(THiRtEeN)
• Bella! •
"Heii!" jerit orang tu. Aku masih pejam mata sambil menunduk. Perlahan-lahan mengangkat muka.
"Maaf. Saya tak sengaja." ucapku perlahan. Cukup untuk kami berdua sahaja yang dengar.
Mataku diliarkan seketika. Hampir semua mata memandang kearah kami berdua. Bibir bawah digigit.
"Maaf? Heh, apa guna maaf kalau sengaja?" sinis. Pandangannya penuh amarah.
"Kan saya dah cakap saya tak sengaja tadi." tak puas hati. Pekak ke? Aku dah cakap kan 'saya tak sengaja' tadi.
"Sekarang ni kau nak melawan pulak?" ehh minah ni. Apa masalah dia? Dan aku pelik macam mana dia boleh ada kat sini?
Bella tersenyum sinis. "Dahlah perampas."
Terdiam. Perampas? Apa ni?
"Tak payah nak buat tak tahulah." makin aku bingung. Apa dia merepek ni? Sejak bila aku rapat dengan lelaki selain kelas kitorang. "Neal."
Okay, aku dah faham. "Tak. Mana ada. Akak salah faham ni. Saya tak-"
"Thought you're too good at camouflage, huh? " lagilah sinis.
"Apa akak cakap ni, saya tak fa-" serta merta kepalaku terdorong ke belakang. Ditarik dengan kasar. Shit, sakit!
"Bella!" satu suara menjerit. Suara perempuan. Macam kenal. Aku tak dapat nampak siapa orang tu sebab pandanganku hanya terhala ke atas.
Dapat aku rasakan semua mata kini memandang kami berdua. "Stop, Bella! Lepaskan Zyla." suara itu semakin mendekat. Leherku terasa sakit. Tekak tak dapat nak telan liur dengan lancar. Terasa seperti tersekat-sekat.
Kemudian kepalaku tertolak kasar. Badanku terdorong kehadapan. Tubuhku disambut dalam pelukan. Aturan nafasku tak sekata. Mungkin sebab tak dapat oksigen yang cukup tadi.
"Zyla okay tak ni?" soal orang tu. Aku hanya mengangguk. Cuba mendongak memandang orang itu. Kak Layla. Aku tersenyum nipis.
"What's going on? And Bella, why did you do that? " suara garau ini serupa milik pengetua. Walaupun aku kini masih berada dalam pelukan Kak Layla, namun aku dapat kecam suara siapa.
"Are you going insane? " sayup kedengaran suara seseorang. Neal.
Aku dibawa menjauhi tempat itu. Kak Layla ni sekelas dengan Neal. Kak Layla pun tahu pasal Neal. Bukan sebab aku yang cerita, tapi Kak Layla ni agak rapat dengan Neal.
"Zy! Kau okay tak ni?" mukaku dibelek-belek. "Gila ah minah tu. Psycho!" carut Sya dalam marah.
Aku tersenyum kemudian tergelak kecil. "Tak okay. Aku tengah pengsan ni."
"Ehh dia ni! Orang tengah risaukan dia, memain pulak." Sya tarik muncung.
Pernafasan tetap aku kawal. Tak stabil sangat sebab ruang pernafasan rasa macam tersepit tadi. Tambah pula kena peluk dengan Kak Layla.
"Zyla, are you okay? " Miss Jessica datang kearah kami. Disusuli dengan Cikgu Eiyln dibelakang.
Angguk. "Yeah, I'm okay. " tipu.
"Is she having a mental issues? " pertanyaan Miss Jessica itu mencuitkan hati. Kami berlima tergelak kecil. "She was obsessed. Haish!" Miss Jessica selaku guru yang mengajar bahasa inggeris itu menggeleng.
"You know what, teenagers love can drive into obsession. Craziness. Mental breakdown." sekali lagi dia menggeleng kecil bersama keluhan.
Dalam diam aku setuju. Cuma taknak bercakap sebab rasa macam masih susah nak bernafas dengan normal. Takpe, kejap lagi dah okay ni. Kan dah biasa dengan latihan.
