(FiFtEeN)
•cool fever•
Badan disandarkan pada dinding dewan. Penat! Terduduk aku. Seharian tak duduk, rehatkan diri. Adapun hanya sekejap. Kejap yang teramat kejap!
Lepas kejadian dengan Bella tadi, ada la jugak rehat tapi lepas tu kena kemas pulak dewan ni.
Like what the-?!
Sepatutnya aku yang sambut birthday, aku takyah lah kemas en? Hek elaa memandai je. Yang urus semua ni bukan kau jugak!
Sedang aku sibuk melayan perasaan penat sendiri, satu tangan terhulur. Memegang botol mineral kecil.
Tanpa mendongak ke atas, botol itu aku ambil. "Thanks." penutup botol dipulas. Keras pulak! Pulas lagi, tak dapat jugak!
Weh aku mana pernah penat dan selemah ini! Aku ni dah kenapa?
Baru nak letak botol tu sebab pasrah, tangan orang tu pantas mengambil botol yang dalam pegangan aku.
"Weak." ujarnya perlahan. Namun aku dengar. Kalau ikutkan nak je maki balik, tapi sebabkan dia dah tolong bagus tak payah kut.
Dihulurnya botol yang sudah tiada penutup. Aku capai. Tangan terasa berat nak capai. Apa pulak kali ni?!
Kenapa badan aku lemah sangat ni? Kaki pun bergegar sejak tadi.
"Nak aku tolong suakan ke mulut kau pulak ke?" soal orang tu. Garau suaranya. Kenal siapa. Aku cuba mendongak. Tak mampu.
"No need." keras suaraku. Cuba sembunyi kan rasa lemah.
"Then take it." seolah mencabar.
Sekali lagi tanganku diangkat. Mencapai botol itu. Dapat!
Tanpa menunggu lagi, air itu terus diteguk. Rakus tak rakus,
tengah dahaga sangat ni.
Tak perasan, habis air tu aku minum. Tak pernah-pernah! Sebelum ni latihan pun tak habis jugak sebotol mineral kecil ni.
"Sedap?" nadanya seperti memerli. Dia mencangkuk. Nampak laman wajahnya. Kan dah cakap tadi, aku kenal siapa.
"Pergilah." menghalau.
Geleng. "Kau sihat ke ni?" soalnya lembut. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa macam nak nangis. Okay, ni memang petanda yang aku sakit.
Sebab aku biasanya kalau tengah sakit, emosi sangat. Bila kena tanya je 'sakit ke?' , 'kenapa ni, sakit ke?' dan seangkatannya, air mata yang aku jaga akan terkeluar.
Tubir mata terasa panas. Tak. Aku taknak nangis depan dia. Tolonglah!
Dan satu perkara, aku tak suka tahan tangis. Kerongkong aku akan sakit. Nangis tanpa bunyi.
Leher aku sentuh secara perlahan. Panas! Kan dah kata.
Tanpa kata, belakang tapak tangan Neal naik menyentuh dahi.
"Weh kau panas ni." nada terkejut. Tanpa sedar air mata turun perlahan-lahan.
Daguku disentuh. Didongakkannya. Mulanya dia terkejut namun cepat menukar reaksi. Dia tersenyum nipis.
"No, don't cry, little bunny." makin menjadi-jadi air mata aku ni. Aku ni boleh tahan sensitive kalau tengah sakit. Orang pujuk jangan nangis, makin nangis pula. Bukan sengaja okay.
Aku menggeleng kecil. Air mata aku kesat. "Aku tak nangis." suara sedaya upaya dikeraskan.
Neal tertawa. "Habistu, what with those tears? Habuk? Heh, lapuk."
"Mata pedih." kebenaran dalam penipuan. Sebab memang betullah mata tengah pedih. Tapi nangis bukan sebab tu.
"Selebat ni?" sinis. Huaa lagilah nak nangis! Mungkin kalau aku tak sakit, ayat tu tak berapa menyakitkan hati.
Aku teresak. TER okay! Esakkan cuba ditahan sedayanya.
"Hey, janganlah nangis. Okay, tunggu sini kejap." nak expect aku lari kat mana lagi? Kaki pun dah longlai ni.
Lebih kurang dua minit lepas tu, Sya datang bersama Kak Layla dibelakangnya.
"Weh, Zy kau okay tak ni? Asal nangis ni?" bertubi soalan terpacul.
"Sakit." seraya itu Sya peluk aku. Belakang diusap lembut. Faham bila rakannya sorang ni yang sakit.
