TEASER 1
Bakal terbit!
🖤
“Kali ini you tak ada pilihan. I yang bakal meninggalkan you. Tak akan ada kemaafan buat you, sampai bila-bila. You boleh buat apa saja kesalahan, I mungkin akan memaafkan. Tapi apabila you mengkhianati cinta I, kasih sayang I, pengorbanan I, we are over!”
Aku memegang lenganku yang terasa sakit kerana genggaman tangan Rash tadi. Laju aku mengambil langkah untuk pergi dari sini.
“Lisa...” Rash menangkap lenganku kembali.
“Apa lagi?!” Kali ini aku menghentam beg tanganku ke lengannya.
Rash menyentuh tempat yang terkena begku berkali-kali. Tentu sakit. Tapi aku peduli apa?
“Dengan perangai you macam ni, you ingat I kekal cintakan you? Tilik diri you sebelum menghukum orang lain... I tak akan menyesal walaupun you tinggalkan I...” Sinis kata-kata Rash.
Luka yang tergarit di hatiku bertambah lebar dan luas. Kalau benar itu perasaannya terhadapku, bermakna tiada yang tertinggal rasa Rash buat diriku. Apa yang pasti, Danya bakal menggantikan tempatku.
Aku pula bagaimana?
“I menyesal mengenali you. Lelaki curang seperti you tak layak hidup di muka bumi! You lebih teruk dari sampah! Jika diundur semula masa, I tak akan menerima you dalam hidup I. I bencikan you...”
Lelaki itu tersenyum segaris. Sesaat kemudian ada tawa nipis terhambur dari bibirnya.
“Betul, jika masa diundur semula, I tak akan melamar you jadi isteri. Never...” Dia berjalan meninggalkan diriku.
Aku terkedu.
Satu ketika dulu, dia berjanji dengan hidupnya akan kekal setia sampai bila-bila.
Satu ketika dulu, dia meluahkan perasaan cintanya dengan penuh romantis.
Dan hari ini, Rash yang kukenali dulu seperti sudah tidak wujud.
Tangan yang dulu memanjakan diriku, hari ini tangan yang sama menampar pipiku...
.
Honey Trap by Rinsya Chasiani
.
Trio dengan Zati Mohd Author dan Novelis Sophilea tak lama lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top