(FoUr)





•psychological •







Kaki dinaikkan diatas meja. Pandangan dihalakan ke luar tingkap bilik belajar. Nak belajar, siapa je boleh tahan belajar kalau keadaan dalam bilik belajar ni pun dah serupa makcik kat pasat tu. Dok potpetpotpet. Nak kata bapok, tak jugak. Heishh susah para kawanan lembuan ni.

"Dari jauhhhh ku berlariii.. Mengejar mimpi mim-" suara antara sumbang-merdu menerpa ditelinga Neal. Lantas dia menoleh.

"Bodoh." duss adab mana adab?

"kau ni, bagilah aku ayat yang sweet-sweet semanis madu ke,ni tak. Cakap orang bodoh pulak." Syaz buat muka kecewa.

"Eii seram aku nak bersawit dengan kau. Kang kena cop gay, hell no!" Neal menjeling. Ada ada je perangai kawannya ni.

"Alaa kau ni, aku bukannya gay kut." kerusi sebelah kanan Neal ditarik. Belum sempat dia melabuhkan punggung, pantas Neal menghalang.

"Copcopcop! Kertas mana kertas? Kau ada bawa turun bawah tak ni?"

Syaz tepuk dahi. Haa lupalah tu. "Ha'ahlah. Yang tu aku nak ingat tadi, tapi lupa pulak. Aku ambil jap." Syaz berpatah balik ke dormnya.

Tak lama lepas Syaz pergi, Rex pula kalini datang. Fad jangan tanya, dah melantak kepala atas meja sejak masuk bilik belajar. Budak tu selalu macam tu, tapi hebat tak kedapatan pun.

"Wassup man! " sergah Rex.

Neal bagi pandangan 'kau ingat kita ni tak jumpa sebulan kau nak wassup man sangat?' dan Rex dijeling.

"Aku gurau je, haa Syaz mana? Tadi aku nampak dia dah turun dulu dari aku." kerusi sebelah kiri ditarik. Melabuhkan punggungnya yang montok. Aikk asal bunyi lain macam je ni?

"Ambil kertas kat dorm." jawab Neal ringkas.

"Kau okay tak ni?" Rex yang sedar akan sikap Neal yang agak berbeza sekarang.

"Okay je. Asal?" Neal jawab acuh tak acuh.

"Takdelah. Moody semacam je aku tengok kau ni." komik dibuka. Sebenarnya komik tak dibenarkan, namun apa guna peraturan kalau bukan untuk dilanggar?

To build your discipline , actually.

"Kau rasa aku jahat tak?" soalan itu membuatkan Rex berpaling menghadap Neal.

Kejap asal klise sangat bunyi soalan tu? Lol.

"Bagitau aku kenapa kau rasa kau jahat." Rex tak jawab sebaliknya tanya soalan yang berbentuk psikologi.

"Yeah,  kau tau, hitting, punching, dan segala yang lain." kaki diturunkan. Memandang Rex dengan serius. "Jujur."

"Bro, bagitau aku kau buat semua benda tu untuk apa?" permainan psikologi dimulaikan.

"Aku tak tau. Mungkin sebab aku tak suka bila tengok lelaki layan perempuan teruk. Women is wonderful. They even suffered to give us birth. And they don't deserve harshness." pandangan dialihkan ke luar tingkap.

"Neal, pemikiran kau betul, tapi cara kau nak tunjukkan tu yang salah. You should just warn them, but for the second time then kau boleh bagi pengajaran kat diorang. You know, masa kau lepaskan Amier begitu je tadi, seriously deep down aku rasa lega." Rex tersenyum. Neal pandang Rex lama sebelum balik semula ke alam realiti. Cehh!

"Thanks, bro." Neal peluk Rex. Eghemm guy hug ehh bukan macam gaya perempuan.

"No biggy. Lepas ni kau kena belajar bersabar tau, jangan bertindak melulu. Kang nanti jadi kes besar." ada terselit nada sindiran disitu. Ya, kes besar tulah yang melibatkan kes polis.

Neal tersengih. "Aku tak janji." ucap Neal perlahan. Sengaja sebenarnya.

Rex pantas memberi pandangan tajam.

"Taktaktak. Aku dah tak buat dah."

You see?  Among all of them, Rex lah yang selalu bantu diorang cari jalan penyelesaian. Dia dah macam abang besar dalam kumpulan diorang ni. Tak heranlah banyak perempuan nak kat Rex. Full pakej la senang citer.





"Weh Zie!  Lama aku tunggu kau balik. Kau pergi mana lama sangat?" soal Sya sebaik sahaja aku masuk dalam dorm.

"Haa Zyla, tau tak Sya dari tadi tak reti nak duduk diam. Dok menanya mana kamu. Macam hilang anak dibuatnya." Kak Layla, senior form5. Dia tertawa kecil.

Sya sudah muncung mulut. "Orang risau la akak ni. Yelah tak pernah lagi Zyla lambat balik. Kut kut kena culik." childish jugak pemikiran Sya ni. Sekolah ni ada security guard kut.

"Astagaaa! Pakcik guard tu fungsi apa cik adik?" perli Kak Layla. Aku sudah tertawa.

"Jaga sekolah." Sya tersengih malu. "Gurau jelah. Saje nak tengok kalau Sya boleh jadi pelakon kdrama macam yang diorang selalu buat tu. Kalau risau,dok termundar mandir sambil gigit jari." Sya tabik dada.

"Berlakon lah sangat. Haa pertandingan korang tu dah minggu depan cik adik oi. Fokus kena ada. Jangan pula masa nak main kau berlakon pengsan sebab nervous." Boleh tahan mulut Kak Layla ni. Sampai senak perut aku dibuatnya.

"Eip! Sya masih waras untuk buat benda memalukan tu ye kak. Tak pasal pasal kena tunda. Sia sia je peluh menitis siang malam kat dewan tu." Sya  berdiri menghampiri lockernya. Bulu dikeluarkan. Ehh silap, buku. Bulu apanya, takkanlah si Sya ni simpan bulu ketiak dalam locker. Memang taklah.

"Ingatkan dah mereng otak kamu ni." Kini Kak Layla duduk diatas katil.

"Kamu tak nervous ke Zyla?" pandangan dialihkan kepadaku.

Alahai nak cakap tak, mananya! "Rasa nervous tu memang ada. Siapa je tak nervous kalau pertandingan tu dah nak dekat." keadaan hari pertandingan mula bermain di otak namun segera ditepis. Takut nanti kang menganggu.

"Takpe, Allah kan ada. Jangan lupa doa. Nanti hilanglah rasa nervous tu." nasihat Kak Layla benar benar melegakan hati aku. Aku senyum.

"Wehh jom aa pergi bilik prep. Aku kena siapkan kerja rumah sebelum jam 3:30. Hari ni ada latihan kan?" Sya dah kalut nak pergi bilik belajar. Tulah siapa suruh tak siapkan awal.

Aku tak menjawab sebaliknya hanya mengangguk. Kalau membebel kang tak tersiaplah kerja rumah si Sya ni. Mujurlah aku sudah siapkan kerja rumah yang cikgu bagi dalam kelas. Taklah kalut sangat macam si Sya ni.

"Kami pergi dulu, kak." pamitku. Kak Layla hanya tersenyum mengangguk.











Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top