new school


highschool lover

"Kim hyerin!!! Bangun la woii, harini kau firstday dekat sekolah baru. Cepat bangun kau  jangan nak menyusahkan aku, bangun cepat aku kena hantar kau pergi sekolah harini." Kata mingyu sambil bercekak pinggang.

"Ermmm kejaplah aku ngantuk lagi ni. Lima minit lagi aku bangunlah."

"Takda-takda kau bangun sekarang juga, bangun pergi mandi lepastu turun bawah breakfast. Cepat sikit nanti aku lambat nak pergi kerja, nak hantar kau lagi. Aku tau lagi 10 minit kau tak turun aku tinggalkan kau. Pandai-pandai kau lah nak ke sekolah macam mana." Bebel mingyu

"Ishh ye ye aku bangun sekarang. Dah stop membebel. Kau pergi turun bawah dulu. 10 minit lagi aku turun." Aku segera bangun dan pergi membersihkan diri. Selesai saja mandi, aku segera bersiap memakai uniform sekolah.

Aku memandang penampilan aku dicermin. Rambut aku dikemaskan dan bangs yang menutupi dahiku disikat kemas. Seterusnya aku mencapai botol minyak wangi dan disemburkan sedikit di bahagian leher dan pergelangan tangan.

Aku melihat penampilan aku buat kali terakhir. Setelah rasa berpuas hati, aku capai iphone 11 aku di atas meja solek. Aku juga turut mencapai bag pack di atas katil. Aku mula mengorak langkah keluar dari bilik dan menuju ke bawah.

Sampai sahaja di bawah, aku segera menuju ke dapur. Aku mengambil tempat duduk di kitchen island. Aku memandang mingyu yang sedang menuangkan susu didalam gelas untuk aku. "Mama dengan papa mana?"

"Papa ada kes pagi ni, mama pulak ada appointment harini so mama kena gerak awal pergi hospital."

"Ohhhh, kau ke yang masak semua ni?" Tanya aku sambil menyuap nasi goreng kimchi kedalam mulut.

"Mestilah aku yang masak, mama tak sempat nak buatkan sarapan harini. Mama mintalah tolong aku. Dah kau makan cepat-cepat sikit aku dah lambat ni."

Aku hanya mengiyakan dan segera menghabiskan nasi goreng kimchi itu.

💃🏻💃🏻💃🏻

Sepanjang perjalanan ke sekolah, hyerin hanya mendiamkan diri. Bukan apa dia hanya termenung memikirkan bagaimanalah keadaan disana, dapatkah dirinya menyesuaikan diri, adakah yang sudi berkawan dengannya?

"Oii adik, menung jauh nampak !! Kau tengah fikir pasal apa tu?"

Aku memandang mingyu lalu mengeluh berat

"Kau kenapa ni, tak nak share dengan aku?" Mingyu mengerling aku sekilas

"Tak ada apa lah, aku okay." Balas aku perlahan

"Yeke okay, aku ni abang kau mestilah aku tau kau okay ke tak. Kau mesti tengah fikir pasal sekolah baru kau kan."

"Hmmm" jawab aku lemah

"Tak payah fikir sangat. Aku tau kau mesti okay dekat sana, kau buang la sikit malu kau tu. Kau tegur jela sapa-sapa manatau boleh jadi kawan. Lagipun muka kau tu cantik silap-silap ada yang nak buat kau jadi girlfriend." Kata mingyu tanpa memandangku.

Aku membiarkan saja apa yang mingyu katakan berlalu pergi.

Setelah beberapa minit, hyerin sampai kesekolahnya. Dia mengeluh berat sebelum keluar dari kereta.

"Elok-elok aku gerak dulu, bye"

Aku hanya memandang pemergian mingyu. Aku memandang bangunan yang berada didepanku. Aku menarik nafas beberapa kali sebelum melangkah masuk. "Go hyerin you can do it"

Satu
Dua
Ti...

Auchhh

Habis terjatuh semua barangku, sekali dengan aku terdampar dekat situ. Selamat skirt aku tidak terselak. "Sapa pula yang langgar aku ni, dahlah aku baru first day dekat sini! Aduh malunyaaa." Aku segera bangun dan mengutip semula barang aku.

"Jalan tu pandanglah depan" kata seorang lelaki dengan nada memperlekehkan aku. Aku ingin melihat muka lelaki tersebut, tapi sayangnya, ramai pelajar perempuan yang berkumpul disekeliling dia. Huh semua berfangirling.

"Dia yang langgar aku, lepastu kata aku jalan tak pandang depan. At least minta lah maaf ke apa ke. Ini tak blah macam tu je. Dia ingat dia sapa. Tak ada adab betul. Eeeee aku harap tak junpa lagi dengan mamat tu." Omelku seorang diri

Aku menarik nafas beberapa kali, cuba untuk menenangkan diri. Selepas itu, aku segera mencari dimana bilik guru. Nasib aku baik kerana ada pelajar yang menolong aku. Kalau tak, tak tau lah apa yang akan jadi.

