🔮 Bab 11
-Raja Andhika Sadewa-
"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍
Aku termenung sendirian. Nafasku sedut dan hembus berulang-ulang kali. Aku fokus dan semakin fokus merenung objek tersebut.
Arghh!! Aku kebosanan. Sedari tadi hanya berdiri dan merenung air terjun di bawah sana sahaja. Aku nak sangat keluar dari kamar ini dan bersiar-siar di luar. Jangan kata bersiar-siar di luar istana, istana yang besar ya ampun ni pun aku tak pernah habis terokai lagi. Bukan apa, misteri bercampur gerun satu hal kemudian seumpama dikongkong satu hal. Pergi ke mana mesti ada yang mengiringi.
Huarghh! Tak bebas.
Suri Mawar ada memaklumkan kepada aku bahawa Raja Andhika telah pergi berburu di hutan bersama-sama marcaperkasa-marcaperkasa baginda dan juga seuguwan sahabat baiknya. Mereka bertolak sejak sebelum matahari terbenam yang lalu lagi. Maksudnya petang semalam lah tu. Patutlah tak masuk bilik semalam. Syukur alhamdulillah. Dia punya sahabat tu nama apa tah, aku pun tak ingat tapi itu bukan suatu persoalan dan masalah untuk aku sekarang ni. Persoalannya sekarang ni, kenapa dia tak bawa aku sekali? Aku bosan ni! Ayyo! Karang ada yang mati kebosanan dalam bilik ni sekarang. Sudah seharian aku di dalam bilik saja.
Aku mengerutkan dahi. Apa kau merepek ni Ada? Mana pernah ada seorang raja bawa permaisuri dia pergi berburu. Itu seorang, ini seuguwan la! Raja Andhika itu bukan orang! Alomak! Luperr la pulak. Muehehe. Dan satu hal, kau kena sedar diri la Ada. Buat apa dia nak bawa kau, bukan siapa-siapa kau ni. Jangan melebih ya! Sedar kedudukan kau. Ya-ya!
Namun perjanjian antara aku dan baginda beberapa malam yang lalu kembali bermain di ingatan. Syarat yang baginda kenakan ke atasku pula agar baginda mahu menerima syaratku ialah baginda boleh tetap menyentuhku dalam sentuhan-sentuhan yang ringan dan aku tidak boleh menghalang baginda jika tidak syarat itu akan terbatal. Maksudnya, aku masih kena tidur di atas satu ranjang yang sama, disentuh, dibelai oleh baginda dengan sesuka hatinya cuma 'hal' itu sahaja yang tidak dilakukan. Aku terpaksa menerimanya, aku tiada pilihan lagi. Susah untuk memahamkan makhluk asing ini.
Tapi satu hal yang paling aku takut selain dosaku terhadap Allah adalah ujian-Nya. Ujian-Nya di sini. Telapak tangan aku tekapkan di dada kiri. Ujian hati. Bagaimana jika Allah menguji aku dengan rasa cinta kepada baginda? Bagaimana kalau aku jatuh cinta terhadap baginda sebab entah kenapa bila kami berdua ini dekat, aku rasa macam kami berdua ni halal, kami dua ni tak ada batas pun sebenarnya. Ah tidak! Semua itu merepek! Semua itu adalah tipu daya iblis laknatullah saja tu.
Sepanjang hidup aku, aku tak pernah segelisah ini dan aku tak pernah sejarang ini untuk tidak mengukir senyum. Kena beleter dengan mak tok atau mama sekalipun aku mampu tersengih dan berwajah selamba lagi tapi kali ni memang aku tak mampu bertenang, silap-silap memang aku tua cepat la jawabnya, asyik berkerut dahi dan gelisah saja.
Kalau ini bukan melibatkan syurga dan neraka aku, dosa yang besar. Aku tak akan tertekan seperti ini. Patut ke aku berpura-pura macam tak ada hal besar sangat kalau dah Allah sendiri letakkan aku di posisi ujian yang aku sendiri sudah tak boleh brain ni? Aku harap kalau Allah memang tak redha dengan keberadaan aku di sini, maka segeralah Allah tunjukkan aku jalan untuk terus keluar daripada dibelenggu permasalahan ini, kalau Allah tak tunjuk jalan, takdir aku masih saja tetap di situ. Maka aku yakin, Allah lebih Maha Mengetahui mengenai apa yang langsung tidakpun aku ketahui. Tapi aku....
