(EiGhTeEn)
•rooftop scene😳•
Keheningan memenuhi ruangan bilik pengetua itu. Sejak tadi dia duduk disitu. Menunggu kedatangan pengetua. Warden ?
Ada je kat sebelah. Tengah sibuk tekan skrin telefon. Sambil senyum kambing. Ehh tak, tak.
Kedengaran pintu dikuak dari luar. Muncul figura yang dinantikan sejak tadi.
Aku hanya memberi pandangan kosong. Takut ?
Heh, untuk apa nak takut kalau bukannya aku betul bawa benda tu kan ?
Tetiba teringat sembang masa Fad cakap yang malam ni ada spot-check.
"siapa ? "soalku.
Fad pandang aku lama. "kau" jawabnya sepatah.
Aku tergelak sinis. Sial la kawan aku ni. Mulut masin betul !
"Yes , Neal ? " pengetua kini melabuhkan punggungnya pada kerusi pejabatnya.
Keningku terjungkit. Tersentak dari lamunan.
"Here" Cikgu Rie mula bersuara.
Kotak rokok dan lighter sialan diletakkan diatas meja pengetua.
Memandang aku sekilas sebelum menyambung bicara. "Ada laporan yang pelajar ni bawa benda ni. Saya dah cek beg dia tadi dan nampak benda ni. " 'benda ni' yang merujuk kepada dua item yang ada atas meja.
Hebat penipu ni, lighter dia masukkan sekali .
"Is it true, Neal ? " soalanannya nampak gaya macam tak percaya yang aku dah bawa benda tu.
Pandangan kami berlaga sebentar. Aku cuba untuk bertenang.
"Even if I say, NO. Would you believe ? " aku kertap gigi.
Bukan niat nak biadap, tapi itulah kebenarannya. Lagipun aku taknak tinggikan suara lagi.
Kalau aku tahu siapa , memang malang nasib dia.
"Well, should I call your other friends ? I need to ask them." soalan tadi dibiar tak dijawab.
Nafas aku hembus perlahan. Menahan sabar. Aku angguk.
Cikgu Rie kemudiannya keluar dari bilik. Mungkin memanggil rakanku yang lain.
Ahhh, damn !
Complicated macam kentut !
"Kenapa abang Neal kena panggil ek? Kalau uncle and aunty datang jenguk, asal tak panggil Manda sekali? Pelik, pelik. " Amanda sambil meggeleng menyatakan.
Aku hanya diam. Manda tak dengar kut perbualan budak form 3 tadi.
Takpelah, aku pun malas nak ambil kesah.
"Manda, boleh tak akak nak rehat kejap? " sebenarnya aku hendak berseorangan.
Aku cuma nak rehat. Pening. Bila teringat apa yang aku dengar tadi, pening makin naik.
Tak tau kenapa. Aku rasa taknak rehat kat dorm ni je.
Aku perlukan tempat yang aman.
Dan aku tau mana nak pergi. Tapi Sya izinkan ke?
"Oit! Jauh menung kau ye." sergahan Sya menyentakkan aku.
"Eh, taklah. " nafi.
"Yelah tu."
"Kak Sya, Manda balik dorm dulu tau. Nanti Manda datang lagi. " seraya itu Amanda keluar dari dorm kami.
Aku hanya mengangguk kecil.
"Kau asal ni? " Sya duduk disebelah katilku.
"Takde pape. Pening sikit. Sebenarnya kan, " sengaja aku gantungkan ayat.
"Ye, apa? " Sya buat muka jengkel. Tahu kalau dia tak suka ayat gantung.
Aku sengih. "Nak pergi rooftop sekolah boleh? Aku nak release tension jap. "
"Wowowo, tak boleh, tak boleh. Dengan kau yang tengah sakit macam ni pun-"
"Aku boleh je jalan. Lagipun pening sikit je. Aku janji tak duduk siring. " tangan diangkat separas bahu.
Seperti melafazkan ikrar janji.
Sya kelihatan seperti berfikir. Nak tambah perisa, puppy eyes pulak aku buat.
"Haish yelah, yelah!" kan dah kata, Sya ni-
"Aku ikut kau. " tambahnya.
Automatik tergeleng aku. "Aku nak sendiri. Taknak ada orang yang kuat bercakap. " ayat terakhir aku perlahankan.
"Apa kau kat tadi? Aku banyak cakap? Ewah kau! Aku tarik balik eh, taknak suruh kau pergi. "Sya dah mengugut. Hais sikit-sikit mengugut.
"Gurau je. " sengih. "Tapi boleh kan? "
"Hmm yelah. Kalau jadi apape macam mana? " riak risau terpamer.
"Takde pape lah. Aku boleh je jaga diri. Remember I had learn material art. " bisikku. Ya, aku pernah ambil kelas Taekwondo.
Tapi tak semua orang tau. Malas nak heboh. Nanti semua orang takut nak dekat dengan aku.
Aku ambil kelas tu selepas pindah kat sekolah ni.
Aku pernah sekali kena buli, tapi aku takkan bahas pasal benda tu.
Aku dah lama nak lupakan pasal benda tu.
