23. Balairungseri (New Update)

"Beta sungguh tidak sangka.."

Aura Raja Pasha Alam Shah amat menekan ketika itu. Semua menteri dan hulubalang yang berada di situ menunduk menekur lantai.

Seorang lelaki berpakaian seperti rakyat biasa berdiri tegak hampir dengan temoat baginda raja bersemayam. Dia meluruskan kedua-dua tangannya dan memberi sembah hormat kepada Raja Pasha.

" Akhirnya anakanda dapat kembali ke pangkuan ayahanda. Maafkan ayahanda kerana lambat bertindak."

Raja pasha menepuk bahu lelaki muda itu beberapa kali. Terdengar kekesalan dari nadanya sebentar tadi.

"Jangan berkata begitu, ayahanda. Bukan mudah untuk membuat keputusan sebegini berat. Sementelah Paduka itu merupakan adinda kepada bonda."

Raja hanya mengangguk perlahan.

"Bonda di mana?" Anak muda itu memandang seluruh sudut balairungseri untuk mencari bonda kesayangan. Pasti bondanya terkejut dengan kedatangannya secara mengejut itu.

"Anakanda!"

Permaisuri berlari anak dari pintu utama balairungseri ke arah anak muda itu. Esakan tangisan kedengaran.

Keadaan balairungseri bertukar menjadi sayu dengan pertemuan anak beranak itu. Raja Pasha hanya tersenyum melihat pertemuan itu.

"Bondamu amat merinduimu, Darma. Setiap malam, setiap saat, hanya namamu disebutnya. Apabila khabar pembebasanmu diketahui, bondamulah yang paling girang. Istana yang muram kembali berseri."

"Maafkan Darma, bonda. Keadaan rumit itu yang memisahkan kita. Darma sering berdoa akan kesejahteraan bonda meski kita terpisah jauh selama 28 tahun."

Permaisuri menyeka air mata dan tersenyum. Mereka berdua meleraikan pelukan. Namun gengaman tangan masih tidak dilepaskan.

Siapa yang tidak kasih akan anakanda yang dikandung selama 9 bulan? Terpisahnya mereka bagai merentap jiwa raganya juga.

"Syukur anakanda sudah pulang. Janji sama bonda yang anakanda tidak akan meninggalkan bonda ya, nak."

Lelaki muda itu tersenyum. Wajah bondanya ditatap lama. Bondanya nampak sedikit uzur, mungkin atas faktor umur.

"Baiklah bonda. Andika janji."

Dia memapah bondanya untuk bersemayam di sebelah ayahandanya dan kemudian kembali ke ruangan bawah.

"Darma ada satu permintaan hendak dikhabarkan pada ayahanda, bonda dan seluruh yang berada di sini."

"Katakanlah. Ayahanda dan semua sedia mendengar."

Semua mata para menteri, tabib dan hulubalang tertancap pada putera raja itu.

"Anakanda inginkan penempatan di luar istana."

Seluruh yang ada terkejut. Masing-masing terpinga-pinga dan membisik antara satu dengan lain.

Lainpula dengan reaksi baginda raja dan permaisuri.

"Mengapa kamu tidak mahu tinggal di dalam istana? Di sini semuanya tersedia lengkap?"

"Maafkan anakanda, tetapi eloklah kiranya anakanda tinggal di luar istana untuk keselesaan anakanda sendiri. Sementelah sebelum ini, anakanda sudah terbiasa hidup sebagai rakyat biasa."

Raja dan permaisuri hanya berbalas pandang. Kemudian baginda berdua sepakat mengangguk perlahan.

"Baiklah. Ayahanda setuju. Tapi dengan syarat, jika ada sebarang urusan istana, kamu harus bermalam di istana."

Darma tersengih. Syukur ayahanda setuju. Gusar juga dia jika permintaan ditolak.

Dia mengangguk laju seraya merafak sembah.

"Baik ayahanda. Anakanda menurut perintah."

Semua yang ada tersenyum apabila melihat reaksi positif dari raja dan permaisuri. Jika girang hati baginda berdua, girang jugalah hati mereka para menteri.

"Sebentar tuanku! Maafkan patik, benarkan patik mencelah!" Seorang lelaki lengkap berbaju melayu muncul di tengah pintu utama balairungseri.

"Silakan, mamanda menteri. Ada perkara mustahakkah?"

Raja Pasha mengerutkan dahi. Sepertinya ada yang tidak kena sahaja.

"Mengikut firasat patik, orang suruhan Adinda permaisuri masih bebas. Tidak molek jika kita mempertontonkan baginda putera pada khalayak."

Raja Pasha mengurut janggut hitamnya perlahan. Ada benar juga kata memanda menteri itu.

Permaisuri disisi Raja sudah mula resah. Khuatir anakandanya diapa-apakan.