Sampai saja di bilik guru, aku berjumpa dengan cikgu hera. Aku ditempatkan di kelas A-2. Cikgu hera menunjukkan aku dimana kelas aku. Aku ikut sahaja langkah cikgu hera. Jalan punya jalan, akhirnya aku sampai di blok A dimana kelas aku berada.

Cikgu hera membuka sliding door dan meninggalkan aku di luar kelas.

Okay kelas, harini kita ada pelajar baru dari seoul highschool. Sini kim hyerin. Cikgu hera memanggil aku masuk.

Aku menghembus nafas berat sebelum melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Aku berdiri disebelah cikgu hera. Aku cuba untuk tersenyum walaupun aku berasa amat kekok ketika ini. Sekilas aku memandang pelajar didalam kelas ini. And yes seisi kelas tengah pandang aku. Aduh lagi la aku kekok plus malu.

"Sila perkenalkan diri kamu"

Aku membetulkan anak tekak sebelum memperkenalkan diri. Aku membongkokkan sedikit tubuh aku tanda memberi hormat. "Hai nama saya kim hyerin, selamat berkenalan."

Okay hyerin awak boleh duduk sebelah kim jiwon.

" Kim Jiwon? Rasanya macam kenal je nama ni. Ehh takkan laaa..." Aku segera mencari gerangan yang dikatakan oleh cikgu hera. Lidah aku kelu ketika melihat susuk tubuh yang amat aku kenali sedang tersenyum manis melihat aku. Iris mata aku dan di bertembung.

Dia kim jiwon, seorang yang amat aku sayangi dan dia amat penting bagi aku. 13 tahun aku berkawan dengannya. Dialah yang sentiasa ada dengan aku tika susah atau senang. Aku sudah menganggap dia seperti kakak aku sendiri. Tapi sayangnya kami terpaksa berpisah 2 tahun yang lalu, ini kerana bapanya dinaikkan pangkat dan perlu berpindah. Nak tak nak jiwon harus mengikut keluarganya.

Aku segera pergi kearah jiwon dan memeluknya erat. Jiwon membalas pelukan aku. Setelah beberapa minit dalam kedudukan yang sama, aku meleraikan pelukan itu.

"Hyerin kenapa tak cakap kau dah pindah, kalau aku tau semalam lagi aku dah bertenggek dekat rumah kau." kata jiwon sambil mencubit pipi aku.

"Saje, taknak bagitau kau, nak balas dendam sebab kau taknak bagitahu aku kau sekolah kat mana. Nak rahsia la apa la, sekali hambik muka ni juga kau kene hadap." Balas aku sambil menujukkan penumbuk. Acahje tangan pun kecik.

Sejujurnya aku memang sengaja rahsiakan perkara ni. Nak surprisekan jiwon sekali aku yang kene surprise.

Banyak perkara yang aku mahu ceritakan. Yela dah dua tahun kami tidak berjumpa, mestilah banyak perkara yang terjadi. Bukannya aku tidak boleh on the phone dengan jiwon, tapi kalau face to facekan lagi puas. Tak gitew

Perbualan kami terhenti ketika mata pelajaran pertama iaitu, subject mathematic bermula. Haih pagi-pagi dah kene tengok nombor. Kami mula fokus dengan apa yang sedang diajar. Yela math kot kau gila tak fokus.

💃🏻💃🏻💃🏻

Aku hanya mendiamkan diri, manakala 2 lagi rakan aku sedang sakan bergelak-ketawa. Sungguh mereka tidak menhiraukan pelajar lain yang berada disekitar mereka. Mentang-mentanglah tak ada sesiapa yang berani untuk memarahi mereka. Makin menjadi-jadi hilaian tawanya. Entah apa yang kelakar sangat aku pun tak tau.Bukannya aku tidak mahu join sekali dengan dorang but i'm just not in the mood.

Tiba-tiba sliding door kelas dibuka dari luar. Terhenti terus gelak ketawa mereka. Seisi kelas diam membisu, tidak seorang pun yang berani bersuara ketika ini. Yela sapa je yang berani cari pasal dengan cikgu hera ni. Memang dia kelihatan cantik, ayu, manis je tengok tapi sekali dia marah dengan aku sekali kecut perut.

Tapi ramai yang tertanya-tanya kenapa cikgu hera datang kesini sedangkan sekarang bukan waktu mata pelajaran yang dia mengajar.

Rupanya ada pelajar yang baru saja berpindah kesekolah ini. Cikgu hera memanggil pelajar itu untuk masuk kedalam kelas.

And at that time, aku speechless. Kadar degupan jantung meningkat dengan mendadak. Aku tidak tau perasaan apa yang sedang menghantui aku, tapi ini kali pertama ia berlaku kepada aku.

Tanpa aku sedar, satu perkataan tidak sengaja keluar dari mulut aku. Tapi perkataan itu sekadar didengari oleh diri aku sendiri. "yeppeo"

-to be continued-

do vote and comment
happy reading 💞

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top