EYRUL 27
"FAIRUL!Mana makanan?!Aku lapar!" jerit Eyra dengan suara lantang.
Fairul yang sedang enak berbaring di keranda besi sambil menghirup secawan teh berasa terganggu.Dia dah helok landing bak dugong baru habis workout,ada pula dugong lain datang mengacau.
"Eyra,aku penat.Seharian buat kerja.Tak masak lagi"
Eyra menjegilkan matanya.Perutnya sudahlah tengah rancak berkaroke lagu rock.Kalau ada mikforon dihalakan pada perut Eyra,boleh dengar suara Awie dan Ella berduet.
"What?!Pergi masak sekarang," arah Eyra.
"Petang tadi dah makankan kuih yang aku beli tu?"
"Itu petang tadi.Ini malam"
"Aku daripada pagi tadi buat kerja rumah.Kau senang lenang tidur goyang kuku kaki macam bapak ayam.Kalau kaki cantik takpe gak.Ini tak,berbulu!" rungut Fairul.
Eyra mengangkat sedikit seluarnya.Licin je dia tengok.Main ski pun lepaslah!
"Wah,dah pandai pertikaikan aku eh sekarang ni"
Eyra bercekak pinggang.Fairul menentang pandangan isterinya.Silaplah jika dia takut!
"Pandai lah.Anak Naqi kot," balas Fairul.
Dia masih tidak berganjak dari keranda kesayangannya.Saja nak feel feel vampire.
"Masaklah cepat.Aku lapar tahap dewa ni," paksa Eyra.
"Okay,aku masak.Makan je apa yang aku hidang nanti"
Eyra tersenyum puas.Dia memang hebat!Tiada siapa dapat kalahkan dia!Dia membelek telefonnya sementara menunggu suami kesayangan memasak.
"Senanglah hidup aku.Tak payah belajar buat itu ini.Bibik sukarela dah ada," omel Eyra.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi nada dering opening drama tanah kubur.Alah yang 'setiap yang bernyawa pasti merasai mati' tu.Dilihatnya tertera nama Fairul 2 in 1 di skrin telefon tanda suaminya membuat panggilan pada nombornya.
Kenapa Fairul 2 in 1?Sebab Fairul jadi bibik boleh,jadi suami juga bisa dong.
Dia tidak terus menjawab.Eyra ke dapur seraya menegur Fairul.
"Yang kau call ni apahal?Cari pasal?" tengking Eyra.
"Telefon ada kredit,gunalah untuk call.Bukan macam kau.Telefon canggih tapi pakai topup.Bila tak sempat refill,terkinja-kinja pinjam aku," perli Fairul.
Eyra mengepal penumbuk.Ais kepal pun tak padu seperti penumbuk dia.
"Yalah aku mengaku.Aku pakai topup lima ringgit aje"
"Hah,tahu mengalah juga kau ni.Dah makan"
Fairul menolak mangkuk berisi mee segera ke arah Eyra menggunakan kayu snooker.Nak test ada lagi ke tidak kepakarannya yang satu itu.
"Maggi?Kau masak maggi?"
"Eh tidak.Ini ialah pasta yang dilerai dua dan dikeritingkan di spa"
Eyra menarik muka.Nak berlawak tak kena masa okay?!
"Tak naklah makan"
Dia menolak kembali mangkuk tersebut dengan siku.Nak sentuh dengan tangan tak sanggup!Tak lalu tengok.
"Aku lempang kau satgi.Kau makan!" jerit Fairul pula.
"Hisy,tak nak aku kata!"
Tanpa memikirkan perasaan suaminya,Eyra terus sahaja membuang mee segera itu di sinki.Dilempar kasar mangkuk membuatkan Fairul tersentap.
"Inilah akibat suka memaksa aku," kata Eyra perlahan beserta sinis.
"Kurang ajar!Aku sanggup bangun dari tempat beradu untuk layan nafsu serakah kau,segampang muka kau aje buang mee ni"
"Salah kaulah.Mee bodoh ni aku boleh buat sendiri juga"
"Up to youlah.Lepasni kau mati kebulur menggelupur,aku tak sudi uruskan jenazah kau"
Fairul lalu mengemas kembali sinki yang dikotorkan oleh Eyra.Eyra mencebik seraya mengambil kunci kereta dan menghilangkan diri dari rumah.
"Aku harap dia tak jumpa jalan balik rumah.Aku harap semua kedai makan tutup malam ni.Aku harap kereta dia rosak.Pirahhh"
🐂🐂🐂🐂🐂
"YA,what you give you get back," keluh Eyra.
Masakannya memang layak dibuang kerana dia juga pernah berkelakuan seperti itu.Jadi,tak usahlah sedih sangat.Fikir Eyra sejenak.
"Jahat juga ya aku dulu"
Eyra melepaskan tawa kecil.Entah apalah yang merasukimu,hingga kau tega mengkhianati ku.Mesti kauorang terikut nyanyi kan? Kan kan kan?Eleh,author tahulah!
Entah apa yang merasuk fikirannya sewaktu ketika dahulu sehingga sanggup mempermainkan suami sendiri.
"Dah tiba masa untuk aku jadi isteri mithali.Aku dah tekad!Apa-apa jadi,jangan marah dia," ujar Eyra bersungguh-sungguh.
Terlalu banyak salahnya pada Fairul.Apalah sangat marah suaminya jika mahu dibandingkan dengan kesalahannya.