Biarlah tiada siapa yang tahu.
"Hmm, tapi jangan panjat dinding tau. " Sya gelak kecil.
"Dok aihh" aku turut tergelak kecil sambil menggeleng.
"Bukan ke ada CCTV terpasang kat laluan aras kelas kita? Kenapa tak tengok thru kat rakaman CCTV tu je? " Syaz berbisik di telinga ku.
Diorang baru je sampai tiga minit yang lalu.
Doirang pun terkejut gak macam mana benda tu ada kat dalam beg aku.
Yelah, sebab kalau aku bawa pun diorang akan tau.
Dan aku tak pernah simpan kotak rokok kat dalam beg.
Aku biasa dulu simpan puntung tu kat celah dalam tali leher. Tapi bukanlah selalu.
Tahun ni baru sekali. Dan hari ni, dah dua kali.
Namun keadaan yang berbeza.
"CCTV tu terpasang ke? " soalku.
"Ya. " satu jawapan ringkas. Aku bingkas bangun.
"Sir, may I look through CCTV? "
Pengetua mengangkat wajahnya dari menghadap laptop.
Cermin mata dibuka. Mengangguk kecil. "Hold on."
Tangannya kemudian pantas menaip sesuatu di atas papan komputer. Mungkin sebab nak reverse time.
Tak lama, lima saat lepas tu pengetua selesai. "Here. " ditunjukkannya rakaman tersebut.
Mataku ralit memerhati. Apa yang aku nampak, ada dua orang yang aku rasa macam kenal.
Diorang masuk kat kelas kitorang. Agak lama.
Diorang keluar, dan,, "Stop, here. " arahku pada pengetua.
Macam aku pula yang berkuasa sekarang ni.
Aku amati wajah itu. Familiar. Tapi siapa? Seingat aku, dah lama aku tak cari pasal dengan sesiapa.
Kecuali masa bila aku dapat tahu yang Aman-
Kejap, takkan Amier?
Mataku meluas. Penumbuk digenggam. Shit!
"Kau kenal ke siapa? " soal Rex disebelah. Tak perasan diorang ikut sama tengok.
"Aku rasa, ya. " aku pandang diorang sekilas.
"Cikgu, kalau takde proof, apa yang berlaku? " soalku pada Cikgu Rie yang sedang duduk di sofa.
Cikgu Rie mengangkat wajah. Memandang aku tanpa riak. "Buang sekolah. " seperti perkara biasa baginya.
Senang untuk diungkapkannya.
Jantung aku dah nak meletup sekarang ni.
Bu-buang sekolah?
Prick !
Kau tunggu nasib kau.
"Cikgu akan bagi masa dalam seminggu ni. Kalau tak dapat jumpa bukti yang kamu tak buat," Cikgu Rie tak menyambung. Dia mengangguk. "Buang sekolah. "
Dua ayat tu yang aku benci sekarang ni. Kalau bukan sebab those putain boy, benda ni takkan jadi.
Dah elok aku jadi baik, nak hidupkan balik perangai 'terlebih baik' aku tu dah kenapa?!
Mu tunggu Neal datang.
Aku tersenyum sinis. Kaki diatur keluar dari bilik tu. Adab ? Maaflah, dah terbang sejak tadi.
Tanpa izin aku keluar. Kawan aku yang lain ikut sama keluar tetapi dengan izin.
"Weh, rileks lah. Kau asal keluar tak berizin tadi? Aku tau lah kau tak okay. " Fad menepuk bahuku.
Rex dan Syaz hanya diam memerhati. Tahu yang aku bukan dalam mood yang baik.
"Korang baliklah dulu. Aku nak tenangkan diri dulu. Nanti tak pepasal runtuh katil tu nanti." dalam marah aku bergurau.
"Wohoo taknak aku. Aku dahlah katil bawah kau. " Rex menggeleng laju.
"Hmm eloklah tu. Taklah kau terpaksa bayar katil , lagi." perkataan 'lagi' ditekan.
"Eheii perli nampak? " aku pandang Syaz dengan muka dibuat tak puas hati.
Rex dan Fad dah tertawa. Syaz pula hanya tergelak kecil. Takut-takut dia.
"Tak, tak. Gurau je. Dahlah aku nak baring lagi ni. Tak puas tidur tadi." Syaz berjalan mendahului.
Aku hanya mengangguk. Kemudian Rex dan Fad pula menyusul Syaz.
Aku berpusing arah. Menuju ke suatu tempat yang tak asing bagi aku.
Tangan diselukkan kedalam kocek seluar. Sambil bersiul aku berjalan.
Harapnya dapat tenangkan jiwa yang bergeledak.
Tenang. Ya, itulah keadaannya sekarang. Bangunan sekolah dipandang. Terasa tenang. Aman. Aku bersandar pada dinding. Pokok-pokok yang tumbuh tinggi menambahkan lagi hiasan pandangan mata.
Dudukkan dibetulkan. Terasa diri seperti berada dalam filem movie. Aku tergelak kecil.
Adade je pemikiran aku ni. Tangan dilunjurkan memegang lutut.
