20- Nekad

Mawar menyapu air matanya buat kesekian kali. Selepas bacaan yassin beramai-ramai, kebanyakan penduduk kampung sudah beransur pulang.

Ada yang bertitip pesan sebelum pulang. Tidak kurang yang memeluknya erat memberi kata-kata semangat.

Pusara bertanah merah itu ditenung lama. Dia sama sekali tidak menyangka jenazah ayahandanya yang sampai di pintu rumah.

Temenggung Ali terkorban ketika melakukan lawatan mengiringi Sultan Pasha Alaudin Shah ke sebuah pekan kecil. Dia dan beberapa pengawal diserang oleh perusuh.

Beberapa orang sahabat ayahnya turut cedera parah termasuk Bendahara. Manakala Laksamana dan Syahbandar cuma cedera ringan.

Ayah berehatlah di sana ya. Mawar sudah redha dengan ketentuanNya. Jangan risau tentang Mawar. Mawar akan kuat demi ayah dan bonda, ya.

"Mawar."

Gadis itu mengangkat wajah. Mendongak memandang pemilik suara itu.

Arjuna.

Dia tersenyum kelat.

"Kuat ya, Mawar. Aku sentiasa ada kalau kau mahukan bantuan ya. Kau tidak keseorangan. Kau ada kami." Lelaki tampan itu bersuara lembut.

Di belakang lelaki itu, Budi dan Wira turut berada di situ. Manakala Orkid dan Melati masih setia di sisi Mawar dari tadi.

Mawar cuma mengangguk.

" Terima kasih ya semua. Tak terbalas jasa kamu semua padaku." Suara halusnya kedengaran serak basah.

"Hish, kita berenam sudah berkawan sejak kecil. Sama-sama kena kejar cik ponti ketika pulang mengaji di surau lama. Kawan sejati saling menolong bukan?" Budi bersuara.

Mawar menghadiahkan senyuman tawar. Hatinya sedikit terhibur dengan jenaka spontan lelaki bertubuh kurus itu.

"Aduh." Budi mengaduh akibat rusuknya disiku kuat oleh Wira.

"Apalah kau ni. Mawar tengah bersedih tu. Sempat kau buat lawak ya."

"Aku cuma nak hiburkan sikit si Mawar ni. Diamlah kau. Bukan kau kah yang penakut sampai lari masuk parit?" Budi mencebik.

Wira membulatkan mata.

"Cakap tu perlahan sikit. Aku tampar juga mulut cabul kau nanti. Buah hati aku dengar, habis saham aku nanti."

Dia menjuihkan mulut terhadap Orkid dan Melati yang sedang berusaha menyembunyikan ketawa.

Arjuna berdehem kuat.

" Maafkan mereka, Mawar. Wayar otak short agaknya. Kami beransur dahulu ya.  Nanti petang aku datang rumah ya. Nak beri sedikit sumbangan dari penduduk kampung."

Mawar cuma mengangguk lesu.

"Terima kasih ya Arjuna, Budi, Wira. Kalian malah bantu menurunkan arwah ayah ke liang lahad. Aku terhutang budi."

"Tiada apalah. Kami beransur dahulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Salam dijawab serentak oleh gadis bertiga.

Keadaan jeda seketika.

Mawar kelihatan masih termenung panjang.

Melati dan Orkid pula hanya memandang antara satu sama lain. Pucat betul wajah sahabat mereka.

Risau mereka melihatnya.

"Mawar, hari sudah beransur petang. Mari kita pulang. Perut kau dari pagi tidak diisi. Nanti kau sakit." Melati menyentuh lembut bahu sahabatnya.

Mawar menoleh dan mengangguk lembut. Sudah lebih 3 jam mereka di situ. Kasihan pada dua orang sahabatnya yang setia menemani dari saat pengebumian tengah hari tadi.

Pasti mereka penat.

"Ayah, Mawar beransur pulang ya. Esok pagi Mawar datang melawat lagi. Assalamualaikum."

Melati dan Orkid berjalan beriringan memapah Mawar yang kelihatan lemah. Buat kesekian kali dia menoleh ke arah batu nisan.

Berehatlah ayahanda. Mawar Redha.

🌟🌟🌟🌟

Sebulan kemudian..

"Nah. Buat Mawar." mangkuk tingkat  disua ke arah gadis itu. Kelihatan Orkid sedang mendandan rambut Melati di anak tangga berdekatan mereka berdua.

Mawar tersenyum manis sambil menyambut bungkusan itu.

"Ibu mertua kirim makanan!" Budi mengusik dari jauh. Arjuna menjeling  tajam lelaki itu.

Bukan makan saman lelaki itu. Malah dikenyitkan mata pada Mawar.

Mawar cuma tersenyum. Kalaulah betul. Tapi hakikatnya...

"Terima kasih. Ucap terima kasih pada Mak Wan ya. Susah-susah saja. Di rumah ni sudah banyak makanan dikirim orang."

"Eh, tak menyusahkan pun. Ibu kirim salam pada Mawar."

