(TwElVe)
•suprise!•
Pejam celik, pejam celik, tak sangka hari ni dah masuk bulan ketiga lepas cuti pertengahan tahun. Maksudnya?
Maksudnya, hari ni dah masuk bulan kesembilan dalam tahun ni. SPM pun dah nak dekat. Lagi sebulan lebih. Guru-guru pun makin hari makin sibuk dengan kelas tambahan.
Tak lupa, kelas kitorang pun buat extra class jugak. Sebagai persediaan untuk tahun depan. Lagipun SPM masuk bab form4&form5.
Dan sekarang ni, aku kat dalam kelas. Tengah buat kerja Biologi yang Mdm. Otie bagi sebelum jalan pergi kursus tadi.
Keadaan kelas? Tak payah cakap dah tau kut. Memang huru-haralah! Maklumlah keturunan monyet semua. Mujur sahaja tiada yang panjat dinding.
Tapi satu benda yang aku pelik. Asal semua orang tak bercakap dengan aku sejak pagi tadi eh? Macam aku ni ada buat silap pulak.
Biasanya ada je benda nak sakat aku. Sakat apa? Pasal Neal tulah. Satu kelas tahu. Mana taknya, Neal tu geng merata tempat.
"Hey, Zyla. Teman aku boleh?" baru nak drama sebab takde yang bercakap dengan aku, Fang dah tegur. Aku hanya menjungkit kening.
"Agih borang ni." timbunan borang ditunjukkan dengan muncung. Pemalas sangat nak angkat jari telunjuk.
Memandangkan aku dah siap awal tugasan yang Mdm. Otie bagi, "Okay." separuh dari timbunan borang itu diambil.
Dibaca, 'Pertandingan Menyanyi' oh, program ni. Persatuan Bahasa Melayu yang anjurkan. Minggu depannya lagi, English Language Society pulak yang akan anjurkan program yang sama. Cuma yang bezanya, bahasa yang ditetapkan.
"Bangunan menengah atas kan cuma form4 dengan form5,asal borang ni timbun macam mix dengan menegah bawah punya sekali? Banyak sangat ni." baru perasan.
Kalau ikutkan, pelajar menengah atas ni taklah banyak mana pun. Sebab hanya ada dua tingkatan.
"Hehe, ha'ah. Mix ngan menengah bawah sekali." Fang tayang sengih. Loghat cinanya kedengaran sedikit pelat.
"Siapa yang suruh kau ni?" baru rasa menyesal jadi baik tadi. Kalau tak, dah lama mengampai atas meja.
"Cikgu Eilyn dengan Miss Jessica." Fang garu kepala. Mataku membuntang tak percaya.
"Both? " nada suara sedaya upaya dikawal. Mata sekali sekala memandang jalan dihadapan. Kang terlanggar orang, terjadi pulak kejadian cliche.
"Yup! Tadi aku jumpa Cikgu Eilyn sebab nak bincang pasal program ni, pastu Miss Jessica pulak minta tolong agih borang ni. Janganlah marah, senyum sikit." macam bebudak dibuatnya Zyla. Disuruhnya ikut senyum macam gaya dia senyum.
Zyla akhirnya tergelak kecil. "Tak marah pun. Tolong menolong kan amalan mulia." ecehh alim kejap.
"Emm Fang, asal aku rasa macam diorang yang lain tak layan aku eh masa kat kelas tadi?" soalan yang dipendam diluahkan juga.
"Ye eh? Manade. Ni aku tengah bercakap dengan kau kan." anak tangga dinaikki satu persatu dengan berhati-hati.
"Tak. Maksud aku yang lain. Bila aku tanya, terutamanya Sya, dia angkat bahu tak peduli je. Macam aku ni ada buat salah pulak." jujurlah, aku terasa. Sedih sebab kawan rapat sendiri buat macam tu.
"Erkk entahlah." Fang memalingkan mukanya ke arah kiri. Tak hendak melihat wajah sayu Zyla.
"Lep-"
"Kita pergi kelas 1Gold pastu 1Silver." Fang berjalan mendahuluinya. Lagilah sayu hatinya. Aku betul ada buat silap ke?
"Okay." jawabku perlahan. Tak mampu nak ceriakan diri.
...
"Lepasni kelas 5S.Pure pula." akhirnya, setelah melalui beberapa blok kelas, sampai jugak kat blok kelas terakhir.
Eh kejap, kelas tu bukan kelas Neal ke? Omaiyaa! "Fang!" macam tertelan mic noh.
Fang toleh pandang. Eh-kitorang bersebelah je?. Terkuat pulak volume aku tadi.
"Boleh tak aku tunggu kau sini? Aku dah tak larat ni." tak larat apanya? Selalu dah buat 15 laps sebelum mula latihan badminton. Kaki pun dah terbiasa jalan jauh.
Fang bagi pandangan 'nak tipu tu pun agaklah dei!'. "Berapa laps sebelum latihan? " tangannya dicekak di pinggang.
Aku ni memang takde bakat bak menipu ke? "Tapi-"
"Tiada tapi-tapi, cik Queenzyla." dah serupa macam dua anak beranak yang tengah marahkan anak dia je diorang berdua ni. Fang bapa, Zyla anak degil. AHAHA.