"Tak ada salahnya kalau aku layan dia elok-elok start hari ni"
Eyra cuba mengumpul aura positif.Kejadian nasi goreng itu cuba dilupakan.Jujur dia katakan semangatnya untuk belajar memasak terbang apabila masakannya tidak dihargai.Bila difikirkan kembali,sampai bila nak harapkan Fairul.
Esok lusa mati juga si Fairul tu.Dia dah mati nanti,siapa lagi yang perlu masak untuk anak-anak?Eyralah.
"Eyra!"
Lamunannya tentang kematian Fairul terhapus apabila mendengar namanya di laung dari dapur.
"Nak berangan pasal kau mati pun susah!" dengus Eyra.
"Eyra!" panggil Fairul lagi.
"Kejaplah!Kawan setan agaknya sampai tak reti menyabar!"
Apalah!Tadi kata nak berbuat baik kepada suami.Mana janjinya?
Dapat dilihat oleh Eyra yang suaminya sedang merenung meja makan.Apron terpasang kemas pada batang tubuh Fairul.
"Kau beli ke ayam masak merah ni?"
"Aku masak," jawab Eyra sepatah.
Fairul ketawa.Eyra masak?Isterinya masak?Ini bumikan?Mereka sedang hidup ni bumikan?Bumi itu sferakan?Jika mendatar,Eyra takkan berubah.
"Kenapa ketawa?"
"Aku tak percayalah.Susah"
"Aku ni berusaha nak berubah tau.Walaupun nasi aku kau buang,aku takkan berhenti!" tegas Eyra.
Fairul menggosok belakang tengkuknya.Bukan salah dia.
"Aku buang bukan sengaja.Tak sedap nasi goreng kau tu"
Bukan ke dia kata sedap masa dia rasa Rykal punya?
"Tak sedap boleh bagitahu.Tak payah sampai buang"
"Cuba kau fikir.Kalau aku simpan,siapa nak makan?Benda tak sedap buat apa makan.Ya tak?"
"Ni,ayam masak merah aku tak sedap,kau nak buang juga ke?" duga Eyra.
"Tak rasa lagi,manalah tahu"
Eleh.Nasi goreng pagi tadi punyalah sedap,kau buang kan?Jadi tak ada beza jika ayam masak merah ni sedap atau tak.
"Dahtu,take your seat and eat"
"Kejap.Nak ambil pinggan"
Fairul bergegas ke rak yang menempatkan pinggan-pinggan mangkuk.Diambil sebiji pinggan bercorak geometri.Terkedek-kedek punggungnya seiring dengan langkahnya.
"Wei aku gelilah Airul"
"Aik,aku berjalan pun kau geli"
"Kot ye polun nak pakai apron,pakai lah dulu t-shirt.Kau ingat kau hot ke pakai apron dengan shirtless?"
Naik loya tekak Eyra memandang keadaan suaminya.Nasib baiklah ketiak dia bersih tanpa sebarang bulu.Jika ada bulu,tak ke naya kalau jatuh dalam lauk ayam masak merah tu?
Kalau itu jadi kenyataan,memang dia insaf setahun daripada makan lauk tersebut.
"Aku rasa tak ada masalah.Yang masalahnya kalau kau yang pakai apron tanpa baju.Ada baju dalam aje.Aku boleh bayangkan keadaan kau masa tu"
Fairul senyum meleret.Terangkat-angkat keningnya.Fikiran nakalnya berlayar sebentar.Alah,beberapa saat je terfikir!
"You!What?!" jerit Eyra.
"Dah tak usah nak marah sangat.Biasalah lelaki," kata Fairul.
Eyra menyertai Fairul di meja makan.Dia mendengus kesal.Miang punya lelaki!
"Ada baik tak lauknya?" tanya Eyra setelah melihat suaminya memulakan suapan pertama.
"Tawarlah Eyra"
Kendur wajah isterinya.Seketika,air mukanya menunjukkan riak kesedihan.
"Aku memang ditakdirkan tak pandai masakkan?"
Terkesima Fairul melihat mata Eyra yang mula bertakung.Dia terasa ke?
"Lah,tiba-tiba menangis.Relaxlah"
"Yalah,aku ni bodoh masak," lontar Eyra perlahan.
Fairul bingkas bangun.Dia menarik Eyra untuk berdiri.Eyra menutup wajahnya dengan tangan.
"Benda boleh belajar.Tak guna menangis.Kau tak bodohlah.Cuma tak ada bakat je," pujuk Fairul.
Dipeluknya Eyra seerat mungkin.Bini aku nangis derr.Wajib peluk.
"Esok aku ajar kau masak ya?"
Bersinar wajah Eyra.Dia menaikkan wajah memandang Fairul.
"Betul ni?"
"Iya sayang.Western,masakan kampung atau apa yang kau nak,aku boleh ajarkan," pelawa Fairul.
"Thank you abang hot"
Eyra membalas pelukan suaminya.Terselit sebentar kebahagiaan di hatinya sebelum dia teringatkan sesuatu.
"Aku merayu dekat kau.Jangan buang ayam masak merah tu"
Fairul terasa dirinya diperli.Dia membuka bicara.
"Janji tak"
Eyra tersenyum senang.Perasaan sedihnya serta-merta hilang.Semuanya dilupakan.Baru dia sedar marah Fairul hanya sebentar.
Bagi Fairul,dia baru mula tersedar yang tindakannya pada semalam dan hari ini agak keterlaluan.Sikit lagi rancangannya melencong ke tepi.Nasib baik dia sempat memperkemaskan kembali apa yang dirancangnya.
"Nampaknya Eyra dah mula sayang kan aku.HAHAHAHA!"
Jangan cepat marah Fairul tauu.. Fairul baik orangnya.Hehehehe.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top