(SeVeN)
•pick-up lines•
"Jam? " soalku tanpa menoleh kepadanya. Siapa lagi kalau bukan Neal. Dia je yang dari tadi tak pandai berganjak. Bila aku suruh pergi dekat kawan kawan dia yang lain banyaklah alasan dia.
Malaslah,itulah inilah. Mengada je aku tengok.
Wujud jugak spesies lelaki gedik ni en. Menggatal tak sudah. Dahlah tetiba mengaku boyfriend kite!
"Hah?" haiik tuli ke Neal ni. Aku jeling dia sekilas.
"Jam." tekanku sedikit keras.
"Ohh jam.. Jambatan ke hatimu." eii kan dah cakap. Gedik betul!
"Ehh taktak jambatan kat hati aku dah runtuh. Maaflah ye, tak boleh nak lalu." ambik kau!
"Ehh laa ye ke?" mukanya disedihkan. "Hmm takpe nanti aku mintak tukang kayu tolong baiki jambatan kau tu. Nanti bolehlah aku lalu. Alang tu boleh tinggal kat sana." Loyar buruk nampak. Eishh geram pulak aku dengan dia ni.
"Aku tanya jam. Jam berapa dah ni. Bukan cakap pasal jambatan nak pergi jamban rumah kau tu." haa tengok kan dah mengarut.
Diam. Aku toleh pandang Neal. Senyuman melekat dibibirnya. Hmm patutlah diam. Dah serupa dengan kambing Pak Samad aku tengok. Eihh apa pulak kali ni?!
"Yang kau duk tersengih macam kerbau mandi taik ni dah kenapa? Aku sepak kang baru tau!" geram ni geram. Aku dah nak meletus boleh pulak dia senyum kat kita.
"Aahh kata kite kerbau pulak." Neal berpura pura merajuk. Ingat aku hamak nak pujuk kau? Ehh tolong, taknak aku.
"Habistu aku tanya jam kau tak jawab."
"Hmm yelah yelah. Nak bagi pickup line pun susah." buat tak layan. Malas. "Jam apa sekarang ni, p.m ke a.m?"
Aku pandang Neal tak percaya. How come dia boleh tanya soalan tadika ney?!! "a.m lah. Kan masih pagi ni."
"Ohh a.m tu maksudnya 'aku menyayangi' kamu kan? Hmm sayang jugak kau kat aku kan." mataku membulat. Seriuslah Neal ni? Makan buku apa dia ni?
"Astagaaa, sabar Zyla sabar."dadaku diurut perlahan. Menahan rasa geram. Sebenarnya aku nak senyum. Alaa acah je. "Kau nampak raket ni?" raket yang seronok baring kat tepi aku angkat. Acah nak tampar guna raket tu.
"Eipp okok tak dah. Jam.. " suaranya dileretkan. Apalagi?!!
Aku jeling Neal kat sebelah kalau sekali lagi dia memain, hinggap jugak raket ni kat muka dia. Ada jugak yang leper muka separuh. Aku angkat lagi raket aku. Lebih tinggi.
"11.45" Laju sahaja perkatan itu terpacul dari mulutnya. Sebelah tangannya menahan raket yang sedang aku pegang. Ehh kejap asal aku rasa macam-
Aku tengok raket yang aku pegang. Atau lebih tepat lagi tangan Neal yang tengah pegang raket tu. Tapi bersentuh dengan tanganku.
Dengan segera aku menarik tanganku. Tapi makin kuat pula pegangan Neal pada tangan aku.
"Move your freaking hand, Neal!" suaraku dengan sedaya upaya ditahan. Takut nanti menarik perhatian orang ramai.
Senyuman nakal terlakar dibibirnya. Pegangannya dikuatkan sebelum dilepaskannya.
"Warm. I like it! " Matanya dikenyitkan. Pervert!
Dia bangun dari duduk. "Bye, good luck." ayat terakhir sebelum Neal beredar dari tempat rehat aku. Beberapa saat kemudian dia menoleh kembali. "Ohh! see you soon, my Queenheart. " bersama senyuman sinis dia meneruskan langkah.
Aku masih terpaku disini. Pegangan tangan Neal tadi seperti masih dirasai. Terkelu. Ahh no komen la aku tak tau nak cakap apa. Jangan tanya apape kat sini. Titik!
Aku tidak sengaja terpegang tangannya. Tapi aku tetap kawal riak wajahku. Tetap ingin kelihatan seperti tidak perasan akan benda tu.
Aku kuatkan pegangan itu sebelum melepaskannya. Sengaja nak usik gadis tu. Nampak mukanya berona merah. Marah mungkin?
Dalam masa yang sama aku ternampak Amier yang baru hendak keluar dari dewan itu. Lantas teringat akan kotak itu. Aku segera berdiri.
Sebelum aku pergi, sempat aku cakap good luck kat Zyla. Dia tak balas apa-apa melainkan hanya diam. Takpe, aku tak kisah sangat. Dah biasa diendahkan olehnya.
Aku mengejar langkah Amier.
"Oii budak! Tunggu situ." nampak tak betapa tak hadapnya Neal dengan si Amier ni. Sampai panggilan 'budak' pulak yang diberikan.
Amier menoleh. Liur ditelan kesat. Dia kelihatan takut.
"Ap-apa dia Neal?" soalnya sedikit gugup. Kang kasar melayang penumbuknya.
"Tak payah nak takut sangat lah. Buat hal berani pulak." pedas pulak bicara Neal kalini. Macam tak sedar diri je yang dia tu lagi banyak buat onar dalam sekolah ni.
Amier tertunduk seketika.
Neal menghulurkan kotak itu. "Nah, ambil ni. Dari ex mainan kau, Amanda." tajam jugak ayat Neal ni. Terpengaruh dengan Zyla ke?
Amier mengambil huluran itu perlahan lahan. "Ba-baiklah. Terima kasih, Neal." tertunduk tunduk Amier bercakap.
"Hmm, tak payahlah nak takut dengan aku sangat. Aku tak makan orang pun. Lainlah kalau kau nak minta jadi mangsa korban makanan santapan aku malam ni. Aku boleh je." Neal tahan tawanya dari meletus. Menekur lantai je budak tu. Takut lah tu!
"Bod- ehh taktak." Amier menggeleng kepalanya. Macam mana pulak aku boleh terlepas cakap ni?!
Nasib tak habis perkataan tu aku sebut.
"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku pulak. Ini kira dah baik aku cakap bebaik dengan kau." baik mananya. Pedas je kata kata dia tadi.
Amier mengangguk kemudian menggeleng. Ehh apa aku buat ni? "Ak-aku pergi dulu." pamit Am.
"Hmm eloklah tu. Menyemak pandangan je kau ni." dush! Aihh mulut Neal ni, betul betul dah terjangkit dengan Zyla tu ke? Asal pedas je ayat dari tadi? Haihh ni mesti terjangkit dengan Zyla tu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top