"Waalaikumsalam." Gadis itu tersenyum manis. Wajahnya yang dahulu pucat kini sudah kemerah-merahan.

Anak matanya beralih pada Wira dan Budi yang tergelak terbahak-bahak berdekatan dua orang tua di halaman rumah.

Entah apa yang melucukan hati mereka.

Arjuna melafazkan syukur. Lega dia melihat gadis itu sudah beransur pulih. Kagum dia dengan kekuatan gadis itu. Meskipun gadis itu kini sebatang kara, tetap dikelilingi  oleh jiran yang prihatin.

Juga sahabat-sahabat yang sentiasa menemani saat susah. Sudah hampir sebulan Orkid dan Melati tinggal bersama Mawar.

Mujur ibu bapa kedua gadis itu memahami dan turut bersimpati. Maka mereka dengan senang hati membenarkan.

Saban hari rumah Temenggung Ali akan dikunjungi penduduk kampung yang datang membawa makanan. Bukan seorang, kadang-kadang penuh juga meja makan gadis bertiga itu.

Murah sungguh hati mereka semua.

"Majlis Arjuna bagaimana? Bila lansungnya?" Mata gadis itu tertancap padanya.

Dia yang jauh mengelamun tersentak. Mencari reaksi mendung wajah kesayangannya. Tenang sahaja muka gadis itu.

" Oh, soal itu. Tak dapat diputuskan lagi. Masih dalam perbincangan."

Mata mereka bersabung. Ada getaran pada pandangan redup itu. Seperti ada duka yang bergayut di tubir mata cantik itu.

Kalau tidak kerana batasan, sudah ditarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Ingin menenangkan mata redup itu. Sudah tak bercahaya seperti dulu.

"Budi! Wira! Mana makanan kami di sini? kau habiskan ya?"

"Aduh!" Tapak selipar tepat mengenai dahi Budi.

Melati terjerit kecil. Dia mencekak pinggang menahan geram. Wira cuma tersengih di sisi Budi.

Budi pula ralit menyapu pasir di kepala. Dek balingan selipar tepat oleh Melati sebentar tadi.

" Jangan nak menuduh ya. Aku sedap duduk berbual di sini. Bila masa aku curi makan kau?"

Arjuna dan Mawar tersentak dari lamunan masing-masing dek pergaduhan budak berdua itu.

Lantas Arjuna mengalihkan pandangan.
Astargfirullah. Jangan terlalu terpesona, Juna. Anak dara orang tu.

Gadis itu hanya tersenyum nipis memerhati Melati sedang bertekak dengan Budi.

Masing-masing tak mahu kalah nampaknya.

Arjuna mencuri pandang. Wajah gadis itu kelihatan mendung. Anak mata coklatnya seakan memendam duka.

"Ya Allah, budak berdua ni. Apa bising-bising ni?" Pak Seman, jiran Mawar datang mencelah.

Mana taknya, suara budak berdua tu kuat sungguh.

"Ni Pak Seman, malaun ni curi makanan saya!" Jerit Melati.

Budi membulatkan mata.

"Eh, makcik! Aku tak hadap dengan makanan kau lah! Aku sudah makan dekat gerai Pak Ya tadi!"

"Sedap sikit mulut tu ya. Apa kau panggil aku?" Bulat mata gadis itu. Bagai ingin terkeluar dari soket mata.

"SUDAH AKU KATA!"

Suasana bingit tadi terus bertukar senyap seperti perpustakaan. Hanya bunyi angin menderu meniup daun pokok sekitar.

"Makanan? Maksud kamu nasi dengan lauk tepi berandakah, Melati?" Pak Seman membetulkan kopiah atas kepala.

Haih anak muda sekarang, bertekak saja kerja! Tak boleh bawa bincang.

Laju Melati mengiakan kata-kata Pak Seman.

"Oh, aku ingat kau orang tak nak. Aku yang ambik. Bagi ayam makan." Selamba Orang tua itu menjawab.

Melati melopong. Begitu juga dengan Budi.

Habis tadi mereka bercakar sebab apa? Sampai selipar hinggap atas kepala pula tu!

"Sudah. Jangan bertekak lagi. Aku kahwinkan kamu berdua baru tahu! Aku balik dulu. Sudah masuk waktu Asar."

Wira dan Orkid hanya berpandangan sesama mereka dan tersengih. Macam mereka tak tahu perangai budak berdua tu.

Baran tidak tentu pasal! Pantang jumpa asyik bertekak saja! Sudah biasa, sebabtu mereka hanya diam.

Malas masuk campur.

"Euww kahwin dengan kau? Sudahlah kurus, tak ada isi. Tak nak aku!" Melati mencebik.

Budi mengetap rahang. Ei, perempuan ni. Ikut hati nak je tarik rambut kembang  gadis itu.

"Ingat aku hendak kat kau? Sudahlah hitam, rambut kembang? Hodoh keturunan aku nanti!" Lelaki itu juga tak mau kalah.

Arjuna menghampiri dan menepuk bahu Budi. Cuba menenagkan sahabatnya itu.

