(SiX)
•boyfriend?! •
"Zyla, what happened? Jauh beza tadi. " soal Cikgu Eiyln. Aduh masa ni pula dia nak tanya. Asal tak tanya awal tadi. Aku dah nak bertanding baru nak tanya? Good, man!
"Err-"
"Nevermind, game yang ni sila fokus. I know you can do it. If you win, then there will be another chance. Good luck and all the best." harapan diletakkan kepadaku sepenuhnya. Part ni aku tak suka dengar. Sebab aku takut kalau aku kecewakan harapan besar para cikgu.
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.
Tetiba ayat Neal tadi terlintas di fikiran. 'KAU ANGGAP JE ORANG DEPAN KAU TU AKU.' Bibir mengukir senyum. Orang depan dipandang tanpa ragu.
Nampak jelas pada wajah Dania yang dia sangat yakin kemenangan akan berada dipihaknya. Aku hanya menghiraukan pandangan sinisnya dan fokus terhadap perlawanan yang akan bermula.
1..
2..
3..
Puk! Bunyi bulu tangkis berlaga muka raket kedengaran. Perlawanan dimulaikan. Hati berdegup kencang pada pukulan pertama. Namun semangat tetap dikuatkan.
•••
Perlawanan dimulaikan. Aku memandang kearah Zyla yang kelihatan fokus pada lawannya. Bibir menguntum senyum. Tak lama lepas tu aku disergah oleh Rex yang tak tau dari mana. Sejak mula pertandingan tak masuk dewan. Fad? Tidur dalam kelas agaknya. Maklumlah kebanyakan cikgu sibuk harini.
"Bro! Manda cakap dia nak jumpa kau." pernyataan Rex sedikit mengejutkan aku.
"Asal? Kat mana?" aku pandang Rex hairan.
"Dia kat kantin sekarang." Rex kemudian melabuhkan punggung di kerusi kosong sebelahnya. Jadi Rex dari kantin la ni.
Tanpa melengahkan masa, aku bangkit dari dudukku.
"Woitt Neal kau nak gi mana tu?" soalan Syaz menghentikan aku.
"Kantin. Aku nak jumpa Manda jap." baru nak jalan, Syaz buka mulut lagi.
"Belikan aku mee goreng dan nescafe boleh?" Syaz buat puppy eyes.
"Ada kaki?" soalku geram. Syaz angguk. "Mata masih berfungsi?" Syaz angguk lagi. "Pergi jalan sendiri. Aku nak jumpa Manda, bukan nak order makanan kat kantin." Sejurus itu aku berjalan meninggalkan mereka berdua.
"Ishh dia ni, nak minta tolong pun susah." rajuk Syaz.
"Kau jalan jelah kat kantin tu. Apa susah." Rex tertawa kecil.
"Tapi aku nak tengok Farisya main." Rex tak menjawab. 1saat, 2saat, "Ish yelah, aku jalan sendiri." akhirnya Syaz mengalah.
Rex disebelah sudah tertawa dengan sikap Syaz yang pandai jadi kebudak budakan ni.
•••
"Asal? "
Neal duduk dihadapan Amanda. Kiri kanan dipandang. Seperti berwas was.
"Apa yang kau terteleng teleng kiri kanan? Bukannya kat jalan raya pun." soal Amanda hairan. Pelik dengan sikap sepupunya ini.
Neal tidak menjawab sebaliknya memandang Amanda semula. Lama. Sebelum....
"Woi! Minuman aku tu!" Bahu Neal dipukul geram. Mana taknya, Neal minum minuman dia. "Ee dia ni! Dahlah minum kat stra-" tetiba mata Amanda membuntang.
Neal ikut gaya Amanda yang membuntang itu. "Apa? Tu balasan kau sebab pernah curi minuman aku dalam peti sejuk tau."
"Yelahh." suara Manda meleret.
"Ni kenapa kau nak jumpa aku ni? Rindu aeh?" Keningnya dijungkitkan.
"Apa kau dah buat kat Amier?" soalan itu mengejutkan Neal. Tapi dia hanya beriak selamba.
"Apa aku buat?" eloklah tu. Soallah balik, tak terjawab jugak soalan tu nanti.
"Neal, aku serius ni."
"Hmm aku pun serius gak." Neal buat gaya macam berfikir.
