EPILOG

"BOLEH ke angkut barang kau sorang sorang?Tak nak aku tolong?Kang patah pinggang.Sia-sia je hidup," soal Izzi.

"Tak apa.Aku boleh," tolak Eyra lembut.

Perkara yang senang adalah baiknya dilakukan sendiri.Jika minta tolong juga,itu pemalas namanya.

"Okay.Pergilah cepat.Nak apa-apa panggil je"

"Baik bang," sahut Eyra.

Lagi seminggu,rumah ini bakal dikosongkan,tidak  berpenghuni. Rumah yang telah mencipta seribu satu kenangan di antara mereka.

Eyra mengesat pipinya.Janji untuk tidak menangis tidak boleh ditepati.Sesak dada menahan rasa.Sudah lebih dua bulan perpisahan itu.

Masa itu jugalah Eyra gunakan untuk cuba melupakan bekas suaminya dengan bercuti.Namun,segalanya hampa.Cintanya terlalu kuat.

Tombol pintu dipulas dengan gigilan.Iyalah,mana tahu ada hantu yang tumpang tinggal.Dua bulan tak bersentuh rumah ini.

Segala perabot ditatap kosong.Seketika,terbayang memori indahnya bersama Fairul.Di sofalah mereka selalu berebut rimut televisyen.

Kakinya dibawa pula ke dapur.Terus kejadian mereka memasak terlayar indah di fikiran.Fairul lelaki pertama yang mengajarnya memasak dengan penuh sabar.

"Eyra,kau dah janji tak nak ingat kan?Kau datang sini nak angkut barang-barang kau yang tertinggal.Ingat tu!"

Pipi ditepuk perlahan.Cuba mengusir bayangan lalu.Biliknya di tingkat atas dituju.Langkahnya terhenti apabil ternampak satu nota kecil yang ditampal di pintu.

Nanti buka phone atas meja solek tau.Jangan tak buka pula .

Nota itu dicabut.Dikuak pintu seluas yang mungkin.Lalu pandangan matanya jatuh pada katil.

Kelihatan sebuah kotak yang cukup besar terletak elok di situ.Siapa yang beri?Seingatnya ketika dia meninggalkan rumah itu,hanya dia seorang sahaja.

Buka sahaja mata,Fairul sudah tiada di sebelah.Hanya dia berseorangan dalam keadaan bingung.Jadi,ini kotak apa?

Dia melabuhkan duduk.Kotak itu dibuka dengan cermat.Tidak ingin merosakkan balutan kemas berbentuk hati tersebut.

Serta-merta dirinya lemah.Di dalam kotak itu terdapat barang-barang yang pernah dimintanya dahulu kepada Fairul.

Bermulalah dengan tali pinggang,baucar KFC dan yang selebihnya.Terdapat juga batang pancing di sisi kotak itu.

Eyra memeluk kotak itu sekuat yang mungkin.Apa semua ini?Kenapa?Dia datang semula ke rumah ini untuk mengambil barangnya dan segera melupakan memori ini.

Lain pula yang jadinya.Makin kuat kenangan itu datang menerjah kotak fikirannya.

Dengan esakan yang kuat,Eyra mengambil telefon di atas meja solek dan mula duduk di kerusi berhadapan dengan cermin.

Bila butang on ditekan,terpampang sebuah video berlatarkan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng.Isi video itu membuatkan dirinya makin dihimpit hiba.

Sambil lagu itu bergema kuat di telinganya,gambar-gambar,aksi-aksi mereka berdua dahulu turut bermain seiring dengan lagu itu.

Eyra melihat dengan tekun video itu sehingga habis.Setelah beberapa saat skrin menjadi gelap,wajah Fairul menghiasi matanya.

"Hi Eyra.Masa kau tengok video ni,kita bukan lagi suami isteri.Aku titipkan lagu itu untuk kau sebagai kenangan terakhir.Aku mohon sangat jangan kau padam lagu tu.Nak padam apa yang aku tengah cakap ni,kau padamlah asalkan simpan lagu ni.Kau dah tengokkan kotak tu?Iya,apa yang kau minta pada aku selama ni,aku tak pernah abaikan.Malah,aku diam-diam tunaikan.Ingatkan nak bagi kejutan masa kita dah berbaik,tapi tak sempat.Hahahahha.Kau ingat tak masa kau nak ikut aku pergi memancing di kampung?Nak bawa tak boleh jadi aku hadiahkan kau batang pancing tu.Kau gunakanlah sebaik mungkin.Ajaklah abang-abang kau memancing.Nak lubuk baik,roger aku.Belt tu,pakai baik-baik! Seluar kau longgar,aku tak ada untuk jahitkan.Nak harapkan siapa lagi kalau bukan aku kan?Baucar KFC tu,makan kenyang-kenyang.Nak lagi,minta aku.Jangan susahkan walid.Jangan susahkan Izzat,Izzi,umi.Nak duit,aku boleh bagi.Nombor telefon aku tak akan tukar.Jadi,bila-bila masa kau boleh call aku.Aku tak minta kau jaga hati untuk aku,tapi kau kena tahu yang aku akan selalu jaga hati aku untuk kau walau kau dah bersuami lain.Kau seorang je dalam hati aku.I love you so much.Maafkan aku sebab dah sia-siakan kau selama ni.Sampai sini sahaja.Aku tak sanggup cakap lebih-lebih.Dari masa ke semasa,cinta aku untuk kau makin bercambah.Kalau kau nak ke kampung,datanglah.Kita boleh borak-borak.Akhir sekali,Eyra,terima kasih sudi jadi isteri aku.Kau juga telah mengajar aku menjadi lebih baik.Terima kasih untuk segalanya.Jauh di sudut hati aku,aku doakan kebahagiaan kau walau di mana kau berada.Aku sayang kau Eyra!Sayang sangat!"

