(TwO)


fight


Puntung rokok disedut dengan nikmat. Mula terjebak sejak pertengahan form4. Namun tidaklah sering hanya sekali sekala sahaja. Kesihatan tetap dijaga.

"Apa nama budak sial tu?" puntung rokok dibuang kelantai.

"Amier. 3Silver." Syaz menjawab dengan suara antara dengar tidak dengar.

"Budak silver rupanya. Berani eh budak tu." puntung rokok yang dibuang dilantai dipijak. Bibir menguntum senyuman sinis.

Penumbuk dikepal. Mengumpul kesabaran yang sudah tipis sejak mendengar berita yang paling dibencinya.

"Rehat mana?" pandangan dikalihkan ke arah blok menegah bawah. Boleh nampak bangunan menegah atas dan menengah bawah dari rooftop sekolah Swetish Highschool ni.

Dan situ jugaklah tempat mereka selalu menghabiskan waktu berlepak. Kadang semua rasa dikongsi bersama. Disini jugalah tempat mereka berempat bertemu.

Fadri, Rex, dan Syaz. Orang pertama dia jumpa dan mula rapat, Syaz. Berikutan dengan Fad dan Rex.

Neal dah macam ketua dalam geng diorang sebab dialah satu satunya antara mereka yang dikatakan berani ambil risiko.

Bukan setakat kes gantung sekolah, malahan pernah jadi kes polis sebab guru dah tak tahan dengan sikapnya yang asyik bergaduh. Tak kiralah senior atau junior.

Tapi itu kes form4, bilamana Neal gaduh dengan senior form5. Sebenarnya salah senoir tu jugak sebab layan perempuan teruk. Teruk sampai perempuan tu menangis dalam kelas. Tak henti henti!

Tak kiralah perempuan tu special bagi Neal, dia tetap akan pertahankan mereka. Bagi Neal, tanpa wujudnya perempuan kat dunia ni, takkan lahir orang sehensemnya. Sounds poyo, tapi semua perempuan memang akan tergila gilakan si Neal ni.

Walaupun sudah banyak onar yang dilakukan oleh Neal, namun pihak sekolah tak mampu keluarkan dia dari sekolah ni sebab Neal adalah antara salah seorang pemain bola sepak terhandal. Ayam tambatan lah lebih kurang.

"Gazebo yang ada meja dekat dengan kolam, geng Darwish selalu lepak." terang Syaz. Rex disebelah dipandang. Kemudian beralih kepada Fad yang mukanya selalu tanpa perasaan. Macam tak pandai senyum.

"Nice spot. Jom. " Syaz telan liur.

"Weh agaklah kau ni, waktu belajar kut sekarang." Rex cuba menghalang Neal.

Sebelum ni dah kes polis, takkan nak kes tentera pulak.

"Aduh, bongok jugaklah korang ni. Aku ajak suruh masuk kelas. Bukan nak serbu budak sial tu sekarang." Neal menjeling. Apa, lelaki pun pandai menjeling eh.

Rex dan Syaz tersengih. Fad hanya menggeleng kecil melihat mereka berdua. Takut jugak diorang.








"Ingat lagi tak macam mana nak cari X?" soal cikgu Yafiz, guru matematik kelas 4S.Pure.

Benda ni dah belajar sejak menengah bawah kut. Apa yang tak ingatnya. Tahun lepas pun ada jugak diajar.

"Alaa cikgu ni, ex saya tu dah dibuang kedalam tong sampah. Entah anjing dah korek tak tau la pula. Sekarang ni cikgu suruh saya cari ex saya tu? Memang not gonna happenlah jawabnya." sahut seorang pelajar lelaki. Biasalh, otak makin mengembang, makin palui pulak. Bukan nak jadi bijak, manusia manusia!

"Weh bro! Kalau dah namanya break, dengan kau sekali jadi ex. Padanlah muka serupa macam kertas kena keronyok. Dah masuk sampah rupanya. Tapi keluar balik, alahuuu!" pelajar lelaki kumpulan sebelah kiri aku pula menyahut. Seisi kelas ketawa termasuk aku.

Dah tau taktik diorang ni. Ni mesti taknak cikgu sambung mengajar. Tak patut tak patut!

"Aduhai remaja zaman sekarang ni macam macamlah!" cikgu Yafiz menggelengkan kelapanya. Ehh kelapa pula, kepala!

Belum sempat cikgu Yafiz menulis pada papan putih, terhenti dengan panggilan seorang pelajar. Kali ni perempuan pula. Haraplah dia tak main main.

