🔮Bab 10
-Raja Andhika Sadewa-
"Beta seru namamu, dikaulah
permaisuriku."💍
"Ampun tuanku, raja Andhika bertitah bahawa baginda tidak akan pulang beradu ke kamar bersama tuanku pada malam ini." ujar suri Mawar memaklumkan kepadaku.
Alhamdulillah Ya Allah...
Namun dalam keadaan aku bersyukur, timbul juga persoalan dalam diriku.
"Kenapa baginda tidak pulang beradu di sini?" aku memandang hairan kepada suri Mawar.
"Baginda ada urusan yang perlu diselesaikan. Jadi baginda hanya akan berada di bilik kerja sehingga terbitnya matahari atau sudah selesai tugasan baginda."
"Baginda tidak tidur?"
Suri Mawar tersenyum.
"Barangkali baginda akan beradu di ruangan kerja baginda, tuanku."
Aku mengangguk.
"Kalau begitu, awak pun boleh pergi."
Suri Mawar mengangguk lalu berundur dan beredar dari kamar ini.
Ya Allah...
Kau selamatkanlah aku sampai bila-bila.
↪↪↩↩
Aku terjaga dari tidur bila terasa ingin membuang air kecil. Pantas segera aku ke kamar mandi. Selesai sahaja aku melepaskan hajat, lantas aku mengambil wudhuk. Alhamdulillah, rutinku setiap malam sememangnya selalu mengerjakan solat sunat tahajjud setiap kali terjaga dan bersyukur juga pada malam ini, tuhan mengejutkan aku dan menjemputku untuk 'berdating' dengan-Nya lagi.
Langkah dibawa ke bilik pakaian. Rentak pergerakanku tidak semena-mena bertukar perlahan dan terhenti saat terdengar suatu bunyi aneh yang berada di dalam.
Bunyi apa ni ya?
Penceroboh? Uish! Takkan la. Dekat istana ni ada pengawal keselamatan kot! Tapi tak mustahil juga kan sebab dunia ni sudah lah jenis guna ilmu-ilmu sakti, buatnya dia mandremkan semua suriwan di istana ni tak ke naya.
Ish! Aku kena cari sebarang objek sebagai senjata pertahanan diri ni. Buatnya dia nak cekik aku ke nanti, boleh la aku ketuk dengan apa-apa.
Mataku tertancap pada sebuah pasu perhiasan yang berkilau dan sedang melekat di dinding secara aneh. Lantas aku segera berlari ke arah pasu itu. Pasu yang cantik berkilau ni aku pandang beberapa saat.
Hairan. Boleh ke nak cabut ni? Ah! Dah tak ada masa! Ganyah je lah nyah!
Zup! Satu bilik blackout. O...papa! Aku takut gelap. Huwaa...macam mana ni? Aku tak nampak apa satu pun ni? Cahaya bulan perlahan-lahan menerobos ke dalam kamar disebalik tirai yang menutupi dinding kaca di bahagian sana, ini membolehkan aku untuk melihat beberapa objek di dalam kamar.
Pasu yang elok berada di tangan ini aku pegang kuat-kuat. Aku pandangnya dalam gelap.
Rupa-rupanya kau ialah punca kuasa cahaya dalam bilik ni ya. Awat yang depa letak hang rendah sangat? Aku yang kecik ketot ni pun boleh gapai lol!
Tak apa, janji hang boleh jadi senjata untuk aku. Telingaku mengesan bunyi pintu bilik dibuka. Ia datang dari arah bilik pakaian. Oh tidak! Penceroboh tu dah keluar dah. Macam mana ni? Aku dalam gelap, nanti mudah la dia nak serang aku.
Huwaa!! Tiba-tiba rasa menyesal pulak sebab tak ajak mana-mana suri teman aku tidur malam ni. Kau bukan ada silat ke? Erk! Ya Allah, aku lupa la yang aku ada silat. Dah itu, apa fungsi pasu ni? Aku jadi blurrr....tit.....tit....
Sebab aku perempuan tenaga aku tak terlawan dengan tenaga seorang lelaki, jika penceroboh itu ialah lelaki. Ya, sebab tu. Sekurang-kurangnya, aku boleh hempuk kepala penceroboh tu dengan pasu kristal ni. Terasa diriku seperti didekati seseorang, aku mula bersedia dengan segala kemungkinan. Pasu di tangan aku genggam kuat-kuat, bersedia untuk menghempuk penceroboh itu. Bahuku disentuhnya. Tanpa membuang masa.
"Hiyahhh!!" Pasu ditangan terus aku hayunkan ke arahnya. Aku tak tahu akan kena di bahagian mana, yang pasti dia mesti rasa sakit. Namun belum sempat pasu itu mengenai tubuhnya, kedua-dua belah tanganku ditangkap kemas, menghentikan hayunanku. Erk! Matilanak!
Tanganku pantas dikilas ke belakang dan dikunci dengan pegangan tangannya. Pasu yang kugenggam juga tiba-tiba menghilang begitu saja. Aku dapat rasa tubuhnya merapat ke belakang tubuhku dan kepalaku bersentuhan dengan dadanya.
"Huh! Lepaskan lah!" aku meronta.
"Jika beta tidak mahu?" Dia bersuara.
Beta? Eh? Ini macam suara raja Andhika. Terhenti terus rontaanku.
"Tuanku?" Aku cuba ingin memastikan gerangannya.
Terasa deruan nafasnya di sisi telingku, membuatkan aku berasa sedikit kegelian. Tidak semena-mena wajahku bertukar panas.
