(ElEvEn)
•family time•
Tiba di hadapan perumahan Neal, kereta B&W milik Mr. Harez berhenti. Sekarang dah pukul 4 petang. Kanak-kanak pun masih ramai yang kat luar rumah.
Pintu kereta dibuka dan ditutup perlahan. "Thanks for today, sir. And drive safe." beg dibelakang dibetulkan dari terjatuh.
"My pleasure. Yeah, got to go! " cermin kereta dinaikkan. Syaz, Abu ngan Ali je lagi yang tinggal. Mereka duduk kat truck kereta. Aku melambai ke arah mereka.
Mini pagar sebelah pagar utama ditolak. Malas nak guna pagar utama. Besar sangat!
Kaki dibawa menuju ke arah pintu rumah. Kasut ditanggalkan sebelum memulas tombol pintu. Punggung dilabuhkan atas sofa. Keluhan penat dilepaskan.
Mana semua orang? Kat taman belakang rumah kut. Kepala disandarkan pada sofa. Mata dipejam. Bibir menguntum senyum mengingati perkara semasa dalam kedai KFC tadi.
"Comel je dia." tanpa sedar perkataan yang berada di minda terkeluar melalui suara. Namun perlahan.
"Siapa yang comel? Adik ke?" terkejut Neal. Lantas dia bangunkan kepala yang sedang bersandar. Orang sebelah kanan dipandang. Dia tersenyum kecil.
"Haah." kepala Adira diusap sedikit kasar. Sengaja. Tahu adiknya tak suka diusap begitu. Neal tertawa kecil.
"Abang ni! Dira tak suka la abang buat macam tu! Dira bukan budak kecil lagi tau!" rajuknya. Sudah berapa kali dia larang abangnya buat macam tu. Bibirnya dicebikkan.
"Alalaa princess Elsa marah ke?" tiada jawapan. Malah kalini Adira berpeluk tubuh pula. Budak betul. "Ehh kejap, aiskrim abang dalam peti sejuk tak habis lagi en? Hmm nak habiskan dululah. Seorang diri." Neal tersenyum sinis.
Baru hendak berdiri, "Dira pun nak jugak!" pergelangan tangan Neal dipegang. Dengan puppy eyes nya dia memujuk. "Kalau abang taknak bagi, takpelah." pegangan dilepaskan. Kalini muka sayu ditayang. Amboi drama sangat!
"Haa mulalah tu. Hmm jomlah makan sama." Neal tahan tawanya.
"Yeay! Jom. Thanks abang! You're the best handsome brother in da world la! " kemain pujii kau ye. Neal hanya menggeleng sambil tersenyum nipis. Takpe, nanti dah besar berubahlah jugak budak ni nanti.
"Hmm yelah. Ni kenapa tak ikut budak yang lain main kat luar?" bahu Adira dirangkul. Kepalanya diusap sekali lagi. Dibuatnya macam bola yang nak disumbat dalam net. Ditekannya.
"Auch! Abang! Eee janganlah buat macam tu sakit lah! Ingat Dira ni budak bawah tahun lagi ke nak main ngan diorang? Dira is 14 tahun okay." ditolaknya tubuh abangnya.
Tak puas hati kena label budak yang setaraf dengan 7-12 tahun. Tahulah dia anak bongsu, manja sikit tu memang ada. Maklumlah kena manja lebih sikit. Sikit jelah.
"Alaa orang kalau masih pendek macam ni memang kena cop budak lagi. Tulah, ketot!" lidah dijelir. Dia sudah berlari anak ke dapur sebelum Dira yang mendahuluinya.
"Taknak kawan abang dah!" Dira berhenti berjalan. Berpeluk tubuh pada tempatnya. Minta dipujuk lah tu.
"Siapa nak kawan dia. Kita abang, bukan kawan." Neal mengekek ketawa. Tawanya terhenti saat terlihat bundanya di pintu belakang. Dengan sebuah dulang di tangan. Menggeleng melihat karenah anaknya.