Aku menggeleng kepala laju. Dah-dah! Lupakan sejenak sebelum tidak fasal-fasal banjir tanpa tsunami di dalam bilik ini. Sekarang apa yang aku kena buat ialah aku kena cari jalan untuk aku hilangkan rasa bosan aku. Tapi bagaimana? Curi-curi keluar istana lagi? Ish! Nanti tak fasal-fasal suri Mawar, suri Syahidah, suri Cendawan dan suri-suri lain yang jaga aku juga kena sebat. Takmo lah! Nauzubillahiminzalik!
Tapi kali ni bukan kau nak lari pun kan? Kau cuma nak pergi bersiar-siar kan?
Apa kata aku tulis nota?
Aku memegang bawah dagu. Idea yang menarik. Lantas kaki pantas melangkah ke arah meja solekan. Di sisi meja itu ada beberapa buah buku dan aku mula tercari-cari buku kosong yang boleh aku koyak. Sebuah buku berwarna kuning emas aku selak dan pantas kukoyak sehelai kertas kosong yang terdapat dalam halaman buku tersebut.
Bulu ayam yang sedia berdakwat itu aku gapai laju. Tak boleh guna bulu ayam sakti nanti tidak keluar dakwat. Entah kenapa, semua objek dan kuasa sakti di sini tidak berkesan ke atas aku. Sedih weyh! Apa la nasib. Masuk ke dunia sakti pun aku tetap manusia biasa yang tiada keupayaan apa-apa. Aip! No-no! Aku masih ada sesuatu yang jauh lebih berharga yang mereka tak ada. Islam dan iman. Aku kenal siapa tuhan alam ini yang sebenar-benarnya dan mereka? Masih dalam kesesatan. Aku menghembus nafas berat. Semoga kelak Allah kurniakan hidayah buat mereka semua.
Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu, "Jadilah engkau!" maka ia terus menjadi. (Yaasin:82)
Aku pantas membentuk aksara-aksara dengan bulu ayam berdakwat di tangan yang mula mencium permukaan kertas.
↪↪↩↩
Topi jubah di atas kepala aku perbetulkan agar wajahku tidak dapat dilihat oleh warga istana. Laju aku menonong melangkah keluar dari lorong istana yang aku lalui. Kali ini nasibku memang baik sekali kerana kawasan dapur tidak sibuk jadi tidak ada suri yang sedang bekerja di ruangan ini.
Aku mula berlari menuju ke hutan namun langkahku terhenti secara tiba-tiba saat pandanganku terpaku pada satu kandang kuda yang berada di sudut hujung kawasan rumput yang menghijau di belakang istana. Terasa teringin sekali nak berlari-lari di kawasan lapang yang luas menghijau ini seperti orang gila melepaskan stress tetapi tak! Bukan ini masanya. Aku nak pergi jumpa pakcik hutan dulu ya. Ketenangan daripada aura alam di dalam hutan jauh lebih luar biasa dengan izin Allah.
Laju aku berlari ke arah kandang kuda yang terdapat lebih kurang berbelas-belas ekor kuda yang kukira handsome-handsome belaka. Sampai sahaja aku di hadapan kandang itu. Aku berhenti melangkah. Walawehh! Ada banyak la pula suriwan yang datang. Macam mana ni? Helah-helah!
"Tuanku permaisuri?" Tersentak aku saat salah seuguwan daripada mereka terperasan akan susuk dan wajahku. Aku hanya tersengih. Mereka segera menunduk hormat.
"Eh! Bangun-bangun! Jangan tunduk hormat. Tolonglah!" Mereka kelihatan teragak-agak barangkali hairan dengan reaksiku.
"Mengapa tuanku sendirian di sini? Mana suri-suri iringan tuanku?"
"Aa..." aku termati kata.
"Apa tuanku mahu melarikan diri lagi?" Mereka semua kelihatan cuak.
Oh Allah! Mereka salah sangka la pulak.
"Bukan-bukan! Sebenarnya beta mahu pergi bersiar-siar di dalam hutan sana. Bolehkah?" Aku mempamerkan wajah kasihan.
"Boleh tuanku. Tetapi tuanku perlu diawasi oleh patik-patik sekalian."
Ayyo! Nak buat macam mana. Setuju sajalah asalkan aku boleh pergi bersiar-siar.