"Bella fikir siapa?" dia menyoalku. Posisi tubuh kami langsung tidak berubah. Awat dia takmau lepaih tangan aku ni? Nasib baik tak sakit.
"Penceroboh." jawabku sepatah. Aku dah rasa gementar gila dengan belakang tubuhku yang bersentuhan dengan dadanya.
"Ini istana biara sakti. Tidak akan ada yang bisa menceroboh ke sini. Kawalan dan perisai saktinya sangat kuat." Ujar baginda kepadaku.
Aku terdiam. Bila nak lepas ni?
"Kenapa tuanku pulang ke kamar? Bukankah tuanku beritahu yang tuanku ingin menyiapkan pekerjaan tuanku di bilik kerja?" aku cuba menutup gugup. Berdebar dohh!
"Mengapa? Bella tidak suka?" Aku dapat mendengar deruan dan merasai hembusan nafasnya yang turun ke bahagian sisi leherku yang sedikit terdedah. Lagi lah menambah debaran di dada. Bergetar iman macam ni. Gerun pun ada. Ya Allah! Apa ni?
"Ta-tak lah. Saya hanya sekadar bertanya."
"Beta tidak boleh siapkan kerja."
"Kenapa?"
"Ada yang mengganggu."
"Siapa?"
"Seorang gadis." Gadis? Kau dah sentuh aku semalam, kau masih menggelarkan aku sebagai gadis? Atau memnag bahasa di sini sememangnya begitu? Gadis, hilang dara ke masih ada dara ke asalkan wanita yang muda masih dipanggil gadis? Tapi gadis itu memang aku ke? Ke aku yang perasan saja tak? Tak fasal-fasal aku rasa cemburu. Ish! Kau ni dah kenapa? Biarlah. Kau dan dia bukan berkahwin atas dasar cinta pun melainkan hanya disebabkan atas perjanjian. Dan jangan lupa perkahwinan korang tidak sah, pandai!
"Oh..." aku menjawab ringkas.
"Bella tidak mahu tahu siapa gadis itu?" soalnya kepadaku.
"Siapa?" pura-pura tanya p lah walhal tak ingin nak tahu pun! Menyampah pulak aku.
"Namanya..."
"Bella Amanda."
Tidak semena-mena pipiku bertukar memanas kembali. Lah! Aku ke rupa-rupanya. Malu pulak cemburu tak tentu fasal ni. Shh...baginda tak boleh tahu aku cemburu tadi. Belagak biasa.
"Kenapa pula? Saya tidak pergi ke bilik kerja tuanku pun."
"Tidak. Bella menggangu fikiran beta. Bella muncul tanpa henti dan memanggil-manggil beta. Beta tidak pernah terganggu saat sedang menyiapkan kerja namun...."
Dia melepas kedua-dua belah tanganku perlahan-lahan. Rambut panjangku yang kubiarkan bebas terlepas ke bawah disisipnya ke bahu kiriku menyebabkan leher kananku kian terdedah.
"Bella membuatkan beta rindu dan..."
Saat terasa deruan hangat yang makin menghampiri leher, segera aku melarikan tubuh.
"Tidak tuanku." gugup aku memulakan bicara.
Samar-samar aku melihat riaknya yang tenang memandangku. Tidak berubah walaupun aku sudah mengelak sentuhannya.
"Perkatakanlah, apa yang sedang bermain di mindamu."
"Saya tidak boleh teruskan semua ini lagi."
"Mengapa?"
"Saya tidak mencintai tuanku." Jawapan yang paling selamat.
"Lalu bagaimana kamu mahu menunaikan syarat bonda?"
"Tuanku sudah sentuh saya semalam. Tuanku kan ada kuasa, buatlah dalam rahim saya sudah ada zuriat tuanku ke. Tak boleh ke?" aku sudah mula gelabah. Tekanan yang cuba aku sembunyikan sedari pagi tadi sudah mula menekan diriku lagi. Bukan mudah untuk aku cuba berseronok menyembunyikan tekanan masalah yang membebankan diriku ini. Aku perlu juga cari jalan untuk mengelak lagi.
"Beta bukan sang alam yang bisa menciptakan makhluk."
"Tetapi tuanku kan ada kuasa."
"Kuasa beta juga terbatas, Bella. Jika beta juga bisa menciptakan makhluk maka beta bukan hanya uguwan sakti tetapi beta ialah sang penguasa alam."
Aku bergerak ke dinding kaca yang dilindungi langsir putih nipis itu. Perlahan-lahan aku duduk di bawah dan menyandar padanya.
"Tuanku..."
"Saya tahu tuanku baik. Tuanku tak sama dengan bonda tuanku. Tuanku takkan paksa saya seperti bonda tuanku, kan?" Baginda melangkah ke arahku lalu duduk dengan satu kaki melutut di hadapanku, satu lagi dipacakkan ke bawah dengan tangan diletakkan di atas pahanya.
"Apa hanya kerana alasan itu yang menghalangmu untuk membenarkan beta menyentuhmu?"
Aku terdiam. Lambat-lambat aku mengangguk.
"Baik, beta bisa menunaikan permintaanmu tapi kamu juga perlu mengikuti syarat beta."
Lambat-lambat aku mengangkat kepala dan menatap wajah baginda sehingga mata kami saling menyabung antara satu sama lain.
"Jika ini takdirnya, maka aku pasrahkan sahaja."💘
|Bella Amanda|
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top