(NiNe)






•forgave•






Liur ditelan payah. Terasa seperti batu menghalang laluan ruang esofagus. Susah benar hendak menelan!

"Neal, bitch dah datang. Matilanak." Fad bersuara. Pandangan dialihkan kearah Neal yang turut terkedu.

"May i sit here?" kerusi bersebelahan dengan Neal ditunjuk.

Neal menggeleng laju. Kemudian kerusi yang berjarak 2 meter darinya ditunjuk. Menyuruh gadis itu duduk disitu.

Gadis itu mendengus geram. Namun digahkan juga punggungnya untuk dilabuhkan pada kerusi tersebut.

"Kenapa jumpa aku?" nadanya sedaya upaya ditahan.

"Nak jumpa boyfriend sendiri pun tak boleh ke?" kakinya disilang. Memandang tepat kearah Neal dihadapan.

Fad disebelah hanya mendiamkan diri. Dahinya berkerut memandang gadis itu.

"Siapa boyfriend kau kat sini?" Neal pandang Fad disebelah. Fad angkat bahu. Neal ikut sama. Kemudian memandang gadis itu semula.

Gadis itu tersenyum sinis. "You." satu perkataan yang ringkas dan mudah difahami.

"Which 'you'? " soal Neal. Sengaja hendak mendidihkan api amarah gadis dihadapannya.

"You, Neal F. -"

"Okay, enough. This is so shit." matanya mencerlung tajam memandang gadis itu. "Bella, how many times should i tell you that I'm not-"

"No! You're my-" percakapannya dipotong lagi.

"I'm going insane! " nadanya sedikit ditinggikan. "Please, Bella. Stop being obsessed. Aku taknak kau jadi gila." kalini nadanya direndahkan. Memandang gadis dihadapannya dengan kesabaran yang ditahan tahan.

Mata gadis itu membuntang. Mulutnya terbuka seperti ingin mengatakan sesuatu namun tidak terkeluar. "Ne..Neal! But why? "

Pipinya didigit dari dalam mulut. Kalau boleh, dia taknak lukakan hati gadis dihadapannya ini. "Look, -"

"No! Habistu kenapa kau bagi aku harapan?" bibir bawah digigit. Jantungnya berdegup kencang. Tangan terasa sejuk.

"Aku tak pernah bagi kau harapan, Bella. Kau je yang fikir macam tu. Aku layan kau macam aku layan semua orang. Tak lebih dan tak kurang." Neal cuba bertutur tenang. Dia cuba sebaik mungkin agar tidak melukakan hati gadis itu. Malangnya, dia tak jumpa ayat yang sesuai.

Reaksi Bella kini berubah mengukir sebuah senyuman sinis. "Heh, sebab perempuan tu ke?"

Neal dan Fad berpandangan. Sebelah kening Neal dijungkitkan. Siapa pulak perempuan yang si Bella ni cakap?

"Queenzyla." nama itu diucap dengan senyuman sinis yang masih kekal di bibir.

"Kenapa dengan dia?"

"You love her? "nada sinis kedengaran.

Neal terkedu seketika. Namun segera beriak tenang. "You think so? " bersama senyuman sinis dibibir. Sengaja dia bertanya. Kelihatan gadis itu terkelu. Tiada sebarang kata lagi yang keluar dari mulutnya.

"Urgh! I hate this! " punggungnya diangkat dari kerusi itu. Berjalan menuju pintu keluar. Dia berhenti seketika di permukaan pintu. "This was just a beginner, Neal." dia tersenyum sinis sebelum melangkah keluar.

"Shiyel. Sakit jiwa apa dia tu." Fad mula bersuara.

Neal menghembus nafas berat. "Dia dah target Zyla sekarang." meja putih dipandang kosong. "Ehh jom pergi kantin. Aku lapar la pulak." Neal bingkas berdiri. Dia mengeliat kecil. Perkara tadi dihiraukan sahaja.









Badanku terdorong kebelakang. Seseorang memegang tanganku. Menarik aku keluar dari koperasi itu. Aiskrim yang dipegang tadi diletakkan semula dengan kalut. Siapa pulak main tarik tarik ni?

Dengan keadaan yang agak sesak dengan para pelajar masuk kedalam koperasi, agar sukar untuk aku mengecam siapa orang yang sedang menarik aku.

Tiba di rooftop sekolah, -ehh kejap, rooftop? Asal aku tak perasan tadi? Haa ya, semua lah aku tak perasan.

Pegangan dilepaskan secara kasar.

"Dania?" dahiku berkerut memandangnya. Macam mana dia boleh tau tempat ni?

"Heh, kenal lagi rupanya." sinis.

"Kenapa kau bawa aku kat sini? Dan mac-" banyak pula soalan yang dilemparkannya.

"Jangan banyak tanya boleh tak? Kau. Tak sangka. Aku ingat lepas kau dah pindah, aku takkan nampak muka kau lagai. Tapi?" dia mengalihkan pandangan. Kata katanya penuh benci.

"Kenapa Zyla? Kenapa?! Kau tau aku nak masuk peringkat tu! Tup tup, lawan dengan kau. Aku. Dah. Melepas! Argh shit! " Dania meraup kasar wajahnya. Tubir matanya terasa panas.