"Aku benci la mac-"
"Okokokok." Tapak tangan Neal dihalakan ke hadapan wajah Amanda. "Aku tak buat apape pun. Aku bagi warn je. Tak sentuh pun muka boy-"
"Eghemm EX." Amanda membetulkannya. Neal tersengih.
"Ex-boyfriend kau tu." Sambung Neal. "Asal? Dia ada ngadu kat kau ke?"
"Tak. Tapi, dari mana kau tahu pasal benda ni? Aku tak pernah cakap kat kau kan?" perasaan hiba sedaya upaya disembunyikannya. Taknak nanti lagi teruk Neal buat budak tu.
"Nak tunggu kau cakap? Memang takkan lah cik adik oi. Aku tau.." matanya dilirikkan kearah Amanda kejap. "sebab aku tau." Neal tayang sengih.
"Eii masalah betul bercakap dengan kau ni. Tak pernah nak serius." Amanda sudah mengangkat punggung. Minuman kotak dilenyekkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
"Ehh orang dah serius tadi apa." kaki sebelah dinaikkan ke kerusi. Gaya samseng gituw.
Amanda tak menjawab sebaliknya duduk kembali ke tempat asal. Pandangan diarah ke permukaan meja. Jari bermain dengan duit syiling.
"Senyap je? Baik aku tengok perlawanan badminton kat dewan kalau macam ni." Neal sudah berura ura hendak pergi.
"Eipp kejap la dulu." pandangannya sayu. "Ermm.. kau tolong bagi ni kat Am eh?" Sebuah kotak kecil dihulurkan.
"Asal aku pula? Kau bo-"
"Aku taknak jumpa Am. Tolong aku, Neal." Matanya dikerdipkan beberapa kali. "Kalau kau tolong aku, aku tolong kau balik. Amacam?" kalini keningnya pula dijungkit jungkitkan.
"Kau nak tolong aku apa?" pandangan antara percaya tidak percaya Neal tunjukkan. Budak ni bodek je lebih.
"Emm mungkin Zyla?" Amanda sudah tersenyum. Tahu kemenangan akan berada dipihaknya.
Lama Neal diam. Sedang berfikir mungkin. "Ahh kau tak payah nak acah tolong aku sangat. Selama ni aku je yang selalu tolong kau." dahi Amanda dijentik. Mendecit dia kesakitan.
Kotak tersebut diambil sebelum berdiri meninggalkan tempat tu. "Nasib aku baik hati. Buat mual aku je tengok muka budak tu. Serupa anjing." mini pizza milik Amanda yang elok terperap kat dalam tapau dicubit sedikit. "Hmm sedap. Bagi aku jelah eh?" dengan cepat Neal menyambar tapau itu.
Amanda memandangnya geram. "Kau ni kan minuman aku kau habiskan, kalini makanan aku pula yang kau nak sambar? Haiss buang duit aku je." dah serupa nenek Manda bercakap. Sambil tangan mencekak pinggang.
"Haa yang ni, ganjaran aku tolong kau. Tataa!" laju sahaja kaki dibawa lari. Mujur tak dikejar oleh Manda.
•••
Keringat didahi dikesat. Satu point lagi dia akan menang dalam game ini. Dengan markah yang hampir seri membuatkan Zyla semakin tidak tenang.
Sedut hembus nafas dihela. Mengumpul semangat. Mata diliarkan seketika. Ternampak Neal yang baru hendak masuk dalam dewan. Kemudian pandangan dialihkan semula kehadapan.
Kelihatan lawannya, Dania sudah tidak senang. Genggaman pada raketnya dikuatkan. Jelas menampakkan yang dia benar tidak puas hati dengan angka yang terpapar. 19-20.
Terkumat kamit mulut Dania. Apa yang dikatakannya aku pun tak pasti.
Bulu tangkis dipukul. Tangan terketar ketar hendak menyambut namun mujur terkena tepat pada muka raket. Dania kelihatan seperti mendecit. Dahinya berkerut.
Tetttt! Seperti baru tersedar bahuku terhinjut sedikit. Papan markah dipandang. 21-19?! Beralih kepada Dania dihadapan. Dia terduduk sambil memegang buku lalinya. Barulah aku sedar yang dia terseliuh tadi.
