🔮Bab 6
-Raja Andhika Sadewa-
"Beta seru namamu,dikaulah permaisuriku."💍
AKU terjaga dari lena saat terdengar suara bising seseorang yang sedang memberi arahan lalu disahut oleh berpuluh-puluh suara yang lain.
"Cari baginda sampai dapat dan terus berkumpul semula di sini setelah kalian ketemui baginda!" ujar seorang lelaki yang kelihatan seperti ketua komander kepada anak-anak buahnya yang lain.
"Baik, marcadewa!" sahut anak-anak buahnya yang lain.
Aku sudah mengintai mereka disebalik pohon besar tempat aku berteduh. Kelihatan sekumpulan lelaki tegap mula berpecah ke empat arah yang berbeza. Mereka ini mungkin marcaperkasa apabila melihat cara mereka berpakaian. Nampak begitu gah dan hebat sekali pakaian mereka sebagai sekumpulan perwira. Huh! Perwira lah sangat. Mereka musuh aku sekarang ni.
"Ya Allah..." aku sudah mula berasa takut kembali. Habis lah aku kalau diorang dapat jumpa aku. Lebih baik aku segera beredar dari sini.
Wajah menoleh ke belakang semula dan ingin segera beredar dari pohon tempatku berteduh ini namun aku ragu-ragu sejenak kerana masih tercari-cari arah yang terbaik untuk membawa langkah seribu ini.
"Arah ni lah." Aku mula berlari ke arah utara.
Aku meredah setiap semak-samun yang menghalang jalanku. Ahh! Gasak je lah! Janji aku boleh lari daripada mereka.
"Itu baginda!"
Hampir luruh jantung aku apabila aku bertembung dengan sebuah kumpulan marcaperkasa itu.
Pantas aku membelok ke kiri. Larian aku habis lintang-pukang, tak tentu arah aku berlari. Sekejap belok ke arah kiri sekejap ke kanan. Nak je aku masuk ke dalam batang-batang pokok yang lebar,besar dan tinggi seperti pokok litupan bumi ini. Kanopi hutan semula jadi.
"Tuanku! Berhenti! Tuanku!" Dari belakang suara-suara itu kedengaran makin hampir menyuruhku berhenti melarikan diri.
Gila aku nak patuh! Aku tak nak kahwin dengan raja korang la! Aku tahu kalau aku kata tak setuju pun aku tetap akan kena kahwin jugak ataupun tidak Ratu korang tu pasti akan ugut aku tak mahu hantar ke dunia aku balik! Lebih baik aku cari pintu keluar sendiri.
Kalau la jumpa. Nge!! Kalau!
"Tuanku! Jangan!"
"Tuanku Permaisuri! Berhenti!"
Suara-suara mereka aku tidak endahkan langsung. Laju sahaja aku menonong meredah satu dinding berdaun di hadapanku ini. Dinding berdaun? Terbina daripada daun-daun apa tah aku pun tak tahu yang pastinya daun-daun.
Tahu-tahu aku sudah ada di sebalik dinding daun yang aku rempuh masuk tadi. Sunyi terus daripada bunyian suara-suara sekumpulan marcaperkasa itu. Aku menoleh ke belakang, dinding dedaunan tebal yang tinggi ini aku pandang sekilas dari atas ke bawah.
Eh? Mana sekumpulan marcaperkasa tadi? Kenapa mereka tak kejar aku dah? Tak rempuh pun dinding dedaunan tebal ni.
Aku tersenyum lega.
Pfft...aku selamat. Aku berjaya melarikan diri! Oh yeayy! Ahak!Ahak! Aku sudah menggelek gaya tarian panama dance. Muehehe. Syokk sebentar.
Aku mara ke hadapan. Oh ya, baru aku sedar sesuatu, dekat mana aku ni? Memang dalam hutan tetapi kenapa hutan ni nampak lain sedikit ya? Lain seperti baru ditimpa kemarau, tidak berwarna hijau segar dan setenang alam yang nyaman seperti hutan di sebelah dinding dedaunan yang aku rempuh sebentar tadi.