Aku hanya mengangguk.
↪↪↩↩
Nasib baik aku pandai menunggang kuda sendiri tapi ini bukan sejenis kuda la aku rasa sebab rupa dia lain sedikit. Lebih gagah dan handsome. Hihi. Eh betul lah! Warna dia cantik. Bersinar. Nak kata macam unicorn macam jauh sekali, unicorn ada tanduk. Pandai-pandai la korang imagine, aku tak pandai nak hurai.
Sedari tadi sepasang mataku tidak henti-henti menerokai hidupan yang menghuni di dalam hutan belantera ini. Bukan belantera tetapi Lantera, itu lah namanya yang sebenarnya. Suri Mawar yang memberitahuku.
Aku sebenarnya teringin nak pergi ke air terjun tapi bila difikirkan diri diiringi oleh suriwan-suriwan ini maka niat yang ada dibatalkan sahaja. Segan, bukan apa. Mereka ini lelaki dan aku pula perempuan,walaupun yakin mereka ini baik namun aku tetap tidak rasa selesa. Jika tadi aku tidak pandai menunggang binatang yang sedang kutunggang ini, pasti aku hanya berjalan-jalan sahaja di dalam hutan. Tunggang sekali dengan salah seorang daripada mereka? Idoklah nak...
Tali kekang yang mengawal pergerakan haiwan ini ditarik ke belakang agar ia berhenti. Suriwan-suriwan di belakangku juga turut menghentikan binatang tunggangan mereka. Kepala ditoleh ke belakang memandang mereka. Mereka seperti biasa, tidak berani memandang tepat ke arah wajahku.
"Kita berhenti di sini sekejap ya? Saya nak bersiar-siar sejenak di sini." Aku mula ingin turun dari kuda namun ada antara mereka yang segera ingin membantuku. Seorang wanita. Baru aku sedar ada seorang wanita yang menemaniku juga. Entah bagaimana boleh ada seorang suri? Apa patutku gelar dia ini ya? Sebab pakaiannya seperti suriwan istana dengan pedang yang tersisip di pinggang dan pakaian besinya. Nasib baik dia tidak memakai topeng besi jika tidak aku memang tak tahu yang dia perempuan. Muka memang cantik tak terkata.
Tangan yang dihulur kepadaku disambut segera lalu dengan berhati-hati tubuh menuruni binatang ini. Tinggi tu ya Allah, macam biasa lah lebih kurang ketiggian kuda di dunia aku lah. Sudahlah aku ni ketot je. 157 cm lah katakan.
"Terima kasih." ujarku kepada wanita itu dengan iringan senyuman setelah kedua-dua belah telapak kakiku yang berlapik kasut ini selamat mendarat di atas tanah.
"Menjujung kasih tuanku. Ini sememangnya tugas patik."
Mataku sudah mengarah ke arah kawasan hutan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan warna-warni dihadapan. Cantik Ya Allah. Seumpama secret garden. Tetapi ini lebih tepat dipanggil fantasy garden. Tak sama dalam televisyen, tak sama dalam filem. Memang tak sama.
Aku berlari ke arah bunga-bungaan yang bersinar mekar. Belum sempat tanganku ingin menyentuh bunga-bungaan itu, tanganku direntap seseorang.
"Jangan tuanku!" Aku menoleh laju memandang gerangan yang menegah tersebut.
"Tidak boleh. Bunga-bungaan ini beracun." sambungnya lagi.
Suri yang membantuku tadi menggeleng-geleng kepala berulang kali.
Beracun? Aku pandang bunga lavender yang mekar di hadapanku ini. Takkan la kot....nak sangat sentuh dan hidu. Huwaa.....mukaku sudah meredup. Sedih.
"Bunga-bunga yang lain?" Aku bertanya dengan harapan dia akan mengatakan yang sebaliknya berbanding yang sebentar tadi.
Dia menggeleng.
"Sebegitu juga,tuanku."
"Kalau hidu sahaja?" Dia menggeleng.
"Tidak boleh juga,tuanku."
Why! Panorama sudah cantik namun tak boleh sentuh. Macam mana aku boleh datang ke sini? Dan kenapa diorang tak menegah aku tadi?
"Sebenarnya, patik dan suriwan-suriwan yang lain sudah menegah tuanku sejenak tadi namun tuanku yang tidak mendengarnya."
