Musang berbulu

Tiga bulan kemudian...

Suasana di balairungseri tenang menanti ketibaan para pembesar dan menteri Kerajaan Cahaya Bulan. Putera Darma Andika menitahkan supaya semua berkumpul pada pagi ini.

"Psst, apa gerangan kita dipanggil ke sini, syahbandar?"

Lelaki berpakaian baju melayu merah gelap hanya mengangkat bahu. Dia juga tidak tahu.

"Kita lihat sahajalah nanti. Aku pasti Bendahara Manan akan kecundang."

Yang lain hanya mengangguk. Kebanyakan mereka sedar dengan penyelewengan yang berlaku, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana pangkat bendahara lagi tinggi.

Besar pengaruh orang tua itu. Ramai pengikutnya.

"Kau sudah buat apa yang disuruh putera Andika?"

"Pastilah sudah beres. Nak mampus kalau tak siap tugasan itu?"

Temenggung tersengih mendengar ulah rakan sejawatnya itu. Iya, dia juga ditugaskan oleh sang putera.

Sudah pastinya sudah beres juga.

Nasib Putera agak baik kerana pembesar istana lagi empat orang itu muda dan bijak belaka. Semuanya berpihak pada putera semestinya.

Suara kakitangan istana yang hingar bingar bertukar senyap apabila susuk tubuh tegap putera Andika memasuki ruang balairungseri itu.

" Boleh kita mula, tuanku putera?"

"Tunggu dahulu. Kita tunggu ketibaan ayahanda dan bonda. Mereka pun mahu turut serta dalam mesyuarat ini."

Yang lain hanya akur.  Barangkali tuanku raja sudah sihat untuk hadir hari ini. Syukurlah kalau begitu.

🌼🌼🌼

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada ayahanda, bonda dan seluruh jemaah menteri negeri Cahaya Bulan yang hadir pada pagi ini."

Putera Darma Andika yang segak berbaju melayu lengkap berdehem sambil memerhati gelagat menteri yang khusyuk memandangnya.

"Seperti yang kalian tahu, beta telah memegang mandat sementara untuk menguruskan hal ehwal negara semenjak ayahanda gering beberapa purnama lepas."

Purnama: Bulan

Dadanya berdebar apabila bertentang mata dengan Datuk bendahara. Lelaki berkumis itu tersenyum hormat padanya. Sulit juga untuk dia selesaikan semua ni kerana lelaki tua itu punya pengaruh yang kuat.

Dia menghela nafas sebelum kembali menumpukan perhatian pada gulungan titah dihadapannya.

"Beri helaian ini pada semua yang ada."

Seorang pengawal mengangguk dan mengedarkan helaian tersebut pada semua termasuk raja dan permaisuri.

"Mulai hari ini, beta usulkan kita hapuskan cukai kepada rakyat yang susah iaitu yang mempunyai pendapatan bawah 50 ringgit Malaysia. Kebanyakan dari mereka merupakan golongan petani, pesawah, nelayan, penoreh getah."

Riak wajah Bendahara berubah serta merta. Dia bingkas bangun dan merafak sembah.

"Ampunkan patik, tuanku. Izikan patik membantah usul ini."

Putera Darma tersenyum sinis. Nampaknya ada yang tergugat. Umpan sudah mengena.

"Mengapa Dato Bendahara? Apa yang tidak kena pada usul beta?" Soal Putera Darma dengan tenang.

"Pada pandangan patik, jika cukai dihapuskan, habislah pembelanjaan negara akan merosot. Bukankah pendapatan negara bergantung pada bayaran cukai rakyat jelata?"

Dato Bendahara Manan terlihat seperti kurang senang.

"Beta bukan usulkan untuk hapuskan terus. Hanya pada golongan susah sahaja. Cukai pintu, tanah dan pendapatan pada golongan kaya, bangsawan masih kita laksanakan."

