Halaman 16 : Perasaan
"Satu...."
Sekumpulan pemuda berpakaian serba hitam mendepa penumbuk ke arah hadapan.
"Dua..."
Mereka memusing tubuh berpaling ke belakang. Masing-masing kelihatan fokus meski wajah dibasahi keringat.
"Mawar!"
Gadis berselendang merah itu tersentak. Habis berkecamuk lamunannya yang panjang.
"Opocot nenek kau!" Latahnya perlahan sambil menepuk kepala gerangan di sebelah.
Mawar menjeling Melati yang terkekek ketawa. Manakala Orkid pula kebingungan. Mengapa dia pula yang kena hempuk?
Bukan salah dia.
"Maaf Orkid. Hish, kamu ni Melati."
Suara lembut itu mendengus. Satu cubitan hinggap di lengan sahabatnya. Kalau tidak mengusik sehari, bukan Melatilah namanya!
"Leka aku tengok kamu merenung mereka berlatih. Merenung jejaka pujaan kan?" Kening Melati terjongket sebelah.
"Mana ada!" Laju Mawar memarahi sahabatnya itu. Merepek!
"Wuu..Mengaku sahajalah. Dari matamu, aku dapat lihat sinaran cinta, Mawar."
Papp!
Gadis berambut ekor kuda itu mengaduh perlahan. Namun sengihannya tetap melebar. Masih tidak puas mengusik si Mawar.
"Sudah kebiasaan kita untuk melihat mereka berlatih setiap malam bukan?" Mawar menjawab lembut.
"Iya. Tapi malam ini kulihat kau berlainan sedikit. Itu, Arjuna yang mengetuai silat malam ini bukan? Matamu tidak lepas dari merenungnya bukan?"
"Melati! Mana ada!" Mawar sudah menarik muka masam. Ini tidak adil.
Orkid juga tidak berkelip merenung sekumpulan anak murid ayahnya berlatih. Tapi tak kena usik pula.
Tak adil!
Orkid menggeleng. Melati sudah bosan agaknya. Itulah dia mencari modal mengusik. Ada sahaja telatah gadis itu.
"Mawar? Ada apa yang tidak kena?" Suara garau menyapa pendengaran. Mata lelaki tampan itu melekat pada wajahnya.
Suara garau itu membuatkan mukanya pucat tidak berdarah. Bagaimana dia boleh ada di sini? Bukan sepatutnya dia mengetuai silat di padang sana?
"Orkid, rasanya Mak Gayah memanggil kita. Marilah kita beransur." Melati bersuara dan menarik tangan Orkid tergopoh gapah.
Mawar mengangkat muka. Eh, mereka hendak ke mana? Takkan dia ditinggalkan berdua bersama lelaki itu?
Matilah dia!
Keadaan hingar-bingar kedengaran. Beberapa orang anak muda kelihatan berehat di pondok kayu berdekatan.
"Mawar?"
Suara garau itu memanggilnya lagi. Dia menoleh melihat lelaki itu. Namun sekilas sahaja.
Matanya dilarikan ke arah sekumpulan anak kecil bermain batu seremban tidak jauh dari situ.
"Er, ya?" Suaranya perlahan namun cepat ditangkap pemuda itu sebelum menguntum senyum menayangkan gigi putih bersihnya.
Dada Mawar berdebar kencang. Wajahnya bertukar merah. Aduh, mengapa pula dia merasa seperti tak senang duduk?
"Mawar kelihatan muram sebentar tadi. Ada apa tidak kenakah?"
"Eh, saya tak apa-apa. Melati cuma nakal mengusik tadi."
Jawapan gadis itu sedikit sebanyak melegakan hati lelaki itu. Senyuman diukirkan.
Sudah-sudahlah tu tersenyum wahai Arjuna! Jantung dia sudah seperti acara lari berganti dah ni!
"Esok Temenggung Ali pulang bukan? Sampaikan salamku padanya ya. Katakan aku sudah melunaskan amanatnya sepanjang kepergiannya."
Mawar mengangguk cuma. Sepeninggalan ayahandanya, lelaki itulah yang menggantikan ayahandanya melatih anak muda bersilat. Maklumlah, dia merupakan anak murid kesayangan ayahandanya.
Itu memang tidak boleh disangkal lagi.
Kasturi Arjuna tersenyum melihat beberapa orang kanak-kanak bermain ting-ting berhampiran mereka.
Dia membetulkan duduknya dan kembali memandang gadis yang ralit menekur lantai beranda.