Ha? Aku terkebil-kebil. Ada ke?
"Sebenarnya kawasan ini merbahaya,tuanku. Jika tuanku hanya sekadar mahu melihat-lihat itu tidak mengapa tetapi tuanku tidak boleh menyentuh dan menghidu bunga-bungaan ini."
"Oh, saya boleh tengok sahaja lah ni?" Dia mengangguk.
Huh! Tengok pun tengok lah. Aku mula berjalan memasuki lorong yang dikelilingi bunga-bungaan yang tersusun lurus dan memanjang seperti pagar itu dengan lebih dalam lagi.
"Tuanku."
"Ya?" Aku menoleh ke arahnya.
Wajahnya kelihatan agak serba-salah.
"Rasanya kita perlu segera beredar dari sini. Ini bukan kawasan yang selamat tuanku. Patik gundah andai tuanku tersentuh atau terhidu bunga-bungaan ini."
Nak saja aku bantah tetapi kalau jadi apa-apa dekat aku nanti, yang susahnya suriwan-suriwan ini. Aku memandang beberapa uguwan suriwan yang turut mengawasi diriku di belakang sana. Jika di dunia, aku sering menyusahkan semua insan di sekelilingku, maka disini pun usahlah aku menyusahkan lagi uguwan-uguwan di sini. Lagipula, di duniaku itu berbeza berbanding di sini. Di sini, jika apa-apa yang terjadi kepada aku, padahnya mereka yang kena dan bayarannya ialah nyawa mereka. Aku? Akan rasa bersalah seumur hidup.
↪↪↩↩
Pandangan ditala ke arah binatang yang kutunggang sebentar tadi. Ia sedang dibawa oleh salah seuguwan suriwan yang mengiringiku tadi ke kandangnya semula.
"Tuanku, mari patik hantar tuanku berangkat masuk ke istana."
Aku hanya tersenyum dan mengangguk membalas pelawaan suri yang mengiringiku tadi.
"Oh ya, namamu siapa? Saya tak pernah lihat kamu pun." ujarku kepadanya sambil kaki masih meneruskan langkah.
"Nama patik ialah Rafflesia."
Nah! Jumpa juga ya kau wahai cik Rafflesia. Aku dok kata apa dah. Kan ada juga spesies bunga gergasi ni. Aku mengulum senyum. Ketawaku tahan. Jangan terhambur Ada.
"Kenapa kamu berpakaian seperti ini?Kamukan seorang wanita?"
"Patik juga suriwan. Suriwan juga ada wanita, tuanku, dan tugas kami adalah untuk mengiringi kerabat diraja wanita sewaktu keluar dari istana dan pergi ke mana-mana sahaja jika luar daripada kawasan istana."
Aku mengangguk tanda faham. Namun ada beberapa persoalan yang bermain-main di fikiranku.
"Kenapa tidak hanya suriwan lelaki sahaja yang mengiringi kerabat diraja wanita di sini?"
"Itu suatu kesalahan tuanku. Sebenarnya mana-mana laki-laki samada rakyat biasa atau kerabat diraja tidak boleh memandang permaisuri raja dengan sesuka hati tanpa sebab yang utama. Kepercayaan ini mengatakan, permaisuri diraja itu wanita yang mulia dan suci jadi tidak boleh dipandang sesuka hati oleh kaum laki-laki melainkan kerabat diraja dan raja dewa sendiri." Terjawab sudah peraturan yangku baca dalam buku peraturan kerabat diraja istana pada sebulan yang lalu.
Suci? Mulia? Aku memandang diri sendiri. Aku ni suci dan mulia? Banyak la, banyak dosa ada la. Ngarut punya kepercayaan. Aduhai kaum sekalian uguwan sakti. Andai sahaja kalian tahu bahawa kepercayaan kalian ini hanya satu karut. Andai sahaja kalian tahu Islam lah agama yang benar, andai sahaja kalian tahu Allah lah tuhan yang Maha Esa, andai sahaja kalian tahu bahawa Allah lah yang menciptakan kalian, pasti kalian tidak akan sesat kecuali jika kalian memilih ingkar.
Aku tersenyum kelat.
Sampai sahaja di hadapan kamar. Suriwan Rafflesia meminta izin untuk mengundurkan diri. Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Tombol pintu kamar kupegang untuk ditarik namun tanganku terhenti. Tenagaku seakan-akan hilang. Jantungku sudah berdegup kencang. Jiwaku sudah tidak tentu arah. Rantai tangan aku!
