EYRUL 26

FAIRUL meneliti jam dinding yang menunjukkan angka 12 tengahari.Akibat penat semalam tidak habis,subuh terlajak,nak buat breakfast turut terlajak.Bukannya selalu dia bangun lewat,jadi tak usah menghakimi lebih-lebih.

Dia mencampak selimut seraya turun ke bawah.Televisyen terpasang begitu juga pendingin hawa.

"Eyra ke?" omel Fairul sendirian.

Aneh!Eyra teliti orangnya.Wanita itu tak mungkin akan membiarkan elektrik terbazir kerana dia sangat tegas.Pernah suatu ketika dahulu Fairul terlupa mahu menutup lampu dapur.Mengamuk sakan isterinya sehingga gajinya dipotong seratus ringgit.

Ceh,supermarket pun tak potong gaji pekerjanya sampai seratus.Besar sangat ke pangkat Eyra?Setakat seratus ringgit,Fairul boleh keluarkan melalui proses kumbahan taik menggunakan punggunglah!

"Bukan dia pergi kerja ke?"

Walaupun dia agak mamai pagi tadi,tetapi telinganya sempat menangkap kata-kata Eyra yang memberitahu bahawa dia keluar ke kerja.Fairul mengeluh teringatkan kejadian tadi.

"Aku dah kata tak payah kerja,kau degil" marah Fairul.

Huh,macamlah dia boss tempat Eyra bekerja.

"Perul,bangun juga kau eh.Aku ingatkan kau dah masuk ke dalam alam kematian"

Fairul membuka kuda-kuda apabila ditegur seseorang.Lah,siapa yang bercakap dengan dia ni?Jangan cakap 'hantu baju pengantin' Eyra eh!

"Kenapa kau buka kuda-kuda?Kenapa tak buka babi-babi?" tanya Rykal.

Bahagian private Rykal hampir ditendang oleh Fairul.Saat teruna itu menyebut babi-babi,tahulah Fairul gerangan manusia yang menegurnya tadi.

"Sikit lagi nak kena kau punya private part.Takpelah next time aku try lagi," kata Fairul lalu menghembus nafas lega.

"Kalau terkena tadi,itu kali kedua aku bersunat," jawab Rykal.

Hmm siapa tanya dan siapa kisah?Kalau Rykal tak sunat,ada kami kisah?

"Kau masuk rumah aku,pakai apa?"

"Pakai kaki"

Ahhh!Savage wak lu!

"Kayu golf aku dah lama tak sentuh bola.Maybe kau boleh runtuhkan sumpah ni"

"Tak berminat"

Rykal melabuhkan punggung di sofa dan menyilangkan kakinya.Dia ni tuan rumah ke tetamu?

"Kau ada kunci spare ye?" teka Fairul curiga.

"Haah.Eyra yang bagi pada aku.Time kau takde dekat rumah,akulah yang teman dia.Kau nak tahu kami buat apa?"

"Buat apa?"

"Buat itulah," kata Rykal tersenyum nakal.

"Dasar haruan makan anak!" jerit Fairul.

"Nak marah,biarlah betul Perul.Haruan makan anak tu,family dengan family.Dalam kes aku ni kau boleh sebut Rykal makan Eyra"

"Kau wajib fahamlah.Exam peribahasa aku dulu dapat gagal.Lainlah kau"

"Apa yang lain?"

"Gagal juga"

Bergema tawa mereka di rumah yang sunyi itu.Bukannya lawak sangat.Yang ketawa bersungguh-sungguh ni apahal?!

"Mestilah!Kitakan brother"

"Brother pun kau harus jaga sikit kata-kata kau.Aku tak nak kau cakap macam tu lagi pasal Eyra," luah Fairul.

"Iyalah bro.Sorry ah.Aku terlupa kau bukan bujang macam dulu"

Bahu Fairul ditepuk oleh Rykal.Mulutnya daripada tadi asyik mengunyah.

"Kau beli ke nasi goreng ni?"

"Tak adalah.Aku ambil dekat dapur"

"Rajin pula kau masak"

"Eh dok ah.Memang dah ada atas meja.Aku tengok tak berusik.Jadi,aku jamahlah"

Matanya tak lepas dari memandang siaran di kotak televisyen berukuran 58.700 inci.Eyra orang pertama di dunia ini yang dapat tv setinggi itu.Presiden USA punya tv pun 15 inci je.Eyra pula yang melebih-lebih.

"Hah?Siapa masak?"

"Bra,mana aku tahu.Aku baru sampai.Pintu tadi tak kunci,sebab tu aku main rempuh masuk," terangnya dengan wajah marah.

Eh bra pulak.Brolah!Kekekeke!

Fairul terus ke dapur untuk meninjau.Terdapat tudung saji bts di atas meja makan.Meja pun pakai tudung,Eyra bila lagi?

"Morning Fairul!Aku masak nasi goreng untuk kau!Maaflah kalau tak sedap sebab first time kan.Enjoy your food honey!"

Love,
Ur Baby Girl i guess?

Dia membaca nota yang dilekatkan di peti sejuk.Takkanlah nota sebesar kertas A4 ini Rykal tak nampak?Buta lah siot!

"Tak.Aku takkan makan!Mesti perempuan tu nak aku suruh belanja dia.Tak mahu aku"

Jejaka itu menutup kembali tudung saji tersebut.Tengok tu.Bila Eyra sudah masak,dia tak jamah walau sedikit.Bila malas masak,kau membebel.Ingat perempuan sahaja pandai complicated?Lelaki pun adalah!