"Cikgu, saya rasa saya dah jumpa X." tangannya diangkat. Fuhh lurus! Dengan sebuah kallllkulatorr pada sebelah lagi tanggannya. Duss susah benar menyebutnya. KAL.KU.LA.TOR!

Cikgu Yafiz sudah tersenyum. Menunggu jawapan dari mulut gadis itu. "Beside nombor 2 kan cikgu?" thangg! Jatuh rahang semua pelajar dalam kelas tu sebelum dihuni semula dengan galak tawa.

Cikgu tepuk dahinya. "Yaampun budak budak ni. Begini ke guru add math ajar kamu? Nak pengsan cikgu dibuatnya."

"Taklah cikgu. Manada ada add math ajar suruh cari X. Dia suruh cari f(x) which stand for future-ex. " cantik pemikiran dia ni. Sampai kesitu dibawa isu ex.

Ruangan kelas akhirnya hanya dipenuhi dengan tawa hari ni. Macam takde satupun ilmu math masuk dalam otak hari ni.

"Ha-" percakapan cikgu dipotong dek bunyi loceng yang nyaring. Sekolah yang tadinya sunyi, kini dihuni dengan suara para pelajar.

"Cikgu bagi kerja rumah jelah. Nanti hantar esok pagi." cikgu menulis kerja rumah pada papan tulis. Mujurlah tak banyak.

Usai ucap salam diberikan,semua pelajar berpusu pusu ke kantin. Lunch time!










Pap! Bunyi hentakan pada meja membuatkan semua mata memandangnya. Kecut perut semua.

Pandangan bak helang ditujukan kearah seorang daripada mereka disitu.

"Ehh ayam terbang!" Telinga sempat mendengar latah dari seorang daripada mereka. Sebelah kanan ditoleh. "Ehh hehe gurau je." Darwish tersengih malu. Lahai jatuh point.

"Melatah, latah! Aku kawinkan kau dengan nenek aku baru kau tau." Neal hanya berbisik. Senyumnya ditahan. Sengaja nak bagi Wis kecut.

"Apa kau buat kat sini?" Darwish cuba menutup malu. Eiss janggal siot.

"Aku nak pinjam member kau kejap." Pandangan dialihkan semula ke budak lelaki tadi. "Boleh?" Suaranya ditekan.

"Apa hal? Setahu aku Amier dari awal rehat ngan kitorang." Perasaan malu semua dah takde. Yang ada tinggal kebingungan.

"Aku nak mengeratkan hubungan silaturahim. Takpe aku pinjam nanti aku bagi balik. Tapi mungkin dengan wajah yang bertambah...handsome?" Senyum jahat muncul.

"Wowowo, aku tak tau apa masalah korang jadi settle la elok elok." Darwish seperti memberi ruang. Kalau dihalang takut pula dia yang penyet dulu.

"Aku tak janji." Tubuhnya ditegakkan. "Ikut aku, sekarang." Perkataan terakhir disebut dengan terang. Wajahnya bertukar serius.

"Syaz, Rex, Fad, korang balik kelas dulu. Nanti aku masuk. Aku nak settle benda dengan budak ni." Neal tersenyum sinis memandang Amier yang hanya tunduk menekur lantai.

Kaki dibawa menuju terus ke suatu tempat yang tak asing. Kolar baju Amier ditarik mendorongnya ke hadapan.

Jam tangan dilirik. "Within one minute ni, aku nak kau explain benda sial yang kau dah buat kat Amanda." Mata memandang tajam tepat ke anak mata Amier.

"Ak-aku minta ma-" kolar baju ditarik lebih kuat. Keringat didahi menitis ke pipi.

"Aku cakap tadi explain kan?" Giginya diketap. Menahan amarah yang berombak.

"Lepas dulu, Neal." Amier cuba meraih simpati.

"Ahh!-" serta merta bunyi loceng kedengaran. Neal mendengus geram. "Shit!" Genggaman pada kolar dilepaskan. Tangan menarik kerusi yang berada dekat dengan tempat mereka berdiri.

"Kau duduk!" Bahu Amier terjungkit. Pengecut! Amier hanya menurut.

Tali yang terampai di lantai diambil, kemudian mengikat kedua belah kaki dan tangan Amier dari belakang.

"Urusan kita belum selesai. Habis sekolah kalau aku tengok kau dah lepas, lagi teruk aku kerjakan." Senyuman sinis dipamerkan sebelum meninggalkan kawasan itu.

Memang mantap la strategi Neal ni, jauh dari kawasan blok menengah atas dan bawah. Kau jerit pun orang takkan dengar.




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top