Rantai tangan yang menjadi lambang perkahwinan antara aku dan Raja Andhika. Mana? Mana pergi?
Ya Allah, aku letak kat mana ni?
Aku cuma takut kalau aku kena pancung nanti sebab dah hilangkan rantai tangan tu. Bertenang Ada, bertenang. Nafasku sedut dan kuhembus perlahan-lahan. Sekarang cuba kau ingat balik mana kau letak.
Mata dipejam sejenak, cuba mengingati semula keberadaan rantai tangan itu. Sewaktu hendak keluar bersiar-siar tadi, aku memang pakai rantai tu dan ia masih berada di pergelangan tangan dan ketika masuk ke dalam hutan, aku menunggang binatang ala kuda itu dan masihku perasan yang rantai tersebut masih ada di pergelangan tangan sewaktu tali kekang binatang tersebut ditarik.
Dan....
Ha! Mesti rantai tangan tu tercicir sewaktu suriwan Rafflesia merentap tangan aku.
Ya Allah! Maksudnya rantai tu ada dekat kawasan taman fantasi yang berbahaya tu ke? Macam mana ni? Takkan aku nak biarkan begitu sahaja? Ish! Memang tak la. Nanti tak fasal-fasal pula aku kena marah dengan Raja Andhika sebab bagi hilang rantai tangan perkahwinan kami. Aku cuma takut kena marah dan kena pancung ja nanti.
Habistu nak pergi dengan siapa ni? Ajak suriwan Rafflesia lah.
Segera aku beredar dari hadapan pintu kamar dan berlari mencari suriwan Rafflesia. Moga-moga aku mudah jumpa dia. Laju aku berlari anak-anak membelok ke lorong yang menghubungkan lorong ini ke lobi istana. Gaun labuh yang tersarung ditubuh ini membataskan pergerakanku.
Alhamdulillah...
Lega hatiku saat terpandang suriwan Rafflesia yang sedang bercakap dengan beberapa uguwan suriwan. Dan mereka juga ialah suriwan wanita. Laju aku berlari mengejar langkah suriwan Rafflesia apabila dia telah beredar dari kelompok itu.
"Suriwan Rafflesia!" Dia berhenti melangkah saat mendengar namanya dilaung olehku. Pandangan pekerja istana yang lain aku tidak endahkan. Aku sedang cemas pada ketika ini.
"Ya tuan-" laju aku menarik tangannya ke arah belakang istana untuk ke kandang kuda tadi. Ah! lantaklah apa pun nama binatang tu.
"Kita mahu ke mana tuanku?" soalnya sambil mengikuti langkahku yang sedang menariknya. Aku tidak menjawab sampai lah kami berdua berhenti di hadapan kandang kuda tersebut.
"Kamu kena bawa saya ke kawasan bunga beracun itu semula."
Wajahnya kelihatan terkejut mendengar permintaanku.
"Tapi tuanku, kawasan itu berbahaya. Untuk apa tuanku mahu ke sana lagi?"
"Tiada masa, Rafflesia. Nanti saya terangkan kepada kamu. Kamu bawa kuda ni, saya tunggang di belakang ya."
"Kuda?" Dia kelihatan kehairanan mendengar panggilanku terhadap binatang tersebut.
"Apa-apa sahaja lah namanya. Suriwan Rafflesia, cepat lah cepat."
"Ya-ya, tuanku." Dengan tergesa-gesa dia membuka kandang kuda dan menarik kuda yang telah diikat dan dikurung dengan rapi tersebut.
"Tuanku perlu menunggang sendiri, patik-"
"Tak ada, awak bawa. Awak kena pecut. Saya tak boleh pecut dengan binatang ini." Banyak songeh la dia ni pun! Gelang aku dalam bahaya tu woi! Nanti bunga-bunga raksasa tu telan pulak gelang aku tu sekarang.
"Baik, tuanku."
↪↪↩↩
Menonong aku turun dari kuda, tak menyempat-nyempat. Nasib baik tak terseliuh kaki. Huarghh! Gelang den! Bunga lavendar itu menjadi sasaranku. Mata dan kaki mula meliar bergerak dan meneliti setiap bahagian tanah yang berumput dan bunga-bungaan pagar tersebut, takut terselit di situ ke.
