hide and seek + 09
hati kecil jihyo seakan diketuk oleh sesuatu. sesuatu yang menyuruhnya untuk segera menyambung melarikan diri.
dia dapat rasakan...
bergegas jihyo bangun dan tanpa menoleh kebelakang dia menyambung membuka langkah. rasa pedih menusuk di bawah telapak kaki diendahkan.
nyawanya sekarang lebih penting.
malang sekali, tubuh jihyo lagi sekali tersadung akibat ranting kayu. terlepas carutan jihyo di dalam hati.
akibat sudah tidak mempu menahan perit sakit dibahagian kaki. jihyo memilih untuk menyembunyikan diri menyorok di bawah salah satu pokok besar yang tumbang yang agak tersorok di balik dedaun serabut disitu.
SST!
hampir mahu terjerit jihyo. tika deria pendengaran menangkap sedikit suara tapak kaki seseorang dari belakang tempat dia menyorok.
detak jantungnya semakin berdetak laju. kedua tangan naik menekup mulut sendiri cuba menahan suara esakan kecil miliknya.
" tolong jangan... "
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top