Aku akur. Kalau dah full name disebut tu, bagus takpayah lah nak menjawab lagi. See, baikkan seorang Zyla ni? Opkos lerh.
Perlahan langkahku membontoti Fang dari belakang. Fang ni orangnya sporting, pastu friendly. so semua orang dalam kelas kitorang rapat dengan dia. Tak hairanlah dia boleh rapat dengan semua staff kat sekolah ni.
Kan bagus kalau~
Ok, dah. Jangan nak melebih.
Pintu kelas diketuk. Ehh bukan aku, tapi Fang.
Semua mata tertumpu pada kami berdua. Sempat aku scan sekelas tu. Kejap, mana Neal?
Ehh, Syaz, Rex ngan Fad takde sekali? Takkan escape,lagi? Haa jangan terkejut. Dah cakap awal yang Neal ni budaknya nakal.
"Yes, Fang? What can I help you with? " pen marker diletakkan. Menuju kearah kami berdua.
"We want to give this form to every student here. For anyone who feel wanted to join this competition, just fill in this form and give it straight to the teachers, here." nama penyelia kelab yang ditaip sedia ada didalam borang ditunjuk.
Guru itu mengangguk. Huluran borang disambut. Mujur nipis. Lagipun pelajar dalam kelas ni tak banyak mana pun.
Nafas lega alu hembus perlahan. Habis jugak akhirnya.
"30 minutes left. Apa subjek lepasni?" soal Fang.
"Math kut."
Fang mengangguk mengiyakan. "Kita jalan ikut sini." laluan sebelah kiri ditunjuk. Kat blok ni, boleh lalu depan bilik pengetua.
Aku hanya menurut. Bila dah nak dekat depan bilik pengetua, pintu itu terbuka sedikit. Aku meninjau sedikit kedalam. Nak jadi menyibuk kejap.
Ada beberapa orang pelajar yang sedang berdiri depan meja pengetua. Dan-
Neal? Kejap, Nabila ada sekali? Nabila merangkap ketua kelas kitorang. Apa yang berlaku ni?
Malas nak berlama aku membuka langkah. Namun belum sempat nak jalan- "Who's out there? Why are you two eavesdropping here? " matilanak! Kedapatan pulak.
Aku pandang Fang yang turut tersentak sambil mata sepetnya membuntang. Menoleh kearah kirinya perlahan-lahan.
Pengetua sudah berdiri di depan pintu. Memandang tajam kami berdua.
"Two of you. In." huwaa! Maafkan adik ma!
Perlahan-lahan tubuhku membelakang. Menuju kedalam bilik pengetua. Malu! Neal dan Nabila pandang aku. Wajah Nabila dipandang sebelum beralih kepada Neal. Dia kenyit mata.
Jeling. Dah kena tahan dalam bilik pengetua pun masih nak menggatal. Tak tau malu betul.
"Neal, Nabila, you may leave." Tenang suara pengetua aka Mr. Veshlu. Aku pula masih takut-takut nak pandang muka pengetua.
Neal dan Nabila mengangguk sebelum mula menapak keluar. Fang yang berdiri disebelah dipandang. 'Fakk' bicara Fang tanpa suara. Aku geleng sedikit. Menyuruhnya untuk tidak mencarut depan pengetua.
"You know why are you here? " kedengaran bunyi spring kerusi setelah pengetua melabuhkan punggungnya.
Wajahku diangkat perlahan lahan. Memandang pengetua yang sedang memandang tepat kearahku.
Aku mengangguk kecil. "Peeking what is happening inside." ayat yang keluar dari mulut Fang. It sounds rude, man!
"Punishment." satu perkataan yang mampu menyentapkan aku. Mataku membuntang. Pengetua dipandang dengan muka kasihan.
"We were just about to pass by when-" aku baru nak jelaskan situasi sebenar dah kena potong.
"Need no explanation. Hall. Ambil penyapu kat bilik stor pembersihan." muktamad. Ayat yang ringkas tapi difahami. Ya, denda sapu dewan. Giler apa? Besar kut. Haih salah sendiri jugak.
Fang terlebih dahulu menapak keluar dari bilik pengetua. "Jom Zyla." tubuh Fang masih membelakangi aku. Aku ikut dari belakang.
...
"Fang, sorry." pintu bilik stor ditolak.
"Takpe." Fang senyum nipis. Pipi digigit dari dalam mulut. Rasa bersalah pulak.
Penyapu diambil. Pintu stor ditutup kembali. Mengorak langkah ke arah dewan.
Nampaknya, seharian aku berjalan keliling sekolah. Tak habis dengan tu, kena denda pulak. Haih malang pulak hari ni.
"Aku sapu kat dalam ni dulu tau. Kau sapu kat luar ni dulu. Lepas dah siap nanti, baru kau masuk tolong aku sapu kat dalam pulak. Okay tak?" Aku kalau boleh, taknak suruh Fang sapu sekali. Sebab kitorang kena denda pun sebab aku.
