EYRUL 23 (KAHWIN IV)

EYRA melihat sekeliling biliknya.Sepatutnya bilik pasangan pengantin baru dihias cantik tetapi biliknya.Huh!Macam kapal karam di lautan sepi!

Dia teringat kembali lafaz nikah oleh Fairul beberapa jam lalu.Ingin sahaja dicubit cubit bibir lelaki yang tersenyum sinis tadi.Bukan main gembira dapat berkahwin dengannya.

Pernikahan mereka dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.Cukup memanggil staf-staf syarikatnya dan beberapa orang kampung Fairul pun sudah memadai.

Kalau tidak menjemput mereka,mulalah timbul spekulasi ataupun fitnah yang merimaskan.Lagi-lagi si budak Kira becok tu.Pantang nampak dirinya berjalan dengan lelaki.

Buat apa mahu panggil ramai-ramai?Kalau suami dia itu jutawan,barulah boleh bermegah.Ini setakat maid,apa orang heran?

Terkejut juga dirinya apabila mas kahwin yang Fairul beri bernilai seribu ringgit.Suaminya itu juga yang menyatakan dahulu bahawa dia seorang penganggur.

"Mana dia dapat duit banyak?Aku target mas kahwin dia bagi lima puluh ringgit je," fikir Eyra sejenak.

Kalau duit itu berpunca daripada hasil haram,dia berjanji akan membaling duit itu di wajah suaminya.Tak sanggup rasanya mahu menggunakan duit haram.Solatnya,doanya turut terjejas dan tidak diterima.

"Walaupun aku jahat,aku tak nak guna duit haram.Sia-sia je hidup," monolognya lagi.

Kejamnya kau Eyra.Berfikir yang bukan-bukan pada suami sendiri.Manalah tahu Fairul pernah bekerja sebelum ini tetapi dirahsiakan.

Baju pengantin yang masih tersarung elok di tubuhnya ditanggal kasar.Pening memikirkan dari mana datangnya duit Fairul.Siapa suruh kau fikir?Kan dah pening.

Eyra membalut tubuhnya dengan tuala.Pintu pula dari awal lagi dikunci.Tak kuasa mahu menghadap muka Fairul.Lantaklah apa orang nak kata dekat dia sebab tinggalkan suami.

Mereka tak rasa apa yang dia rasa.Esok lusa jumpa juga Fairul tu.Tak rugi apa pun jika tak berjumpa dengannya pada malam ini.

Sejurus itu,Eyra mengambil gunting di laci meja soleknya.Digunting baju pengantin itu.Penat taylor jahitkan,dia pula tanpa rasa bersalah merosakkan jahitan tersebut.Baju itu dilempar ke atas sehingga tergantung di kipas.

"Alamak!"

Eyra mula mengeluh.Kenapalah dia pergi buat kerja yang akhirnya menyusahkan dirinya.Semua perkara yang terjadi hari ini menyebalkan hatinya.

"Naya aku kalau kipas terbuka tadi.Mahu bersepah bilik ni"

Dia berkira-kira hendak mengambil balik baju itu menggunakan galah yang dihadiahkan Fairul kepadanya sebelum pintu diketuk.Galah itu sebagai hadiah perkahwinan.Kepala hotak kaulah Fairul!

"Sekejap!"

Dia merengus.Tengah busy mengait 'buah' orang kacau.Dia segera menyarung t-shirt dan melilitkan tuala di pinggangnya.

"Ada guna juga eh galah buruk tu"

Sempat lagi dia berbicara sendirian sambil berjalan ke pintu.Kedengaran tidak logik orang menyimpan galah di bilik tidur.Tapi,apa boleh buat?Nak simpan bawah rumah,rumahnya bukan kampung.Yang ada pun,dia simpan tangkal.Choy,mulut kau Eyra!

Dia memulas tombol pintu.Terpacak wajah Fairul yang manis bak Eyra.Namun senyuman itu tak mampu menyenangkan hatinya.

"Datang sini sekadar nak tayang senyuman bangla kau,baik kau blah," halau Eyra.

Mata Fairul meliar di segenap bilik isterinya.Apabila terpandang kipas,dia pantas melarikan diri.Apa kena dengan Fairul?Eyra mengekori suaminya yang mencangkung di sudut dinding.Mujur ketika ini hanya mereka berdua di tingkat ini.

Apa yang ditakutkan sangat sehingga menggigil?Mungkinkah terkejut dengan wajah Eyra tanpa solekan?Dia berfikir sejenak.

"Biasalah perempuan tak pakai makeup.Muka tak cantik sangat," katanya melulu.

"Benda ni lagi seram dari muka kau yang tak pakai makeup tapi tetap cantik"

Dalam takut Fairul sempat memuji Eyra membuatkan isterinya menarik nafas lega.Nampaknya dia bukan takutkan wajah Eyra.

"Benda apa tu?"

"Malam ni kita tidur bilik lain boleh?" pinta Fairul.

"Eh siapa nak tidur bilik aku?"

"Siapa-siapa sahajalah.But not us"

"Sebab?"

"Jangan terkejut dengan apa yang aku sampaikan ni"

"Apa dia?"

"Dekat atas kipas aku nampak ada benda putih.Ada hantu," sebut Fairul perlahan.

Takut didengari 'hantu' itu.Hantu di kampungnya pon tidak berani bertenggek di kipas.Katanya nanti pening kepala.Dah satu hal kena bagi hantu-hantu tersebut makan panadol.

