(SeVeNtEeN)





•mengintip👀•





BANG!

Terhinjut bahuku.

Air dibaldi terpercik sedikit dimuka. Lantas dikesat dengan lengan berbaju yang kering.

Dada diusap. Nasib tak gugur jantung tadi.

Siapa pulak yang hempas pintu macam nak runtuh ni?

"Kak Zyla!" terhinjut lagi bahuku. Bertuah punya budak!

Perlahan aku menoleh. Pening dikepala cuba dilawan. Silau!

Sebab tu aku tutup pintu tu tadi. Bila silau, kepala makin pening.

Orang tu datang mendekat. "I told you to stay, kan tadi? Apala akak ni degil sangat." oh, Amanda rupanya.

Bila dah dekat baru aku nampak dengan jelas. Aku tayang sengih. "Kain banyak nak basuh. Semalam rushing nak mandi sebab dah nak dekat roll-call. " jelasku.

"No no no. Stop and let me do it. Akak balik dorm. Rest. " pili paip dipulasnya. Tanganku ditarik.

Ditadahkannya pada air yang sedang mencurah.

Mencuci puta sabun yang hingga ke lengan."Dah, biar Manda buat." lengan baju kurungnya disinsing paras siku.

Baru aku perasan, "Kenapa tak ganti baju tu dulu? Go change first. " arahku.

"Kotor nanti, Manda boleh cuci jugak. Nah, don't try to trick me. " cucian dimulakan.

Haih, susah bercakap dengan orang bijak ni. Trick sikit dah tahu.

Pasrah. Punggung dilabuhkan di tengah antara singki paip bilik basuh. Tempat untuk meletakkan barang mandian.

Tempat yang kering diduduk.

Nilah masalah kalau tengah sakit, kejap je dah penat. Haih, begini ke rasanya jadi orang tua?

"Manda tak suruh akak rehat situ. Go lay on your bed. Don't worry, Manda okay je sorang kat sini. " tanpa menoleh. Air dalam baldi ditumpahkan. Aik dah siap basuh ke?

Kejapnya? Aku tadi satu kain pun ambil masa 5 minit nak basuh.

"Kenapa tak guna washing machine je tadi? Dah tau diri tu sakit, takyah lah nak tunjuk larat." kain tadi dibilasnya.

"Takde tempat. Semua dah full." jawabku malas.

"Kak Sya? " soalnya lagi.

"Nak tidur katanya. " tipu. Sya pun tak tau aku basuh kain.

"Yeah, liar. " whut? Bijak betul sepupu Neal ni. "Wait here. Manda nak spin kain ni. Lepastu jemur. "

Aku dah ternganga. Sekarang ni aku ke dia yang kakak? Mengarah macam senior betul.

Malas nak menjawab, aku diam. Ikutkan sahaja.

"Stay. Don't even move a little. " ujarnya lagi sebelum hilang dari pandanganku.

Aku tersenyum kecil. Badan aku baringkan. Dalam bilik basuh pun jadilah.












"Malam ni ada spot-check. " Fad yang baru keluar dari tandas. Menghempaskan badan atas katil.

"Dengar mana? " Rex dengan biskut dimulut. Fresh dari locker Neal.

"Asal? " Neal yang tadi seronok berbaring bangun. Mengambil satu biskut tiger.

Dikunyah sambil menunggu jawapan dari Fad. "Dengar budak bercerita dalam tandas tadi. Tapi tak pasti lagilah. Sebab ada laporan budak asrama bawa benda terlarang. " tenang.

Rex dan Neal hanya mendengar tenang. Mulut keduanya berbentuk 'o'.

Syaz pula dah seronok mengampai atas katil. Berliur dah pun. Ahaa gurau je. Takde pun berliur.

"Siapa? " soal Neal.

Fad toleh pandang Neal lama. Sebelum, "Kau." ujarnya selamba.

Tercekik Rex.

Neal pulak dah angkat jari telunjuk kat Fad. Mulut masih penuh dengan biskut. Tak dapat bercakap.

"Aku dah berhenti bawa benda tu bulan lalu tau. Kau jangan nak cakap bukan-bukan pulak." akhirnya, setelah berusaha menelan segala kunyahan biskut.

Fad tertawa. "Takdelah, gurau je. "

Benda apa? Gajet terlarang lerh. Bulan lalu nyaris kedapatan. Mujur Neal orangnya tangkas.

Disembunyikannya gajet itu di suatu tempat yang tak di cek.

