EYRUL 22 (KAHWIN III)

Eyra pov

KEPULANGAN aku dari kerja disambut meriah oleh keluargaku.Eh,jarang mereka sebegini.Bukan kata jarang,tidak pernah langsung mereka peduli apabila aku pulang ke rumah.

Tetapi hari ini,Erni dengan senang hati membawa masuk beg tanganku ke dalam rumah sambil tersengih.Walid dan umi juga turut berkelakuan seperti adikku.

"Eyra anak umi," kata umi bernada manja.

Manja-manja umi yang aku lemah ni!Kalau Hadi nak manja seperti umi juga,memang aku bagi pelangkung di muka.

"Jomlah masuk.Umi dah masak sedap-sedap," ajak umi.

Mestilah kena masuk rumah.Takkanlah nak duduk je dekat sini!

"Program mana pula yang buat prank dekat rumah kita ni umi?Rumah jiran sebelahkan ada,apa yang istimewa rumah kita?" tanya ku.

Tak puas hatilah.Nak buat program prank,pergilah berambus tempat lain.Keluarga aku bukannya selebriti pun kau nak prank bagai.Kalau yang tukang prank si Tom Cruise,berabad pun aku tak kisah.

"Mana ada prank.Ini realiti," jelas walid.

"Kesian kami.Buat baik pun dianggap prank"

"Padan muka.Selalu sangat buat jahat,buat baik pun orang pelik," perli ku.

"Umi,walid.Apa yang bertenggek tiga orang depan rumah tu?Hurry up!Tetamu dah tunggu!" jerit Erni dengan suara lantang mengalahkan petir.

Budak Erni ni kalau excited memang melebih.

"Mari,mari"

Mereka menarik tangan ku sehingga ke halaman rumah.Aku dapat lihat banyak kasut bersusun kemas.Adakah ini tahlil?

Aku respect sangat dekat tetamu macam ni.Pergi rumah orang,tak menyusahkan tuan rumah.Bagus!

"Kasut banyak-banyak ni untuk apa?Walid nak buka kedai kasut bundle ke?"

Walid menepuk kepala ku.Penat-penat aku belajar tinggi-tinggi,senang je bapa aku tepuk.

"Jangan banyak cakap.Masuk cepat"," arah umi tegas.

Aku segera menanggalkan kasut tumi tinggiku.Terkejut diriku memandang ruang tamu.Ruang tamuku dipenuhi monyet-monyet!

Okaylah,bukan monyet.Manusia maksud aku.Aku pernah terbaca fakta yang mengatakan bahawa manusia merupakan keturunan monyet.Kesian manusia disamakan dengan monyet.Dahtu monyet nak disamakan dengan apa?

Masing-masing senyum kepada ku.Tanpa berkata apa,aku membalas senyuman mereka.Nanti dua orang tua di hadapanku ini merajuk dan buat hal,susah aku.

"Hai," tegur seorang pakcik yang lebih kurang sebaya walid.

"Ermm,hai," balasku kekok.

"Makanan dah hidang!Jemput makan semua"

Erni menjemput kami semua ke dapur.Aku pula hanya membuntuti umi yang sedari tadi asyik menarik tanganku.Kalau lengan baju aku koyak,aku koyakkan balik lengan baju umi lepastu lari.

"Hah duduk semua.Rul nak duduk sebelah Eyra tau"

Menjengkelkanlah budak Fairul ni.Diam sahaja yang aku boleh lakukan sekarang ini kerana ada tetamukan.

Kami mengambil tempat.Fairul tersenyum gatal merenung ku.Seronoklah tu dapat duduk sebelah aku.Aku tahu perempuan-perempuan dekat kampung dia tak secantik aku.Huh!

Setelah selesai makanan diambil,walid memulakan bicara.

"Perkenalkan ini Pakcik Hadi dan Makcik Salmah"

Ada aku kisah?Tapi aku taklah sekejam itu mahu berkata sebegitu.Aku menyalam Makcik Salmah.

"Saya Eyra Ha..."

"Eyra Hazali?"

Ei pakcik ni!Pantang nenek moyang Albert Einstein aku bila orang menyampuk cakap aku!

"Pakcik gurau je.Eyra Hayati kan?" gelaknya.

Aku mengangguk dengan kutukan di hati.Pakcik ni belum apa-apa lagi dah tunjuk belang ya.

"Sebenarnya tujuan mereka ke sini untuk...."

"Opss,Hadi makan dulu boleh tak?Lapar ni," ujar Pakcik Hadi lagi sambil mengusap perutnya.

Memang sah pakcik ni kaki menyampuk!Walid pula hanya pasrah dan mengikut arahan.

🐂🐂🐂🐂🐂

AKU memberontak!Sampai hati umi dan walid terima pinangan Fairul tanpa beritahu aku terlebih dahulu!

