EYRUL 24
EYRA hairan dengan situasi yang sedang berlaku di dapur.Dia menyorok di sebalik dinding untuk mengintai kelakuan Fairul,Encik Naqi serta Kak Fatin.
"Siang tadi bukan main anak beranak ni kenakan aku.Malam ni tiba-tiba menangis.Apa cita ni?"
Eyra termangu sendirian.Apasallah pula malam menangis?Kena sampuk dek jin ke?Encik Naqi menangis tersedu-sedan manakala anak terunanya nampak bersusah payah menenangkannya.
"Lah yang laki aku pergi lap air mata bapak dia pakai kain lap dapur gas dah kenapa?" soal Eyra.
Walang hatinya kini.Muka Eyra kau dah cemarkan dengan seluar dalam kau,sekarang ni muka bapak kau pula kau cemarkan dengan kain dapur gas.Mari sini muka kau,aku tonyoh dengan lampin anak Kak Fatin!
Babak air mata sebentar tadi hilang kesedihannya akibat tingkah laku Fairul yang tidak dijangka.Kak Fatin nampaknya mengambil segelas air lalu disuakan kepada bapanya dengan tangan yang menggigil.
Wanita itu juga turut merembeskan air mata yang deras.Wajahnya yang cerah bertukar sedikit merah.Kain tadi dirampas dari tangan adiknya seraya tanpa ragu dia mengelap air matanya.Siap dikesat hingusnya.
"Aku harap Kak Fatin basuh balik kain tu"
Sempat lagi Eyra membuat andaian. Begini agaknya orang yang terlalu sedih.Tak kisah jika muka sendiri terkena kotoran.Geli-geleman Eyra memandangnya.Entah bakteria apa yang melekat di kain tersebut. Selamba aje digunakan oleh mereka.
"Bila nak berhenti menangis ni?Aku nak pergi minum air pun tak senang," rengus Eyra.
Terbantut niatnya untuk membasahkan tekak apabila mereka bertiga bersenang lenang berbual dan menghasilkan air mata.Apa yang sedih sangat tu sampai Kak Fatin teresak-esak menangis?Fairul tak pula Eyra lihat mengeluarkan tangisan.Cuma boleh dilihat emosi sedih di wajahnya.
Sebenarnya ada sebotol air mineral di dalam kereta yang Eyra boleh minum daripada membuang masa menunggu di dapur tetapi kakinya seakan terpasak di lantai kayu rumah itu serta hatinya terdorong hendak mengetahui isi perbualan mereka.
Namun jarak antara mereka agak jauh.Mustahil bagi Eyra untuk mencuri dengar.Mahu menyorok di bawah meja tidak boleh kerana meja itu di dapur.Kat dapur pula ada tiga beranak tu.
Eyra mula pusing.Dia benar-benar ingin tahu situasi mereka.Perlukah dia bertanyakan kepada Fairul?Dia sendiri tidak tahu.
Akhirnya gadis itu mengatur langkah ke dalam bilik.Tekak yang haus tidak dipedulikan.
"Tak apa lah.Esok je lah aku tanya terus pada ayah.Tanya si Fairul,banyak pula cerita nanti",ujar Eyra mengalah
🐂🐂🐂🐂🐂
Fairul pov
AKU lantas mengambil kain di atas meja dan mengelap air mata ayah.Saat-saat genting sebegini manalah sempat bagi mencari kain yang bersih.Ayah pun sedang galak menangis,jadi mestilah dia tidak perasan kain yang mengelap wajahnya.Jadi,kita kena chill je okay?
Setelah Kak Fatin kembali duduk di kerusi,dirampasnya kain itu dan dia melakukan perkara yang sama seperti aku lakukan pada ayah.Padan muka kau kak.Nak jaga muka sangat kan?Hah,ambik kau!
Aku rasa bersalah melihat situasi sedih bapa dan kakakku.Aku terpaksa beritahu kerana aku tidak mahu mereka hidup dalam kepura-puraan untuk masa yang lama.Biarlah hati mereka terluka asalkan mereka dapat tahu kebenarannya dari mulutku sendiri.
Sudah lama aku menyimpan cerita ini dan malam ini jugalah aku meluahkan segalanya walaupun aku tahu ianya akan membuatkan hati mereka bercambah dengan perasaan benci.
"Kenapa sekarang baru nak bagitahu aku?" tanya Kak Fatin.
Aku hanya diam dan menunduk.Bahu ayah diurut serta belakang tubuhnya aku usap bagi memberi ketenangan kepadanya akibat perasaan sedih yang melampau.
"Aku takut kau benci dia," balasku.
"Kalau Airul bagitahu sejak mula,maybe ayah boleh terima.But now,ayah tak boleh terima.Dah lapan bulan dia ada dalam keluarga kita tanpa rasa bersalah,mustahil kami tak benci dia," luah ayah.
Aku tersentap mendengar bicara ayah kerana setahu aku ayah bukanlah orang yang berdendam.Kak Fatin menyokong ayah dengan anggukan perlahan.
"Kami dah terlanjur benci dia.Dia tu ibarat gunting dalam lipatan.Sangat bahaya untuk kita," kata Kak Fatin pula.
"Maafkan Airul sebab lambat bertindak.Airul tak sedia tengok akak dan ayah terluka"
"Ayah terkilan.Semuanya dah terlambat," ucap ayah lalu air matanya terus merembes tanpa tertahan lagi.
"Apa kita nak buat?Report polis?"
Soalan Kak Fatin membuatkan aku tercengang.Walau sakit hati ku seperti mereka,aku tak nak hal ini berakhir di tangan polis.
