hide and seek + 07

pintu dikunci. jihyo sudah tidak senang duduk. melinar anak matanya melihat sekeliling. tingkap bilik menjadi sasaran utama. mujur tingkap aras atas tidak berkunci. hanya tingkap di tingkat bawah sahaja yang berkunci.

" jihyo-ah... "

panggilan suara dari luar pintu bilik menutur berat memanggil nama gadisnya. sebelah tangan memegang tombol pintu lalu dipulas. terkunci dari dalam. taehyung melekapkan sebelah sisi wajahnya pada permukaan pintu.

pintu tingkap ditolak. jihyo melihat ke arah bawah luar tingkap. dalam hati sudah memasang niat yang jihyo mahu melompat keluar dari sini. tetapi hatinya masih berbelah bahagi. kerana tingkat di aras dua ini agak tinggi. mustahil jihyo boleh keluar dari situ.

" jihyo-ah bukalah pintu. aku tahu kau ada di dalam. ah, aku rindukan kau. aku belum puas 'sentuh' kau tadi. buka pintu ni sayang sebelum aku pecahkan pintu ni. bukalah, aku tahu kau pun rindukan sentuhan aku kan? jihyo... "

meremang bulu roma sendiri. pintu dan tingkap di bahagian bawah dipandang silih berganti. makin menggigil tubuh jihyo tika taehyung bertindak menghentam pintu kuat dari arah luar. nama jihyo dipanggil beberapa kali.

" sayang aku tahu kau ada di dalam. bagitahu aku kau nak lari ke mana hm? tiada sesiapa boleh tolong kau lari disini. sepanjang aku culik kau lihat mana ada sesiapa datang? keluarga kau? tch. langsung tiada. nampak sangat yang mereka tak sayangkan kau. "

taehyung melekapkan dahi menyentuh permukaan pintu. kedua mata dipejam seketika. segenap wajah sinis tadi kini berubah sayu.

" a-aku ada disini teman kau. keluarga kau, mereka semua bodoh. kenapa mereka tak cari kau disini? jadi dia tak sayangkan kau lah kan? aku... aku ada kat sini setiap hari aku bersama kau. a-aku cintakan kau jihyo-ah. k-kau tak akan tinggalkan aku kan? kau dah janji... "

nada suara kembali berubah sedih. sebelah tangan naik mengusap permukaan pintu. seolah-olah mengusap wajah bersih jihyo. hujung bibir meleretkan segaris senyuman tipis. tak, dia tak mahu kalau jihyo tinggalkan dia.

hide and seek.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top