Dagu aku letakkan atas lutut. Terasa pening sudah sedikit ringan.
Mata perlahan-lahan ditutup. Nak merasa keamanan.
"Cantik kan view kat sini? " satu suara menerpa di gegendang telinga.
Terkejut. Mata yang hendak terperjan terbuka luas. Lantas aku berpaling. Satu figura yang amat dikenali.
Wajahku diangkat. "Ka-kau buat apa kat sini? " ugh gagap pehal?!
"Hmm kau tak jawab lagi soalan aku tadi." ototnya diregangkan sebelum melabuhkan punggung disebelah ku.
Pantas aku berdiri. Menjauh.
Dahinya berkerut. Memandang aku pelik. "Why? Duduk jelah. Aku tak buat apape pun." tempat disebelahnya ditepuk.
Ditiup lagi. Heh, ingat aku ada kentut ke tadi? Takde lah!
Aku tak duduk disebelahnya. Jarak 1 meter diambil. Kemudian aku duduk.
Dia bersandar. "Cantikkan? " soalan yang sama diajukan.
Teragak-agak aku mengangguk. "Ya, cantik. " gumamku perlahan.
"Dah sihat? " soalnya lagi.
Tak tau kenapa awkward sangat?
Angguk lagi. Nak bersuara, terasa kerongkong terhimpit pula.
"Soalan kau tadi, takde, saje je datang sini. Nak kurangkan tekanan. " nadanya seperti menahan amarah.
Aku toleh pandang. Dia turut menoleh. "Dah tau? " soalnya tanpa sebarang ukiran senyuman di bibir.
Tenang wajahnya. Aku hanya mengangguk kecil.
Kedengaran Neal menghembuskan nafas berat.
"Kenapa kau buat macam tu? " aku beranikan diri bertanya.
Pandangannya padaku tak terputus sejak tadi. "Kau percaya? " sekali lagi, soalan dibalas sialan.
Eh silap, soalan! Sialan la pula.
Aku jungkit bahu. Tak tahu samaada nak percaya atau tak.
Dia tergelak kecil. Lhaa gelak la pulak. "Comellah kau buat macam tu. "
Diam. Aku tak tau nak cakap apa. Dalam hati jelah aku ucap 'terima kasih'.
"Kalau lepas ni kau dengar aku buat masalah lagi, jangan marah tau. Sebab itu aku terpaksa." tuturnya dengan nada mendatar. Masih memandang aku.
Aku yang dengar dah naik meremang bulu. Gilalah dia ni!
"Masalah apa? "
"Let's say something just like a violence?"
Mataku meluas. "Tapi-"
"Told ya, terpaksa." pandangannya kini dialihkan.
"Ka-kalau kena buang sekolah? "
Neal tersenyum sinis. "Easy, batal SPM. Tahun depan baru ambil lagi." tenang sahaja tuturnya.
Macam dah perkara biasa.
"Hah?! Ini gila, Neal. Gila! " separuh menjerit aku. Terkejut punya pasal.
"Tak cakap tak gila." memandang aku kembali. Senyum sinis masih terukir. "My bunny seems to care much. Did you? "
Terasa mukaku membahang. Malu! Terlebih react pula tadi.
"Ma-mana ada! " nafiku.
"Gugup tu. So I'll just take that as a 'yes' sign." matanya dikenyitkan. Ugh, gatal!
"Ish! Mana ada lah!" aku tetap ingin menafikannya.
"Yes!"
"No!"
"Yes!"
"Yes!" membuntang mataku. Alamak! Silap cakap la pulak!
"See? You care." senyuman kemenangan terpamer.
"No! " rasa nak nangis. Tak suka bila kalah macam ni.
"Aww, okay-okay." senyum mengejek.
Aku geleng. Muka dipalingkan.
"Oh no. Janganlah nangis. Nanti ada monyet datang tau. Nak? " heii ni nak pujuk ke nak tambah aku nangis ni?!
"Eee taknak lah!" laju aku duduk disebelahnya. Ehh asal bunyi macam manja sangat ney?!
Terkejut Neal. Segera dia berdiri. Belakang tengkuk diusap.
"Erkk sorry. " ujarnya tanpa memandang kearahku.
Baru aku sedar yang tadi dia tak sengaja terpeluk aku. Ok, salah aku jugak.
Tapi salah dia jugak!
"Aku balik hostel dulu." pamitku. Segera kaki dibawa menuju pintu keluar.
"Emm ya. Hati-hati. " perlahan suara Neal kedengaran. "Erkk Zyla! "
Aku berpaling. Kening sebelah diangkat.
"Good luck exam nanti." senyum. Bukan sinis, tapi ikhlas.
Aku angguk kecil. Membalas senyuman itu. Kemudian meneruskan langkah yang terhenti.
Nak keluar cepat dari tempat ni. Bergedup sia jantung aku. Terkejut pasal tadi.
Pening sudah tak terasa. Ajaib betul!
Gerreeerrrrr
Neal nak buat masalah? 🙀
OMayyy bahaya ni!
Agaknya macam mana cara Neal nak selesaikan masalah ni eh? Nak tau, stay tuned! 😉
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top