"Fairul," rintih Eyra.

Dadanya ditekan kuat.Digenggam kuat telefon itu.Ya Allah!Sumpah dia sayangkan Fairul!

"Eyra," tegur Izzi.

"Izzi!"

Tubuh Izzi diterjah.Pantas adiknya menangis teresak-esak.Apabila terlihat kotak itu,Izzi seakan faham akan kesedihan adiknya.Kepala Eyra diusap penuh kasih dan kasihan.

"Aku ni abang yang tak berguna!Biarkan adik aku menangis sedih!Aku tak guna!"

🐂🐂🐂🐂🐂

USAI isyak,Fairul keluar dari biliknya.Menyertai sanak-saudaranya yang dilanda kepiluan.Sunyi sepi rumah kayu itu.Hanya kedengaran suara kanak-kanak bermain tanpa memahami situasi.

Ditepuk bahu ayahnya yang diam membisu.Anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Puan Suria telah meninggalkan mereka.

"Rul,Pak Ngah sabar ya?Ini semua ketentuan Allah.Allah sayangkan Kak Fatin," kata Rykal.

Hatinya turut ditimpa hiba.Kakak saudaranya meninggal dengan tragis.Diragut,dirogol dan ditinggalkan di semak selama beberapa hari.

Syukur nasib bayi Kak Fatin terbela.Bekas suaminya ada untuk menjaga anak kecil itu.Kalau tidak,memang Puan Salmah yang perlu jaga.

Fairul dan Encik Naqi hanya tersenyum.Belum lagi habis memikirkan tentang Eyra,kakaknya pula sudah tiada.Berat sungguh dugaannya.

Mujurlah ada Encik Naqi,Puan Salmah,Zaki dan adik-beradik tirinya yang lain masih teguh berdiri bersamanya.

Dia berdiri menapak ke pangkin di bawah pokok kelapa.Di situ juga,dia bertindak mengucup bibir bekas isterinya.Fairul memarahi dirinya.

"Dia bukan isteri kau lagi.Tak elok kenang anak dara orang," monolog Fairul pada dirinya.

Namun,tetap jiwanya tidak habis memikirkan mengenai Eyra.Puas sudah ditegah tetapi tidak berjaya.

Akhirnya dia melutut sayu di bawah pokok kelapa.Melepaskan segala rasa yang bercampur aduk.

"Aku takkan pernah lupakan kau Eyra.Kaulah segalanya bagi aku.Aku doakan kita berjodoh juga satu hari nanti.Inshaallah"

Ada hikmah di sebalik yang berlaku.Hikmah perpisahan inilah yang membawa mereka kepada dua jalan cerita yang berbeza.Separuh sedih,dan yang selebihnya gembira.Adil bukan?

Eyra gembira apabila dapat menunaikan hasrat walidnya sementara Fairul mencapai kegembiraan apabila Encik Hadi sudi memaafkannya.Mereka juga telah menjadi seorang yang lebih baik dan bersih dari segala dendam.

Biarlah masa yang menentukan segalanya.Biar juga takdir yang berbicara.Rahsia di antara mereka telah terungkai.Tiada lagi dendam.

Tak apalah mereka menyintai satu sama lain dari jauh.Pengorbanan mereka amat besar.Apa yang lebih penting,cinta kepada Ilahi perlu diutamakan.

Inshaallah,jika dikehendaki-Nya, mereka akan bersatu jua.








Tamat

Akhirnya selesai sudah kisah EYRUL.Idea cerita ni bermula daripada perpustakaan sekolah sahaja sehinggalah berkembang.Aku pon tak sangka story ni banyak berkembang.Terima kasih kepada readers yang setia menunggu,membaca bersama-sama saya dalam menjayakan kisah mereka.Tak dapat aku tag seorang demi seorang pembaca kerana terlalu banyak.Tamat di sini kisahnya.Semoga kita berjumpa di lain waktu,di lain hari.Sekali lagi,sekian terima kasih.

Second book?Sedang difikirkan.Janganlah remove dulu.Mana tahu ada kejutan menanti untuk kisah mereka seterusnya.

Apa-apa pon terima kasih.Hampir 6 bulan cerita ini dihabiskan.Inshaallah saya masih aktif di sini.Any ketidapuasan hati,cadangan,idea,bolehlah pm atau tulis di komen.

Sekian,terima kasih guysss🌸🌸🌺🌺🌺🌺

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top