Mawar menggaru dahi. Dia juga bangun mendekati Melati yang sudah merah padam menahan amarah.

"Sudahlah tu." Arjuna dan Mawar berkata serentak.

"Bukan salah siapa-siapa pun."

Sambung mereka lagi. Eh, serentak lagi?

Dan semua yang berada di situ menghamburkan tawa. Kebetulan yang sangat mencurigakan.

hahahaha.

"Assalamualaikum."

Ketawa mereka mati di situ.

Kelihatan Sahabat arwah Temenggung Ali berdiri sambil tersenyum.

"Jemput naik Pakcik semua." Mawar bingkas bangun. Niat untuk melangkah ke dapur membuat air.

"Eh Mawar. tak perlu susah-susah. Kami sudah minum di rumah masing- masing tadi. Tujuan kami datang ke sini, untuk menjenguk kamu sahaja." Bendahara Mengukir senyum.

Laksamana dan Syahbandar hanya mengangguk mengiakan kata-kata bendahara.

"Ke sini Mawar. Kalian juga. Ada benda yang aku ingin sampaikan. Amanat terakhir arwah." Arah Bendahara lembut.

Anak muda berenam itu bingkas mengelilingi tiga orang lelaki separuh abad itu.

"Amanat terakhir arwah?" Perlahan suara Mawar kedengaran.

Bendahara mengangguk.

"Arwah ada meninggalkan hasrat. Dia gusar jika Mawar keseorangan sekiranya dia pulang menghadap illahi."

Semua masih memasang telinga. Masing-masing diam tidak terkutik mendengar butir seterusnya dari mulut lelaki bermisai itu.

"Dia meninggalkan wasiat supaya Mawar berkahwin dengan pilihannya. Jika berlaku sesutu buruk padanya, ada yang boleh menjaga Mawar sepertinya. Kasihkan Mawar sepertinya. Tidak lebih, tidak kurang. "

Semua yang ada terpegun. Tiada seorang pun yang bersuara.

Suara seolah-olah tersekat di kerongkong.

"Kahwin?" Suara anak muda berlima itu kedengaran serentak.

Laksamana menghamburkan tawa. Bendahara dan Syahbandar hanya tersenyum melihat reaksi lucu mereka berlima.

Hanya Arjuna seorang yang kelihatan tenang dan tidak beriak.

" Tenang semua. Bendahara, boleh hamba sambung sedikit?"

Bendahara hanya mengangguk.

" Mawar jangan paksa diri. Itu hanyalah permintaaan arwah. Sekiranya Mawar tidak selesa, boleh sahaja menolak. Benar, Bendahara?" Mata lelaki itu menatap dalam mata gadis itu.

Pandangan kosong tidak beriak. Jangan paksa dirimu Mawar.

Lelaki bermisai itu mengangguk lagi.

"Benar, Kasturi. Tiada paksaan Mawar. Kami bertiga sudah anggap kamu sebagai anak kami sendiri. Kalau kamu tidak mahu, tak mengapa. Ini cuma permintaan arwah." Sambung Syahbandar pula.

Semua mata kini tertumpu pada gadis kecil molek itu. Rambut perangnya diikat kuda sesekali terbuai ditiup angin petang.

Mawar menatap wajah seorang demi seorang sahabat ayahnya. Nafas dihela perlahan.

Kemudian pandangannya beralih kepada  Melati dan Orkid. Kedua sahabat yang tidak pernah meninggalkannya saat susah dan senang.

Yang bersusah payah menemaninya hampir sebulan di rumah pusaka dek kerana bimbang soal keselamatannya jika duduk berseorangan.

Air liur ditelan pahit.

Kemudian dia memandang sekilas wajah pemuda bertiga itu. Dan pandangannya bersabung lama dengan Arjuna.

Dia akan jadi milik orang, Mawar. Sudah tiba masa untuk lupakan lelaki ini. Kau juga berhak bahagia.

Mungkin pilihan ayah adalah yang terbaik?

"Pakcik, Mawar setuju. Bila majlisnya?"

Semua yang ada membulatkan mata. Tidak percaya dengan apa yang didengari mereka.

"Kamu setuju?" Soal Laksamana terkejut.

Mawar cuma mengangguk tanpa suara. Dia mengabaikan pandangan aneh terhadapnya.

"Iya, Mawar setuju, pakcik. Mawar yakin pilihan ayah. Doakan Mawar ya." Lembut  suara Mawar menjawab.

Bendahara menyeka tubir mata. Bertuah kau punyai anak setaat ini, Temenggung. Aku cemburu terhadapmu.

"Kalau begitu, kami bertiga akan uruskan semua bagi pihak kamu, Mawar. " Laksamana bersuara pula.

"Terima kasih." Mawar menyeka air mata. Meskipun  dia kehilangan ayahanda tercinta, dia ada pengganti tiga orang ayah.

Sahabat sejati ayahandanya inilah.

Dalam diam Arjuna tersenyum senget. Hatinya berbunga-bunga. Namun selepas 0.5 saat, terus riak mukanya bertukar beku. Pandai cover Arjuna yea.

Bijak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top