Mataku terpaku kepada satu lohong yang sedikit pelik. Dari sini aku dapat lihat bayangan seperti suasana tempat yang jauh berbeza warna dan suasananya dari sini. Ia gambaran sebuah hutan tetapi hutan itu suasananya gelap seperti malam sedangkan di sini terang benderang dan cerah sahaja.
Aku terfikir sesuatu. Entah-entah itu dunia aku apa? Dunia manusia? Sebab aku pernah tengok ada beberapa cerita dongeng ni, macam ni lah cerita dekat dalam tv tu selalu tunjuk.
"Ya Allah,alhamdulillah. Aku dah boleh balik semula ke dunia aku."
Belum sempat aku ingin membawa langkah ke arah lohong itu, tidak semena-mena muncul seorang lelaki yang berpakaian baju besi serta bertopeng besi, semuanya besi lah dengan menunggang seekor kuda hitam yang handsome? Aum!! Hihi sempat lagi tuh! menghalang laluan aku.
Terkejut beruk aku jadinya, reaksi bagaimana lagi yang boleh aku berikan? Aku gerun melihat mata lembing yang tajam berkilat yang berada di dalam genggaman lelaki berbaju besi itu. Wajahnya tiada kelihatan langsung kerana ditutupi oleh topeng besi yang dipakainya. Seumpama hendak pergi berperang pula lagaknya.
Pantas aku berundur ke belakang. Jantung sudah bermacam-macam rentaknya tanda aku benar-benar dalam ketakutan dan kegelisahan. Pasti lelaki ini mahu membunuhku,bukan?
Dia turun dari kuda hitam miliknya tersebut lalu melangkah ke arahku.
"Ja-jangan apa-apakan saya." Tergagap aku menegah sambil terketar-ketar aku berundur ke belakang.
Tidak semena-semena aku terjelopok ke belakang dek tersadung satu anak pokok yang berbelit.
Jubah yang tersarung ditubuhku juga turut terselak menampakkan betis dan pahaku yang hanya tersarung gaun bertali halus di dalam. Topi di kepala juga turut sama terselak ke belakang.
Dadaku sudah berombak laju disertai air mata yang mula bergenang.
Ya Allah, adakah pengakhiranku di sini? Jika ya, matikanlah aku dalam husnul khatimah. Doaku di dalam hati.
Aku mula memejamkan mata,berserah untuk apa yang akan terjadi seterusnya,menunggu mata lembing itu untuk dihunus ke tubuhku.
"Ampunkan patik tuanku." suara lelaki itu menyebabkan mataku terbuka semula.
Tersentak aku saat melihat lelaki itu sedang berlutut penuh hormat kepadaku dengan lembing di sebelahnya ditongkat ke tanah.
"Patik tidak berniat untuk menakut-nakutkan tuanku atau mengapa-apa kan tuanku, patik mohon ampun jika tuanku berasa takut melihat patik." sambungnya.
Aku segera menutupi tubuhku yang terdedah dengan jubahku semula dan menarik topi jubah yang melurut ke belakang, ke atas kepalaku semula dan memegang di bawah dagu seperti tudung. Tangan menyodok rambut yang terkeluar ke dalam topi jubah itu dengan sebaik mungkin.
"Si-siapa kamu?Jangan halang saya untuk pulang ke dunia saya semula." soalku sedikit tergagap.
"Patik ialah marcaperkasa Nadin,patik orang kanan kepada Raja Andhika. Bukan niat patik untuk menghalang tuanku tapi patik cuma ingin merayu kepada tuanku, tolonglah jangan pulang ke dunia tuanku dan meninggalkan Langkasakti lagi buat masa ini. Patik merayu sangat kepada tuanku. Pulanglah semula ke istana. Buah hati patik dan suri-suri yang lain sangat memerlukan bantuan tuanku pada ketika ini." ujarnya dengan wajah yang langsung tidak mendongak melihat ke arahku. Nadanya benar-benar merayu kepadaku.
