EYRUL 25
"SEMUA dah ada?Ada apa-apa lagi tak yang tinggal?"
"Beres!" kata Eyra bersemangat.
Seminggu di kampung bukanlah tempoh yang sekejap untuknya.Bagi Fairul pula,tempoh itu terlalu singkat.Mahu sahaja dia tinggal di situ selama-lamanya tapi apakan daya,jika boleh sudah lama dia berbuat sedemikian.
"Semangat bukan main eh," tegur Fairul.
"Mestilah!Home sweet home!"
Fairul tersenyum sambil tangannya lincah memasukkan bagasi-bagasi ke dalam kereta.Luas juga ruang belakang ni,kalau sumbat Eyra lepas ni.Hidup pun menyusahkan orang,baik pergi.
"Nanti sebelum balik,kita jalan-jalan dulu eh," pinta Eyra.
"Aduh,nak ke mana?"
"Jalan-jalankan aku kata tadi"
Ei,tak reti bahasa ke?Kang aku cakap bahasa arab,lagilah kau tak faham!
"Tak mahulah.Aku penat," elak Fairul.
"Apa guna ada wife pandai drive?"
"Okay,sampai KL je kau take turn pula," arah Fairul.
Eyra mengangguk.Buat apa nak harapkan suami kalau diri sendiri tahu drivekan?
"Okay siap!"
Eyra ingin masuk semula ke rumah tetapi sempat dihalang oleh Fairul.
"Kenapa?"
"Kau nak buat apa masuk balik?"
"Nak salam diaoranglah.Apa bengong sangat kau ni?"
Fairul dengan pantas menggeleng gelisah.Alamak macam mana ni?Tak!Eyra tak boleh masuk!
"Alah,tak payahlah.Kita terus balik je"
"Kepala lutut awaklah!Nanti terasa orang-orang tua kat dalam tu.Tak pasal-pasal kena gelar menantu derhaka"
Eyra menepis pegangan suaminya.Tak pernah dia jumpa orang yang menghalang budaya baik seperti ini.
"Baik jadi menantu derhaka daripada jadi isteri derhaka," ujar Fairul.
"Tak,yang kau ia-ia halang kenapa?"
Fairul terpaksa mengikuti kemahuan isterinya.Suka hati kaulah Eyra,Fairul nak tolong kau tak nak.Kau menangis nanti,tanggunglah sendiri ye.
Eyra terus menerpa anak Kak Fatin yang sedang baring terlentang di tilam.Dicium-cium bayi yang berumur lapan bulan itu.
"Airul,boleh tak kita bawak balik budak ni?" gurau Eyra.
"Eh,jangan nak mengada.Kau ada ke susu badan nak bagi dia?"
"Susu kambingkan ada"
Ditepuk punggung bayi itu.Tepuk pakai apa?Pakai tanganlah!Takkan nak pakai raket badminton.
"Hoi,berambus kau!Jauh dari anak aku!"
Kak Fatin yang baru sahaja keluar dari bilik terus menyerang Eyra yang sedang asyik bermain dengan anaknya.Ditolaknya Eyra sehingga tercabut kain batik yang dipakai wanita itu.
Eyra terkejut yang amat.Fairul hanya berdiri di pintu rumah tanpa melakukan apa-apa.Eyra memang layak diperlakukan sebegitu!
"Kau jangan pernah sentuh anak aku lagi selagi kau tak bersihkan tangan kau!" tuding Kak Fatin kepada Eyra.
"Ohh,cakaplah kena basuh tangan dulu.Akak tolak Eyra macam tangan Eyra bersalut taik pula"
Eyra bingkas bangun lalu membasuh tangan.Dia ke ruang tamu semula.
"Akak ni sengaja je nak berdrama lebih.Main tolak-tolak"
Eyra menolak balik kakak iparnya sehingga ke sudut dinding.Satu sama okay?
"Kau!"
Kak Fatin tanpa ragu menghadiahkan penampar sulungnya kepada Eyra.Eyra terteleng ke tepi.Hatinya dipagut sayu.Melampau sangat ke gurauannya?
"Akak" seru Eyra sayu.
"Tak usah panggil aku kakak!Aku tak ingin ada adik ipar macam kau!"
"Kalau gurauan Eyra tadi melampau,Eyra minta maaf kak"
"Maaf kau tu tak mampu sembuhkan luka dalam hati aku tahu tak?!"
