1 + him

Yeorim's

" Panasnya. "

Sebelah tangan mengibas muka sendiri. Kini aku berada di tepi jalan bersama kereta aku yang sudah rosak. Aku tidak tahu apa masalah kereta ni. Yelah aku bukannya arif sangat bab-bab bertukang enjin kereta.

Nak call bengkel telefon pula mati. Malangnya hari ni. Sudahlah aku baru sahaja balik dari New Zealand sebab urusan kerja. Ingatkan dapat balik dengan tenang dan damai tapi kereta ni buat hal pula. Dengki dengan aku lah tu.

Aku membuka pintu kanan belakang. Mahu melihat keadaan kucing kesayangan aku yang elok berada di dalam sangkar. Mika yang berbulu kelabu putih manakala Lilo berbulu oren. Nampaknya mereka sedang tidur. Kesian kesayangan aku ni.

" Siapa aku nak call ni? Hah! Yoojung! Eh alamak lupa pulak dia busy hari ini. "

Aku menggaru kepala. Dengan geram aku menendang tayar kereta. Sudahlah kondo rumah jauh dari sini. Memang tidaklah aku nak jalan kaki! Tak pasal-pasal kaki tercabut.

Tiada angin tiada ribut kedatangan sebuah kereta bewarna putih berhenti di hadapan kereta aku. Muncul dari perut kereta susuk tubuh seorang lelaki datang ke arah aku.

" Cik okey? Kereta cik rosak ke? Nak saya tolong? "

Aku sudah menjerit dalam hati. Akhirnya ada juga manusia yang baik hati nak tolong aku. Yelah dari tadi aku tengok satu persatu kereta lalu lalang kat sini semuanya pulaukan aku hm.

" Kereta saya tiba-tiba mati. Saya tak tahulah kenapa. " dia mengangguk.

Dia menghampiri kereta aku. Gerak geri dia yang sedang membaiki enjin kereta aku perhati. Sekejap aku jeling sisi wajah lelaki ini yang tampak masih fokus. Weyh hensem gila!

" Eh kenapa cik pandang saya macam tu? " dia tersenyum. Alamak kantoi ke?

" Mana ada hehe.. " aku dapat rasa kedua pipi aku membahang. Aku berdeham cuba menahan malu.

" Cuba awak start. " aku mengangguk lalu bergegas masuk ke dalam kereta dan duduk di seat pemandu. Kunci dimasukkan. Pedal ditarik.

VROM! VROM!

Bersinar-sinar mata aku apabila kereta berjaya dihidupkan. Aku menepuk kedua tanga gembira. Bergegas aku keluar dari kereta semula menghampiri lelaki tadi. Pandainya dia. Sudahlah kacak badan sado pula tu!

" Wah! Terima kasih sangat-sangat! Kalau awak tak ada mungkin saya dah bermalam dah kat sini hehe. Terima kasih! " aku membungkuk padanya.

" Sama-sama. " dia tersenyum menampakkan barisan gigi. Comelnya gigi arnab!

Dia melihat aku yang sedang menyelongkar beg seperti ingin mengambil sesuatu. Beberapa keping duit aku hulur padanya. Tanda terima kasih.

" Eh tak apalah. Saya ikhlas tolong awak. "

" Saya pun ikhlas bagi awak duit ni. Tanda terima kasih tolong baikikan kereta saya. "

" Tak apalah. Benda kecil je pun. "

Halah mamat ni. Ambil jelah duit ni. Ini rezeki. Aku ni pun bukan jenis suka bagi duit pada orang lain. Kalau aku bagi ni ha kira beruntunglah kau.

" Saya minta diri dulu. Hati-hati. "

Aku melihat susuk badan belakang dia yang sudah masuk ke dalam keretanya. Kemudian lelaki itu pergi. Aku hanya diam di tempat aku melihat kereta dia yang semakin jauh. Dia tak ambil duit aku hm.

tbc.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top