Aku tertanya-tanya, buah hati dia dan suri-suri di istana memerlukan aku pada ketika ini? Kenapa mereka memerlukan aku? Dan siapa pulak buah hati marcaperksa Nadin ni? Ada sesuatu yang telah berlaku ke? Sesuatu seperti apa?
Ish! Kalau ada sesuatu yang berlaku pun, kenapa aku nak peduli? Biar mereka lah! Yang pastinya aku perlu keluar dari dunia ini. Aku nak pulang ke pangkuan keluarga aku semula! Aku tak kira!
Aku segera bangkit dari tanah tempat aku terjelopok ini dan berdiri tegak. Marcaperkasa Nadin masih lagi berlutut di hadapanku dengan wajah yang masih menunduk ke bawah. Nampak hormat gila dekat aku ni. Ish! Siapa la aku ni yang dia nak hormat sangat. Aku bukan siapa-siapa pun di sini, hanya makhluk asing yang datang dari dunia lain je.
"Maaf...." perlahan aku berkata. Aku sebenarnya rasa bersalah untuk menolak permintaan dia tetapi aku kuatkan juga hati ini.
"Sa-saya tak boleh penuhi permintaan kamu, saya perlu pulang ke dunia saya semula. Ahli keluarga saya di sana pasti sedang tercari-cari saya sekarang ini." sambungku.
Laju aku melangkah meninggalkannya di belakang. Lohong yang merupakan pintu yang menghubungkan dunia ini dan dunia aku itu menjadi arah sasaranku.
"Mereka akan mati."
Zap!
Terhenti terus langkahku. Kaku. Aku berdiri tegak membelakangi marcaperkasa Nadin. Mataku tepat memandang ke arah lohong itu namun hati dan fikiran sudah merewang memikirkan hal lain. Kata-kata marcaperkasa Nadin itu benar-benar menyentak tangkal hatiku.
Mereka akan mati? Maknanya buah hati marcaperkasa Nadin dan suri-suri di istana akan mati jika aku tidak pulang ke istana? Jadi kerana hal itu lah marcaperkasa Nadin tidak mahu aku pergi lagi buat masa ini? Ini bukan tepat pada masanya, begitu? Tapi ini lah satu-satunya peluang yang aku ada untuk aku pulang ke duniaku semula kerana selepas ini peluang ini tidak mungkin akan ada lagi buat kali kedua dan yang paling aku takuti ialah jika aku kembali ke istana, maka aku pasti akan dipaksa berkahwin dengan raja Andhika juga.
Pilihan apa yang aku ada pada ketika ini?
Sanggupkah aku biarkan mereka mati begitu sahaja disebabkan diriku? Atau haruskah aku biarkan sahaja dan terus rebut peluang ini untuk pulang ke duniaku semula?
Ya Allah....
Tolonglah aku...pilihan apa yang aku perlu buat pada ketika ini?
'Ya Allah, aku mohon, pada saat ini, untuk dua pilihan ini, tetapkanlah hati aku hanya pada satu pilihan yang terbaik. Sesungguhnya engkau berkuasa membolak-balikkan hatiku, Ya Allah, cenderungkanlah hati ini ke arah pilihan yang terbaik.'
Doaku di dalam hati.
Ya Allah....kenapa? Kenapa?
Aku memejamkan mata sejenak mengumpul kekuatan. Liurku telan kesat, kedua-dua belah tanganku genggam sejenak mengumpul lagi kekuatan.
Perlahan-lahan aku menoleh ke arah belakang dan memandang marcaperkasa Nadin yang masih sedang berlutut dan membelakangiku. Cara dia berlutut tidak seperti tadi, nampak lemah seperti orang yang sudah putus harapan. Barangkali berputus asa kerana tidak berjaya memujukku.
"Baik. Saya akan pulang ke istana semula." ujarku dengan yakin.
Jika ini pilihan yang Allah cenderungkan hati aku untuk memilih ke arahnya, maka aku perlu yakin pasti ada hikmah disebalik pilihan ini. Redha itu perlu.
Terus tegak tubuh marcaperkasa Nadin saat mendengar persetujuan yang tak disangka-sangka daripadaku ini.