"Sebelum ni Eyra bergurau kasar dengan akak boleh je.Kenapa sekarang akak lain?" tanya Eyra dengan suara yang terketar-ketar.
"Aku dah kata tadi,selagi tangan kau tak dibersihkan,selagi itu aku haramkan kau sentuh keturunan aku!" jerit Kak Fatin.
"Kak,Eyra dah cuci tangan tadi.Siap pakai dettol lagi.Akak nak Eyra sental tangan pakai dawai agaknya baru boleh sentuh"
Eyra ni,saat genting macam ni pun boleh kau berlawak lagi.Kalau orang lain,tentu sudah kecut perut.
"Fairul,bawak bini kau dari sini cepat sebelum aku buat benda lagi teruk!" kata Kak Fatin.
Fairul menarik Eyra keluar dari rumah sementelah pula Eyra meronta-ronta minta dilepaskan.
"Lepaskan aku!Aku tak nak balik!"
"Lepaskan dia Rul," arah Kak Fatin.
Eyra melangkah kembali ke arah kakak iparnya.Air mata ditahan daripada mengalir.Kalau betullah Kak Fatin mahu jatuhkannya,dia berjanji tidak akan menangis.
"Akak ada masalah dengan saya ke?"
Kak Fatin mengalihkan pandangannya.Jijik dengan wajah sayu wanita itu.
"Kalau ada bagitahu kak.Jangan buat saya tak tenang"
"Eh betina,pergi mampuslah!Nak termuntah aku tengok muka pura-pura kau tu"
"Saya tak pernah pura-pura dengan keluarga ni.Akak tu yang tiba-tiba layan saya macam binatang!" tengking Eyra.
"Eyra,tak payahlah nak menengking kakak aku," tegur Fairul.
"Rul,kakak kau yang start dulu.Aku ada hak pertahankan diri!"
Ketika ini dia merasakan dia seorang penjenayah berat.Kak Fatin dan Fairul polis yang menangkapnya.
"Wah,sekarang ni kau nak salahkan aku?Sendiri cari pasal.Kau ajar sikit bini kau"
"Kak,tolonglah straight to the point.Apa salah Eyra?" rayu Eyra.
Encik Naqi yang sedari tadi memerhati dari dapur menyelit dalam pertelingkahan mereka.
"Eyra,pergi balik sekarang"
"Ayah poun sama?Kenapa dengan semua orang ni?"
"Kau dengarkan apa ayah kata tadi?Even ayah pun tak suka kau.Jadi,berambus"
"Tak nak!" tegas Eyra.
"Kau memang cari penyakitlah!"
Kak Fatin mengheret Eyra sehingga ke muka pintu.Tiada langsung perasaan belas kasihannya.Eyra terjerit-jerit minta dilepaskan.
"Hah,mampus kau!"
Ditunjal kepala Eyra bertalu-talu.Geramnya dilepaskan kepada adik iparnya.
"Kak," panggil Eyra.
"Sudahlah Eyra.Kita balik"
Fairul mengangkat Eyra untuk bangun.Kak Fatin tersenyum sinis melihat Eyra yang sudah mengalah.
Encik Naqi menghampiri menantunya.Eyra mula menguntum senyuman.
"Hehehe.Ayah nak backup aku!Yuhuu!"
"Ayah haramkan Eyra jejakkan kaki dekat rumah ni lagi.Depan rumah pun ayah tak izinkan"
Hati Eyra bagai disambar petir.Senyumannya diganti dengan air mata.Dia benar-benar terasa dengan kata-kata Encik Naqi.
"Abang"
"Awak diam Salmah.Awak tak ada kena-mengena dengan keluarga saya.Lebih tepat masa silam saya.Cukuplah awak tahu cerita semalam je"
Puan Salmah mengundurkan dirinya.Benar,dia tiada kaitan langsung dan tiada hak.Mahu membenci Eyra,dia tidak mampu kerana perkara ini tidak terjadi pada dirinya.
"Mak,tak apalah," kata Eyra.
Dia melangkah ke arah Encik Naqi.Dihulurkan tangan untuk bersalam-salaman tetapi hanya dipandang sepi oleh orang tua itu.Lebih memilukan,dia berpaling dari menatap wajah menantunya.
Eyra tersenyum nipis.Didekati pula Puan Salmah.Eyra ditarik dalam pelukan ibu mentuanya.