"Larat ke nak jalan ni? Kita balik kat dorm." Kak Layla mendekat.
"Korang baik papah dia jelah. Lemah tu." Neal bersuara. Tak tau itu sindiran ke simpati.
Kak Layla mula memapah aku disebelah kanan. Sya sebelah kiri. Aku cuba bangkit perlahan-lahan. Aku benci jadi lemah macam ni. Menyusahkan orang lain je.
"Neal, bagitau Arlina ada orang sakit kat aspuri. Dorm 3. Ar ada kat bilik guru bawah." arahan ringkas diberikan. Neal pandang aku dengan senyuman simpati sebelum mengangguk.
Seraya itu dia berlari keluar menuju ke bilik guru. Aku balas senyuman tu. Takpelah dia tak nampak.
"Kenapa Zyla tadi?" soal Fad. Sekian lama dia menghilang, dijumpai tengah seronok tidur kat meja MC. Haish bukan nak tolong kemas!
"Ehh ingatkan kau tak tau." Fad dijeling Neal.
Fad tertawa. "Aku tertidur lah tadi. Sorry lah. Tak tertolong."
"Yelah tu. Sorry konon. Pi tidur balik la dengan sorry kau tu." kepala Fad dipukul Syaz. Tidur je kerjanya. Tapi exam boleh tahan jugak markahnya.
"Weh sakit bodo. Takyah lah nak pukul kepala aku. Hilang segala ilmu yang aku belajar tau." Bahu Syaz ditumbuk perlahan. Kang kuat bergaduh.
"Kau pernah belajar jugak ke?" soal Neal.
"Ewah kau! Sekelas pun tak tau?" perli. Ambil kau! Tadi kau yang perli aku kan.
"Aku duduk depan. Tak nampak kau kat belakang. Aku ni bukan macam Young Shin yang ada mata kat belakang tu." seloroh Neal. Fad dan Syaz berkerut dahi.
"Siapa pulak awek kau nama Young Shin ni? Pelik je nama tu. Tak pernah dengar pun?" soal Syaz.
"Ohh awek tu.." ayatnya digantungkan. Melirik kearah Neal. "Yang awek bangla tu kau kan?" terhambur tawa Syaz dan Fad. Gila!
"Eihh boleh jadi lembap bercakap dengan kau ni. Young Shin tu pelakon drama Healer lah." Fad dijeling. Tak faham macam mana dia boleh ada kawan macam ni.
Akibat sempat terdengar perbualan Layla dengan Sya tadi, tetiba melekat pula nama tu kat kepala.
"Tengok drama eh kau." bahu Neal ditepuk-tepuk oleh Syaz. Jelas mukanya menahan tawa.
1..
2..
3..
BHAHAHAHAHA!!
Kedua Fad dan syaz ketawa.
Neal yang malas nak layan berjalan meninggalkan diorang berdua.
"Weh jangan balik hostel lewat sangat tau!" sayup kedengaran suara Fad. Dibiarkan. Buat tak dengar.
Dia teringat akan Rex. Ya, Rex! Segera kaki dibawa menuju ke rooftop sekolah.
"Macam mana boleh sakit ni?" kepalaku diusap lembut. Senyum kecil terlakar.
Aku geleng. "Tak tau. Tak cukup tidur kut."
Kak Layla mengeluh perlahan. "Semalam tidur jam berapa?"
"Hampir jam 12" sedikit penipuan. Tak. Tipu sepenuhnya,ya. Bibir dikemam. Terasa panas pula bibir ni.
"Liar." usapannya terhenti. Memandang aku dengan serius. "Jam 1 or 2 kan." bunyi macam menyatakan.
Aku angguk perlahan. Tak larat. "1.50"
Membuntang mata Kak Layla. "10 minutes more, kenapa tak genapkan je sampai 2 pagi?" perkataan 'pagi' ditekan. Sengaja.
Pipi aku gigit dari dalam. "Sorry."
"What did you do? Revision? " sudah mengagak jawapanku.
Angguk sebagai jawapan. "Sebab mata masih segar, rasa bazir kalau paksa tidur."
"Cik Queenzyla, rehat tu penting. Tak kesahlah kita mengantuk ke tak, jangan lebihi masa tidur. Sebab-"
"Lacking of sleep will make our life shorter. " sambungku. Aku tersengih.
"See, you knew it. Kenapa masih buat macam tu? Tau kan bila diri tu yang sakit ambil masa seminggu nak sembuh." wajahnya tetap serius. Dengan nada yang tiada terselit tawa kecil.