"Mawar suka budak-budak?" Suara garau itu bertanya lembut.
Gadis itu kelihatan tersentak.
"Suka. Mengapa Arjuna?"
"Jikalau aku berkahwin kelak, aku mahu anak ramai. Bagiku anak-anak punca rezeki. Juga tanda cinta kita kepada pasangan."
Mata mereka bertemu. Wajah Mawar bertukar merah.
"Er..Mengapa Arjuna katakan ini pada Mawar? Nanti ucaplah pada bakal isteri Arjuna. Bukan Mawar." Jawabnya perlahan.
Entah mengapa hatinya terasa sakit. Untung wanita yang dicintai lelaki berbadan tegap itu. Gilaan ramai gadis kampung. Bukan dia tidak cakna.
Sampaikan ada gadis kampung sebelah jatuh longkang gara-gara terlalu khusyuk merenung jejaka itu lalu.
Sadis bukan nasib gadis itu?
Hatinya dicengkam pedih. Dia cemburu?
Haih. Siapalah dia mahu cemburu pada lelaki tampan itu? Dia bukan siapa-siapa. Dia sedar diri.
Lelaki itu menghambur tawa. Dia mengalih pandangan ke atas. Langit kelihatan begitu cantik pada malam itu.
Entah mengapa dia suka melihat wajah polos itu. Dalam ketenangan wajahnya, dadanya berdetak hebat sebenarnya.
"Sebab itu Arjuna katakannya pada Mawar."
Gadis itu menjungkit kening.
"Mawar tak mengerti. Maksud Arjuna?"
Lelaki itu diam tidak menjawab apabila menyedari kehadiran seseorang menghampiri mereka.
Mawar menoleh apabila Orkid datang membawa secawan teh panas. Sempat lagi gadis itu mengenyit mata mengusik.
Mawar hanya menghantar jelingan tajam sebelum sahabatnya berlalu.
"Jemput minum, Arjuna."
Cawan berisi teh panas ditolak perlahan ke arah lelaki itu.
"Terima kasih." Dia mencicip teh berasap kecil itu. Terasa lega sedikit tekaknya. Matanya kembali merenung gadis yang bersimpuh tidak jauh darinya itu.
" Mawar akan tahu juga nanti."
Mawar mengeluh perlahan. Misteri sungguh lelaki ini. Biarlah, bukan urusannya pun.
Hatinya terasa pedih tiba-tiba.
"A..awak nak kahwin ya?"
Air liurnya terasa pahit.
"Ya. Doakan semoga saya dipermudah urusan nanti ya." Lelaki itu mengukir senyum lagi.
Senyuman senget yang mampu menggetar hati wanita yang melihatnya. Termasuk dia.
"Oh. Tahniah." Dia mengukir senyuman hambar. Jejaka idamannya akan dimiliki orang. Bertuah sungguh gadis itu kan?
Dalam diam, Arjuna mengerling wajah mendung gadis itu. Ada makna yang tersirat dalam renungannya itu.
Hanya dia yang tahu. Kau akan tahu juga nanti, Mawar.
"Arjuna! Sudah-sudahlah bercinta. Tak mahu masuk gelanggangkah, sahabat? Cepat siap, boleh aku pulang awal. Bising bonda aku nanti!"
Arman melaung dari jauh. Beberapa anak muda juga kelihatan berlatih sendiri. Ada juga yang masih minum di beranda.
"Jom kita mula! Boleh habis awal!" Laung lelaki itu menyedarkan yang masih santai tadi. Tergopoh-gapah mereka menghabiskan air.
Mawar hanya tersenyum kelat. Dia sedar cinta tak semestinya memiliki. Cukup sekadar kita melihat orang disayangi gembira di samping yang tersayang.
Sudah cukup buatkan kita gembira.
Kan?
🌹🌹🌹
Selesai latihan silat, Temenggung Ali mengajak Arjuna minum kopi di bangsal tepi sawah. Malam itu langit gelap tanpa butiran bintang.
"Tapi pakcik saya miskin. Hanya bekerja sebagai nelayan. Tinggal pula bersama ibu yang sudah uzur di pondok buruk."
Temenggung Ali menoleh sekilas. Langit malam yang gelap pekat itu direnung pula.
"Aku tak kisah semua itu, Juna. Asalkan kau berhati baik, tahu tanggungjawab dan mampu menjaga satu-satu anakku dengan baik."