↪↪↩↩
Aku tak sangka yang aku sedang menunggang kuda bersendirian pada saat ini tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Kuda marcaperkasa Nadin yang ditunggang oleh aku ini pun bijak juga, seakan-akan mengerti bahawa ini pengalaman pertama aku menaiki seekor kuda lalu dibawanyaku dalam kelajuan yang perlahan sahaja agar aku tidak berasa takut atau gayat di atasnya. Sudah lah tinggi mak aii.
Aku juga hairan mengapa marcaperkasa Nadin tidak mahu ikut beserta mengiringi aku dan pesanannya sebentar tadi tiba-tiba terngiang-ngiang di telingaku.
"Pulanglah ke istana dengan menaiki kuda patik ini,tuanku. Dan patik harap tuanku tidak akan memaklumkan kepada sesiapun bahawa tuanku ada terjumpa patik semasa di dalam hutan ini dan patik yang menghalang tuanku dari pulang ke dunia sana." ujar marcaperkasa Nadin dengan wajah yang langsung tidak memandang ke arahku. Wajah dia pun aku tak nampak.
Aku hairan lah dengan kata-kata dia itu, kenapa dia tak mahu sesiapa pun tahu yang dia yang telah berusaha memujukku untuk pulang semula ke istana? Dan kenapa lagaknya sedikit pelik ya,tidak mahu memandang ke arahku langsung? Adakah dia seorang yabg pemalu?
Tidak berapa lama aku menunggang kuda ini, kami sudahpun tiba di hadapan perkarangan pintu gerbang istana kaca bercampur konkrit ini. Besar betul lah istana dia ni, sudah lah reka bentuk seperti istana dalam cerita Disneyland yakni kartun-kartun Barbie yang aku selalu layan waktu-waktu kecik dulu.
Aku cuba menuruni kuda ini seperti yang telah diajarkan oleh marcaperkasa Nadin kepadaku. Kuda ini juga memudahkan langkahku dengan tidak bergerak ke mana-mana walaupun seinci agar aku dapat turun darinya dengan selamat. Bijak betul lah kuda ini, sudah lah handsone! Huahaha, baik pulak tuh! Ni yang jatuh sayang ni. Muehehe.
"Terima kasih ya, wahai encik kuda." Aku membelai kepalanya sambil memandang ke dalam matanya. Cantik mata dia, berwarna kuning cair.
Aku mula melangkah meninggalkan kuda itu di hadapan pintu gerbang kerana marcaperkasa Nadin berkata,kudanya ini hanya akan menghantarku di hadapan pintu gerbang istana sahaja dan tidak boleh masuk ke dalam. Langkahku diatur melepasi pintu gerbang itu.
Perkarangan luar istana yang luas ini menjadi santapan mataku, cantik. Ini bukan pintu gerbang pertama yang aku ingin keluar tadi tetapi pintu gerbang yang aku lalui sebentar tadi adalah yang lain. Dari jauh aku melihat ada satu lagi pintu gerbang yang sudah sedia terbuka luas untukku. Macam tahu-tahu sahaja aku nak masuk ke dalam istana.
Beberapa minit aku berjalan,akhirnya sampai juga di hadapan pintu gerbang kedua yang lebih kecil ini. Melangkah sahaja masuk ke dalam, terdengar bunyi bising sayup-sayup seperti raungan beberapa uguwan sakti yang sedang menahan sakit dan sorakan orang ramai yang menyokong dan membantah. Aku cuba mencari-cari dari arah manakah bunyi-bunyian itu. Kelihatan banyak uguwan sakti yang berpusu-pusu dan bertembung denganku di tengah jalan seperti sedang tergesa-gesa. Suasana sedikit kelam-kabut di perkarangan utama istana ini.
Seorang suri yang berjalan setentang denganku pantas aku sekat langkahnya dan aku tarik tangannya.
"Huh!" Dia hampir menjerit akibat terkejut melihatku pantas aku tekup mulutnya dan jari telunjukku bawa ke bibir, memberi isyarat agar dia senyap. Reaksinya kelihatan seperti dia mengenali siapa diriku.