"Tak!Polis tak ada kaitan dengan keluarga kita.Aku tak benarkan sesiapa pun dari kalangan kita laporkan pada polis," tegasku.
Bukan niatku memarahi Kak Fatin.Aku tidak selesa jika orang lain masuk campur dalam hal keluargaku.
"Orang seperti dia layak sumbat dalam penjaralah Airul.Kalau tak serah pada polis,kau nak biarkan dia bebas?"
Kak Fatin menghentak meja.Nasib tak terbelah meja tersebut.Jika terbelah,kami mahu makan di mana?Di meja rumah dia?
"Kita tak ada bukti.Dia pandai hapuskan bukti"
Aku berjaya mendiamkan kakakku.Sudah tentulah aku punya bukti yang sangat kuat.Aku sengaja merahsiakan bukti itu supaya aku dapat menjalankan apa yang dirancang selama ini.
Polis tidak termasuk dalam salah satu plot rancanganku.Biarlah hanya aku dan Rykal sahaja yang tahu menahu tentang ini.
"Tak usah libatkan polis.Benda dah terlanjur.Kita hanya mampu doa agar dia cepat sedar"
Lega aku mendengar kata putus dari ayah kerana tiada sesiapa pun berani membantah.Kak Fatin ku lihat sudah mencuka.
"Tak puas hati letuww," ejekku.
"Diamlah kau.Aku bagi cara mudah,kau tak nak," rengusnya.
"Kalau Airul minta ayah dan Fatin untuk tidak bencikan dia,ayah minta maaf.Buat masa ni,kami tak boleh buang rasa tu"
"Kenapa asyik guna 'dia' sejak tadi.Cubalah sebut nama," tanyaku musykil.
"Ayah tak sanggup nak sebut nama dia"
"Bayangkan muka dia pun aku dah jijik,inikan pula nak sebut nama.Huh!"
Nampaknya mereka memang tidak boleh dibawa bincang lagi.Kesian juga aku dengan dia.Aku mengawal diriku dari mengasihani dia.Takut perasaan ku makin lain.
"Kau sayang dia?"
Aku pantas menggeleng.Gila!Aku tak kan pernah sayangkan orang sepertinya.Kirim salam!
"Bagus.Itu yang aku nak dengar.Bermaksud,kau tak terpengaruh dengan dia lagi"
Kak Fatin tersenyum sinis.Memang benar aku tidak menyayanginya.Kalau sayang,sila hantar aku di Tanjung Rambutan.
"Ayah nak tenangkan diri.Hanya Allah je yang boleh bantu ayah sekarang.Kamu berdua berbuallah dahulu"
Ayah bangun dari kerusi dan aku sempat menarik tangannya.
"Maafkan Airul,ayah," pintaku.
Orang tua itu kelihatan tersenyum lemah.Tangannya aku cium sebelum dia berlalu pergi.
"Aku tahu kau ada sorokkan something dari aku dan ayah"
"Kak,kau jangan buat andaian bodoh boleh tak?Apa yang aku sorokkan?" marahku.
"Iyalah.Beria kau tak nak report polis.Apa agenda kau?Tak cukup lagi ke kau rahsiakan hal ni dari kami?"
"Tak ada apalah kak oi.Kau marahkan dia,aku pula yang kena"
"Kau nak menipu aku?Sorry kau tak berjaya.Terserah kau nak buat apa pada dia tapi,jangan sampai kau jadi macam dia.Jangan kotorkan tangan kau sendiri," nasihat Kak Fatin.
Dia pula meninggalkan aku keseorangan.Aku tak pasti kalau aku boleh mendengar nasihat Kak Fatin kerana apa sahaja boleh jadi kan.Maka,aku tak berani berjanji dengannya.
Aku masuk ke dalam bilik.Eyra yang sedang berbaring di katil sambil bermain game aku dekati.Entah game apa yang dimainkannya.Wajah polosnya tidak memberi aku ketenangan.Tiada orang pun boleh menenangkan aku ketika ini.
"Woi,lu main apa?" tanyaku kasar.
Telefonnya terjatuh tepat di batang hidungnya dek terkejut.Dia mengaduh kesakitan sementara aku mengalihkan telefon tersebut.
"Aduh"
"Hidung kau dah merah wei.Tinggal pakaikan baju badut je.Lepas tu dah boleh buat show dekat funfair"
Aku cuba berjenaka bagi menutup lara di hati.Aku takkan izinkan Eyra perasan akan kekacaun hatiku.Nanti ditanya macam-macam,mati kutu nak jawab.
"Kaulah.Masuk tak bagi salam.Kemek hidung aku," rungutnya.
Dia tidak lagi bermain game dan kini aku menjadi tumpuannya.Kami duduk berhadapan.
"Kau nampak macam serabut aje?Ada yang kau nak kongsi?" tanya Eyra memancingku.
"Mana ada.Aku okay je sayang"
Sengaja aku tutup soalannya dengan memanggilnya sayang.Eyra mengangkat bahu dan membelakangi ku.Diteruskan aktivitinya yang tergendala sebentar tadi.
Aku menghembus nafas lega.Mataku dipejam rapat berusaha mencari ketenangan.
Sementara fikiran Eyra pula melayang memikirkan tingkah Fairul.Dia tahu ada sesuatu dan perkara itu berkaitan dengan kejadian di dapur sebentar tadi.
"Kau tipu aku Fairul"
Chapter ni unsur komedi aku kurangkan sikit sebab dah nak tiba saat-saat genting.Tapi aku akan tetapkan gaya komedi dalam bab-bab mendatang.
Vote dengan komen makin sikitlah.Kenapa?Tak best eh?Susah jugak eh nak buat readers setia
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top