EYRUL 13
Fairul pov
"WOI Airul!Mandilah dulu!" jerit ayah.
"Orang mandi sungai je nanti"
Hati ku sakit mendengar kenyataan ayah tadi.Aku bangun tidur sahaja,katil di sebelah sudah kosong.Aik,mana bini aku pergi?Selalunya aku akan kejutkan dia.
Dia tu tak kiralah di mana-mana pun tetap dengan perangai bangun lambat dia.Nasib baik ayah dengan mak tak kata apa.
Aku berjalan menuju ke sungai yang hanya beberapa langkah dari rumah ku.Setakat sungai dekat dengan rumah,heh aku boleh pergi sambil buat kuak lentanglah wei atas tanah! Takkan nak naik motor kan.Benda dekat jalan kaki sudahlah.
Aku terlajak tidur hari ni sebab terlalu penat menguruskan peristiwa semalam.Aku nak mati awallah,biar Eyra penat uruskan tahlil aku pula.
Tak guna punya Rykal!Kau bawa bini aku pergi sungai tanpa bagitahu aku!Kalau aku dapat tahu si Rykal Biol tu ada hati dekat Eyra,aku akan perangkap dia dengan Zabedah 2.0 yang kejar bini aku tu.
Biar kena tangkap basah lepastu kahwin free.Lagi pula,Rykal suka benda free.Memang pantang dengar perkataan percuma.
Aku mulai sedar,lamanya aku nak sampai sungai.Selalunya dalam lima minit jalan dah sampai.Ni dah 10 jam aku jalan,tak sampai-sampai.
Pelik juga aku bila lihat sungai tiada.Yang ada hanya pokok-pokok renek.Takkanlah sungai hilang diganti dengan pokok?Kuasa elemental apakah ini?
Aku teringat akan animasi boboiboy movie yang aku tonton tempoh hari.Pokok tu boleh bergerak masa Gopal nak tembak buah dekat pokok tu.Agaknya,inilah pokoknya.Pokok yang berada di hadapan ku ini.
Aku mengamati sekeliling ku dan terdengar suara orang menjerit riang dari arah kiri disertakan dengan bunyi percikan air.Oh,sungai jalan belah kiri.
Aku lurus je memanglah tak jumpa sungai!Aku berlari anak ke sungai.Dah tahu kawasan sungai batunya licin sebab lumut lagi mau lari.
Eh,kesah apa aku?Orang kampung panggil aku 'Rul Lumut' lah.Itu sebab masa kecil Si Naqi pernah tonyoh aku dengan lumut sebab marah bila aku tolak anak dara orang kat batu licin.Katanya sebagai pengajaran dan nilai murni kepadaku.
Banyak juga ya perkara yang aku teringat sepanjang perjalanan ku ke sungai.Memori hitam pasal aku boleh pula aku ingat lama.Memori manis kejapan dah lupa.
Sesudah sampai di sungai,aku dapat lihat ramai saudara mara ku yang muda-muda sedang bermandi manda.Tak guna kan diorang ni!Tinggalkan aku dengan kaum-kaum tua dekat rumah!
"Ewah ewah!Senang hati nampak!Khemah-khemah dekat rumah tu sape nak kemas?" jerit ku.
Aku sengaja mencari pasal.Padahal khemah-khemah tersebut dah pun berkemas.Aku pun tak tahu siapa yang kemas.Yang aku tahu,cuma tidur sahaja.
"Siapa yang duduk makan kat khemah tu?Orang kampung kan?Depa lah kemaih," bilang Zaki.
Budak ni nak kata bodoh tak adalah bodoh mana.Belajar pun pandai.Aku kadang-kadang pelik juga.Sebenarnya aku ni asal mana?
Nak kata utara keluarga aku mana cakap utara.Nak kata orang pantai timur,mana mungkin.Asal boleh kot rasanya.
"Kan semalam kita dah deal,biar orang-orang tua pulak yang kemas.Yang muda-muda ni dah buat semua semalam," celah Rykal mematikan lamunan ku.
Aku turun ke dalam sungai.Mataku memandang sekilas Eyra yang sedang leka menangkap ikan dengan saudara perempuan ku yang lain.
Eh,ada seorang lelaki,Irfan!Saudara ku juga.Baju Eyra basah dan melekap di badannya.Auww seksi!Leka sangat sampai tak tahu aku datang.
"Kau pergi balik wei.Mak kau panggil," tipuku kepada Rykal.
"Ya ke?"
"Ye,cepatlah!" desakku.
Rykal terus naik ke darat.Pergh darat siak!Sesuailah dengan dia,buaya darat.Dia tak sedar ke yang dia tu tua.Pergilah kemas kemah tu!
"Abang Fairul!Meh lah sini!" panggil seseorang kepadaku.
Aku berpaling ke arah adik ipar ku,Erni.Pandai-pandai ajak aku.Aku tahulah!Ni kampung aku!Mahu tak mahu aku berenang ke arah mereka.