"Tuanku permaisuri mahkota...." sebutnya perlahan. Wajahnya sedikit terpegun dan cuak melihat diriku.
Aku mengangguk mengiyakan siapa aku. Sudah mereka gelarkan aku sebegitu, nak mengaku siapa lagi aku ni kan?
"Apa yang telah terjadi? Kenapa ada suara bising-bising di sini? Datangnya dari mana?" soalku bertubi-tubi kepadanya.
"Selepas kejadian tuanku melarikan diri, Ratu Permaisuri mengamuk besar kepada semua uguwan di istana kerana tidak ada seorang pun yang berjaya menghalang tuanku daripada lari dari istana dan yang paling tuanku marah besar adalah kepada 7 suri yang telah diamanahkan untuk menjaga tuanku itu lah termasuk mahsuri Jelita yakni ketua suri di istana ini." terangnya panjang lebar.
Aku terpempan sekali mendengar penerangannya ini. Semua ini berlaku kerana aku? Agak-agaknya hukuman apa yang telah dijalankan oleh Ratu Permaisuri ke atas suri Jelita dan 6 uguwan suri yang lain ya? Aku perlu halang! Aku perlu segera menghalang hukuman itu!
"Mana mereka? Hukuman dijalankan di mana?" Sambil menyoal mataku turut meliar mencari arah datangnya bunyi bising itu.
Suri tersebut menunding jari ke arah satu lorong yang tidak jauh berada di sebelah kiriku.
"Itu dia, tuanku. Lembah tempat hukuman dijalankan." ujarnya. Aku tidak menunggu sesaat lagi,lantas laju kaki berlari ke arah lorong itu.
"Ampunkan patik sekalian,tuanku." Kedengaran suara rayuan mereka.
Hampir luruh jantungku saat melihat suasana yang ditayangkan di hadapan mataku ini dari jauh. Suri Jelita dan 6 lagi suri yang lain yang pada sebelum ini melayaniku di istana,sedang disebat dengan begitu kejam sekali oleh Ratu Permaisuri. Cemeti yang kelihatan begitu berbisa sekali itu hinggap di satu persatu tubuh mereka. Ratu Permaisuri hanya memukul suri Jelita sahaja manakala yang lain dipukul oleh beberapa suriwan yang lain.
Zap!Zap!
Sekali tubuh mereka dilibas, sekali mereka meraung. Dari jauh, sudah kelihatan begitu jelas tubuh mereka yang tersarung pakaian putih itu berbirat dengan garisan-garisan darah sehingga ada yang mengalir dan menitis ke bawah. Hukuman ini disaksikan oleh ramai penduduk istana. Mereka juga kelihatan kasihan sekali melihat suasana ini tetapi aku yakin mereka juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Aku tidak berlengah lagi, laju aku berlari ke arah tayangan utama yang menjadi tumpuan itu dan menjerit lantang untuk mereka semua menghentikan perbuatan tidak berhati perut ini.
"Hentikan! Hentikan!" Aku sudah berdiri dan menghadang Ratu Permaisuri dari melibaskan sekali lagi cemeti di tangannya ke tubuh suri Jelita. Hampir sahaja cemeti yang dihayun itu ingin mengenai tubuhku pula tetapi nasib baik sempat dihentikan segera oleh Ratu Permaisuri secara mengejut. Suasana lembah tempat hukuman itu terus bertukar sunyi sepi apabila melihat kehadiranku di situ. Seakan-akan aku seseorang yang paling berpengaruh di sini.
"Bella Amanda." sebutnya perlahan. Wajahnya begitu terkejut sekali saat dia melihatku.
Aku sudah mempamerkan wajah bengis,menahan amarah. Menunggu masa sahaja ini untuk melampiaskan rasa amarah. Disebalik rasa ini juga, bercampur perasaan sebak yang menggunung.
"Apa yang tuanku cuba lakukan ini?Kenapa tuanku menghukum mereka dengan sedemikian kejam seperti ini?" ujarku geram.
