EYRUL 10
"APA siak bising-bising ni?Nak tidur pun payah," rungut Eyra.
Dia menggeliat.Penat seharian membuat kerja rumah.Nasiblah dirinya pandai serba-sedikit mengemas.Eyra duduk di atas katil sambil membelek lengannya yang luka.
Ada ke patut masa dia goreng keli hasil tangkapan Fairul semalam,keli tu meletup-letup.Eyra apa lagi!Meloncat macam pocong lah.
"Tak guna punya keli!Dah mampus nak menggedik lagi," rengus Eyra.
Daun pintu ditolak.Eyra memandang sekilas ke pintu.Fairul sudah berdiri tegak di hadapannya lalu mengambil duduk.Terdapat minyak gamat di tangannya.
"Mak kata tangan kau luka masa goreng keli tadi.Meh aku tengok," kata Fairul.
"Tak payah.Sikit aje ni.Bukannya kena gigit anjing.Keli je"
"Sebelum luka kau lagi teruk sebab digigit oleh aku,baik kau bagi tangan kau," ugut Fairul.
Eyra menjulingkan matanya ke atas dan dengan tanpa kerelaannya dia menurut permintaan suaminya.Fairul memerhati lengan isterinya.
"Eh teruk luka ni.Ni kena potong tangan ni," gurau Fairul bernada serius.
"Hah?"
Serta-merta Eyra terus menarik lengannya sambil menggeleng kepala berulang kali.Dia terus bangkit dari katil.
"Jom,kita pergi hospital.Potong tangan kau.Nanti infeksi pula"
"Kau fikir ni hudud ke sampai potong tangan bagai?" soal Eyra lalu memeluk lengannya.
"Itulah kau.Tak selalu pergi dapur.Mana ada orang terpercik minyak masak sampai kena potong tangan," ujar Fairul lagi.
"Hah,tahu pun"
"Meh sini duduk dengan aku," pelawa Fairul lembut.
Eyra menggeleng lagi.Ragu-ragu!Kang tak pasal-pasal tangannya digigit.
"Meh lah sini," ucapnya lembut lagi.
Dia yang seakan terpukau mendengar bisikan lembut suaminya segera mengambil tempat di sebelah Fairul tetapi disambut dengan keluhan suaminya.
"Tak naklah duduk situ"
"Lah!Dahtu nak duduk mana?Duduk salah,diri salah.Ada juga aku baring kang," marah Eyra.
"Duduk atas peha aku," arah Fairul.
Eyra memandang suaminya dengan kerutan.Disampuk dek hantu miang ke?
"Kau gila ke?Kena rasuk dengan hantu pancing ke?"
"Mana ada.Meh jerla kat sini," ajak Fairul lagi dan lagi.
"Okay fine!Jangan menyesal sudah.Aku berat tau!Tambah lagi dengan berat dosa aku,peha kau terkoyak nanti"
Sejurus selepas itu Eyra berdiri di hadapan suaminya.Dia mengambil masa untuk menenangkan dirinya.Fairul yang bosan terus sahaja memeluk pinggang isterinya.Terjerit kecil isterinya.
"Aku minta maaf eh sebab tak bagi kau ikut semalam," tutur Fairul lembut sambil memejamkan mata.
Tersenyum Eyra mendengar kata-kata suaminya.Tak jadilah nak balas dendam.
"Kenapa nak minta maaf ?" tanya Eyra menduga.
"Aku pernah bawa seorang perempuan pergi memancing dan dia nak balik sebab lama tunggu.Aku tak nak kau bosan.Aku belajar dari pengalaman"
Terjegil mata Eyra mendengar Fairul berkata 'perempuan'.Lengan baju disinsing sehingga ke bahu.Tak guna!
"Perempuan?Perempuan mana eh?" tanya Eyra menahan sabar.
"Zabedah," jawab Fairul.
"Who is she?Oh,perempuan lain boleh bawa,aku tak boleh," rajuk Eyra.
Fairul membuka matanya.Badan Eyra dipusingkan menghadapnya.
"Dia lain kau lain.Dia tahan lasak sikit.Kau lembik"
"Lemm...lembik kau cakap?Hei,aku boleh cabut pokok kelapa belakang rumah ni tau"
Tawa Fairul membuatkan hati Eyra sakit.Eyra merengus dan bangun dari duduknya.Macam intim sangatlah,tak selesa.
"Sekali lagi aku tanya.Siapa Zabedah tu?"
"Bang Airul!" panggil Zaki.
"Nak apa?" jerit Fairul kasar.
"Kak Zabedah dah sampai"
Wajah suaminya dijeling.Dia menahan Fairul daripada keluar terlebih dahulu.Kang si Zabedah tu oles minyak dagu dekat suaminya,tak ke naya?
