EYRUL 17

SELESAI sahaja mandi,Fairul pantas masuk ke dalam bilik.Dirinya hampir menjerit melihat Eyra yang duduk di katil membelakangi pintu.

Dengan rambutnya yang panjang mengurai,macam cik ponti wei!Ikatan tuala di pinggangnya masih kukuh.Fuh,nasib!

"Petang-petang duduk termenung sendiri atas katil ni dah kenapa?" tegur Fairul.

Eyra masih lagi diam.Tiada tanda dia mahu bersuara.Fairul masih lagi berdiri di hadapan pintu sebagai langkah berjaga-jaga.Kalau isterinya kena rasuk,bolehlah dia lari terlebih dahulu.

"Sejak bila rambut kau panjang doh?Ke rambut palsu ni?Alah,tak payahlah berambut palsu bagai.Tak lawa pun.Ke kau ada kutu?Dari siapa kau dapat?Ayah?" tanya Fairul bertubi-tubi.

Fairul tergelak sendiri dengan pertanyaannya.Kelakar kan?Ke dia je yang perasan lebih?

"Airul," panggil Eyra tanpa melihat suaminya.

"Hah bercakap pun.Kau terkesan ke dengan lawak kutu tadi?" Kata Fairul dan tertawa lagi.

Isterinya sekali lagi diam.Dia mula bangkit dari katil lalu berpusing menghadap Fairul.Tawa Fairul mati apabila dihidangkan dengan wajah sugul isterinya.

"Pergilah ikat rambut tu.Rimas aku tengok.Jangan paksa aku tarik,botak nanti kepala kau"

"Airul...," panggil Eyra lagi tetapi kali ini dengan suara yang meleret dan sedikit hiba.

Dia berjalan mendekati Fairul.Fairul berdiri statik di tempatnya dan cuba menenangkan diri.Terhimpit dirinya di pintu apabila Eyra sudah sampai tepat di hadapannya.

"Hei apa ni?!Nak cabul aku,tunggulah balik nanti!" jerit Fairul.

Oi,nak jerit pun agak-agaklah.Bilik kau bukannya kedap bunyi.

"Aku tak nak cabul awak lah!" bentak Eyra.

"Aku ada bukti lah!"

"Mana?"

"Yang kau himpit-himpit aku ni bukan bukti?"

Eyra mengeluh dan melangkah ke belakang sedikit.Mana ada himpit,ruang bilik yang kecil sangat.

"Sorrylahh.Tak perasan"

"Eh takpe aku suka.Dah lama tak kena himpit dengan perempuan," sengih Fairul.

Eyra apa lagi?Terus memberikan pandangan tajam pada suaminya.Fairul tersengih lagi.

"What?!!!Dasar lelaki miang!"

Dia akhirnya menangis kuat di lantai.Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis.Entah kenapa dirinya begitu sensitif setelah dimarahi Izzi dan Zabedah.

"Alah,dah menangislah pula," rungut Fairul.

Nampaknya tiada tanda Eyra mahu berhenti menangis.Kata-kata Fairul lebih membuatkan tangisannya deras.

"Kau duduk situ kejap.Aku nak pakai baju dengan seluar.Nanti terlondeh,pengsan kau.Hah,teruskan menangis sementara aku pakai baju"

Ish,suami tak guna.Boleh lagi kau fikir pasal baju daripada pujuk isteri kau.

"Hah kejap,kejap!"

Fairul dengan kuasa seakan turbo,menyarungkan pakaian.Setelah itu dia mencangkung di hadapan Eyra.

"Eyra,kenapa ni?Apa yang mengggusarkan hati kau?Siapa buat kau?" soal Fairul lembut sambil mengusap kepala isterinya.

Mukanya tidak diangkat.Dia mengesat hingus dengan hujung baju yang dipakainya.Tidak lama kemudian,dia dapat merasakan telinganya ditarik.Siapa lagi kalau bukan Fairul yang tarik.

"Eyra,cuba cakap dengan aku.Aku kan suami kau,mestilah kena tahu"

"Kenapa kau tarik telinga aku?"

Eyra berkata dengan suara yang tersekat-sekat.

"Aku nak angkat dagu kau tapi tak jumpa.Puas jugaklah cari.Jadi,telingalah aku angkat"

Bahu suaminya dipukul.Fairul lalu menangkap tangan Eyra dan dibawa ke dadanya.

"Sayang,tak naklah main pukul-pukul," rengek Fairul.

"Kenapa aku mengada sangat ni,Fairul?"

"Tak apa,mengada macam mana pun aku tetap sayang kau"

"Tipu"

"Alololo,tak tipulah.Sini dekat abang ya," pujuk Fairul.

Fairul membawa Eyra ke dalam dakapannya sambil bergerak ke kiri dan ke kanan.Eyra pun terikut bergerak.

"Sayang aku ni banyak menangislah dekat kampung.Ada apa yang aku tak tahu ke?"

"Mesti kau pun benci aku macam semua orang benci aku kan?"

Soalan dibalas dengan soalan.Dahtu,siapa yang nak jawab?

"Eh,siapa yang benci kau?Cakap dengan aku,biar aku campak dia dalam semak.Suka-suka hati je nak benci isteri kita yang baik ni.Mana boleh!"