"Tapi en, aku ada firasat yang antara kita yang akan-"

Neal potong. "Kau jangan nak memandai nak firasat bagai. Mulut kau ni boleh tahan jugak. Apa yang dicakapnya, itu jugak yang akan jadi. "

"Manalah tahu.. "

"Weh aku dah insaf bawak benda tu. Tahun ni nak SPM. Aku taknaklah kena buang asrama. Cukup sekali dah kes besar. Wuhh nakal jugak aku ni kan. " baru nak sedar diri.

"Tak dinafikan. Ya, memang. " selamba Fad. Rex dah bantai gelak.

"Tu dulu.. People do change maa. " Neal tabik dada. Tak terkesan langsung dengan ayat Fad.

Kemon la joo, geng joking kan.










"Done! " Jelas terpancar kepuasan hati Amanda. Dah siap basuh, jemur pun dah. Bangga kejap.

"Penat? "soalku. Dari tadi aku hanya memerhati Amanda menjemur kainku.

Rasa malu tu ada jugaklah. Siapa tak malu kalau pakaian dalam pun orang lain yang tolong sidai en?

"Tak. Seronok dapat tolong orang. Lagi-lagi kalau orang tu Kak Zyla. Nanti bolehlah Manda minta belanja kat Abang Neal sebab dah tolong Queenheart dia buat kerja. " Amanda tertawa kecil.

Aku hanya tersenyum nipis. 'Queenheart'. Haihlah nama tu, comel betul!

"Akak senyumkan apa tu? "baldi diangkat. Berjalan balik ke dorm.

"Ehh takde pape pun. " bibir bawah aku gigit. Angau eh?

"Okay, Manda percaya. " tapi nadanya macam tak percaya. Aku segera menunduk.

Tak lama lepas tu, kedengaran guard bercakap kat speaker asrama.

" Perhatian kepada pelajar aspura yang bernama Neal, anda dipanggil ke pondok pengawal sekarang. Sila bawa beg kamu. "

Aku tersentak. Neal, kan? Tapi kenapa? Nak cakap parents dia jenguk, kena suruh bawa beg. Pelik!

Hati dah berdegup kencang. Rasa tak sedap hati je.

Takkan Neal...













Selesai pengumuman diucapkan, tegukan air serta merta terhenti. Mataku dipejam pelik beberapa kali.

"Nama aku ke tu? " soalku kepada Rex yang sedang elok berbaring.

Buku ditangan ditutup. " Ha'ah. Macam. Kau turun jelah, tengok kalau memang kau yang kena panggil tadi. "

"Tapi dia suruh bawa beg kan tadi? Beg apa eh? Takkan beg sekolah? " kepala digaru. Mula turun dari atas katil.

"Kau bawak jelah beg sekolah kau tu." buku dibaca kembali. Ulat buku lah katakan.

Beg sekolah dicapai. Baru nak keluar dari dorm, "Seluar kau tu. " Seluar track-suit Rex baling.

Neal tersengih sebelum memakai seluar itu dengan cepat.









"Saya ke yang kena panggil tadi, pakcik? " soalku pada guard yang menjaga di pondok pengawal.

Keadaan asrama sunyi kalau dari sini. Macam takde pape berlaku.

"Bagi beg kamu." tanpa menjawab soalan aku tadi, ketua warden asrama, aka Cikgu Rie mengambil beg aku.

Pelbagai soalan muncul diminda. Pelik. Apa yang berlaku?

Selang dua minit Cikgu Rie selesai menyelongkar beg aku, akhirnya dia mula bersuara.

"Eghem." dehemnya. Aku toleh pandang.

Sebuah kotak rokok dan lighter ditunjukkannya kepadaku.

Dahiku berkerut.

Cikgu ni dah kenapa? Nak ajak aku merokok ke apa?

"Give me your parents number. " okay, seriously aku tak faham apa yang berlaku.

Nak telefon parents aku asal?

"Maaf cikgu, tapi saya tak faham apa yang berlaku." wow. Naifnya soalan tu.

Cikgu pandang aku tenang. "Ada laporan yang kamu bawa benda terlarang. " kemudian pandangannya beralih kepada skrin telefonnya.

Aku terdiam. Kemudian tergelak kecil. Namun kedengaran janggal.

"Cikgu tengah gurau kan? "

"Nampak cikgu main-main ke? " aku hanya mengeleng menidakkan.

"Tapi saya tak bawa benda tu. " aku masih bersabar. Taknak dianggap biadap.

"Habistu apa benda ni? Mainan? Dah, ikut cikgu kat bilik disiplin. Sekarang. " muktamad.

Neal terpaksa ikut dengan arahan itu walaupun dia tahu yang dia boleh je ingkar.