Hampir meletus tawa Eyra mengenangkan bajunya yang ditakuti Fairul.Muncul satu idea di kepalanya.

"Wei,kau biar betul Rul?" tanya Eyra pura-pura takut.

"Iya benar!Tak bohong"

Over juga Fairul ni.Siap nak angkat tangan bagai.

"Alah macam mana ni?"

"Kau masuk dulu,aku follow belakang," arah Fairul takut.

"Kau suami,kau masuklah dulu!Aku pula!" marah Eyra.

"Itu bilik kau and rumah kau.Kaulah settlekan"

"Baik aku yang jadi lelaki.Tak boleh pakai siak kau," rungut Eyra.

"Okay,aku masuk dulu.Kau ikut aku"

Eyra menyimpan senyuman nakal.Sebentar lagi Fairul bakal meraung!

Mereka berjalan berjengket-jengket lagak seorang pencuri.Eyra menarik baju melayu suaminya bagi memantapkan lakonan.

"Get  ready"

"I am ready," sahut Eyra.

Fairul berjalan perlahan sehingga ke pintu.Eyra bertindak menolak suaminya sehingga masuk ke dalam dan dikunci pintu tersebut.

"Woi jahanam kau!Buka pintu ni woi!"

Bersungguh-sungguh Fairul menjerit.Tak disangka Eyra memperdayakannya!Manakala di luar,isterinya terkekek-kekek mentertawakannya.

"Eyra,tolonglah buka!"

"Cuba kau pandang kipas tu!"

"Kau gila?Tak nak!"

"Pandang jelah!" kata Eyra dari luar.

Fairul memberanikan diri memandang ke belakang.Ayat kursi dibaca menjadi pendinding.Dia mengamuk sakan melihat 'hantu' itu.

"Eyra Hayati anak perempuan Hadi!"

Eyra ketawa terbahak-bahak.Wahh,malam ni hiburan lain macam!

"Kau buka sekarang sebelum aku terajang pintu ni!"

Gerun juga Eyra mendengar ugutan Fairul.Dia menuruti arahan Fairul.Kelihatan suaminya sudah memegang bajunya dengan ekspresi bengis.

"Kenapa pegang 'hantu' tu?Tak kecut ke?" perli Eyra.

"Hantu kepala atuk kau!"

Dia melempar baju pengantin tersebut di atas katil.Hilang machonya sebagai lelaki!

"Asal nampak benda putih je,hantu.Apalah kau ni.Pengecut!"

"Apa masalah kau sampai nak rosakkan baju ni?!"

"Baju tu menunjukkan perasaan aku dekat kau," selamba Eyra menjawab.

"Mampus kaulah Eyra.Walau macam mana pun kau benci aku,kita dah sah suami isteri.Kau tiada hak buat apa-apa"

Fairul sengaja menyemarakkan api kemarahan Eyra.Ternyata kata-katanya berjaya memancing kemarahan Eyra.

"Kau kena ingat.Islam ni adil,hak isteri pun dijaga!"

"Oh ya?Tak tanya pun"

Eyra menghentak kakinya.Geram!Jika boleh,dia mahu menapak muka suaminya.

"Nasib aku berani pandang kipas tadi.Kalau tidak,sampai ke sudah macam orang bodoh"

"Pengecut dan bodoh"

Fairul memandang Eyra dengan ekor mata.Biar rasa terhina sedikit.

"Pergi buang baju kau tu.Aku nak mandi"

Dia mengambil begnya di luar bilik lalu mengeluarkan tuala.Jadi raja sehari pun penat juga ya.Eyra menahan suaminya daripada menunaikan hajatnya.

"Asal?Nak mandi dengan aku?Kau pun nampaknya dah ready dengan tuala kat pinggang"

Pandangan matanya jatuh di pinggang Eyra yang dililit tuala.Eyra menunjukkan buku limanya.

"Belum tiba masa lagi nak mandi sama-sama"

"Oh,kau ada niatlah kan?"

Eyra diam.Fairul pula tertawa kecil dengan muka cemberut buah hatinya.

"Mana kau dapat duit untuk mas kahwin?"

"Kau ingat dekat kampung aku tak buat kerja ke?Orang kampung tak boleh bekerja ke?"

"Tak adalah.Kau kan menganggur sebelum ni"

"Takkanlah semua cerita aku nak kena beritahu?Aku tak becok like you"

"Kerja apa yang kau buat?"

"Kenapa nak tahu?"

"Nak pastikan kerja tu halal," terang Eyra.

"Of courselah halal"

Fairul nampak gelabah apabila Eyra menanyakan kerjanya sebelum ini di kampung.

"Kerja apa?" tanyanya lagi.

"Rahsia"

Eyra tidak berpuas hati.Kenapa nak berahsia bagai jika pekerjaan yang dilakukan halal?

"Tak apalah.Kau boleh fikir sendiri apa jadi if kau bagi aku duit haram"

"I know apa yang aku buat," tegas Fairul.

"Okay"

"And ya,finally aku dapat kahwin dengan kau!I love you sayang!"

Fairul terus merempuh masuk ke dalam bilik air.Hatinya riang setelah dapat melangsaikan satu keinginannya.Selepas ini,step seterusnya akan dijalankan dengan penuh teliti.

Di sudut lain pula,Eyra puas memikirkan rahsia kehidupan Fairul yang seolah-olah semakin hari semakin misteri.

Nak atau tak nak,dia terpaksa menjalani kehidupannya sebagai isteri kepada Fairul Amin.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top