"Siapa yang masak Perul?"

"Bini aku"

"Wah!Jjjinjaaa!Ottokae?Eo?"

Hantam sajalah hangulnya!Asal ada bunyi sudah memadai.

"Bahasa lucah apa kau guna ni?"

"Hangullah.Kau tak tengok Extraordinary You,kau diam eh"

Oh,korea tahu.Bm tak tahu!

"Aku tak sangka bini kau pandai masak.Sedap nasi goreng ni.Lagi sedap dari girlfriend aku punya"

"Kau biar betul?Ke kau dah hilang deria rasa?"

"Kalau hilang,aku tak cakap nasi ni sedaplah bangang"

"Alah,fikir aku tak tahu ke?Kau nak pedajal aku kan?"

"Kepala atuk kau bergoleklah!Tak percaya sudah"

Huh.Atuk Fairul,atuk kau juga!

Fairul merampas sudu yang dipegang Rykal.Diambil sedikit nasi itu sebagai tujuan memastikan kenyataan Rykal.

"Sedapkan?"

Dia mengangguk.Macam tak percayalah!Eyra kan tangan kayu.Goreng keli pun terloncat-loncat!

"Eleh,beli kedai ah tu"

"Apa yang susah sangat kau nak terima kenyataan?Ini Eyra yang masak"

"Aku tak percaya.Pandai dia kaburkan mata aku dengan nota dia tu"

"Okaylah.Ikut kau lah",akur Rykal mengalah

🐂🐂🐂🐂🐂

EYRA masuk ke rumah dengan langkah longlai.Dimarah dengan Izzat dan Izzi sebab asyik termenung di pejabat.Aktiviti yang dilakukan olehnya hari ini,semua serba tidak kena.Sengaja dia pulang awal petang hari ini untuk mengelakkan dimarahi lagi.

Terdapat batang mop yang disandarkan di tangga.Eyra meletakkan beg sandangnya di  atas sofa.

"Awal balik"

"Iya.Penat," ringkas Eyra menjawab.

Fairul hanya mengangkat bahu dan meneruskan kerjanya.Eyra lantas memegang mop itu.

"Biar aku mop," tawar Eyra.

"Badan dah lembik macam sotong,ada hati nak buat kerja.Tak payah!Biar aku buat.Kang jatuh terlentang,aku juga yang susah"

"Tak apalah.Aku nak praktis.Akukan dah janji nak berubah"

"Halah!Suka tak nak dengar cakap aku!Eh,pergi matilah!" tengking Fairul.

Eyra tersentap.Niatnya baik kut.Ingin membantu dan mengubah diri.Kenapa ditengking?

"Aku nak ubah diri aku je.Kau yang mintak dulu," kata Eyra sayu.

Fairul membawa diri ke tingkat atas.Kaki dihentakkan seperti anak kecil.Eyra tersenyum layu.Bunga jika layu boleh disiram.Hatinya yang layu siapa mahu siram?

Usai mengemop lantai,dia ke dapur.Hatinya yang sedih tadi bertukar gembira apabila melihat meja makan yang sudah kosong.Mangkuk yang digunakan untuk meletak nasi goreng pagi tadi sudah berbasuh.

Dia mengangkat pula tong sampah kecil yang bertutup itu sehingga ke luar.Uish,terselah otot-otot kelelakiannya. Nak buat apa?Buang sampahlah!

Saat tong itu dibuka,hatinya kembali dipagut sayu.Ya allah!Nasi gorengnya dibuang!

"Fairul,kenapa?" rintihnya.

Dia terduduk di hadapan tong sampah tersebut lalu menekup mulutnya.Sejak kejadian semalam,dia seperti menjadi wanita yang lemah!

"Apa salah aku?"

Dengan linangan air mata,dia membawa keluar sarung tangan dan pinggan polisterin.Dikaut sisa-sisa nasi itu lalu diletak di pinggan.

"Dekat Somalia,Syria punyalah meraung nak makan,Fairul boleh buang?" rungut Eyra.

Sesudah melunaskan tanggungjawabnya,Eyra mengendong seekor kucing rapat dengan pinggan nasi goreng itu.

"Kau makan sampai habis eh kucing.Jangan membazir!Kucing dekat negara kebulur mengiau-ngiau nak makan"

Kucing makan nasi goreng?Nak pelik apanya?Kalau kucing makan sos cili thai,itu baru pelik okay?!

"Asal diam kucing?Nak aku suapkan pakai sudu ke?"

Kucing itu mengangguk.Wah,manusia faham dialah!

"Banyak lawa.Dah bagi betis nak paha!Makan ajelah!"

Kucing itu merengus kasar dan memakan makanan tersebut dengan lahap.Kau siap eh Eyra,aku kencing dekat depan pintu rumah kau.Kencing banyak-banyak sampai boleh buat wonderland!

Fairul memerhati Eyra dari dalam.Kalau isterinya merajuk,tahulah dia nak pujuk.Semua dah rancang kemaslah dei!

"Semalam dah jadi pengemis,kutip duit.Harini pun jadi pengemis juga?Kaut makanan dalam tong sampah.Dasar lembap"



Special tag: sayang_manja78

Alhamdulillah Eyra dah mula lembut.Tak kasar macam dulu.Tapi Fairul pula yang kasar.Bertukar pulak karakter dorang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top