Lelaki muda itu terpempan mendengarnya. Dia pula yang segan.
"Kamu sukakan anak aku kan? Sekilas ikan di air, aku sudah tau."
"Eh, pakcik tahu?"
Temenggung Ali menghamburkan tawa.
"Aku makan garam dulu, Juna. Jelas yang kamu dan Mawar saling mencintai. Kamu jaga anak aku elok-elok ya."
"Maksud Pakcik?" Serta merta badannya menjadi keras.
"Aku restu kau dengan anakku. Aku dah rancang dengan tiga orang sahabatku untuk majlis kamu berdua nanti. Nanti kamu jumpa mereka ya."
Keadaan jeda seketika. Arjuna seperti terpaku. Tidak percaya dengan apa yang diberitahu tadi.
"Erm..Jadi pakcik sudah mula buat persiapan?" Keningnya naik dan bertaut.
"Ya. Mujur sahabat aku sanggup membantu." Lelaki separuh abad itu membetulkan duduk. Usia sebegini sudah tidak betah duduk bersila lama.
Dia meluruskan kaki yang terasa berdenyut-denyut.
"Jadi pulang sahaja pakcik semua dari rombongan diraja, majlis akan berlangsung?"
Lelaki tua itu hanya mengangguk.
"Tapi pakcik... Saya ada sikit simpanan dalam lima ratus sahaja. Cukupkah?" Berkerut dahinya mencongak wang simpanan yang sedikit itu.
"Tak usah. Cukup kau beli Al Quran dan kain telekung saja. Duitmu simpan saja untuk hidup lepas kahwin. Banyak belanjanya tahu."
Membulat mata Arjuna. Selalu wang hantaran paling sikit dua ribu. Mustahil hanya dua perkara asas itu. Lagi-lagi anak temenggung Ali pula tu!
"Pakcik biar betul? Cakap sahaja berapa. Akan saya usahakan!"
Seingatnya hari itu Temenggung Ali ada berseloroh dengan anak-anak muridnya yang belajar silat.
"Hantaran anak aku mahal ya. Yang tertentu saja boleh masuk meminang."
"Amboi Pakcik! Tak apalah. Saya anak pesawah saja. Saya kahwin dengan ikan keli sajalah!"
Sambutan dari Rasul, anak muda yang periang mengundang tawa semua yang ada.
"Aku hanya nak tengok kesungguhan dan kerajinan saja. Pada aku, kalau rajin, duduk di bangsal tepi sawah ini pun, boleh hidup bahagia. Kuncinya adalah kerajinan."
Suara parau lelaki beruban itu menyentakkan Arjuna dari lamunan.
"Saya terpilih untuk menyertai ujian peringkat akhir bagi jawatan pengawal yang baru. Masih berfikir mahu pergi atau tidak."
Spontan Temenggung Ali menoleh dengan senyuman di bibir merekah itu.
"Pergilah Juna. Saat kamu masih muda dan gagah, cubalah semua perkara. Mana tau dari kerja nelayan, kamu ada rezeki untuk naikkan taraf hidup kamu?"
Arjuna mengangguk mendengar nasihat Temenggung Ali. Hatinya sudah nekad kini. Tidak lagi berbelah bagi seperti tadi.
"Saya tak mahu Mawar rasa hidup susah, pakcik. Saya akan pergi dan cuba yang terbaik."
Lelaki tua itu menepuk bahu bakal menantunya dengan lembut sambil ketawa.
"Inilah baru bakal menantu yang bagus! Kamu janji dengan aku satu perkara."
"Boleh pakcik. Apa dia?"
"Nanti kalau aku tak ada tolong uruskan majlis ya. Jaga Mawar baik-baik bagai menatang minyak yang penuh. Dia satu-satukan anak aku."
"Eh, pakcik mahu ke mana? Bukankah pakcik akan ada sekali nanti?"
Lelaki tua itu hanya diam sejenak. Pandangannya bagai mahu menembusi langit yang gelap pekat itu.
"Aku mahu pergi jauh..."
"Hah?"
Arjuna hanya mengangkat bahu. Dia juga turut merenung langit yang gelap itu. Sesekali angin sepoi-sepoi menampar pipinya.
Dadanya berdetak kencang. Esok merupakan hari ujian akhir kelayakan. Berjayakah dia?
Dia mengeluh. Demi Mawar dia akan cuba yang terbaik. Dia tak mahu Mawar hidup susah. Dia akan cuba sehabis baik nanti!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top