04

Seperti yang diminta, Hyebin dan Hanbin keduanya berlakon seperti tidak mengenali satu sama lain. Tetapi harus diakui, dia agak menyesal sebenarnya.

Kerana dia hampir sesat mencari pejabat sekolah. Mujur sahaja ada pelajar junior yang sudi membantunya menunjuk arah. Setelah selesai segala urusan di pejabat, dia diminta untuk mengikut guru kelasnya.

Suasana kelas yang agak bising itu, menjadi senyap bila guru kelas masuk. Dan mereka mula berbisik perlahan bila melihat Hyebin yang berada di sebelah guru cantik itu.

"Macam yang kamu nampak, kita ada pelajar baru. Kenalkan diri kamu," Miss Hani mengarah.

"Annyeong, Park Hyebin iminda. Harap semua boleh beri tunjuk ajar," Hyebin menunduk hormat ke arah mereka.

"Hyebin , kamu boleh duduk dekat meja belakang sana," arah Miss Hani sambil tangannya menunjuk ke arah belakang.

Hyebin menurut dan mula berjalan ke arah meja kosong yang berada di tepi tingkap. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan duduknya di situ.

"Hai Hyebin,"

Pelajar perempuan yang duduk di hadapannya memusingkan badan ke arahnya. Senyuman manis terukir di bibir itu.

"Aku Hyojeong. Noh Hyojeong," tangah dihulur.

"Hai," huluran disambut dengan senyuman juga.

"Kalau kau nak tanya apa-apa, boleh tanya aku," ujar Hyojeong ramah.

"Okay. Gomawo,"

Hyebin sudah mampu tersenyum lega. Nampaknya, dia dah ada seorang kawan. Dan rakan-rakan sekelas barunya juga nampak sangat baik dan peramah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top