9 + bittersweet
yeorim's
Pintu rumah aku buka. Dengan langkah longlai aku atur ke arah ruang tamu. Beg tangan dicampak ke atas lantai. Badan aku dijatuhkan berbaring di atas sofa.
Terima kasih pada Baekhyun sebab hantarkan aku balik. Ini pun sebab Yoojung yang suruh. Puas aku menangis tadi kat bilik salinan sambil ditemani Yoojung.
Jadi Yoojung suruh aku balik berehat. Walhal majlis perkahwinan mereka masih belum habis.
Hari sepatutnya aku gembira kerana Yoojung berkahwin tetapi dimusnahkan oleh aku sendiri.
" Bodoh kau Yeorim. Rosakkan majlis orang. "
Kedua tangan aku terkup ke muka. Sungguh aku malu dan marah sekarang ini. Fikiran aku benar-benar serabut.
Langsung tidak kesah akan penampilan serabai aku ketika ini. Dengan rambut yang tadi cantik bersanggul kini sudah serabai. Makeup di muka hancur akibat air mata.
Mika dan Lilo naik menghampiri aku yang terbaring mengiring di atas sofa. Seolah-olah memahami keadaan aku yang sedih sekarang ini.
Dengan manja Mika baring di atas lengan aku. Pantas tubuh badan Mika aku tarik ke dalam dakapan. Manakala Lilo masih duduk di atas lantai menghadap aku dengan kedua mata bundarnya.
" Mama sedihlah sayang... " badan Mika yang berada di dakapan aku usap. Sebelah lagi tangan naik mengusap kepala Lilo yang masih setia duduk di bawah.
" Tadi mama jumpa dengan lelaki yang mama tak suka tu. Dia munculkan diri balik. Mama tak suka... Mama takut dengan dia. "
Aku kembali menangis. Lemah sungguh aku ni. Menangis sebab hal bodoh. Sebab lelaki. Segala memori kisah bahagia aku bersama Mingyu kembali berputar. Aku teringat.
" Hye sayang. Termenung apa tu.. ? " panggil Mingyu sambil mengeluarkan kepalanya dari sebelah muka aku. Wajah kami sangat dekat ketika itu.
Aku membalas dengan gelengan kepala. Mingyu tersenyum menampakkan barisan gigi. Ketika itu, aku mengubah posisi duduk menghadap Mingyu.
" Salah satu sebab kenapa saya suka awak. Cuba senyum lagi. " pinta aku. Tidak banyak karenah Mingyu turuti perintah aku.
" Saya suka tengok gigi taring awak. Comel! " kedua pipi Mingyu aku cubit. Ditarik tariknya pipi Mingyu serupa tarik kuih mochi. Merengek Mingyu dibuatnya.
" Aduh! Aduh! Janganlah cubit kuat-kuat. " Mingyu menayang wajah cemberut. Bibirnya dijuihkan serupa itik. Buat sangkut mata kail pun boleh ni.
" Cepat. Harini saya belum dapat lagi kiss dari awak. " selamba badak seketul Mingyu meminta ciuman dari aku.
Aku melihat Mingyu sudah memejam kedua matanya sambil memuncungkan bibir. Menunggu aku untuk mencium bibirnya. Aku menayang wajah geli sebelum pipinya aku tolak selamba. Hampir sahaja dia mahu jatuh dari bangku.
" Yeorim! Nasib saya tak jatuh! " Mingyu menjeling. Jelingan manja orang kata.
Ketika itu, kami di zaman universiti. Kami duduk di bangku yang terdapat di taman universiti. Tempat kegemaran kami kalau mahu dating di kampus.
" Tak boleh. Tunggu dah kahwin baru saya bagi. " Mingyu menayang wajah cemberut.
" Lama lagi... " aku mengangguk mengiyakan.
" Tak Lama pun. Pejam celik pejam celik nanti awak lamar saya lepastu terus kita kahwin. Sabarlah. "
" Jadi betul lah ni awak nak kahwin dengan saya? " soal Mingyu dengan kedua mata bersinar. Aku membalas dengan anggukan kepala.
Mingyu tersenyum malu. Kemudian dengan selamba dia baringkan diri dengan menjadikan peha aku sebagai bantal kepala dia. Hampir mahu menjerit aku dibuatnya.
" Nanti orang nampaklah. Mingyu! Bangun!"
" Tak nak. Saya suka baring kat sini. Best. "
" Diam Mingyu diam! "
" Kalau kita dah kahwin nanti kan.. awak nak berapa anak? Kalau awak nak tahu saya dah siap-siapkan list nama anak kita. Kalau boleh saya nak sepuluh- " terus mulut Mingyu aku terkup.
" Mmhh!! "
" Amboi amboi dia. Gatal dah fikir pasal anak. Awak jangan sampai saya lempar awak ke dalam kolam kat depan tu. Kolam tu dah memanggil-manggil dah nama awak suruh saya lempar. Gatal! " pipinya aku cubit lagi. Kali ni lebih kuat. Geram!
" Sakitlah! Nak kena eh dia ni! " kali ini pipi aku pula dicubit. Meletus tawa kami di taman itu.
" Tapi Mingyu awak kena janji dengan saya. "
Mingyu tersenyum. Aku menundukkan kepala memandang wajah kacak Mingyu yang masih berbaring.
" Mestilah. Saya janji dengan awak yang saya akan setia dengan awak. Saya janji lepas selesai semua sampai kita graduet. Saya kerja. Kumpul duit banyak-banyak. Selesai semuanya saya akan kahwin dengan awak. "
" Goodboy. " rambutnya aku serabutkan.
" Awak pun kena janji dengan saya yang awak akan tunggu saya. Seberapa lama mana pun awak mesti kena tunggu saya. Be loyal. Promise? " Mingyu mengeluarkan jari kelingkingnya pada aku.
" Awak pun sama. Kena janji dengan saya yang awak akan tetap setia dengan saya. Jangan tinggalkan saya. Saya akan tunggu awak. Tak kira berapa lama pun saya akan tunggu. Love you. "
" Promise. I love you more, Choi Yeorim. "
Pautan jari kelingking kami bertaut. Dan di akhiri dengan satu ciuman lembut dari Mingyu di jari manis aku.
" Kenapa kat situ? "
" Saya tak sabar nak sarung cincin kat jari ni. Tak sabar nak jadikan awak milik saya. " Mingyu tersenyum.
Tapi awak langgar janji kita, Mingyu.
tbc.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top