EYRUL 2
"Airul",panggil Eyra
Fairul mengeluh.Tahulah dia bahawa jika isterinya memanggilnya Airul,mesti Eyra mahukan sesuatu.
"Apa?",tanya Fairul kasar
"Nak tu"
Eyra tunjuk ke arah televisyen yang sedang menayangkan kerangupan ayam kfc.
"Takde duit",jawab Fairul pendek
Dia meneruskan jahitannya yang tergendala tadi.Bini mintak belt tapi tak mampu beli so kita jahitkan jerla.Eyra mencebik dan terus menutup televisyen tanda tidak puas hati.
"Oh,beli iPhone mampu,beli kfc tak mampu.Apalah sangat kfc kalau nak dibandingkan dengan iPhone kau tu.Aku yang kaya ni pon pakai android je",rungut Eyra
"Woi benyai.Kau yang sepatutnya belanja aku.Aku bersengkang mata jahitkan seluar-seluar londeh kau.Aku yang bersusah payah membuat chores,memasak hanya untukmu sayang.Yang kau tahu bagi aku gaji je"
"Ewah kau.Tak bersyukur!Aku lapar tahu tak!",bentak Eyra
"Cubalah waktu malam jangan makan.Berat dah naik 4kg pon tak sedar lagi ke?Aku risau jugak ni.Lepas dah jahit seluar kau,muat lagi ke tak eh",perli Fairul
Eyra menutup telinganya.Tak nak dengar pasal isu berat badan ni!Fairul melangkah ke arah isterinya.
"Ni hah paha kau tu!Dahlah lagi besar dari paha aku!Tu hah lengan tu!Dah macam balak!Tinggal tunggu perut berlapis berlipat-lipat je",kata Fairul sambil memicit-micit lengan Eyra sambil ketawa mengekek.
Eyra menepis-nepis tangan Fairul.Dia menjerit-jerit tanda sakit hati.
"Tak payahlah makan kfc.Paha sendiri yang macam paha ayam tak nak lak digigitnya",provok Fairul
"Pokai sangat ke kau ni sampai tak pernah-pernah belanja aku?",tanya Eyra marah
"Aku ni takderla miskin sangat tapi aku merasakan bahawa ianya suatu pembaziran yang besar jika aku belanja kau.Dahlah bernafsu besar kau ni.Nanti bukan mintak kfc je,bende lain pon kau nak mintak",jelas Fairul
"Isteri sendiri pon tak nak belanja"
"Siapa kata kau isteri aku?Aku anggap kau housemate aku je",selamba Fairul berkata
'Kedekut!Entah-entah kalau kita ada anak,dengan anak-anak sekali kau berkira"
"Eh anak anaklah.Isteri isterilah.Bak kata peribahasa,'sayang isteri sakit-sakitkan,sayang anak manja-manjakan'
"Patutlah miskin,bodoh belajar rupanya",perli Eyra
"Kau tu pon bukannya pandai sangat.Dapat jawatan pon sebab tu syarikat bapak.Lepas abang Izzat dah balik Malaysia,mesti kau pon menganggur.Dahlah masuk kolej swasta.Orang bodoh macam kau je yang ambik swasta ni",balas Fairul
"At least kerja aku lagi bagus daripada kau",kata Eyra tak mahu mengalah
"Kerja atas belas kasihan orang je pon.Bukannya atas usaha sendiri.So tak payah gebang"
"Kau ni memang tak nak kalahkan?Memang nak kene cili ni!",marah Eyra
"Eleh,cili pon kau tak tahu aku simpan kat mana.Ada hati nak cili aku.Haktuih"
Fairul membuat aksi meludah tapi tak sangka pulak air liur terkeluar betul-betul siap dengan kahak sekali.Tepat mengenai muka Eyra.
"Eiii!Fairul!Geli lah bodoh!Lap cepat!",jerit Eyra
Fairul bergegas mengambil kain sambil ketawa lalu mengelap muka Eyra.Eyra merampas kain tersebut.Disental-sental mukanya dengan kuat dan ghairah.
"Jijiklah siot!Pengotor!",jerit Eyra
Eyra menekap-nekap kain tersebut di mukanya.
"Aku rasa kau lagi pengotor kot",kata Fairul
"Apahal lak?"
Fairul menuding pada kain yang dipegang Eyra.Eyra terus memandang kain tersebut.Terbeliak matanya.
"Bangang!Woi!"
Eyra menyekeh-nyekeh kepala suaminya.Kalau ye pon nak cepat,janganlah amik spender.
"Ni dah basuh belum?",tanya Eyra
"Cuba bau",cadang Fairul
"Aku tak gian sangat okay!"
"Tak basuh lagi tu.Sorry lah bergegas tadi",kata Fairul
Eyra menumbuk-numbuk tubuh suaminya.Disgusting!
"Sakit woo.Lek lu.Aku dah basuh lah.Cuba bau"
Fairul merampas 'kain' tersebut lalu menekup hidung Eyra.Eyra meronta-ronta.
"Hah,kan wangi tu.Wangi kan?"
"Fairul janganlah jadi pengotor.Kita ni biar miskin jangan jadi pengotor"
"Kau ni,bende wangi pon tak suka",kata Fairul
Eyra merampas spender tersebut lalu menarik-narik spender itu.Perasaan geramnya dilepaskan pada spender tersebut.