Tapi dia nak tahu siapa punya angkara semua ni.

Kalau aku tahu siapa, mati aku kerjakan.

Penumbuk digengam. Menahan amarah.









Aku dan Amanda memerhati disebalik tingkap bilik prep aras 2. Curious sebab apa Neal kena panggil. Sebelum ni, tak pernah-pernah.

Niat asal nak masuk dorm, tapi bila dengar pengumuman tu, laju je si Manda ni bawak aku mengintip.

Tapi malangnya, kitorang hanya nampak sipi-sipi je.

Amanda melepaskan keluhan. "Haish asallah tak nampak."

Kami berjalan keluar dari bilik prep itu.

Baru nak melangkah keluar, terdengar butir bicara dari pelajar yang lain.

Aik,banyak jugak yang mengintip. Eh lupa, Neal kan banyak peminat.

"Gila! Abang Neal bawak benda terlarang?! " suara perempuan 1.

"Yeke? Alaa aku tak nampak lah tadi. Benda apa dia bawak? " perempuan ke-2.

"Ha'ah. Aku pun tak sempat tengok apa benda yang Cikgu Rie keluarkan dari beg dia." perempuan ke-3.

"Aku bagitahu ni, jangan bagitahu orang lain tau. "perempuan pertama.

"Okay, janji." perempuan ke-2 dan ke-3 menjawab serentak.

"Neal bawak rokok."

Dush! Terkelu aku. Ro-rokok?!

Aku pandang kumpulan perempuan tu. Semua form3.

"Ehh kejap, akak form4 tu dah tau ke pasal ni? " suara perempuan ke-2 kedengaran.

"Siapa pulak akak form4 kau ni? " perempuan ke-3.

"Alaa yang ada Queen depan dia tu." perempuan ke-2.

"Akak Zyla ke? " perempuan pertama.

"Haa yang tu." perempuan ke-2 mengiyakan.

Dalam diam aku tersenyum. Hormat jugak diorang ni dengan senior.

"Entah. Tak tahu lagi kut. Asal? " perempuan ke-3.

"Takde pape.. Akak tu bukan dengan Neal ke? Sebab aku selalu nampak diorang jalan sesama. Comel je aku tengok. Sepadan!" teruja si perempuan ke-2.

"Ha'ah. Secocok. Akak tu warna mata coklat en? " perempuan pertama mengiyakan.

Perempuan ke-2 hanya mengangguk.

Tak lama lepas tu mereka dah diam. Mungkin dah balik kat dorm.

Aku diam tak terkutik. Tak, adik junior. Akak bukan dengan Neal.

Senyuman yang tadi terlakar kian pudar. Kenapa Neal sanggup bawa benda tu? Tak reti nak insaf ke? SPM dah dekat. Tapi-

"Kak!" tersentak aku dari lamunan.

Terpinga-pinga memandang Amanda. "Kenapa? "

"Akak tulah. Ingatkan kena sampuk apa tadi. Orang tanya, diam je." Pintu dorm ditolak.

Ya, bilik prep ni bersebelahan je dengan dorm kitorang. Jadi senanglah kalau nak belajar sampai late night.

"Akak okay tak ni? " mukaku dibelekkan.

"Ok... Okay. Ya, akak okay. " tak okay.

Segera aku menuju ke katil. Pening makin menjadi-jadi. Harapnya sebelum Isnin datang, sembuh cepat.












Here's another update🍡

Okay, so,,,, lepasni sis takkan dapat update selalu dah. I mean update every week gitu. Sebab? 🤔

Sekolah dah bukak! Lagipun sis pelajar asrama. Kerja rumah pun berlambak lageyy 🤟🏼

Tapi,,,,,, tapi. Takpe. Sebab balik nanti, sis akan update ASAP!

Just hoping you guys boleh stay tuned for the next chapter. Just save this story kat 'achieve '.

So that bila sis dah up, korang boleh dapat notify . 😗

Thanks kepada yang dah support sis tu. I appreciate it damn much!

*even yang jadi silent reader* dan yang dah tolong sumbang vote⭐⭐⭐⭐ +++++ terbaik ahh korang!! 🤟🤜🤛

Geezzz aku dah tak tau nak cakap apa. So,, hope to see you guys soon!

Nah💓💓💓💓💓

*taknak ambil pun takpe. Selamat nyawa aku🙊🙉

Emmmm nak mintak hadiah bole ? Nak vote 10 keatas 😊 boleh kan ? Kalau tak boleh , takpelah , I'll let this to be cliffhanger HAHAHAHA *gelak jahat*

U guys can share this story kalau suka 😊

Okaylah , SYS !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top