Aku nak pergi dekat bini aku tapi si Erni ni dah ajak,pergi jerla.Kang terguris hati budak tu,Zaki kene pujuk pula.Bila masa pulak budak-budak ni join tangkap ikan?
"Hah asal?"
"Jomlah join tangkap ikan bang.Best tau"
"Eh budak ni!Abang dah puas lah masa kecil-kecil dulu.Erni je yang lambat"
"Kejap wei.Asal air dekat Abang Irfan berbuih?"
Kami dapat tengok dengan jelas buih tersebut.Irfan pula sudah tersenyum simpul sambil menggosok tengkok.Ngeh,nak tunjuk musclelah tu!
"Sorrylah gang.Abang kentut tadi"
"Irfan!"
Masing-masing menjerit mendengar kenyataan Irfan.Aku juga turut tergelak dengan perbuatan Irfan.Eleh,korang gelak-gelak ni macam tak pernah kentut dalan air.Jangan tipu,kauorang tipu aku sumpah!
"Apalah abang ni," kata Eyra.
Hatiku berapi macam makan maggi kari berapi melihat Eyra dengan selamba menampar tangan Irfan tanpa berlapik dan memanggilnya ABANG.
Irfan tu pula buat-buat pengsan bila Eyra tampar dia.Mengada!Aku tak nak pula dipanggil abang.
"Kau ni ada juga aku kentut dekat muka kau ni karang"
Aku bersuara memecahkan kegedikan tadi.
"Jangan,nanti berjerawat muka Abang Irfan," gurau Zaki.
"Tulah pasal.Eyra kalau nak tahu si Fairul ni kalau kentut,satu kampung pergi buat meeting mengejut sebab nak siasat bau apa tu"
Aku mendengus marah apabila semua orang ketawakan aku.Si Eyra tu ketawa sampai tak berbunyi!Bila aku buat lawak tak ada pula kau gelak macam ni.
Padahal lawak Irfan tak lawak mana pun.Itu bukan lawak sebenarnya. Lebih kepada penghinaan.
"Alololo,sejak kahwin ni bila gurau sikit dah sentap," seloroh Irfan lagi.
Dia ni nak kene jurus kamehameha aku ke?Kau jangan main dengan aku!Aku tok guru chibi maruko chan tau!Tak silap aku marukolah yang pakai jurus tersebutkan?
Diakan budak lelaki tu?Eh,goku lah!Banyak sangat kartun zaman silam aku sampai dah terbalik watak.
"Tak sentap lah.Kau pon apa kurangnya?Two plus one equal five je dengan aku.Dalam air kentut tak bau,kalau tak malu kau," balasku.
Dia tersengih dan menggosok tengkuknya lagi.Sudah terang lagi bersuluh nak tunjuk muscle dia depan bini aku.
Woi,kalau setakat muscle boek tapi kentut bau,baik boroi jelah bro!
"Eyra sini kejap," seruku.
Kami berjalan ke sudut sembilan puluh darjah sungai.Fuhlamak!Sungai ada sudut wei!
Aku diri berhadapan dengan isteri ku.Eyra memandang ku dengan ekspresi 'kau nak apa?'
"Siapa ajak kau pergi sini?"
"Rykal," jawabnya ringkas tanpa memandang wajahku.
"Kenapalah tak bagitahu aku?Apa-apa jadi nanti susah"
"Tak naklah kacau kau tidur.Alah,ada juga perempuan yang lain kan"
Melawan!Melawan kau eh!
"Mana penting?Kau atau tidur?"
Eyra hanya mengangkat bahu.Ei,geram pula aku dengan dia ni!Dia sudah membuka langkah untuk pergi dan aku menahannya.
"Asal lagi ni?" tanya Eyra.
"Jauh sikit dari Irfan.Jangan pegang-pegang dia.Kenapa panggil dia abang?"
"Kau nak aku panggil dia kakak ke?Lantak akulah"
"Dia tu sebaya aku dengan Rykal.Rykal tu kau tak panggil abang pula," ujarku tidak puas hati.
"Ah,Rykal tu aku anggap member.Irfan tak lagi.Benda simple pun nak tanya"
Kenapa Eyra dingin semacam eh harini.Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?
"Kau lain macam harini.Asal?"
Dia sekali lagi mengangkat bahu.Nak kena potong agaknya bahu tu!
"Tak salah aku pegang Irfan.Dia mahram aku"
"Kepala otak kau berjambul.Mahram apanya?"
"Abang susuan aku.Bukan setakat lima kali kenyang.Dah nak meletop perut dia"
Dan dia pun tersenyum sinis.Biadap punya bini!Kau ajuk aku balik ya?
"Susu apa?" soalku melayan rentak permainannya.
"Susu kau"
Isteriku akhirnya berlalu pergi meninggalkan ku dengan kegeraman yang amat.Kenapa dengan dia?Pagi-pagi dah dingin.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top