Wajah Dato bendahara dikerling lagi. Dia mahu mendengar apa yang bakal keluar dari mulut orang kanan ayahandanya itu.

"Itu tidak adil, tuan putera! Menurut patik, semua rakyat harus membayar cukai tidak kira kaya atau miskin! Itu adalah tanggungjawab mereka kepada negara! Jika dihapuskan, kita akan menjadi negara miskin seperti negara seberang!"

Dato bendahara berkata dengan tegas. Wajahnya kelihatan tegang.

"Tanggungjawab mereka pada negara?"

Putera Darma tersenyum lagi.

"Tanggungjawab kita sebagai pemimpin bagaimana pula, Dato' Bendahara? Khabarnya daerah yang Dato pegang sekarang, tidak aman. Rakyat diperas dan ditindas! Cukai dinaikkan sewenangnya sehingga rakyat bergolok gadai dan kelaparan. Betulkah apa yang beta dengar?"

Dato Bendahara terpempan. Wajahnya berubah pucat.

"Itu semua bohong tuanku! Pasti ada pihak yang sengaja sabotaj beta!" Laju Bendahara Manan pertahankn diri.

Dia orang kanan raja! Pasti kali ini kemenangan berpihak padanya.

"Disabotaj? Bagaimana pula dengan Kandang babi di tebing sungai Manis? Siapa yang benarkan kandang itu dibina?" Temenggung Dali pula bangun dan bersuara.

Dia memberi isyarat kepada putera Darma untuk duduk kerana dia yang akan berhujah dengan Dato Bendahara.

"Astargfirullah. Kita orang islam, mana boleh kandang babi dibina di kawasan perumahan rakyat? Sungai itulah tempat mandi, membasuh pakaian!" Seorang menteri bangun dan mencelah.

Yang lain hanya berpandangan sesama sendiri dengan riak terkejut. Keadaan balairung seri kini hingar bingar.

Masing-masing tidak percaya dengan apa yang dikhabarkan Temenggung Dali.

"Benarkah apa yang dikatakan itu, Dato Bendahara?" Raja Pasha bangun dan menghalakan pandangan pada wajah orang kanannya itu.

Semua yang ada menunduk. Habislah tuanku sudah masuk campur. Keadaan Dato' Bendahara kini umpama di tali gantung, hanya menunggu masa untuk menerima hukuman.

Putera Darma bingkas menepuk perlahan bahu ayahanda.

"Bertenang dulu ayahanda. Kita dengar dulu apa yang Temenggung Dali ingin sampaikan."

Mujur baginda raja lembut hati dan duduk. Namun pandangan masih mencerlun ke arah bendahara.

"Penduduk kampung Rimbun sering mengadu mereka sering sakit-sakit akibat pencemaran sungai. Pendapatan mereka juga terjejas kerana pencemaran itu. Sawah padi yang mereka usahakan tidak mengeluarkan padi yang berkualiti."

"Seterusnya Penduduk Kampung Merlimau pula mengadu cukai yang dikenakan baru-baru ini terlampau tinggi. Mereka yang rata-rata hanya bekerja sebagai pesawah dan petani kecil kecilan amat terkesan. Sekiranya cukai tidak dibayar, rumah akan digeledah dan barang berharga akan dirampas oleh pemimpin tempatan."

Dato Bendahara berasa lemah lutut tiba-tiba. Wajahnya serta merta berpeluh dingin.

"Sila jelaskan semua ini, Dato' Bendahara! Adakah benar!?!" Raja Pasha menempik kuat.

Seisi ruangan istana itu menjadi hening. Bahkan jika sebatang pen jatuh pun, akan bising menganggu suasana.

"Kandang babi? Setahu patik tidak ada kandang babi di Kampung Rimbun. Temenggung pastikah yang berita ini sahih?"

Dato Bendahara berpeluk tubuh. Misainya bergerak-gerak menambahkan lagi ketegangan wajahnya saat ini.