"No doubt." Sya jongket bahu. Aku tersenyum kecil.
"Zyla tak luka kat mana-mana kan?" Cikgu Eiyln akhirnya bersuara setelah sekian lama diamkan diri.
Geleng. "Takde pun, cikgu."bersama senyuman nipis. Ada je luka ni, kat dalam hati.
Cikgu hanya mengangguk tanda faham.
Aku toleh kejap ke arah tempat aku terlanggar dengan Bella tadi. Kenapa semua orang cakap aku ni perampas? Dulu Dania, sekarang Bella pulak? Huh, mujur aku tak jadi gila.
"Who's gonna clean all of this? " tetiba soalan itu ditanya oleh Miss Jessica. Sya pandang aku. Aku pandang Kak Layla. Kak Layla hanya jungkit kening sebab dah takde siapa nak dipandang.
Kami tertawa. Dudukan aku betulkan. Sakit pulak punggung bila dah lama duduk kat lantai ni.
"Pelajar lah yang kena kemas semua ni. Takkan guru pulak en." cikgu Eilyn. sekali lagi kami tertawa. Haih adalah kerja lepas ni. Mujurlah hari ni hari jumaat.
"Betullah tu. " sokong Kak Layla.
Hujung lengan baju gadis itu ditarik. Dibawa menuju ke luar dewan. Gadis itu hanya menurut dengan senang. Senyuman meniti dibibir merah gadis itu.
Pengangan dilepaskan. Memandang tepat kedalam mata gadis itu. Pandangannya dibalas oleh gadis itu tanpa ragu.
"Kenapa kau buat macam tu kat Zyla?" nadanya dikawal. Masih memandang gadis depannya dengan amarah yang ditahan.
Mati senyumannya. Disangkanya Neal akan mengaku kalah.
"Dia yang cari pasal dulu. Tumpahkan air kat baju kurung I. " ujarnya gedik. Dengan suara yang dibuat manja. Neal maju setapak. Kalau ikutkan, nak je dia lenyekkan muka topeng depan dia ni. Mujur perempuan.
"Dan kau balas dengan tarik kepala dia?" setapak. Kening sebelah dijungkit.
"Kalau dia tak tum-"
"Nak Zyla mati, macam tu?" soalnya sabar. Nak main psycho kejap. "Kau tau tak kalau kepala terdongak secara paksa macam tu, orang tu tak akan dapat oksigen yang cukup. Susah nak bernafas. Tercungap-cungap lepas tu." maju setapak lagi.
Sampai badan Bella tersandar pada dinding luar dewan. Dikunci dengan satu lengan.
"I tak sengaja lah!" bentaknya. "I buat macam tu pun sebab dia dah rampas U dari I. "
Neal tersenyum sinis. Kalau dia ada magik yang boleh tukarkan jantina seseorang, nak je dia tukar jantina si Bella ni. Nak belasah secukupnya. Biar rasa menyesal kacau Queenheart aku. Eceh!
"Sejak bila aku ni milik kau? Entah bila couple tang tak pernah pun rasanya. " dia dah tak kesah kalau dia sakitkan hati Bella sekarang ni. Boleh pulak dia sakitkan orang lain en?
"Sebab Zyla dah rampas awak dari saya!" wajah Bella bertukar kecewa. "Saya dah lama suka kat awak. Awak tak pandang pun. Kenapa, Neal? Kenapa?! " panggilan I, U serta merta bertukar.
Neal tarik nafas sebelum menjawab, "Sebab kawan aku sendiri sukakan kau dari dulu. Tapi kau asyik kejar aku. Sebabkan tu, dia taknak luahkan perasaan dia kat kau." maaf teman, aku terpaksa cakap benda ni.
Membuntang mata Bella. "Si.. siapa?"
Sebelah tangan Neal yang mengunci Bella dilepaskan. Nafas dihela, "Rex." Neal menunduk.
"Ta.. Tapi sejak bila? Saya tak tau pun? " Bella kini kelihatan rasa bersalah.
