13 +

author's

Dia yang kini dikawal oleh Taehyung itu tertawa sinis. Susuk tubuh wanita yang membuat onar yang memanggil dirinya 'Jungkook ' tadi ditatap. Sesudah kelibat wanita itu hilang, kedua kaki diatur kembali masuk ke dalam rumah.

" Datang rumah orang lepastu buat bising. Kacau mood betul. Aku nak berehat pun tak senang. " badan sendiri dijatuhkan atas sofa. Kedua mata dipejam mahu tidur.

Tidak sampai sesaat dia kembali membuka mata.

" Tak boleh tak boleh! Kalau aku tidur lepastu bangun nanti Jungkook pula yang keluar. Tak boleh! Sekarang turn aku. Bukan Jungkook. "

" Macam pernah nampak perempuan tu tapi kat mana? Huh, tak payah fikirlah. Dia tu tak penting pun dalam hidup aku "

DRIT!

DRIT!

Telefon dicapai. Tentera satu nombor asing di skrin telefon. Tidak mengambil masa yang lama butang hijau ditolak. Telefon ditekap ke telinga.

" Siapa? "

" Jungkook? Ouh kejap ni bukan Jungkook. Hmm ah aku tahu. Ni Kim Taehyung betul kan? " balasnya sinis.

Suara ini tidak asing lagi bagi Taehyung mahupun Jungkook. Sebelah tangan Taehyung dikepal menjadi penumbuk.

" Well. Aku call ni pun ingatkan boleh borak dengan adik aku, Jungkook. Tapi kebetulan tak tahu pula kau yang angkat. Kenapa kau keluar? Dah rindu sangat ke nak tumbuk muka aku? "

" Kau nak apa? Jangan buang masa akulah! "

" Okey, dah kalau kau yang angkat. Aku nak bagitahu kau yang aku dengan mama dah sepakat. Tak lama lagi separuh harta ayah lagi akan di agihkan. Jadi kau pun tahu kan? yang harta tu satu sen pun aku tak akan kongsi dengan mama mahupun dengan Jungkook. "

" Sial- aku tak akan sesekali bagi kau rampas semua harta ayah lah bodoh! "

" Jadi kau nak buat apa? Kau nak datang sini jumpa mama? kau ingat Jungkook nak ke datang jumpa berdepan dengan mama? Kau tak tahu ke yang Jungkook tu pun dah tak suka dengan mama dia? "

Taehyung terdiam. Suara tawa di panggilan kedengaran sinis.

" Aku tak akan berdiam diri. Disebabkan Jungkook semua harta ayah dia rampas dari aku! "

" Sebab tu je? Memang patut pun Jungkook yang dapat. Sebab mama tahu kalau kau yang ambil harta ayah kau akan salah pakai. Kau tu hidup mana ada hala tuju. Tahu nak melantak minta suap je. "

" Suka hati kaulah nak cakap apa. Yang pasti separuh lagi harta ayah akan jatuh pada aku. Kirim salam sayang aku pada Jungkook. "

Panggilan dimatikan. Taehyung merengus kasar sebelum mencampakkan telefon ke sofa. Rahang pipinya bergerak-gerak kerana menahan amarah.

.

.

.

Pintu ditutup dan dikunci. Dengan nafas tercunggap-cunggap Yeorim sandarkan badannya di belakang pintu.

" Dasar mangkuk. Ada udang disebalik batu budak Jungkook tu ee geramnya aku! Ini kalau aku dapat kepala Jungkook tu aku sumbat kepala dia dalam jamban! " kedua kaki dihentak geram.

" Okey tenang Yeorim tenang.. " nafas ditarik dan dihembus.

Hampir mahu luluh jantung tika teringat dengan kejadian tadi. Sudahlah jarak mereka terlalu dekat. Yeorim ini pula bukan jenis perempuan yang sukakan aksi 'panas' seperti itu. Kalau terkena, mahu tercabut jantung dibuatnya!

Dengan langkah berat Yeorim berjalan memasuki dapur. Air sejuk yang barusan Yeorim ambil dari dalam peti ais dituang ke dalam cawan. Sebanyak tiga kali diteguk airnya. Lega tekak!

TOK!

TOK!

Kepala ditoleh. Kaki diatur semula ke pintu. Baru tangan ingin memegang tombol pergerakkan Yeorim terhenti. Dalam hati berdoa berharap bukan Jungkook. Pintu dibuka.

" Hai Yeorim sahabatku nak peluk! " tanpa permit badan Yeorim dipeluk oleh Yoojung. Hampir mahu terjatuh Yeorim dibuatnya.

" Eh Yoojung? Kau datang? Kau kan baru je lepas kahwin pagi tadi? " Yoojung menggangguk.

" Kenapa terkejut? Alah sekarang kan petang aku dah minta izin Baekhyun so dia bagi je aku datang jumpa kau sekejap. Sebab harini hari terakhir aku sebelum aku pergi honeymoon nanti. "

" Ouh. Urm, bagus juga kau datang sekarang. Aku ada benda nak cerita kat kau. Mari masuk. " pantas pergelangan tangan si rakan ditarik masuk ke dalam rumah.

" Apa yang kalut sangat ni Yeorim? Kau nak cerita pasal apa? " soal Yoojung selepas duduk di atas sofa. Yeorim pula mengambil ruang di sebelah.

" Pasal Jungkook. "

tbc.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top