"Oh my spender!",raung Fairul
Dia menggigit tangan Eyra sehingga berbekas.Eyra menyeringai kesakitan.
"Janganlah!Nanti spender aku besar!Gedebeh nanti bila pakai.Spender sendiri ada pergilah buat.Pervert!"
"Dahlah muka kau macam spender!Dasar muka spender!"
Eyra menghentak-hentak kakinya lalu membawa diri ke bilik sambil membebel.Fairul hanya mampu menggeleng kepalanya.Seronok benar dapat usik Eyra.
**************
"Fairul,dah siap ke?"
"Sikit lagi"
Tangan Fairul lincah memasak.Selesai masak api ditutup.Dia menghidangkan masakannya kepada Eyra dengan bangga.Eyra memandang pelik pinggan tersebut.
"Kau masak apa ni Fairul?"
"Semalam kau mintak apa?"
"Kfc",jawab Eyra
"Hah itulah yang aku masak"
"Eh ni bukan kfc.Kfc tu ayam bukannya kentang"
"Lah betullah tu.KFC tu 'Kentang Fairul Cedap'. Hah kan sama tu"
Eyra menepuk dahinya bertalu-talu.Ya tuhan!Annoyingnya!
"Makanlah.Cedap tu",kata Fairul
Eyra yang malas melayan hanya makan dengan hati yang kesal.Sekesal hatinya.
"Cedap kan?"
"Ha cedap cedap",jawab Eyra pasrah
"Okay ah tu kan.Janji maksudnya kfc kan?So craving satisfied?"
"Hah ye satisfied.Sangat satisfied dengan 'kfc' kau.Next time buat lagi ye.Kentang cedap kau ni dah boleh lawan kentucky fried chicken ah wei"
"Aku pon ada buat air pepsi sendirian berhad.Nak?"
Eyra mengangguk.Ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan 'pepsi'.Fairul menuang air 'pepsi' nya dengan senang hati.Dihulur cawan tersebut kepada Eyra
"Ni kopikan?"
"Eh tak!Ni pepsi.Cuma yang ni versi pahit"
"Oh hah ye pepsi pahit.Aku suka sangat.Makanan hari ni sangat memuaskan.Kentang cedap digandingkan bersama pepsi pahit.Pergh,sedap siot.Desert takde?"
"Ingat nak buat tiramisu tapi tak cukup bahan.Tiratisu adalah.Nak?"
"Eh takpe.Dapat makan kentang cedap pon aku dah happy.Terima kasih ye",kata Eyra
Eyra bangun lalu mencebik muka.Tas tangan diambil lalu melangkah pergi.Fairul di dalam ketawa mengekek.Dia lantas bangun lalu mengemas dapur.Baru sahaja ingin memulakan cucian,dia terdengar pintu dihempas kuat.Fairul lantas ke depan.Dia dapat lihat yang Eyra duduk bersilang tangan dengan muka yang masam.
"Eh,dah dapat kentang cedap pon masam lagi ke"
"Kereta aku tak boleh start"
"Naik grab lah"
"Taknak!Takut!"
Eyra sudah banyak kali mendengar kes-kes yang melibatkan grab.Ada pakcik tua yang gatallah,kene kejarlah itulah inilah.Nanti tak pasal-pasal dia disentuh.Sedangkan Fairul pon tak pernah sentuh dia,takkanlah nak bagi pakcik grab pegang.No way.
"Aku nak kau hantar"
"Kau nak ke naik kereta besi buruk aku?"
"Of course no.Naik motor lah"
"Nak guna motor siapa?Rumah ni mana ada motor"
"Adalah.Meh aku tunjuk"
Eyra menarik tangan suaminya menuju ke garaj.Fairul terkejut melihat superbike di garaj tersebut.
"Kau mencuri eh?"
"Eh dok ah!Ni motor abang Izzat yang dah tak guna.Takde space nak letak,garaj aku jadi mangsa"
"Kau bukannya reti bawak motor"
"Sebabtu aku bawak kereta.Kau ambik jerla motor ni"
"Eh serious ni?"
"Ye!"
"Yahoo!"
Fairul menjerit kegirangan.Dapat lucky draw lah di pagi jumaat ni.
"Nanti boleh bawak pergi solat jumaat.Tu pon kalau kau solatlah",kata Eyra
"Aku solatlah!"
"Cepat bawak aku",arah Eyra
"Eh tak boleh!Ni motor aku!Karang seat koyak.Bontot kau kan tajam!Anak jiran sebelah ada motor.Pi pinjam.Motor dia ada lagu lagi.Pi!Shuh shuh!",halau Fairul
Fairul mencium-cium seat superbike tersebut.
"Walawehh!Apa ni!"
"Yerla.Cepat bagi kunci.Kali ni je boleh naik.Next time tak boleh"
"Apa-apa jerla"
Fairul segera menolak keluar bike sebelum memanaskan enjin
"Naik cepat"
Eyra segera membonceng Fairul.Dipeluk ketat tubuh Fairul.
"Oh,patutlah suruh aku hantar naik motor.Ada motif rupanya",usik Fairul
"Eh kau!Sadap!Jalan cepat!Sappy go!"
Eyra memukul punggung Fairul seperti bontot lembu.
"Woi jangan sentuh!Spender aku dah ketepi"
Fairul menggoyang-goyangkan punggungnya untuk membetulkan balik kedudukan spendernya.Setelah selesa,dia mula bergerak.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top