Neal tersengih. "Dari taman ke bunda?" pintu peti sejuk dibuka. Mengambil bekas aiskrim.
"Haah. Dari luar dengar suara Dira. Ingatkan gaduh tadi." aku melirik kearah Dira yang masih indah terpacak di tempat dimana dia berdiri. Lidahnya dijelirkan. Aku kenyit mata.
"Takdelah ma, kitorang bergurau senda je tadi tu."
"Macam mana tadi? Menang ke? Bunda tak dapat datang tadi, banyak kerja nak buat. Takpe kan?" Puan Syarina melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah anak lelakinya itu. Dalam keluarga mereka, hanya Neal dan Tuan Farul yang berjantinakan lelaki.
Tiga orang perempuan termasuk dirinya. Mungkin sebab itulah Neal jadi seorang yang agak protective. Puan Syarina sendiri bangga dengan jejakanya seorang ini. Sanggup melindungi hak wanita.
"Kitorang menang dua game, bun. Takpelah bunda tak dapat datang. Lagipun tadi Mr. Harez belanja makan KFC. Babah mana bunda?"
"Babah kamu baru je keluar sebelum kamu balik tadi. Nak joging katanya." aku hanya meng'o'kan sambil mengangguk.
"Bunda!" alangkah terkejutnya aku. Kulihat Adira sedang mengentakkan kakinya tanda protes. Ap- ohh, aiskrim tu!
"Ya ampun budak ni! Apa jerit macam nak bergegar rumah ni?" bunda bercekak pinggang.
"Abang tulah! Kedekut sangat!" bunda dan aku berpandangan. Kulihat aiskrim ku hanya tinggal sisa lagi. Leka makan sambil bercerita dengan mama tadi. Tersengih aku sambil menggaru kepala.
Kena keluar ke kedailah nampaknya ni.
Aku mengeliat kecil. Tersedar dari lena pabila terasa pipiku ditampar pelan. Aku tengok siapa orang tu. Tak lain tak bukan, Encik Qamir lah!
"Bangunkan cara elok sikit tak boleh ke? Panggil nama Zy ke.." Qamir dijeling. Masih tak puas hati dengan rancangan diorang tadi. Yea, mungkin ada la sikit rasa gembira. Aeh?
"Nak suruh aku panggil kau sampai orang nak kata yang aku ni gila ke? Tak sedar diri tu tidur mati. Suruhlah bomba panggil nama kau pun, takdenya kau nak bangun cik adik oii." kunci kereta dicabut. Pintu pemandu dibuka dan mula menapak keluar.
Zyla tersenyum malu. Ya, siapa suruh tanya soalan macam tu.
Masuk sahaja dalam rumah, orang pertama yang dicarinya ialah mamanya. Takde pula kat taman ni. Lagikan pula kat ruang tamu. Ruangan dapur pula diperiksanya. Gotcha!
Kakinya dijengketkan seperti seorang pencuri yang sedang menceroboh rumah. Perlahan lahan menuju ke arah belakang mamanya.
"Bahh!!"
"Ya ampun, anak sorang ni kan! Dibuatnya kita sakit jantung baru tau." bahu kanan dipukul perlahan. Aku mengaduh kesakitan. Alaa tak sakit pun senarnya. Acah je. Nak mama rasa yang tamparannya berbisa.
Aku tayang sengih. "Mama buat apa ni?"
"Tadaa!" dengan cerianya mama menunjukkan kuih karipap buatannya. Aku dengan terujanya mengambil makanan itu sebelum tanganku ditepis.
"Apa ni ma, sakit tau." bibirku dicebikkan.
"Cuci tangan tu dulu. Tak tau apa kamu dah pegang tadi, nanti sakit perut jadinya." aku akur. Pili paip dibuka dan mencuci tanganku.
"Abang kamu mana?" sedari tadi Qamir tidak kelihatan.