"Kalian boleh bersurai. Hal ini biar sahaja beta berbincang anak beranak."

Menteri dan tabib yang ada akur dan merafak sembah sebelum berlalu meninggalkan balairungseri.

"Apa pandangan anakanda pula?" Raja Pasha bersuara apabila balairungseri sudah kosong. Hanya tinggal baginda bertiga sahaja.

Darma hanya mengangguk perlahan. Sudah diagak perkara ini akan dibangkitkan.

"Usah risau ayahanda. Tahulah anakanda menjaga diri. Berita tentang kepulangan anakanda, sudah tentu sudah menjadi perbualan rakyat jelata. Namun kita masih boleh berjaga-jaga. Anakanda akan kurangkan penglibatan yang melibatkan rakyat atas urusan istana. Jika adapun anakanda akan menyamar menjadi rakyat biasa."

Raja Pasha hanya mengangguk bersetuju.

"Baiklah. Beta setuju. Mana yang anakanda rasa molek, molek juga pada ayahanda dan bonda."

Darma berundur kira-kira tiga tapak, memberi sembah hormat dan menundukkan kepala sekali lagi sebelum berpusing.

Dia kemudiannya meninggalkan perkarangan istana untuk pulang ke rumah khasnya yang terletak di utara Istana itu.

"Bijak juga anaknda kita ya, kekanda?" Permaisuri melentokkan kepalanya di bahu suaminya.

Raja Pasha hanya tersenyum simpul.

"Lihatlah siapa gerangan ayahandanya?"
Seloroh raja sambil meledakkan ketawa.

Permaisuri hanya mencebik.

"Eh, dindalah yang mewariskan kebijaksanaan kepada anakanda kita itu! Adinda ada kelulusan pengajian tinggi di Jepun tahu!" Seloroh Permaisuri pula.

Raja Pasha hanya mengelus lembut kepala isterinya sambil ketawa mendengar ulah yang lucu itu.

"Iyalah adinda."

Akhirnya Raja Pasha akur sahaja. Dengan perempuan mana boleh menang kan? Hee..

🦋🦋🦋

Kelihatan sebuah kereta kuda menunggunya.

"Eh, tidak mengapa. Beta berjalan kaki sahaja." Tegurnya dengan ramah kepada seorang lelaki sebayanya di atas kuda.

" Jangan tuanku. Raja titahkan pada patik untuk menghantar tuanku sehingga ke tangga rumah. Pasti tuanku raja murka jika diketahui tuanku putera kembali ke rumah berjalan kaki sahaja."

" Oh, arahan dari ayahandakah? Baiklah."

Pemuda itu tersengih kelegaan. Risau jika tuanku putera masih berdegil.

"Terima kasih tuanku. Jika tidak habislah patik ditembak dengan senapang gajah nanti. Patik belum kahwin lagi!"

Darma tergelak besar mendengar celoteh pemuda itu. Kereta kuda mula bergerak perlahan.

"Siapa namamu, anak muda? Tampaknya seperti kita sebaya." Darma menegur ramah.

Lelaki itu berpaling sekilas sebelum tersenyum hormat.

"Nama patik Gangsa Wirawan. Tuanku boleh panggil Wira. Umur patik 26. Oh, sudah terlalu tua untuk lelaki bujang bukan tuanku!"

Darma tersenyum lagi. Dia amat meyenangi peribadi pemuda itu.

"Oh kita sebaya, Wira. Usah panggil daku dengan gelaran istana. Kita sudahpun keluar dari perkarangan. Kau panggil aku Darma sahaja."

Serta merta kereta kuda berhenti mengejut. Darma terpinga-pinga dan bersiap siaga.

" Mengapa Wira? Ada musuhkan di hadapan?"

"Eh tidak apa tuanku? Terasa kurang sopan pula. Mati patik jika diketahui raja dan permaisuri!"

Anak mata Wira bercahaya. Tidak sangka yang Putera Darma ramah begini sekali. Dalam wayang selalunya putera raja angkuh yang amat!

Sehinggakan najis sendiri pun dicebuk pembantu. Jijik sungguh! Heh.

"Janganlah biar mereka tahu. Antara kita-kita sahaja."

Lelaki bertubuh kurus itu tersengih menggaru kepala. Ditenung lama Darma yang kacak itu.

"Hoi, sudi ke tidak berkawan dengan aku? Jangan tenung aku begitu. Aku sudah berpunya tahu!"

Wira tergelak terbahak-bahak mendengar guarauan putera muda itu.

"Seluas hutan Semangga, patik tadahkan tuanku!"

"Tuanku?" Darma membulatkan mata.

"Eh, err Darma. Aku sudi berteman denganmu."

"Ceh, sonsang sungguh bunyinya!"

Mereka berdua ketawa serentak. Dari sebuah pertemuan singkat, siapa sangka akan terbinanya satu ikatan persahabatan?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top