"Takpe, aku kan kuat dan bertenaga." Aku tergelak dengan ayat Fang. Aku angguk perlahan. Fang masuk kedalam dewan.
Ambil masa jugaklah aku sapu kat luar ni. Lima minit nak siap. Sampai berpeluh dibuatnya.
Tanpa membuang masa, aku menolak pintu dewan. Ehh, asal gelap je ni? Dibuka luas sedikit.
Satu langkah aku masuk. "Fang?"
"SURPRISE!! " dadaku diurut. Terkejut. Terpana kejap. Sekeliling dewan diperhati. Dan tepat dihadapanku ada banner besar yang tertulis 'Happy Birthday'.
Tetiba Sya datang dari depan dengan sebuah kek ditangan. Huwaa nak nangis boleh tak? Tanpa sedar aku tersenyum dalam tangisan perlahan.
Sya tersenyum. "Happy birthday To You Queenzyla Kamir." kedengaran tulus, ikhlas. Aku tekup mulut. Tak sangka semua orang ingat.
"Tiup lilin tu, Zyla!" satu suara menyahut. Tanpa menoleh lagi aku terus tiup lilin tu. Kek diletakkan di meja tepi yang tersedia. Sya datang memeluk aku.
"Janganlah nangis." Nabila datang. Pelukan dileraikan dan beralih kepada Nabila pula.
Air mata aku kesat. Buat malu je nangis depan semua orang.
"Siapa yang rancang semua ni?" serak suaraku bertanya.
Nabila dan Sya tersenyum sebelum satu suara menyampuk. "This handsome boy la." aku macam kenal suara ni.
Terdiam aku. Neal? Like seriously?
"Dahlah nangis tu, meleleh dah hingus kau." aku kembali ke realiti.
"Tipu."
"Tak percaya sudah."
Pandanganku diliarkan. Semua classmate aku ada. Termasuk, eh-? Pengetua, Cikgu Eilyn dan Miss Jessica ada sekali?
Fang datang mendekat. "Dah happy sekarang?" okay, tu dengar macam memerli.
"Of course la! Kau pun ikut sama ke dengan diorang ni?" aku kecilkan mata.
"Yep!"
"Semua ni aku yang rancang tau. Taknak ucap terima kasih ke?" suara Neal mengedik menerpa ditelinga.
"Betul tu. Neal yang rancang semua ni. Pasal agih borang tu, aku yang sukarela nak tolong. Pastu pasal denda tu pulak,, erkk. " kata-kata Fang terhenti disitu. Matanya melirik ke arah Neal.
Neal tersengih. "Saje nak bagi kau exercise sikit."
"Hey, Zyla!" pengetua pula kalini. Aku senyum. "Happ Birthday To You. Sorry for just now. It was just a prank." pengetua tergelak kecil. Aku turut tertawa.
"It is okay. You're good in acting actually." betul kecut masa tu.
"No doubt ." tergelak kami berdua.
Lepastu sorang-sorang datang kat aku ucap benda yang sama. Takpe, aku dah cukup gembira harini.
Neal pula dari tadi asyik ikut aku. Mana aku pergi, ada je malaun ni.
"Apa kau nak?"
"Kau.." gedik.
"Ja-"
"Taknak ucap terima kasih ke?" sengih.
Malu pulak. "Terima kasih." riak wajah sedaya upaya dikawal. Taknaklah obvious sangat yang kau lupa nak ucap terima kasih. "Dah, pergi main jauh-jauh"
"Emm, suap aku kek?"
Pandangan maut aku bagi. "No."
"Sikit?" puppy eyes. Nak minta simpati.
"No."
"Aku taknak pergi."
"Heish degil lah kau ni." sepotong kek diambil. Dimuatkan dalam permukaan sudu. Disuakan ke mulut Neal. "Cepatlah sikit."
Kek dimakan. Tapi sudu masih dalam mulut. Zyla tarik. Keras, tak dapat. Matanya dijegilkan memandang Neal.
"Nak makan sudu sekali ke?" sarkastik. Neal geleng. Sudu dilepaskan.
"Sedap." senyum nakal. "Nak lagi?"
"Ambil sendiri." tak tau la siapa yang sambut birthday ni, aku ke dia?
"Alaa.." aku bagi pandangan tajam.
"Jangan nak menggedik. Dah pergi sana, aku nak jumpa Sya kejap." Neal aku tinggal dan berjalan menuju ke arah sekumpulan perempuan.
Tadi aku nak ambil makanan kejap tapi tak tau pula boleh sampai lama macam tu. Neal punya pasal lah ni. Hilang kejantanan. Gedik.
Tapi sebenarnya aku terharu gak dengan rancangan dia ni. Apakan daya, malu nak tunjuk.
Sedang aku berjalan tetiba terlanggar pulak dengan seseorang ni. Mujur air minuman yang aku pegang tak tumpah kat baju uniform.
Aku pandang orang tu. Tak nampak ke aku tengah bawa minuman ni?
Aku terkejut. Baju kurung dia habis basah bahagian bawah kena tumpah air sirap. Mata aku pejam.
"Heii!" Aaaa malangnya!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top