"Tuanku jangan sentuh. Jangan dekat tuanku." Suriwan Rafflesia berlari dan menegah diriku saat aku ingin menyentuh tumbuhan berpagar itu. Aku kira apa! Aku nak gelang aku je sekarang ni. Laju aku menguak bunga-bungaan lavender itu.
Ha! Itu dia. Rantai tangan aku yang bersinar terang, elok sahaja terselit di tengah-tengah bungaan itu. Baru sahaja aku nak menariknya keluar, tidak semena-mena jariku berdarah dan perlahan-lahan ia menitis di atas bunga-bungaan itu.
"Tuanku! Lari!" Aku tersentak. Badanku seakan kaku. Ada asap hitam yang pekat berkepuk-kepuk keluar dari celahan bunga-bungaan lalu membentuk satu lembaga yang besar dan begitu menyeramkan. Aku nak sangat gapai rantai tanganku itu namun ia seakan menjauh daripadaku.
Jangan!
"Tuanku! Lari!" Aku tersedar. Pantas aku berlari laju ke dalam lorong tumbuhan berbunga ini.
Kulihat suriwan Rafflesia seperti bertarung dengan lembaga asap itu. Seram, itu yangku rasakan.
"La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minazzalimin."
"Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiayai diri sendiri."
Kulihat suriwan Rafflesia telah tumbang dan lembaga itu mengejarku. Tiada kaki, ia lembaga yang terapung. Ia suatu asap yang berbentuk lembaga. Hitam pekat. Matanya,mulutnya berwarna kelabu.
Laju aku memecut. Aku mengangkat tinggi gaunku. Sudahlah berlapis-lapis pulak tu. Payah gila nak lari ni.
Hasbunallahu Wani'mal Wakil Wani'mal Maulahu Wani'mannasir
(Cukuplah ALLAH sebagai penolongku, dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung).
Dan sesungguhnya, kaulah satu-satunya tempatku bergantung. Stret!!! Aku membrek mengejut daripada larian. Hampir sahaja tubuh menjunam ke bawah. Tebing! Tinggi. Aku hanya memandang sepintas lalu. Lembaga asap itu sudah 5 meter dari jarakku.
Patutkah aku lompat sahaja? Sesungguhnya aku ada Allah. Tanpa berfikir panjang, aku terus melompat ke bawah dari tebing ini.
"Argh!!"
Buk! Tubuhku seperti disambut seseorang. Lajuku mendongak memandang gerangan yang menyambut tubuh ini.
Tanpa berfikir panjang, lantas aku menolak kuat tubuh lelaki yang telah menyambutku ini, nasib baik kedua-dua belah kakiku sempat jejakkan ke atas tanah namun perbuatanku yang begitu drastik sekali menyebabkan tubuhku terdorong ke belakang dan hampir terjatuh namun ada satu lagi tangan yang sempat menyambut.
Terdiam aku saat berada dipangkuan lelaki ini. Terkebil-kebil mataku memandang matanya. Terkandung amarah dan gundah. Itu yang membuatkanku begitu pasti.
"Tuanku..." aku menyebutnya perlahan.
↪↪↩↩
Aku didudukkan di atas sebiji batu sederhana besar. Raja Andhika beriak tenang namun aku tahu sepasang mata tidak boleh menipu. Kulihat lelaki yang mula-mula menyambutku dari tebing tadi menyuakan kantung air kepadanya.
Kacak tetapi dia sentuh aku tadi! Tak suka. Dia selamatkan hang pandai! Akalku memarahi hati.
"Minum." Raja Andhika menyuakan kepadaku.
Aku menyambut kantung air tersebut lalu perlahan-lahan dibawa ke mulut dan kuteguk air di dalam, rakus. Menghilangkan rasa debaran. Malu, lega, sedih, risau. Macam-macam perasaan yang bercampur-baur dalam hati pada ketika ini. Aku kerling sepintas lalu marcaperkasa-marcaperkasa yang mengikuti baginda untuk pergi berburu. Nasib baik mereka lalu di kawasan ini tepat pada masanya. Mereka juga menunggang binatang yang kutunggang tadi. Nampak lebih gagah, pasti itu binatang yang dibawa untuk ke medan perang, mungkin. Dan kulihat ada beberapa ekor rusa? Besarnya mak aiii. Nak buat pesta makanan ke apa ni?
