Part 9


Saru per satu rahsia yang akan aku tahu

🌹🌹🌹🌹🌹







JUNGKOOK POV

"RAJA??"

Aku pandang wajah Ayah dengan pandangan yang tidak percaya. Kenapa Ayah terburu sangat ni?

"Ya... Raja. Lagipun kamu saja la yang Ayah boleh harapkan." Kata Ayah . Susuk badannya dipusing tidak menghadapku.

"Tapi Ayah... Jungkook belum bersedia lagi nak jadi Raja. Lagipun... tanggungjawab tu besar sangat!"

Aku mengeluh kekecewaan. Jadi Raja??! Mana mungkin aku dapat naik takhta secepat ini. Masih banyak benda lagi aku nak buat. Kenapa Ayah mesti buat keputusan terdesak macam ni?

"Jungkook, dalam lumrah hidup ni kita sentiasa berpegang pada tanggungjawab yang diberikan. Dari kita lahir pun kita sudah ada tanggungjawab dalam diri kita. Bila dah meningkat usia, tanggungjawab tu semakin besar yang kita harus pikul. Dan itu mengajar kita berdisiplin dan berfikiran lebih matang. Lagipun kerajaan ni semakin lama hampir runtuh. Ayah ni dah semakin tua, dah tak lama lagi dah. Dah seratus tahun Ayah hidup... Ayah dah tak kuat macam dulu lagi. Setidaknya kamu ada, Ayah masih ada anak-anak Ayah yang masih muda dan kuat. Macam kamu, kuat, berani, bijak menyelesaikan masalah, kamu boleh pimpin rakyat kamu. Sebab itu, kamu layak menaiki takhta "

Kata-kata Ayah memang ada betulnya. Tapi aku masih tidak dapat menerimanya sekarang....

"Apa yang Ayah cakap semuanya betul. Tapi... tak semudah tu Jungkook nak naik takhta, Ayah." Kataku dengan bernada perlahan.

"Ya betul, Ayah tau tak mudah. Sebab tu la... Ayah dah rancang semuanya dari awal."

Rancang dari awal? Banyak benda lagi ke rahsia Ayah yang aku tak tau ni?

"Kamu mesti kenal bukan, perempuan yang rapat dengan Jaehee."

HyoNa?? Kenapa dengan dia... apa yang ayah dah rancangkan?

"Ayah... nak buat apa dengan dia?" Tanyaku dengan berani sambil memandang tepat pada susuk belakangnya. Ayah kemudiannya berpusing ke arah aku dan memandangku dengan penuh harapan.

"Dia tu bukan calang-calang zombie... dia ada kuasa tersembunyi yang boleh memusnahkan seluruh musuhnya dengan sekelip mata. Kuasa tu kuasa paling terhebat dalam dunia kita! Yang terpilih sahaja dapat mewarisi kuasa itu."

Itu sudah pasti! Aku dah lama tau hal tu, Tapi... Hyo masih tidak tahu tentang pekara ni walaupun kuasa tersebut ada padanya. Ye.. Kuasa tu belum lagi dikeluarkan olehnya.

"Dan kamu pun tahu puak zombie adalah musuh kita juga..."

DUP DAP DUP DAP DUP DAP

Aku telan liur menunggu kata-kata seterusnya yang akan keluar dari mulut Ayah. Kening aku kerutkan.

"Jungkook, kamu mesti hapuskan Kim Hyo Na dan rampas semua kuasanya."

"APA??!"


🌹🌹🌹🌹🌹



AUTHOR POV

"Jae!! Pehal lambat sangat ? dan... macam mana boleh bawak Dyo dengan Solji ni??" Tanya Hyo yang dalam keadaan separuh marah akibat menunggu lama keseorangan di situ.

"Tadi Jae tersempak dengan diorang masa Jae keluar dari tandas. Tu yang kitorang jalan sekali tu. Dah alang-alang diorang nak rehat dengan kakaknya kan." kata Jae yang selamba menipu hal sebenar dari Hyo.

Dyo dan Solji memandang ke arah Jae dengan pelik. Mereka bukan tersempak di tandas, tetapi di hadapan bilik itu.

"Ouhh patut la."

"Noona, betul ke... Dyo dengar ada budak baru masuk kelas Noona?" Tanya Dyo kepada kakaknya, HyoNa.

Eh cepat betul berita tentang budak baru ni tersebar.  Lagi cepat dari berita di tv pulak.

"Yang kamu sibuk nak tau tu kenapa?" Kata Hyo lalu disilangkan kedua tangannya.

"Alaa orang tanya je... tu pun nak marah." Kata Dyo . Bibirnya dimuncungkan sedikit.

Hyo hanya menjeling adik lelakinya itu.

"Oh ye ,Solji ada dengar yang kelas Kyle ada budak baru jugak. Perempuan, siap duduk sebelah Kyle lagi." Kata Solji memberitahu berita tentang seorang lagi pelajar baru.  Selalunya Lee Ji Han yang akan sampaikan apa-apa berita pada HyoNa.

"Amboi Solji... sejak bila prihatin kat si Kyle tu?" Tanya Jae dengan nada gurauan.

