EYRUL 19
"AKU bukan anak jantan kalau aku tak
tuntut bela!Aku bukannya bodoh!"
"Aku faham.Tapi kenapa kau tak terus terang je?Cara senang ada.Kenapa perlu cara kotor?"
"Apa yang dia buat,bukan biasa-biasa!Jadi,aku perlu balas dengan cara luar biasa juga," tegasnya.
Dia terkenang kembali kejadian tiga hari lepas.Hatinya membara mendengar kata-kata Abang Ali.Tidak mungkin orang kepercayaannya akan menipu dirinya.Rakannya di sebelah cuma mendiamkan diri.Puas ditegah,tetapi masih degil.
Rumah banglo mewah itu dipandang dari jauh sambil digenggam kuat stereng kereta.Dirinya bagai ingin mengamuk melihat gelak tawa wanita itu.Seketika dia menjerit kuat.
"Betina tak guna!Betina sombong!Aku benci kau!" jeritnya bagai orang hilang akal
"Sabar!Bawa bertenang!Kau tak boleh macam ni!Tak guna kau balas balik!"
Dicekak baju rakannya itu lalu ditatap penuh amarah.
"Kau nak bela betina tu?Pergilah!Jangan menyesal kalau kau tak dapat jumpa aku lagi!" bentaknya.
Dia menangis semahu-mahunya di dalam kereta.Tidak adil baginya!Perempuan itu hidup senang lenang sedangkan dirinya?Penuh dengan kekecewaan dan derita!
"Maafkan aku.Aku janji aku akan ada dengan kau"
Lantas dia dipeluk oleh salah satu penguat hidupnya.Diri lelakinya akhirnya tewas di dalam dakapan sang sahabat.
"Kenapa bukan betina tu?!Sepatutnya dia!Betina tak sedar diri macam dia,tak patut wujud" rintihnya.
"Kita tak tahu perancangan tuhan.Maybe dirancang kejadian ini untuk kita bersama ke arah keinsafan"
"Ya!Dan akulah orang yang akan buat dia insaf!Biar dia sedar,betapa jahatnya dia!Lagi jahat daripada firaun!"
Sang sahabat masih setia menepuk bahunya.Mati akal mahu berbicara.
"Kau tak rasa bersalah?"
Terluah jua persoalan yang sudah lama bermain di ruang mindanya.
"Aku?Aku rasa bersalah?Soalan tu tak layak dijawab aku!Hanya layak dijawab oleh betina tu!Aku takkan pernah rasa bersalah," ucapnya satu persatu dengan suara yang semakin kendur.
"Aku mohon dekat kau.Fikir masak-masak.Tak elok terburu-buru"
"Kau ni tak faham bahasa ke?!Aku takkan berundur!Aku takkan bagi betina tu peluang!Cukuplah bertahun-tahun aku bagi dia peluang"
"Perempuan tu ada nama.Tolonglah jangan panggil dia betina.Betina tu binatang wei"
"Bagi aku,dia lagi teruk dari binatang!Binatang pun ada hati perut!"
"Dia manusia,bukan binatang"
"Iya memang dia bukan binatang.Dia iblis!"
"Kau ni memang tak boleh bawa bincangkan?"
"Takde istilah bincang bila berhadapan dengan iblis macam dia"
Rakannya mengeluh kuat.Ini benda yang paling tekad pernah dibuat olehnya.
"Suka hati kaulah.Aku tak boleh halang kau lagi"
Dia tersenyum sinis.Kereta meluncur laju seiring dengan keinginannya yang membuak-buak.
Kini,dirinya sudah tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun.Bermacam idea tersemat kemas di fikirannya.
Apabila dendam mengatasi segalanya,belas kasihan diketepikan demi nafsu.
🐂🐂🐂🐂🐂
EYRA duduk termenung di pangkin yang berlokasi di bawah teduhan pohon kelapa selepas menghantar pemergian keluarganya.
"Hei Eyra,sedih ke?" tanya Puan Salmah.
"Takdelah mak.Esok pun jumpa juga diaorang"
Puan Salmah hanya mengangguk.Tempat kosong di sebelahnya baru sahaja diduduki suaminya.
"Sayang-sayang saya ni borak apa?" soal Encik Naqi pula.
"Siapa sayang awak?Saya baby awak lah," kata Puan Salmah.
Eyra memandang atas bawah ibu mentuanya seraya tergelak.Part mana yang babynya?
"Haah babylah sangat.Baby tua," balas Encik Naqi.
Encik Naqi dan Eyra saling berbalas tawa.Puan Salmah di tengah-tengah lantas bangun.Nak kena ni!
"Abang,saya sedih lah," luah Puan Salmah.
"Eyra,mak tengah sedih tu.Pujuk lah!" gurau Encik Naqi.
"Ayah,yang seorang tu pun puas nak memujuk,yang ni macam mana agaknya?"
Mereka bertepuk tampar sekali lagi.Puan Salmah bersedia memegang batang pokok kelapa,ingin dipetik buahnya lalu dibaling kepada suaminya.
"Abang gurau je Salmah oi!Apa yang awak sedihkan tu?"
"Sedihlah.Kekasih saya dah balik.Sunyi saya.Tiap-tiap malamlah dia teman saya masa semua orang dah tidur"
Encik Naqi sudah tersenyum simpul.Hehehe,akulah tu!
"Siapa tu mak?" tanya Eyra.