Ratu Permaisuri tersenyum sinis kepadaku.
"Apa yang beta lakukan ini? Ini lah hukuman untuk setiap hamba-hamba di istana ini yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin! Ini lah balasan untuk uguwan yang curi tulang!" Jerit Ratu Permaisuri dengan begitu lantang sekali, jeritannya itu lebih ditujukan rasa amarah kepada tujuh uguwan suri yang sedang berlutut dengan kaki dan tangan mereka dikunci dengan rantai besi itu.
Semua uguwan duduk menyaksikan penyeksaan ini dari atas sana seumpama stadium bola sepak pulak di mana pertunjukkan disaksikan di bawah ini. Sakit hati aku memikirkan persamaan itu.
"Dan kamu adalah punca kepada semua ini." ujarnya perlahan tetapi dalam nada menekan sambil matanya memandang garang ke arahku.
Kecut perut pula aku jadinya. Liur ditelan payah. Suasana lembah hukuman itu masih lagi sepi tanpa suara, hanya kami berdua sahaja yang sedang berbicara.
"Hentikan." ujarku sepatah kepada Ratu Permaisuri.
"Kamu fikir kamu siapa untuk menghentikan perlaksanaan hukuman ini? Ini ialah peraturan yang tiada jaminan di istana ini. Setiap hamba yang melakukan kesalahan, hukuman ke atas mereka sememangnya pasti akan dijalankan." ujar Ratu Permaisuri.
"Dan kamu..." Ratu Permaisuri mendekatkan wajahnya ke sisi wajahku yang terselindung topi jubah ini.
"Bukan siapa-siapa untuk menghalang beta."
Aku terdiam. Tidak tahu untuk membalas apa. Nampaknya aku tidak dapat membantu mereka langsung. Lalu untuk apa aku datang kembali ke istana jika aku hanya tidak berguna bagi menyelamatkan 7 uguwan suri ini? Sayu aku menatap wajah pucat lesi mereka yang benar-benar tidak bermaya dan seluruh tubuh mereka habis bermandian darah. Bibir-bibir mereka juga ada kesan darah yang mungkin tersembur dari mulut.
Ya Allah! Aku tak kuat! Aku tak kuat melihat mereka begini. Air mataku sudah bergenang dan pasti akan mengalir laju sebentar lagi.
Bagaimana aku nak bantu mereka?
Tunggu! Adakah mereka akan disebat sehingga mati?
"Jalankan hukuman semula!" Titah Ratu Permaisuri kepada 6 orang lagi suriwan istana. Dan mereka juga sudah bersedia untuk mengangkat kembali cemeti di tangan.
"Tunggu!" Laju aku menghalang. Hukuman itu tergendala lagi. Uish! Hebat betul suara aku ni! Bukan Ratu Permaisuri yang kata tunggu tetapi aku yang kata tunggu tetapi sekali dengan depa-depa pun tunggu! Ha! Ingat aku bukan sapa-sapa ka? Ha! Habaq mai aku bukan sapa-sapa kat mana? Kan dah keluar loghat Penang belah mak tok aku.
"Adakah mereka akan dihukum sehingga mati?" soalku kepada Ratu Permaisuri. Dia mengangkat sebelah keningnya.
"Itu lah hukuman untuk hamba yang tidak amanah menjaga tahanan beta!" ujarnya dalam nada kasar. Amboi! Aku dikatakan tahanan! Ingat aku ni penagih dadah ka penjenayah ka apa!
"Tunggu! Bukan kah saya sudah kembali ke istana semula?"
Ratu Permaisuri seperti terkesan dengan kata-kataku itu. Matanya kelihatan bercahaya. Dia memandang sedikit gembira ke arahku lalu mukanya diriakkan serius kembali seakan baru tersedar akan keterlanjurannya. Apa kes dia ni? Ada agenda ke apa?
"Tunggu apa lagi! Jalankan hukuman!" Jeritnya memarahi suriwan-suriwan itu. Tugas melibas suri Jelita sudah diberikan kepada uguwan lain. Ratu Permaisuri hanya berdiri bersebelahan denganku sahaja kini.