"Tau." sepatah.
"Lep-" percakapannya terhenti.
Sya masuk. "Akak!"
Kedua kami menoleh. Suara boleh tahan!
Kak Layla bagi pandangan 'adab mana adab?'. Sya tersengih.
Gayung pada tangannya diletakkan ditepi katilku.
"Jerit macam akak ni hilang kat hutan kenapa?" dush!
"ingatkan takde orang kat dalam sebab selipar masih kat rak." adoila si Farisya ni. Memanglah takde,
"Tak sempat letak selipar tadi." jelas Kak Layla. "Oh ya, tadi kamu ada terserempak dengan Arlina ke?"
"Hah sebab tu Sya jerit tadi. Tapi lupa pulak." Sya tayang sengih.
"Kak Arlina kata dia nak ke tandas kejap." aku dengarkan sahaja. Mengangguk tidak, menjawab tidak.
"Hah tu dia Kak Ar." jarinya menunjuk ke arah luar tingkap.
Pintu diketuk. Kak Ar masuk ke dalam. Dorm kami agak gelap, sebab langsir tak buka lagi.
"Zyla eh yang sakit?" soal Kak Ar seraya datang mendekat. Aku angguk lemah.
"Cepat je taunya." seloroh Kak Lay. Kak Lay dan Kak Ar ni sekelas. Dan diorang pun agak rapat jugak. Tak, sangat rapat. Ya.
"Ha'ah. Neal bagitau yang Queenheart dia sakit. Mula tu akak tak tau siapa tapi sebab nama Zyla pun ada Queen jugak, akak anggap tu Zyla lah. " Kak Ar senyum. Terbentuk matanya. Cantik!
"Mengarut je Neal tu." dalam serak aku bercakap.
"Okay, so cool fever ada?" soal Kak Ar. Memulakan tugasnya sebagai JPP Kesihatan aspuri.
Ketiga kami menggeleng serentak. "Ahah dah agak." kami tertawa kecil.
Sesuatu dikeluarkannya dari poket. Cool fever. Hmm memang JPP Kesihatan bertauliah betul!
"Someone did brought this for you. " ehh? Dilekatkan ke dahiku dengan teliti. Kening aku terjungkit. Siapa?
"The pelapor. " terkesima. Pelapor tu maksudnya Neal kan? Sebab Neal yang bagitahu kat Kak Arlina masa kat sekolah tadi.
"Untunglah kau Zy, ada orang kesah. Handsome pulak tu. " drama Sya. Kak Ar dan Kak Lay tertawa kecil.
"Jealous eh?" sakat Kak Lay pula.
"Eh manade. Cakap je." yeke tu? AHAHA kawan aku ni la kan.
"Paracetamol ada?" soal Kak Ar lagi. Jangan pulak paracetamol tu pun diorang kata takde. Tak pepasal ada je paracetamol istimewa dari Kak Ar.
"Ada kat dalam locker." Kak Lay dipandang. Fuhh nasib!
"Okay, so kalau ada apape lagi, panggil je kat bawah. " aras bawah, dimana bilik JPP diletakkan. Aku angguk.
"Oh and Zyla, orang tu suruh cakap benda ni. Rest well and fast recovery. Don't be too bothered with the homeworks given. Just break the rules for once, for goodness. " bisiknya ke telingaku. Emm sedikit ajaran sesat nampak!
Faham akan situasi itu. Taknak aku kena sakat lebih dalam tengah sakit ni. Senyuman tak dapat tahan. Aku tersenyum jugak.
Aku angguk. "Thanks. "
"Untuk akak ke untuk deliver tu? " soalnya dalam nada gurau. Aku tertawa kecil.
"Both also can lah." sedar yang keadaan makin senyap, aku menoleh ke arah dua ekor monyet disebelahku.
Kedua mereka diamkan diri. Jelas wajah curious diorang nak tahu apa yang dibisikkan. Aku tahan tawaku.
"Okay lah, akak pergi dulu." pamit Kak Ar. Aku hanya mengangguk dengan senyuman yang masih terlekat dibibir.
Kenapa ni? Takkan sekarang aku hadap penyakit senyum? Ahh pelik!
Ahemm! Yayaya, knew it. Cliche bukan? Yee, tau. Tapii.......
Kesah pulak aku? Ahaa, tak!😏 Citer aku🙄. Biar aku la. Okay, enough. Nanti tercarut lak.
Last, tak mintak banyak pun. Nak vote/comment?
~♥~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top