"Hadi," kata Puan Salmah sambil tersenyum malu.
Membulat mata Encik Naqi.Ha...Hadi?!My brotherhood!
"Awak ada Hadi,saya ada Wahidah.Setakat awak,saya tak heranlah.Puih"
Tahu pula nak marah.Masa bini minta manja-manja,kau gelakkan dia.
"Kekasihku namanya Wahidah,
Dia cantik dan bergetah"
Hah tu dia!Siri pantun House Husband sudah keluar setelah sekian lama.Patutlah Fairul kerap berpantun,ikut bapanya!Pepatah ada mengatakan,'Bapa pantun,anak rintik'.Kalau kau percayalah.
"Hah pergilah dekat Wahidah tu!Pergi!Saya pun tak ingin dekat awak!Dah tak kuat!" bentak Puan Salmah.
"Alah,merajuk ke?"
Puan Salmah hanya mendengus.Dia membelakangi suaminya.Encik Naqi pergi ke arah isterinya.
"Meh abang peluk nak?"
Puan Salmah masih lagi jual mahal.Eleh,kau yang start dulu petik nama behsan kau.
"Kenapa ni ayah?" tanya Fairul.
Sempat lagi dia menggeselkan hidungnya dengan hidung Eyra sebelum meletakkan kepala di peha isterinya.
"Gatal," ujar Eyra perlahan namun masih didengari oleh Fairul.
"Ni hah,mak merajuk.Ayah tengah dalam proses memujuklah ni," terang Encik Naqi.
"Ohh,nak pujuk bini bukan macam tu.Salah cara ayah tu"
"Then macam mana?Cuba tunjuk," pinta Encik Naqi sambil mengenyit mata.
Saje bagi peluang dekat Fairul.Kekekeke.
"Macam ni!"
Eyra terus menolak suaminya sehingga jatuh ke tanah akibat terkejut.Bibirnya disetubuhi sekilas!!!!Aduhh,main setubuh pula!
"Eyra!Nasib baik muka aku tak sembah tanah"
Encik Naqi mempamerkan thumbs up kepada anaknya.
"Syabas anakku!"
Eyra mengambil keputusan melarikan diri.Malunya tidak dapat ditanggung!Kena kiss depan mak bapak,ini sudah melibatkan maruah!
"Sayang!" laung Fairul.
Fairul turut sama mengejar isterinya.Seronok bukan kepalang dapat ayah yang kawteam.
"Eyra Hayati"
Dapat dilihat oleh Fairul,Eyra sedang berdiri di hadapan cermin sambil memegang bibirnya.Wanita itu seakan terkaku.
"Eyra," panggil Fairul lagi.
Eyra menjauhi suaminya.Masih terkesan dengan peristiwa tadi.
"Culture shock ke?" usik Fairul.
"Malu tau tak.Mesti ayah ingat aku perempuan miang"
Terselit nada kekesalan pada percakapannya.Ah,jatuh reputasinya!
"Nolah sayang.Ayah sendiri yang sokong," kata Fairul.
"Nakallah kau ni"
"Memanglah.Nakal-nakal pak belang je"
"Tapi aku tak puas hati"
"Eh,why?"
"Kiss tadi,kiss pertama aku.Tak romantik," bilang Eyra malu-malu singa.
Fairul sudah tersenyum.Aku dah agak dah!
"Nak yang lagi better tak?"
Eyra diam.Kalau balas cepat,nampak sangat dia miang.
"Offer ditutup dalam masa 10,9,8,7....."
"Aku nak!" jerit Eyra teruja.
"Okay"
Fairul mendekati Eyra.Eyra pula sedang cuak.Eh,gurau je!
"Airul,tak naklah.Aku main-main je"
Sekarang ini,Eyra rasa menyesal!Dia mahu menangis!Kenapalah tak balik hari ni?!
"Ops,sekali minta,aku terus bagi," kata Fairul menggoda.
Eyra menapak ke belakang apabila Fairul semakin menghampiri.Dia terduduk di katil.Wajah mereka semakin dekat.
"Zaki!Tolong akak!" pekik Eyra.
"Oi!"
Fairul menekup mulut isterinya.Pandai kau eh!
"Akak!Akak kenapa kak?!" panggil Zaki cemas.
Ketukan bertalu-talu di pintu.Risau benar dengan kakak iparnya.
Tubuh Fairul ditolak dan Eyra segera membuka pintu.
"Akak okay tak?"
Zaki memusing-musingkan badan Eyra.Ingin diperiksa,jika cedera.
"Tak,tadi akak nampak kapas tadi.Nak jerit nama Fairul,terjerit nama Zaki pula"
"Kapas?"
"Aduhai!Maksud akak lipas," sengih Eyra.
Badannya berpeluh.Nervous bercampur takut.
"Akak ni.Macam-macamlah.Lipas tu dah takde kan?"
"Dah pergi dah"
"Zaki berambus dululah ye kak.Nak tanak nasi ni.Mak suruh"
Eyra mengangguk.Dia berpaling memandang suaminya.
"Kau hutang aku"
"Zaki,tunggu!Nak tanak juga!"
Fairul ketawa mengekek.Adakah dia benar-benar telah mengubah perangai kasar Eyra?Dia sendiri pun tiada jawapannya.
Next chapter kita throwback macam mana EYRUL boleh kahwin ye.Double chapter untuk readers kesayangan hari ni😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top