.
"Boss!" laung Kira.
"Oh Kira!Awak lagi!"
"Boss seorang je?"
"Dengan husband sayalah"
"Is it?Mana dia?"
"Dia pergi kencing kejap.Tak tahan katanya," tipu Eyra.
Kira hanya mengangguk.Matanya berkalih pada BMW yang menjadi tempat sandar Eyra.
"Boss!Kereta baru ke?" soal Kira teruja.
"Ni kereta husband saya yang ketiga"
"Uishh dahsyatnya"
Eyra lega.Kesian Kira kena tipu.Dahlah bodoh.
"Excuse me miss," tegur seseorang.
"Yes?"
"Kenapa miss sandar kat kereta saya?Ke tepi sikit.Saya nak start kereta ni"
Halamak!Boleh pula owner datang tak kena time.
"Opss sorry," ucap Eyra.
Kira memandang pelik bossnya.Dia ditipu ke?Selepas BMW tersebut pergi,kedengaran bunyi hon kereta.Mereka berdua memandang ke arah bunyi tersebut.Oh shit!Fairul!Eyra menepuk dahi.Kelihatan cermin tingkap diturunkan.
"Yuhuuu sayang abang," jerit Fairul sambil melambai-lambai isterinya.
Dia mengeluh sambil bercekak pinggang.Dipandang riak muka Kira.
"Uishh mati aku!Airul sengaja!Airul jahat!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top