17 + pelukis

author's

Dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

Tentang pergaduhan tadi berjaya diselamatkan oleh Taehyung. Bukan kemain cakap besar si Wonwoo tu bila dah kena acu pisau dengan Taehyung dah lari litang pukang.

" Muka dahlah macam kucing ada hati nak lawan aku. Pengecut! "

Seketika kemudian dia berjalan masuk ke dalam bilik tetapi iris mata Taehyung melihat sehelai sticky notes bewarna kuning yang masih tertampal pada cermin. Kertas itu ditarik.

Jangan kacau Yeorim - Jungkook.

Satu decitan sinis keluar dari mulut Taehyung. Dengan selamba sticky notes di renyukkan sebelum dicampak ke atas lantai.

" Ouh, jadi nama perempuan tu Yeorim. Kau memang tak ada perempuan lain ke nak pilih. Banyak-banyak perempuan, Yeorim juga kau nak. Dia tu dahlah mulut bising. "

Kedua kaki setia diatur memasuki bilik yang terletak bersebelahan bilik tidur. Kelihatan banyak canvas painting dan wooden easel stand di dalam bilik kepunyaan Taehyung.

Canvas painting yang sudah cantik dihias oleh Taehyung sendiri dengan pelbagai corak dan lukisan setanding orang profesional terhias cantik di bilik tersebut. Dan ada juga beberapa canvas painting yang masih kosong belum terusik.

Salah satu hobi Taehyung iaitu melukis.

Sampaikan Taehyung sendiri tidak benarkan sesiapa masuk ke dalam bilik khas dia selain dirinya. Jungkook pun tidak pernah lagi masuk ke dalam bilik ini.

Taehyung duduk di kerusi yang terletak di tengah-tengah ruangan bilik. Taehyung duduk berhadapan dengan satu wooden stand yang dimana canvas paper tersebut tertutup dengan kain.

Kain ditarik. Memaparkan satu lukisan belum siap berbentuk rahang seseorang dengan menggunakan pensel kayu.

Taehyung mengambil pensel kayu ingin melukis. Seakan orang pro melukis, ligat tangan Taehyung bergerak melukis setiap satu bahagian.

Hampir memakan masa satu jam kini lukisan itu siap terlukis cantik. Memaparkan wajah seorang wanita tersenyum.

Wajah wanita yang dilukiskan oleh Taehyung ini sebenarnya wanita yang dia cintai sejak kali pertama dia temui semasa dia berada di China pada tahun lepas.

Jadi untuk membuatkan dia mahu ingat semula wanita itu, Taehyung akan ingati dengan cara dia melukis.

Taehyung tersenyum kecil.

.

.

.

yeorim's

" Selamat pagi bos! Wah! Rindunya saya kat bos! Macam mana urusan bos kat New Zealand tu? Berjalan dengan lancar? "

Tanpa permit mahupun amaran kelibat secretary masuk ke dalam office aku tanpa mengetuk pintu. Kedua mata aku menyepet melihat wanita berambut pendek ini yang masih tersenyum tanpa rasa bersalah.

" Secretary apa macam ni masuk bilik bos tak ketuk pintu bagai dengan tak bagi salamnya. Macam biasa, kopi saya mana? " soal aku sambil menadah tangan. Dia yang memakai namtag ' Shin Arin ' tersengeh lagi.

" Kejap bos kejap lagi saya buatkan. Bos tak rindukam saya ke? Semua bebudak office bos ni semuanya rindukan bos. Yelah, 2 tahun bos tak masuk office. "

" Borak kopitiam awak ya? Selama saya tak ada ni segala kerja dengan appointment yang saya hantar dah siap? " dengan bangga Arin menggangguk. Sesekali rambut pendeknya dilibas.

" Mestilah siap! Saya kan secretary paling terbaik tahun ni! Saya tak akan sia-sia bos! Nah! " satu fail bewarna biru gelap dihulur pada aku.

Bagus! Gaji kasi up!

" Pst! Bos handphone bos ada orang call. " bisik Arin. Jari telunjuknya dihala pada handphone aku yang berada di atas meja.

Aku memberi isyarat pada Arin supaya menunggu sementara aku mengangkat panggilan. Jelas terpapar nama ayah di skrin. Harap sangat yang ayah tak tanya pasal kahwin!

" Hallo ayah. "

" Hari ni dah masuk office dah? "

" Ya. Sekarang Yeorim kat office. Kenapa ayah call ni? "

" Ayah nak bagitahu kamu yang ayah dengan ibu dah terima pinangan Mingyu. "

" APA!? " jerit aku sambil menghentak meja.

Arin yang masih sibuk termenung tiba-tiba melatah akibat terkejut. Aku memasang wajah tidak percaya kepada Arin. Arin juga menayang riak wajah kenapa kepada aku. Terjungkit-jungkit kedua kening Arin.

" Jangan nak cakap 'apa apa' kamu tu lambat sangat buat kerja. Semalam Mingyu datang rumah bagitahu yang dia nak kahwin dengan kamu. Kamu diam-diam ya tak bagitahu ayah. Ayah ingatkan kamu berdua bergaduh. Rupanya diam-diam ubi berisi. "

Seakan batu besar menghempap aku. Sungguh aku katakan hampir sahaja aku mahu baling handphone ni ke dinding. Tolong katakan yang aku salah dengar.

" Hello Yeorim kamu dengar tak? "

" Kenapa ayah tak bincang dulu dengan Yeorim?! Yeorim tak nak kahwin dengan dia lah! "

Terus aku matikan panggilan. Aku mencapai handbag yang berada di kerusi. Arin disitu masih terkebil-kebil mata memandang aku yang sudah mahu keluar dari ruangan office.

" Eh eh bos nak ke mana? "

" Kalau ada appointment yang masuk awak uruskan semua. Saya ada hal. Mungkin dalam beberapa hari saya tak masuk office. Awak uruskan semua boleh kan, Arin? Saya berharap pada awak. "

" T-tapi tapi bos baru je masuk hari ni. Tak kan dah nak balik.. "

Belum sempat Arin mahu habiskan ayat aku sudah bergegas keluar dari ruangan. Meninggalkan Arin yang masih terpingga-pingga di dalam bilik office aku.

tbc.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top