"Eh nak.Kira bersyukur awak dapat kahwin dengan anak makcik yang muda ni.Kalau suami makcik orang tu,lagi meroyan awak"

"Walid,kenapa buat Eyra macam ni?"

Aku tidak mempedulikan kata-kata Makcik Salmah.Elok juga aku memberontak,biar mereka tahu sikap sebenar aku.

"Mengikut buku teks Pendidikan Islam tingkatan lima bab perkahwinan,muka surat lima ratus bab wali,di situ ada mengatakan,bapa boleh mengahwinkan anak perempuan mereka tanpa keizinan perempuan itu.So,i don't see it as benda yang salah"

Fine!Walid dah berjaya buat aku tergamam!Walid betul-betul dah prepare.Siap buka text book lagi.

"Umi,tak kesian dekat Eyra ke?"

"Tak.Baik apa Fairul tu.Handsome,rajin,pandai mengemas.Senang hidup Eyra nanti"

"Setuju," sampuk Fairul.

Dia dengan Hadi sama je!Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai?

Aku menarik Fairul ke sudut dapur.Ingin berbicara dari hati ke hati berdua.Telinga ku sempat lagi menangkap perbualan Pakcik Hadi dan walid,

"Eleh,memberontak sangat.Dah tarik bawa sampai ke dapur,sukalah tu"

"Eyra ni lain sikit.Pemalu di luar,miang di hati," kata walid.

Boleh tak aku lagakan kepala mereka?Aku tak semiang tulah!Aku memandang tajam Fairul.

"Licikkan kau.Kau buat cara kasar ya?" bisikku.

"Salah kau.Liat sangat nak terima aku.Apa kurangnya aku?Nak kata kau dah ada boyfriend,tak ada pula aku nampak kau berkepit dengan jantan"

"Sebab kau tak bekerjaya," terangku.

"Maid ni bukan tergolong dalam kerjaya ke?Sejenis sukan agaknya maid ni"

"Kerja maid tu,tak bawa ke mana lah.Lagipun,walid yang bayar gaji kau.Lepastu kau bagi aku makan pakai duit walid.Sama je kalau aku tak kahwin dengan kau!Tetap guna duit walid"

"Baik,kau tak nak pakai duit walid,aku on je.Aku pergi kerja maid dekat rumah orang lain.Amacam?"

Aku naik geram.Fairul sudah melepaskan tawa sinis.Suka ya kau kenekan aku!

"Sudahlah Eyra.Kau tu bukan Eyra Hazali yang kahwin dengan Haziq Nadzli atas sebab cinta.Suami kau lepasni ialah aku,Fairul Amin.Nak tarik balik,tak boleh.Aku dah terlajak panggil mak ayah aku"

Pisau di sinki aku pandang.Ikut akal tak waras aku,sudah lama aku robek jantung dia!

"And,kau sanggup ke nak kecewakan parents aku?Lagi-lagi parents kau.Umi dengan walid suka aku tau"

"Aku tahu lah!" bentakku.

"Kira baik aku nak kahwin dengan cara halal.Kalau fikir geram aku,kau kene rogol tau," katanya selamba.

Aku terus menyumbat mulutnya dengan tisu yang berada di atas meja makan.Ya allah!Cakap tak berlapik!

"Jantan jenis apa kau ni?Awal lagi,niat tak baik"

"Alah,lepas kahwin pun kalau aku cakap macam ni,kau akan kata tak baik juga"

Fairul tidak mahu mengalah.Nampak sangat dirinya bertekad ingin kan diriku.Mustahil dia mahu bernikah dengan ku atas dasar suka.Aku pernah cuba mengorek rahsia darinya tetapi entahlah.

Jejaka ini seakan menyorokkan sesuatu dari pengetahuan kami sekeluarga.

"Mustahil kau nakkan aku sebab suka," luahku.

"Lantak kepala kaulah nak kata aku apa.Yang penting sekarang,kita akan berkahwin.Suka tak suka,belakang kira"

Dia mendekati tubuhku.Aku membalas tanpa gentar.Apa-apa jadi,aku akan tendang private part dia!

"Siapa kata aku setuju?" soalku ingin melihat reaksinya.

"Tak setuju tak apa.Rogollah jawabnya.Kau mengandung,dapatlah kahwin juga"

Aku menjauhkan diri darinya.Takut pula!

"Kau cakap kau setuju.Kalau tidak,malam ni kau tahulah nasib kau"

"Ohh,kau ugut aku ke?"

"Baguslah kau fikir macam tu.Senang kerja aku.Okay future wife,aku nak pergi depan"

Dia menyelitkan rambut ku di telinganya.Aik,itu rambut aku,macam mana boleh selit dekat telinga dia?Kauorang fikirlah sendiri.

Habislah aku!Kalau aku tak setuju,dia akan buat perkara tak baik pada aku.Aku buntu,sangat buntu.Kahwin ni bukan perkara biasa!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top