" Berhati-hati ketika bercakap, temenggung! Kes ini bagai rantai besi dimakan bubuk! Sangat tidak masuk akal."

"Patik takkan sebodoh itu mahu meluluskan kandang haiwan yang diharamkan dalam islam. Lagi-lagi berdekatan dengan sungai yang menjadi kegunaan harian penduduk."

"Tuanku putera salah dengar barangkali. Semua ini bohong! Patik tidak pernah meluluskan pembinaan kndang babi di sana!" Sambung Dato bendahara panjang lebar. Rasanya cukup untuk buktikan dia tak bersalah.

Lelaki bermisai itu menarik nafas panjang dan cuba untuk bertenang. Dia berdoa supaya dia dapat kepercayaan penuh dari tuanku raja sendiri.

Temenggung Dali menjungkit kening dan menyelak helaian kertas ditangannya kini.

"Tuanku raja! Patik tidak sesekali melakukan perkara seperti itu! Buktinya sudah 35 tahun patik berkhidmat pada tuanku, kerajaan Chahaya Bulan aman dan sentosa hingga kini."

"Maafkan patik, tapi tuanku putera masih baru dalam pentadbiran. Umur pun baru setahun jangung. Mungkin tuanku putera tersilap orang!"

"Hei, jangan biadap terhadap putera raja!?!" Temenggung Dali membeliakkan mata.

Beraninya orang tua ini menderhaka?

"Maafkan patik, tuanku. Bukan mahu bersikap kurang sopan tapi mungkin benar tuanku masih baru dalam memerintah negeri ini."

"Dan ada beberapa pihak yang iri hati dengan kedudukan patik, yang berniat mahu menjatuhkan patik, datang pada tuanku Darma dan menyebar fitnah."
Sambungnya lagi.

Wah, hebat betul orang tua itu pertahankan diri. Mentang-mentang dia orang kanan diraja. Temenggung Dali mengetap bibir perlahan. Bahang terasa satu badannya.

Kalau diluar istana, sudah penyek orang tua ini ditumbuk.

Yang ajaibnya Putera Darma masih mampu bertenang dan tersenyum. Sementara Tuanku Pasha dan permaisuri berpandangan satu sama lain.

"Hmm.. mungkin benar telahan Dato bendahara itu. Beta masih baru dalam mentadbir negeri. Masih banyak beta perlu belajar. Mungkin beta boleh belajar dengan Dato?"

" Sudah tentu tuanku. Kecil tapak tangan, Nyiru patik tadahkan. Dengan senang hati." Dia tersenyum.

Guruh dalam dada semakin menjauh. Dia yakin yang hari itu akan berpihak padanya.

Tangan dikepal perlahan. Wajah anak buahnya satu persatu muncul di tubir mata.

Bodoh! Cuai!

Senyuman Dato Bendahara membuatkan Temenggung Dali mahu sahaja koyakkan bibir orang tua itu.

Biar terkoyak.

Makan guna straw!

Seorang pengawal datang membisikan sesuatu pada anak muda berbaju melayu cekak musang.

Temenggung Dali berkerut.

"Maaf tuanku. Tapi khabarnya kandang babi itu sudah tiada. Yang ada cuma semak samun sahaja.

Putera Darma hanya mengangguk. Dia menjeling susuk tubuh lelaki separuh abad itu.

Licik juga orang tua ini menhilangkan jejak.

"Jadi ini semua adalah fitnah ya?"

Putera Darma bangun dan bersuara.

"Ya, tuanku. Pasti ada yang iri hati dengan kedudukan patik dan menabur fitnah. Kalau boleh, bawa orang itu ke sini, patik tidak gentar sama sekali!"

"Oh, orang itu memang sedang menunggu di luar. Panggil mereka masuk, pengawal.."

Pintu gerbang dibuka perlahan dan dua orang lelaki pertengahan umur, seorang gempal dan seorang lagi kurus berbangsa cina.

Dato Bendahara Manan membulatkan mata. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

Bagaimana....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top