Kantung air yang sudahku teguk, disuakan semula kepadanya. Baginda hanya memandangku sedari tadi. Ini benar-benar membuatkanku tidak berasa selesa. Reaksi wajah baginda kelihatan tenang sahaja tetapi pandangannya seakan-akan terkandung amarah. Hatiku benar-benar tidak tenteram pada ketika ini. Macam mana kalau dia pancung aku nanti disebabkan aku dah hilangkan rantai tangan perkahwinan yang baginda bagi tu? Ah! Mandat tu mandat! Pandangan dibawa ke bawah. Tidak mahu lagi memandang pandangan yang tidak kutahu isi hati fikirannya itu.
"Tuanku. Patik sekalian telah menangkap sang penunggu tersebut."
Aku memandang uguwan yang bersuara itu kemudian beralih pandangan kepada baginda namun laju menunduk kembali. Pandangan baginda masih belum beralih daripadaku. Lama, barulah dia memandang ke arah marcaperkasanya yang sedari tadi berdiri untuk menunggu balasan daripada baginda. Raja Andhika bangkit lalu meninggalkanku sendirian. Bibir dijuihkan sedikit. Ish! Seramlah baginda ni. Pandangan dialih dan tidak semena-mena mataku bertembung dengan mata lelaki yang telah menyelamatkanku tadi. Dia memandang lama ke arahku. Oih! Pandang isteri raja! Nak kena tulah? Mata menjeling kepadanya. Tidak suka. Eh tapi? Pandai la hang. Dia lah yang selamatkan nyawa hang tadi. Pandang balik! Pandang balik!
Aku memandang semula ke arahnya, dan dia masih merenungku. Aku tersenyum kepadanya. Anggap saja lah ini tanda sebagai ucapan terima kasih. Dia juga membalas senyumanku. Kacaknya...jauh lebih kacak daripada Pangeran Mateen tapi tak boleh lawan Raja aku la. Raja Andhika. Eh? Aku baru sahaja memuji baginda. Aku menelan liur. Adakah ini cin...taik! Allah!Allah! Nauzubillahiminzalik! Aku tidak boleh ada perasaan begitu terhadap baginda! Tidak boleh. Haram hukumnya. Eh betul ke haram? Bukan perasaan itu fitrah ke? Ah! Lantaklah tapi aku tetap mengharamkannya ke atas diriku pada ketika ini.
↪↪↩↩
"Terima kasih Fateh. Andai kau tidak sempat menyambut permaisuriku tadi, entah apa yang bakal terjadi kepadanya."
Aku memandang lelaki yang berdiri dihadapan Raja Andhika ini. Aku di sisi Raja Andhika hanya terdiam sepi, fikiranku sedang memikirkan keadaan suriwan Rafflesia pada saat ini. Saat aku bertanya kepada Raja Andhika, dia tidak pun menjawab pertanyaanku. Ini yang membuatkan aku semakin risau.
"Bella, perkenalkan ini ialah sahabat beta sejak kecil lagi. Putera Fateh."
Oh jadi lelaki yang telah menyelamatkan aku inilah sahabat Raja Andhika yang pernah diperkatakan oleh suri Mawar itu. Aku mengangguk kepada Putera Fateh tersebut tanda salam kenal.
"Terima kasih kerana telah menyelamatkan saya."
"Saya?" Dia menyoal.
Kenapa? Salah ke? Aku mengerutkan dahi. Kupandang raja Andhika di sebelah. Dia sedikit tersenyum.
"Baginda masih belum biasa dengan bahasa istana." sabda Raja Andhika.
Putera Fateh mengangguk dan tersenyum lalu memandangku. Aku hanya menunduk.
"Sewaktu perkahwinan kita. Dia tidak bisa hadir kerana ada urusan di pusat kota." sabda Raja Andhika.
Patutlah tak pernah nampak. Kalau hadirpun, belum tentu aku akan nampak.
↪↪↩↩
Aku berlari ke arah suriwan Rafflesia yang sedang diusung oleh beberapa suriwan yang lain di atas sebuah tandu ke rumah rawatan. Namun lenganku laju ditarik oleh seseorang untuk menyekat langkahku. Aku menoleh. Raja Andhika.
"Lepaskan lah saya. Saya nak pergi tengok suriwan Rafflesia." ujarku serak.