"Dah lama. Sejak form3." masa tu, Rex dengan Bella berada dalam kumpulan yang sama. Satu aktiviti dianjurkan dan setiap kumpulan mesti memilih ahli kumpulannya dari kelas lain.
Setiap satu ahli mesti berbeza kelas. Masa tu, Rex ngan kitorang kelas 3Gold, Bella pula dalam kelas 3Silver. Pendek cerita, disebabkan ahli kumpulan dipilih oleh guru sendiri, sebab ramai yang tak tahu nak pilih siapa, Bella dan Rex berada dalam satu kumpulan.
"Tapi kenapa selama ni saya tak tau?" riak rasa bersalah semakin jelas terpancar.
"Sebab dia taknak kau tau. Dia taknak terkejarkan perempuan yang langsung tak pandang dia." tutur Neal jujur. Sebenarnya Rex tak pernah cakap pasal benda ni. Tapi dia tahu. Sebab dia kenal Rex dah lama. Sejak form1 lagi.
Rex pernah sekali sukakan satu perempuan ni. Tapi perempuan tu tak sukakan dia. Rex rasa diperbodohkan. Sejak tulah dia bertekad taknak luahkan perasaan terhadap mana-mana perempuan lagi. Cukuplah sekali hatinya disakiti.
Sejak dari itu jugaklah, Rex tak pernah lagi sentuh topik pasal crush, perempuan dan seangkatannya.
"Tapi kenapa awak tak bagitahu saya?"
Neal menggeleng. "Sebab kau obses dengan aku. Sekarang ni kau dah tau, dan aku harap kau berhenti kejarkan aku." ujar Neal ikhlas, lembut.
Buat cara kasar pun tiada gunanya kalau orang tu dah obses. Naik hantu kau marah dia pun takkan didengar.
"Ma.. Maafkan saya, Neal." serak kedengaran suaranya. Erk, dah nangis ke? "Saya sebenarnya cemburu dengan Zyla sebab awak selalu layan dia walaupun Zyla macam nak taknak je layan awak."
Neal tersenyum nipis. 'Nak taknak je layan awak'. Asal ayat ni rasa macam mencucuk eh? "Sebab I would never give up on someone I love."
"Lagipun kalau nak dapat apa yang kita nak, kita kenalah berusaha. Tapi dengan cara yang baik. Bukan memberontak." aiik? Memerli nampak.
"Emm, tapi saya tau, Zyla suka bila awak sakat dia, usik dia macam tu."Bella mengetap bibir. Pahit dirasanya tika ini.
"Mana kau tau?"
"Sebab saya pun perempuan jugak. Perempuan ni kadang ada yang malu nak tunjuk, kadang tu ada jugak yang tak dapat kenal pasti perasaan sendiri. Tapi saya tak pasti Zyla mana satu." Bella tersenyum nipis dalam tersakiti.
Siapa tak sakit hati kalau orang yang kau suka, terkejarkan tu, sukakan orang lain. Sedangkan, baru tengok drama korea yang endingnya sedih, dah tersedu-sedan.
Takpe, bukan takdir kau dengan dia. Let go all the pain, and create your own new story, new life.
"Aku pun nak minta maaf jugak." Neal mengubah topik.
"Tak. Salah aku jugak. Kalau kau tak buat macam ni, sampai bila-bila aku jadi macam ni. Takkan berubah, malah makin teruk."
"Tau pun." Neal tertawa kecil. Tak boleh serius lama sikit ke? "Dahlah, jom masuk. Lepas ni nak kemas lagi dewan tu." langkah diatur mendahului Bella.
Bella bagaikan tak percaya. Siyes ah Neal ni? Cepat je tukar mood. Tak pernah lagi jumpa lelaki cepat sejuk macam ni.
Bella menghela nafas lega sebelum membontoti langkah Neal dari belakang. Nampak macam mamat korea pulak Neal ni kalau dari belakang. Tinggi pun ya. Agak-agak 17+ kut. Complexion pun-
Okay, dah tu. Cukup.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top