Laju sahaja cemeti melibas kembali suri-suri itu.
Zap! Zap! Zap!
"Tunggu! Hentikan! Hentikan!" Aku menjerit histeria. Terseksa jiwaku saat melihat jeritan dan raungan suri-suri itu yang makin lama makin perlahan. Seumpama mereka sudah tiada kekuatan untuk bertahan lagi.
Tidak! Jangan mati! Jangan!
"Saya akan lakukan apa sahaja!" ujarku lantang.
"Berhenti!" Titah Ratu Permaisuri saat aku mengujarkan kata-kata itu.
"Apa sahaja?" soalnya kepadaku.
Aku pantas mengangguk. Dia tersenyum senget. Nampaknya umpannya telah mengena lagi. Itu yang aku rasa. Dia wanita yang penuh agenda. Aku tahu itu.
"Kahwini anakanda beta."
Dan benar! Itu lah yang paling aku takuti sekali namun itu lah yang diinginkan olehnya.
Aku memejamkan mata sejenak mengumpul kekuatan.
"Tidak mahu?" soalnya apabila aku masih tidak memberi jawapan.
"Jika tidak mahu, tidak apa, mereka ini bisa mati..."
"Baik! Saya setuju." Laju aku memintas kata-kata Ratu Permaisuri.
"Ha...bagus. Ini yang beta mahukan"
Ya! Aku tahu!
Dia menepuk tangan tanda gembira mendengar penyetujuanku itu.
"Tapi..." dia berjeda.
Tapi? Tapi apa lagi?
"Dalam peraturan di istana ini, hukuman ini tiada istilah penjamin melainkan hanya pengganti sahaja."
"Pengganti? Maksudnya hukuman ini tidak boleh dihentikan begitu sahaja tanpa pengganti?"
"Ya, kerana setiap hukuman di istana terikat dengan perjanjian bersama alam. Setelah hamba-hamba ini mati, mereka sepatutnya menjadi 'santapan' alam. Jika tiada pengganti maka negeri Langkasakti ini akan ditimpa malapetaka." ujar Ratu Permaisuri.
"Adakah penggantinya juga perlu mati?" aku menyoal.
"Tidak, cukup hanya lagi 50 sebatan maka selesai lah hukuman mereka." ujar Ratu Permaisuri.
Mak aii! Banyaknya. Macam mana ni? Kalau mereka dibiarkan dilibas lagi, alih-alih mereka akan temui ajal juga. Aku tak sanggup tengok mereka kesakitan lagi.
"Ambil saya! Ja-dikan saya pengganti." ujarku memberanikan diri. Aku tiada pilihan.
Ratu Permaisuri kelihatan sedikit terpempan mendengar tawaranku ini. Biarlah,asalkan nyawa 7 orang suri ini akan terselamat.
"Baik, jika itu kemahuanmu." ujar Ratu Permaisuri. Entah kenapa, aku seperti merasa dia seakan-akan suka apabila aku menawarkan diri sebagai pengganti.
"Bebaskan mereka dan jadikan baginda sebagai pengganti! 50 kali sebatan dijalankan tanpa henti!" titah Ratu Permaisuri dengan lantang kepada kesemua suriwan itu.
Suasana lembah hukuman yang sunyi sepi sejak tadi, tidak semena-mena kedengaran bising. Kedengaran suara-suara yang banyak bertanya tentang siapa diriku? Ada yang bersorak riang.
"Silakan." ujar Ratu Permaisuri mempersilakan aku bergerak ke bahagian yang lebih tengah di dalam lembah hukuman itu.
Perlahan-lahan aku melangkah mengikut arah dan posisi yang ditunjukkan. Aku berdiri tegak di sini. Wajahku dongak takut-takut cuba melihat suasana sekeliling di atas sana.
Masya-Allah....
Ramainya orang. Aku lagi lah bertambah gerun bercampur perasaan malu. Tumpuan mereka sekarang sepenuhnya lebih tertumpu kepada diriku.