"Biarkan dia dirawat oleh pawang istana. Dia tidak apa-apa. Hanya terkena bisa sang penunggu. Kamu juga perlu dirawat. Bella." Tanganku pantas ditarik.
"Tidak mahu! Saya tidak apa-apa lah."
Aku cuba merungkaikan pegangannya dilenganku dan aku tidak sedar yang aku sedang ingkar kepadanya. Aku benar-benar tidak suka disentuh-sentuh begini. Syarat tersebut memang membebankanku.
"Bella!" Lantas tubuhku terus dicempung oleh baginda.
"Tuanku!" aku mula menggelupur. Ya Allah! Bencinya aku diperlakukan begini.
Semua pekerja istana memandang ke arah kami berdua dengan pandangan kehairanan. Dengan suaraku yang riuh meronta-ronta, minta dilepaskan. Aku sedang sedih sangat-sangat pada saat ini. Entahlah, rasa merajuk la, rasa marah la, takut la, trauma la, semua ada. Tapi merajuk? Kenapa kena rasa merajuk?Pandai! Pintu kamar dibuka mudah oleh baginda. Sebaik sahaja masuk ke dalam. Tubuhku terus diturunkan ke bawah. Kami berdiri di tengah-tengah bilik. Aku mempamerkan wajah marah.
Dum! Pintu tertutup kuat. Terhinjut bahuku dibuatnya. Sudahlah tertutup sendiri. Bukan, tertutup dengan kuasa sakti makhluk di hadapanku ini. Wajah baginda tidak beriak. Sepasang mata hazel itu merenung tajam diriku. Takut. Satu perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan pada ketika ini.
"Kenapa kamu degil? Makhluk seperti kamu sememangnya suka ingkar akan perintah sang Raja ya?" ujarnya dengan merenungku tajam.
Berbinar terus pandangan. Diri mula sedar, kata-katanya sudah menunjukkan siapa sebenarnya aku untuknya. Makhluk asing. Aku dan dia sememangnya berbeza. Ah! Kau juga menganggapnya dengan identiti yang sama. Makhluk asing.
"Saya cuma nak tengok dia. Dia sudah bersusah payah demi saya."
"Dia hanya seuguwan hamba, Bella." ujar Raja Andhika, mendengus kasar.
"Bagi tuanku." Laju aku memotong.
"Mengapa kamu bisa berangkat ke kawasan larangan itu?" soal baginda tanpa mengendahkan balasanku. Pasti kawasan tempat aku hampir diserang oleh sang penunggu itu, tadi.
"Saya cuma nak ambil semula rantai tangan saya. Isk...isk..." ujarku, serentak terhambur tangis.
"Rantai tangan perkahwinan kita."
"Beta-"
"Saya takut tuanku marah jika saya kehilangannya. Sa-saya akui saya silap kerana pada awalnya saya ke sana tetapi saya...isk...isk...umm... ditemani suriwan-suriwan istana. Saya yang salah kerana tidak mendengar tegahan mereka untuk ke sana ta-tapi saya tidak sedar akan hal itu. Herk!Isk... Salahkah saya mahu bersiar-siar di luar?" Aku menarik nafas dalam cuba menghapus tangis agar lebih lancar untuk berbicara.
"Adakah kerana saya manusia dan saya berbeza daripada kaum tuanku maka saya hanya perlu dikurung di sini? Apa saya juga tiada hak untuk bebas ke luar sana?Saya tahu saya bukan siapa-siapa yang penting untuk tuanku tapi-" Tidak semena-mena tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.
"Siapa kata Bella bukan siapa-siapa untuk beta?"
Tidak semena-mena tangis yang cubaku tahan terhambur lagi kuat. Esakanku berselang seli kuat dan perlahan mengikut alunan senduku. Akalku menyuruh untuk segera merungkaikan pelukan baginda namun emosi dan hati ini memilih membiarkan saja. Lemahnya seorang Bella Amanda.
"Bella ialah permaisuri beta." Pelukannya makin erat.
"Daku- tidak - lepaskanmu."
Ha?
Suara bisikannya tidak begitu jelas dipendengaran disebabkan bunyi tangisku yang menganggu. Baginda seperti sengaja berbicara seperlahan itu.
Aku dihinggapi persoalan.
"Jika ini takdirnya, maka aku pasrahkan sahaja."💘
|Bella Amanda|
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top