"Biar aku keluar dulu.Kau follow belakang.Duduk diam-diam," arah Eyra.
Fairul mengangguk perlahan.Ingin mengetahui reaksi Eyra.Eyra perlahan-lahan berjalan sehingga ke muka pintu.
Terdapat seorang wanita lebih kurang sebayanya sedang berbual bersama Rykal di bawah pokok kelapa di pangkin.
"Oi!" laung Fairul.
Eyra mencubit perut suaminya.Mata dibesarkan.
"Kan aku cakap diam," marah Eyra.
"Abang Fairul!" ucap wanita itu teruja.
Dia pantas sahaja memeluk Fairul.Fairul pula membalas pelukannya.Terlopong Eyra melihat aksi itu.
Setahunya Fairul tiada adik perempuan.Eyra membuka langkah tetapi sempat disambar Rykal lalu dibawa jauh dari mereka.
"Eh,apa tarik-tarik?Laki aku kena peluk tu," bisik Eyra.
"Ala,kau peluk dengan aku jelah," pelawa Rykal.
"Cousin punya isteri pun nak kebas.Tapikan,kalau aku tak kahwin lagi dengan Fairul,boleh je aku peluk kau"
Fuh,sempat lagi kau menggatal eh Eyra.Rykal tertawa halus.Eyra merapati Rykal apabila dua figura tadi memandang mereka sambil berbisik,
"Apa hubungan dia dengan Fairul?"
"Kau tanya dialah.Dia lagi tahu," elak Rykal.
"Uselesslah kau ni"
Dia mencebik dan menolak Rykal.Member tak boleh pakai buat apa simpan?Fairul berjalan ke arah isterinya.
"Eyra,mari sini.Zabedah nak kenal dengan kau"
"Ewah,dialah ke sini.Dia yang nak kenal dengan akukan?Aku tak nak"
"Zabed!"
Eyra menekup mulutnya daripada menghamburkan tawa.Zaaa...Zabed?!Dah nama kau Zabedah,panggil Bedah dah lah!
"Ya abang"
Terasa loya tekaknya mendengar suara lembut Zabedah yang terkinja-kinja di hadapan suaminya.
"Kata nak kenal isteri abang kan?Inilah dia"
Zabedah memandang Eyra.Salam perkenalan dihulur.Gadis ini sedikit tinggi darinya.
"Hi Eyra.Kau sebaya aku kan?"
"Entah," jawab Eyra ringkas.
"Haah.24 tahun," Fairul menjawab bagi pihak isterinya.
"Ha betullah.So abang,this is your wife?"
Minah ni pekak ke?Tak dengar apa yang laki aku kata tadi?
"Tak adalah cantik mana pun"
Senyum kekok dilukis.Eh,kau fikir kau elok sangat ke?Eyra melirik ke arah suaminya.
"Memanglah.Nombor satu cantik mestilah Zabed," sokong Fairul.
"Awww.Zabed dah cakap awal-awal kan yang walaupun abang dah kahwin,Zabed tetap di hati abang"
Terbakar hati Eyra mendengar kata-kata Zabedah.Kau jangan cari pasal eh!
"Oi Zabed..."
"Oppss,don't call me Zabed.Panggilan tu hanya untuk abang je.Kan abang?" celah Zabedah.
Fairul mengangguk menyokong Zabedah membuatkan Eyra mahu mencampak Zabedah ke lautan api.Ceh,lautan api konon.Laut mati pun tak pernah jejak.
"Jomlah masuk.Ayah mesti rindu Zabed"
"Sure.Lets"
Mereka berjalan beriringan berpegangan tangan meninggalkan Eyra di belakang.Eyra memanjat pokok kelapa lalu memetik buahnya dan membuat balingan tepat di kepala Zabedah.
Dia bersorak melihat Zabedah yang sudah pening-pening lalat.Apabila Fairul berpaling,dia cepat-cepat meniru gaya monyet yang sedang memakan kelapa.Sekadar untuk mengaburi mata suaminya.
🐂🐂🐂🐂🐂
DAPAT dilihat yang bapa mentuanya melayan Zabedah bak puteri raja.Dia memaksa Encik Hadi,bapanya menyuapkan anggur pada gadis itu.
Alah,macam zaman-zaman dahulu.Apa salahnya,Encik Hadi pun nampaknya enjoy.
"Siapa eh dia tu?Ayah pun tak pernah layan aku macam tu.Dia pula dapat special treatment," monolog Eyra tidak puas hati.
Dia yang tidak tahan melihat,terus menyarung seliparnya,membawa diri jauh dari rumah tersebut.
Mana-manalah,asalkan jauh dari Zabed.Eyra meringis sedikit apabila dia tertekan lengannya yang luka itu.Ah,peduli apa?Hatinya lebih sakit.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top