"Mak.Pujuk ayah ye," pinta Eyra dengan suara tersekat-sekat.
"Inshaallah Eyra"
Puan Salmah turut menangis.Eyra bersyukur kerana ada juga orang yang mengasihaninya.
"Alah,tak payah sedih sangat.Masa buat dulu tak fikir!" sampuk Kak Fatin.
Eyra meleraikan pelukan dan berdiri di hadapan Encik Naqi.Orang tua itu masih dengan pendiriannya.
"Eyra tak tahu apa salah Eyra.Tapi,Eyra minta ayah jangan berdendam.Eyra tak tenang nanti"
"Jangan minta macam tu.Ayah tak mampu.Pergi balik"
Dia akhirnya akur dengan kedegilan Encik Naqi.
"Tunggu!" laung Kak Fatin.
Eyra menunggu seperti yang disuruh.Mana tahu tiba-tiba si Fatin tu insaf.
"Wah,insaf le tuww"
Kak Fatin melempar segenggam duit di wajah Eyra.Bersepah duit itu.Puan Salmah yang sememangnya mata duitan terus mengutip duit yang banyak itu.
Ini duit yang Eyra beri kepada mertuanya!Duit ini hasil titik peluhnya bekerja.
"Kitaorang tak ingin duit kau.Entah-entah haram," tuduh Kak Fatin l.
"Kak,Eyra ikhlas bagi duit ni.Ambillah balik"
"Tak nak aku kata!"
"Eyra,kutip duit tu.Lepas tu masuk kereta," arah Fairul.
Maka,dengan perasaan sedih Eyra mengutip duit tersebut.Menggigil-gigil tubuhnya.
"Kak,kau tak balik lagi ni kenapa?" tanya Fairul.
"Aku nak make surekan ayah dengan mak selamat daripada bini kau"
Sejurus itu,mereka melepaskan tawa serentak.Fairul menjeling sekilas isterinya yang sedang terkial-kial.
"Dahlah kak.Aku balik dulu"
Fairul menyalami keluarganya tanpa menghiraukan Eyra.Dia lantas turun ke bawah.
"Eyra!Cepat sikit!Kata nak pergi jalan-jalan!" jeritnya.
Seriously Fairul?Kau rasa isteri kau ada nafsu lagi ke mahu bersiar-siar?Apa yang kau fikir wahai Fairul Amin?
Fairul ketawa mengekek.Memang dia sengaja mahu menyakitkan hati isterinya.Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan orang kata.
Selesai Eyra mengutip,dia turun ke bawah sambil diperhati Fairul.Dia memeluk duit itu erat.
"Kau kutip duit tadi,serupa pengemis," caci Fairul selamba.
Laju air mata Eyra mengalir.Kenapa Fairul pun terikut-ikut menghinanya?Siapa yang berpura-pura sekarang ni?Dia atau Fairul?
"Lepas ni kau tak payah ikut aku balik sini lagi.Ayah dah haramkan," sambung Fairul usai mereka masuk ke dalam kereta.
Eyra menunduk.Saat ini dia begitu lemah untuk berhadapan dengan Fairul.Dia malu!
"Nak pergi jalan-jalan lagi tak?"
Dia menggeleng.Eyra sibuk melayani fikiran sedih memikirkan sikap Fairul dengan keluarganya yang berubah.
"Padan muka kau.Ada sebab aku halang.Dah kena macam ni,aku tak bertanggungjawab"
Ya allah.Jahatnya Fairul.Di mana sikap melindunginya?
"Aku tahu ini berkaitan semalam.Aku tahu!"
"Buat ayah dan Fatin benci Eyra is done!"
Fairul bersorak riang di hati.Setakat ini semua berjalan lancar.
"Ini baru sikit je sayang.Kau kena siap sedia untuk hari mendatang," nasihat Fairul.
Eyra membuat keputusan untuk berdiam diri terlebih dahulu.Dia akan menyiasat sendiri selepas ini.Walaupun dirinya kecewa kerana Fairul tidak melindunginya,tetapi dia tetap percayakan Fairul sepenuhnya.
"Fairul buat bersebab.Ye!Aku percayakan suami aku!"
Lalu Eyra mengusap air matanya.Dia harus gagah!
Fuh,chapter paling susah cari idea.So 'dia' yang dimaksudkan ialah Eyra.Apa yang jadi sebenarnya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top