"Entah." sepatah. Kuih karipap dinikmati. Sedapnya! Kalau tadi dah makan KFC sekarang ni makan karipap pula. Untung jelah aku ni food lover.
"Papa mana ma? Ta ampak pun." dengan mulut yang penuh aku bercakap. Mujur tak tercekik.
"Ada je kat tepi kolam tu ha. Tengah rendam kaki. Seronok katanya. Dah tua bangka pun masih nak ikut trend sekarang. Alaa rendam kaki dalam kolam pastu tolak air tu guna kaki." mama berkata berserta dengan sebuah gelengan kecil. Haih mama aku ni, pedas jugak ayatnya.
"Mama taknak buat sekali ke? Alaa macam pasangan muda selalu buat tu. Sweet sweet gitu." aku tergelak kecil melihat gelengan pantas mama. "Yelah tu."
"Makan tu ikutlah cara perempuan." tepi bibirku dilap menggunakan hujung jarinya. Seperti deja vu ,aku terdiam seketika.
Mama dipandang. Peristiwa di kedai KFC terimbau kembali di ingatan. "Jangan nak lahap sangat." dan aku tersentak dari lamunan.
Macam tu ke aku makan depan dia? Sampai ada sisa di tepi bibir? Malunya! Nampaklah cara aku makan yang macam budak tadika tu.
Aku tersengih. "Ye, ma." kunyahanku menjadi perlahan. "Umm mama dengan papa dulu macam mana boleh kenal?" soalku. Tiber.
"Aish kamu ni, kesitu pulak." mama dah malu malu kucing.
"Alaa mama ni, adik nak tau jugak. Papa tu sweet ke dulu? Macam sekarang ni?" aku menggesa mama untuk bercerita. Nak juga tau pasal percintaan dulu-dulu en?
"Papa dengan mama kamu dulu satu sekolah." satu suara menyampuk. Kami segera menoleh.
Kelihatan papa masuk ke dalam dapur dari belakang dengan seluar yang di naikkan separas lutut. Sedikit basah pada hujung lipatan. Dari kolam tadi kan.
"Papa selalu usik mama kamu ni dulu. Dahlah sombong, pastu bila bercakap, ayat boleh tahan. Serupa tengah bercakap dengan pegawai pembanteras jenayah. Pedas je memanjang." sambungnya. Dia mendekat ke arah kami berdua. Bahu mama dirangkul dan tersenyum.
Aku pula semakin teruja hendak mendengar kisah seterusnya.
"Sebab papa kamu ni budaknya nakal. Tak sah tak buat masalah dalam seminggu. Takpun dalam sebulan tu mesti ada kes yang dibuatnya." kalini mama pula yang meneruskan bicara. "Tapi yang peliknya, tak pernah pun kena bagi amaran buang sekolah."
Papa dijeling. Alahai comel je orang tua aku ni. Aku sudah tertawa kecil. Complicated pulak. Badboy fell for a good girl.
"Abang kan professional orangnya." papa kenyit mata.
"Papa dan mama bercinta sejak sekolah menengah lagi ke?" soal ni, aku nak tau sangat. Tak tau kenapa.
Papa pandang mama sekejap. Mama tersenyum nipis. "Tak."
"Habistu?" soalku lagi.
"Zaman U. Masa tu mama kamu belajar kat U yang sama dengan papa. Papa pun taknak lepaskan peluang, so yeah. Until now, masih bahagia." Papa tersenyum bangga. Mama pula tersipu malu. "Tapi mama kamu ni jual mahal. Taknak mengaku yang diri tu sayangkan kita."
Bahu papa dipukul oleh mama. "Takkan nak jual murah pulak. Nilai harga diri ni tinggi tau." dicubit pula lengan papa. Mengaduh papa kesakitan. Ketam mama ni boleh tahan jugak tau.
Aku hanya tersenyum melihat kemesraan kedua orang tuaku. Moga bahagia hingga ke jannah.
Thanks for reading♡. Stay tuned for the next chapter, okay!
ΦVote/comment!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top