"Bukan la... Solji terdengar perbualan fans dia je."

"Korang sebut nama aku ke?"

Tiba-tiba sahaja Kyle muncul. Mereka semua saling berpandangan pada Kyle yang berdiri bersebelahan dengan meja mereka.

"Haihhh dia datang pulak..."

"Hei Dyo, kalau kau rasa tak nak kena sedut ke neraka aku rasa better kau..." Kyle membuat isyarat dengan tangan di mulutnya seperti menutup zip. Seakan memberitahu Dyo menyuruhnya diam.

Dyo dengan geramnya menghentak meja dengan tumbukan yang kuat lalu berdiri membuatkan seluruh pelajar di kantin itu memandang mereka.

"Kau... dengan mulut longkang kau kalau sehari tak sakitkan hati aku tak sah kan?"

"Kalau aku tak kacau korang... tu bukan Kyle namanya. Lagipun..."

Kyle mendekatkan mulutnya ke telinga Dyo dan membisikan sesuatu kepadanya.

"Puak zombie lembik macam korang... menyakitkan mata aku je." Kata Kyle dengan senyum sinis. Dyo menggengam erat tangannya membuat bentuk penumbuk. Giginya sudah diketap geram.

"Tak guna sial!" Marah Hyo lalu terus berdiri.  Wajah Kyle dipandang tajam.

"HyoNa... kenapa? Tak setuju apa yang aku cakap tu ke? Aku cakap benda yang fakta kot.."

Dengan tak diduga, kolar baju Kyle digenggam kuat oleh Jae. Jae memandang Kyle dengan pandangan tajam lalu memberi amaran.

"Cukup Kyle! Jangan cari pasal dengan diorang lagi!!. Atau kau nak aku bagitahu rahsia kau kat 'AYAH' ?"

Setelah mendengar kata-kata Jae tadi, kyle terus menepis tangan Jae yang mencengkam kolar bajunya. Dia menjeling ke arah tiga beradik itu sebelum keluar dari kantin dengan rasa yang tidak puas hati.

"Wow... first time tengok dia macam tu." kata Solji.

"Dan first time tengok Jae cakap macam tu kat Kyle."Kata Hyo pula sambil memerhati ke arah Jae. Dari pagi tadi sikap Jae sangat aneh membuatkan dirinya masih tertanya-tanya .

"Jae tak suka la benda alah gaduh mulut ni. Apatah lagi bergusti."

"Ye la tu."


🌹🌹🌹🌹🌹

JIMIN POV

Aku berjalan menuju ke kelas. Aku dapat rasakan ada seseorang yang sedang mengekori aku dari belakang. Jadi ,aku pun pusing ke belakang tanpa berhenti.

"Auch"

Seorang perempuan yang mengekori aku dari tadi terus terlanggar tubuh aku. Bila dicium baunya... ini bau... VAMPIRE.

"Awak siapa? Kenapa follow saya dari belakang dari tadi?" Tanyaku pada perempuan ni.

"Ermm... saya... pelajar kat sini."

Duhh of course la. Kau bukan setakat pelajar biasa.

"Dan saya dengar, awak pelajar baru ye? Hi, saya Kim Jiyeon. Panggil saya Kei."

Kei menghulur tangannya kepada aku. Nak aku terima la ni? Hmm... dia vampire kan? Tak salah kan kalau aku pergunakan dia untuk kalahkan Jungkook? HAHAHAHAHAHHAHAHAHA

"Saya Park Jimin. Panggil Jimin." Aku pura-pura senyum manis kepadanya.

Muka Kei mula kemerahan. Nampaknya dia dah mula masuk perangkap aku. Naisssss.

"Err... Jimin-ssi. Awak ada masa free tak hari ni sebab saya ingat nak ajak awak makan lepas habis kelas. Saya nak... berkawan dengan awak kalau boleh."

"Hmm... saya memang tak ada aktiviti sangat lepas habis sekolah. Okay jugak kalau macam tu."

"J-jadi... awak setuju la nak makan sekali?"

Aku mengangguk tanda setuju. Bagus, ini langkah pertama untuk Kei termakan lakonan aku.

"Saya nak masuk kelas dah ni. Kita jumpa lepas sekolah nanti ye."

"Okay!"

Akhirnya... Plan B, step 2. Aku kena bagitau kat IU ni.

🌹🌹🌹🌹🌹


Someone's POV

"Tugas kamu akan bermula dari hari ini. Masa yang diberikan kepadanya tinggal beberapa minggu saja lagi. Jadi saya nak, kamu awasinya supaya dia tidak melanggar perintah yang telah ditetapkan."

"Baik sunbaenim."

"Bila masa sudah tamat, bawa dia pulang ke tempat asal. Jangan sesekali kamu gagal membawanya. Ini tugas kita yang wajib kita buat. Kamu faham tu?"

"Faham. Saya akan jalankan kerja saya sehabis baik. Saya janji saya akan bawanya pulang ke tempat asalnya."

"Bagus. Kamu boleh mula dari hari ni."

"Baik."


















-

Bersambung-






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top