Aku diam. Terpaku di tempat aku berdiri. "Aku minta ma-"

"Diam! Kau tak faham, Zyla." Dania terduduk di atas lantai. Air matanya bertakung kini. "Family aku selalu pandang rendah kat aku. Tiap kali aku kalah dengan kau dulu, tiap itu jugaklah kata hinaan dilemparkan. Aku tak kuat, Zyla." pandangannya dialihkan kepadaku yang masih berdiri kaku.

Kaki dibawa mendekatinya. Tangan diletakkan diatas bahunya dengan ragu ragu. Diusap perlahan. Badan dibawa duduk disebelahnya.

Dania memelukku. Aku yang mulanya terkejut memberi reaksi. Pelukan itu aku balas. Mengusap belakang Dania yang kini sudah teresak menangis.

"Aku minta maaf selama ni aku layan kau teruk. Aku stress. Acap kali balik dari latihan, aku disambut dengan sebuah hinaan. Namun tidak termasuk abang dan kakak aku." esakkannya terhenti. "Aku tekad, nak kalahkan kau. Tapi, aku lemah. Aku rasa tersisih. Takde siapa yang nak sokong aku. Abang aku tak tahu yang aku stress sebab ni. Kakak aku pulak, sambung belajar kat luar negara." sambungnya. Sisa air mata dilap.

"Aku minta maaf. Aku tak tahu pasal benda ni." pelukan dileraikan. Dania tersenyum nipis.

"Takpe. Benda dah berlaku. Salah aku jugak sebab salahkan kau lebih. Aku minta maaf eh selama ni aku layan kau teruk. Pasal Zaf tu, aku tau kau tak buat. Aku je yang bodoh fikir benda bukan bukan." Nia tergelak kecil. Teringat akan pergaduhannya dengan Zyla sebelum dia berpindah ke sini.

"Aku dah lama maafkan kau. Benda lama tak usah dikenang lagi. Lebih baik mengambil yang jernih, buang yang keruh." aku tersenyum. Akhirnya, selesai jugak masalah ni. Dah tak ada benci membenci lagi antara kami.

"Berbunga jugak ayat kau eh." Nia ketawa kecil. Aku turut tertawa.

"Kau lapar tak? Jom pergi kantin, nak?"

Dania memandangku sebelum mengangguk mengiyakan. "Jom!"








"Jadi ke nak tunda?" soal Fad. Hujung bucu plastik digigit.

Nafas dihela sebelum menjawab. "Tak. Kena jugak langsung minggu depan ni. Eihh nak cuti pun susah!" Minuman Fad yang terletak di hadapan diambil tanpa izin. Dihirup perlahan.

"Woi! Minuman aku siot! Eihh kau ni suka hati je minum. Pergi beli sana. Bankrup aku macam ni." minuman ditangan Neal dirampas. Dihirup pula minuman itu sampai habis. Pergh! Muka dia, macam tengah sedut hos besar! Rakus je dia habiskan minuman tu.

"Yelah. Minum sikit je pun nak marah."

"Bangang! Tinggal separuh je lagi. Itu yang kau kata sikit? Ehh duit aku guna bukan 10sen pakcik. 1ringgit! Dah pergi angkat punggung kau tu. Beli minuman sendiri." Fad buat gaya menghalau. Terpaksalah jugak dia beli minuman sendiri.

Kaki dibawa menuju ke tempat minuman. Tin Nescafe dicapai. Not RM1 dua keping diambil dari dompet. Menunggu giliran membayar. Banyak jugak pelajar hari ni eh. Ehh lupa pulak, ada dari sekolah lain.

"Kak sa-" aku baru nak ambil peluang. Dah ada yang rebut. Haih macam manalah nak bayar. Aku toleh pandang pelajar tu. Zyla!

"Kak saya nak bayar. Kami berdua." keningku terjungkit. Dia bayar untuk aku ke?

"Kamu dengan Neal ke?" soal akak tu. Dia kenal aku sebab aku selalu borak ngan diorang. HAHA sambil tu nak bodek mintak makanan free. Tu dululah. Uiss nakal jugak aku eh bila ingat balik.

Zyla pandang aku. Jelas kelihatan terkejut dengan kehadiran aku disitu. "Eh tak tak. Saya dengan kawan saya. Ni haa." orang sebelahnya ditunjuk.

"Oh okay."

"Eghemm! Kau memang nak bayar untuk aku kan?" Zyla pandang aku dengan muka geram.

"Aku dah cakap tak tadi kan. Kau pekak ke tuli?" dia senyum sinis. Minuman tinnya dibuka. Nampak side gangster tak kat situ? Tak padan dengan perempuan betul!

"Tak pekak. Tak tuli. Buta je." ehh apa aku cakap ni?

Zyla frown. "Buta pebende? Elok je kau jalan aku tengok. Takde pun guna guide. "

"Aku buta sebab tak nampak perempuan selain kau." chia! Senyum ditarik. Alahai rasa senang je dapat bercakap dengan budak ni. Walaupun mulut tu laser sikit la.

"Ohh.. Jadi selama ni ibu kau jantina apa?"

Gulp! Aduhh baru nak acah sweet. Tak pernah menjadi! "Mestilah perempuan."

"Dah tu? Selain kau konon. Dahlah aku nak pergi dewan ni. Harap tak jumpa lagi lah ye!" Zyla segera mengamit kawannya tadi sebelum pergi meninggalkan aku disini. Ehh macam sedih je bunyi dia tu.

Minuman itu segera kubayar sebelum berganjak dari tempat tu. Tak pepasal banyak bebel pulak si Fad tu.










Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top