"Zabed ada datang.Dia suruh aku minta maaf dekat kau.Tapi aku tak tahu apa salah aku," terang Eyra.

Tangisannya reda mendengar kesungguhan Fairul memujuknya.Dia sempat menyelitkan senyuman di sebalik dakapan Fairul.

"Oh,Zabed dah explain semualah ni.Betullah dia kata,kau kena minta maaf dengan aku"

"Ya tapi kenapa?Bagitahu apa salah aku"

"Kalau aku bagitahu ni,kau akan berubah ke?"

"Janji!Aku janji"

Fairul mengusap lagi kepala Eyra.Good girl!

"Banyak salah kau.Kau selalu tak hormat aku.Suruh aku masak,kemas rumah,marah-marah bila aku pakai selekeh.Biadap is the point"

Terluah akhirnya apa yang disimpan olehnya selama ini.Nak diluah sebelum ini,takut isterinya terasa.

"Aku tak sedar polun aku biadap dengan kau selama ni.Kenapa kau tak tegur aku?"

"Dah tegurlah,tapi sayang kita ni je yang tak ambil peduli," bilang Fairul dan mencuit hidung Eyra.

"Lain kali jerit je dekat telinga aku.Biar sedar sikit.Aku ni jahat!Jahat!"

Eyra menumbuk-numbuk seluruh badannya.Kini,baru dia menyedari akan keterlanjurannya.

"Eyra,please jangan sakitkan diri sendiri.Kau nak lepas geram,lepaskan dekat aku.Kau nak jadikan aku punching beg pun aku tak kisah,asalkan kau tak sakit"

"Tak!Kau dah banyak sakit sebab aku.Kali ni biar aku pula yang sakit," raung Eyra.

Tumbukan Eyra terjeda apabila Fairul secara tiba-tiba mendaratkan ciuman pada pipinya.Dia terkesima sebentar dengan tindakan drastik suaminya.

"Bisinglah lagi kalau nak kena kiss dekat bibir pula," kata Fairul.

"Kenapa kau ni baik sangat dengan aku?Biarkan aku sakit!Tumbukan aku ni tak sakit lah nak dibandingkan dengan sakit hati kau selama ni"

"Eii,kau memang mintak kena kiss ni"

Fairul maju ke arah Eyra sambil tersenyum miang.

"Aumm.Jaga-jaga pak belang nak datang," usik Fairul.

"Pak belang,tak naklah!Okay,okay saya diam!" akur Eyra.

"Sekali bising,no chance"

Eyra tidak senang duduk.Dia membuka langkah untuk keluar tetapi malangnya tersungkur jatuh dari katil.

"Aip,nak pergi mana tu?Pak belang belum dapat habuan lagi tau"

Sedaya upaya Eyra menahan malu.Dia bangun lagi dan bersedia pergi dari bilik.

"Hah dapat pun!"

Terjerit kecil Eyra apabila Fairul memeluk pinggangnya dan menolaknya ke katil tanpa amaran.Suaminya pula sudah tersenyum senang hati.

"Aku tak buat apalah.Just nak peluk kau je"

Akhirnya Fairul membaringkan diri di sebelah isterinya.Tubuh Eyra diheret mendekatinya.Eyra yang sudah merasa tenang,hanya akur dengan gerak-geri Fairul.

"Aku sedih tengok kau tumbuk diri kau tadi.Kalau kau tak sayangkan diri kau,kau kena ingat ramai lagi sayang kau"

"Siapalah nak sayangkan aku yang degil ni?"

"Ramailah.Ayah,mak,umi,walid, abang-abang kau and... "

"Dan?"

"Imam awaklah"

Sejurus itu,Fairul menggeselkan hidungnya dengan hidung Eyra.Isterinya menjerit kegelian. Pelukan diperketatkan oleh Eyra,seperti tidak mahu melepaskan Fairul.

"Aku minta maaf ya aku dah sakitkan hati kau.Aku asyik merajuk je sampai tak fikir rajuk kau.Aku ni tak guna"

"Eyra,takpe.Salah aku juga kan?Payah sangat nak tegur kau.Kalaulah aku tegas sikit,mesti kau tak macam ni"

Eyra tersenyum kelat.Fairul kenapa kau terlalu baik?

"Nanti kau ajarkan aku macam mana nak masak,nak kemas rumah tau," pinta Eyra manja.

"Of courselah.Lepas ni kita masak sama-sama okay?Dah,tak nak gaduh-gaduh lagi"

Dia mengangguk senang.Saat mata mereka bertembung,Fairul mula menyedari sesuatu yang membuatkannya sangat senang hati.

"Yes!Aku dah dapatkan balik kepercayaan dia!Yes!"

"Fikir apa tu?"

"Takde apa.Kau tidurlah dulu,nak dekat maghrib nanti aku kejut"

Eyra lantas menutup matanya.Memang hobinya tidur di waktu petang.

"Tidur elok-elok.Sayang kau"

Tanpa Eyra sedari,Fairul tersenyum sinis.

"Bodoh punya perempuan.Lepas ni lagi senanglah kerja aku"







See,Zabedah tak jahat seperti yang dijangka.Yang mana selalu maki Zabedah,baik pergi minta maaf.Happy tak EYRUL dah baik-baik?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top