31
"Hyebin,"
Hyebin yang sedang mengemas beg sekolahnya itu menoleh ke pintu. Kelihatan Puan Park sedang berdiri di sana.
"Kenapa Omma?"
Wanita itu tersenyum dan berjalan masuk lalu duduk di katil anak bongsunya itu. Ruang di sebelahnya ditepuk perlahan.
"Sini, duduk sebelah Omma. Ada hal yang Omma nak cakap," ujar Puan Park.
Hyebin hanya menurut.
"Hal apa? Macam serius je?" soal Hyebin keliru.
"Kamu masih tak nak berbaik dengan Hanbin?" soal Puan Park memulakan bicara.
"Omma, tentang tu-,"
"Kamu tak suka Hanbin berkawan dengan Leejeong?"
Hyebin mengeluh perlahan.
"Hyebin tak boleh terima kalau Hanbin kawan dengan orang macam Leejeong tu. Hyebin tak suka,"
"Kenapa dengan Leejeong? Omma rasa dia okay je,"
"Dia-dia sebenarnya pembuli," Hyebin melepaskan juga rahsia yang satu itu.
Puan Park diam sejenak sebelum dia memeluk bahu Hyebin.
"Betul ke dia pembuli? Kamu betul-betul nampak dia buli orang? Atau kamu nampak dia bergaduh dan pukul orang je? Kamu yakin dia pukul budak tu tanpa sebab?"
Hyebin diam sejenak. Kalau ikutkan, memang dia tidak pernah pun melihat Jeonghyeon membuli. Yang dia lihat, pelajar-pelajar di sekolah itu yang takutkan dia, sedangkan lelaki itu langsung tidak buat apa-apa.
"Hyebin ah, Omma tahu kamu tak suka orang yang selalu gunakan kekerasan. Omma faham sebab dari kecil memang itu lah yang Appa dan Omma ajar pada kamu dan Hanbin, supaya tak berkasar dengan orang. Tapi Hyebin kena ingat, kadang-kadang seseorang tu pilih kekerasan sebab dia rasa itu je yang mampu buat dia rasa selamat," bahu Hyebin diusap seiring dia berbicara.
Hyebin menunduk mendengar semua itu.
"Kamu tahu, Hanbin tak pernah ada kawan waktu dia mula-mula masuk sekolah tu. Dia hari-hari pujuk Appa supaya pindahkan dia dekat kampung juga dengan kamu. Sampai lah kami dapat tahu yang sebenarnya dia kena buli dengan senior kat sekolah sebab dia tak sengaja terlanggar senior dia tu,"
"Hanbin kena buli?" soal Hyebin kaget.
Puan Park mengangguk.
"Sampailah satu hari tu, dia tiba-tiba bawa kawan balik rumah. Waktu Omma nak hantar snek ke bilik dia, Omma dengar dia ketawa. Itu pertama kali Omma nampak dia gembira macam tu. Rupanya kawan dia tu yang tolong dia dari senior tu. Teruk senior dia kena belasah sampai dia dah tak berani nak buli Hanbin," cerita Puan Park lagi.
"Kawan dia tu-,"
"Leejeong lah orang yang berjaya ubah Hanbin sampai dia jadi macam sekarang. Sebab tu Hanbin tak boleh nak berhenti kawan dengan Leejeong macam yang kamu nak,"
Hyebin meraup wajahnya. Saat itu timbul rasa serba salah dalam dirinya. Jadi sebab utama Hanbin tidak ingin meninggalkan Jeonghyeon adalah kerana lelaki itu penyelamat dia.
"Hyebin, kamu boleh kan berbaik dengan abang kamu? Omma tak suka lah tengok anak-anak Omma macam ni," Puan Park mengelus rambut Hyebin lembut.
Hyebin memegang tangan ibunya lalu mengangguk perlahan.
"Lagi satu, berkawan lah dengan Leejeong tu. Dia budak baik lah,"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top