Seuguwan Suriwan yang menjadi salah seorang pelaksana hukuman ke atas suri-suri tadi menghampiri aku. Tubuhnya begitu tegap sekali. Kecut perut aku jadinya.
" Duduk." arahnya kepadaku.
Perlahan-lahan aku duduk dengan melipat kedua-dua belah kakiku ke belakang. Ya Allah! Bagaimana agaknya rasa kesakitan dilibas ini? Mampukah aku bertahan sehingga 50 sebatan?
"Rabbi yassir Wala Tuassir, rabbi tammim bil khair." Mulutku sudah mula melafazkan kalimah-kalimah suci zikir ini untuk memohon kekuatan daripada Allah s.w.t.
Dan sesungguhnya nabi pernah bersabda:
"La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma'ana"
"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita."
Ilmu yang disampaikan oleh mak tok itu terngiang-ngiang di ingatanku semula sambil aku mula melafazkan di bibir.
Ya!
"La takhaf, wa la tahzan. Innallaha ma'ana." Perlahan-lahan aku mengungkapkan kalimah itu. Terasa makin beroleh kekuatan saat ini. Allahu Jabbar...terima kasih ya Allah.
"Siapa dia?"
"Ya! Siapa dia?"
"Siapa gerangan yang mulia itu?"
Kedengaran suara-suara itu lantang bertanya. Dalam keadaan tempat ini yang berlembah menyebabkan ia terus bergema dan didengari oleh semua.
Aku sudah mendongak sedikit melihat suasana di atas yang semakin bertukar panas dengan pertanyaan-pertanyaan daripada para penonton itu.
Lantas aku lihat Ratu Permaisuri berjalan megah ke arahku. Tidak semena-mena dia menarik kasar ke belakang topi jubah yang melindungi elok mahkotaku sebentar tadi,sebaik sahaja dia sudah berdiri di hadapanku.
Semua orang kelihatan terkejut.
"Dia seorang wanita juga!"
"Ya! Dia wanita juga. Ini tidak boleh dibiarkan juga. Kasihan dia." Suara-suara tidak puas hati mula kendengaran.
"Jika kalian mahu tahu, dia ialah seorang manusia dan dia lah punca kenapa beta menghukum 7 uguwan suri istana ini tadi!" laung Ratu Permaisuri.
"Manusia?"
"Manusia!"
"Bunuh sahaja dia jika begitu!"
"Ya! Dia punca segalanya!"
"Bunuh dia!"
"Berhenti! Beta sudah berjanji dengannya, hanya 50 sebatan sahaja yang akan dikenakan ke atasnya sebagai pengganti pesalah-pesalah sebenar dan..."
"Sebagai membayar kesalahannya." ujar Ratu Permaisuri.
Kenapa dia mesti menghangatkan keadaan? Kenapa dia mesti membuatkan semua uguwan di sini benci kepadaku? Ya, aku akui, aku yang bersalah tetapi tidak boleh ke baginda sedikit bertimbang rasa kepadaku sementelah aku sudah bersetuju untuk berkahwin dengan anaknya? Jelas terpancar riak sinis di wajahnya kini.
Ya Allah, aku sudah agak ada agenda di sebalik senyuman itu dan ternyata ya!
"Dan beta sendiri yang akan menjalankan hukuman ini." ujar Ratu Permaisuri.
Terpana aku seketika apabila mendengar pengakuan itu. Apa masalah dia sebenarnya ni? Aku sudah setuju nak kahwin dengan anak dia tetapi ini yang dia balas kepada aku?
Cemeti sudah beralih tangan.
Ratu Permaisuri tersenyum seulas kepadaku. Penuh agenda.
Aku sudah menggenggam tanganku untuk mengumpul kekuatan. Cemeti sudah diangkat. Mata segera dipejamkan. Minda dan hati mula terngiang-nginag memeikir dan menyebut namaNya yang Maha Pemberi Kekuatan, Ya Jabbar.
Allah...
Allah...
Allah...
"Bonda!"
"Jika ini takdirnya, maka aku pasrahkan sahaja."💘
|Bella Amanda|
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top