Aku menghayal ke tadi? Kenapa aku tak perasan Dania jatuh?
Beberapa orang sukarelawan datang kearah Dania yang sedang duduk menunduk. Memapahnya keluar dari gelanggang. Aku tak tau nak rasa apa, happy? Simpati?
Kaki dibawa menuju keluar gelanggang. Benda pertama aku capai, tuala kemudian botol.
"Queenzyla, congrats." Cikgu Eiyln datang padaku dengan sebuah senyuman. "One last game adalah penentuannya. Keep energetic." bahuku ditepuk. Mujurlah dikau perempuan. Kalau tak, dah lama aku tampar tanganmu cikgu.
Senyum nipis dipamerkan. Angguk sedikit sebagai respon mengiyakan.
"I need to see Sya. She win the first game just now." makin lebar senyumannya. Aku angguk, lagi.
"Ahaa!" tersedak aku dibuatnya. Siapa pulak yang main ahaa ahaa ni? Nak aku tempeleng agaknya. Mujur tak terkeluar air dalam mulut.
Aku menoleh. Niat hendak mejeling dibatalkan pabila mengingati yang dia sudah bagi semangat sebelum game tadi. Senyum dipamerkan. Tak ikhlas.
"Kau menang kan?" Neal bergerak kehadapanku. Dah tau, tanya jugak. Bahu dijungkit. "Hek elee ni mesti kau dah anggap orang depan kau tu aku kan? Kankankan?" wajahnya didekatkan. Eihh nyesal pula aku luah kat dia.
Aku hanya diam. Malas hendak bercakap. Biar orang cakap Neal ni gila cakap sorang sorang.
"Aihh budak ni. Nak aku cium agaknya." aku masih diam. Tetiba rasa macam muka dah dekat tepi aku. Mataku membuntang. Segera badannya kutolak.
"Apa kau ni?!" nada suara ditahan setahannya. Kalau boleh, nak je aku teriak.
"Ehh boleh bercakap? Ingatkan patung tadi. Baru nak kiss."
"Kiss hotak kau! Taknak aku dengan orang utan jadian macam kau." punggung dilabuhkan ke bangku. Regangan badan dilakukan.
"Ehh aku yang elok handsome macam ni kau kata orang utan? Uiss mata apa kau ni?" wajahnya didekatkan. Melihat kedalam anak mataku. "Warna hazel. Hmm ni mesti keturunan orang asli. Kau sesat eh?"
"Eihh menyesal pulak aku bercakap dengan malaun ni."
"Ahh? Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar." Neal kini duduk disebelahku. Telinganya didekatkan. Nak aku piyat agaknya. "Awawawww! Aduuhh ketam betul tangan kau. Sah keturunan orang asli!" tangannya mengusap telinganya yang dipiyat olehku.
Jelas nampak kemerahan. Kuat sangat eh? Kesah pulak aku.
"Umm hey. Awak pemain wakil dari sekolah ni kan?" satu suara menyapa. Lantas wajahku didongakkan. Dia tersenyum manis. Aku angguk.
"Ya, sayalah tu. Kenapa ya?" ewahh sopannya kau Zyla. Neal kat tepi dihiraukan.
"Nice to meet you, girl." tangannya dihulurkan. Dengan janggalnya aku menggeleng. "Ohh sorry." seperti baru tersedar, dia menarik tangannya kembali.
"Tak-"
"Eghemm!" haikk orang sebelah aku ni dah kenapa? Sakit tekak? "Erghemm hemm. Emm haa kau siapa?"
"Oh saya Daniel. Wakil sekolah Felish Highschool. " tangannya dihulurkan sekali lagi. Tapi kalini untuk Neal.
Neal sambut huluran itu. "Neal. Boyfriend Zyla." keningnya dijungkitkan kepadaku.
Menyampah!
"Ohh. Emm kalau macam tu saya pergi dulu la." Daniel sudah berura ura untuk pergi.
Aku toleh pandang Neal yang sedang tersenyum sinis.
Suka hati dia je?
Kau memang nak kena Neal!
Emmm nak tanya ni ,,, 'draf' pun readers bole view jugak ke? Asal aq rasa draf aq kena view eh? Tak publish pun lagi dah ada view.. pelik tapi benar!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top