Part 8
Aku harap aku dapat jaga kau setiap masa.
🌹🌹🌹🌹🌹
JAE POV
"Sedap ni Jae... x nak makan ke?" Tanya Hyo sambil makan burger yang baru dibelinya tadi. Haihh pagi tadi dah makan daging lembu, masih lapar lagi??
"Tak pe... tak lapar." Jawapku .
"Tak lapar? Macam mana boleh tak lapar, dah berjam kita dalam kelas dengar cikgu membe-... Jae?"
Aku termenung seketika. Hyo yang memanggil nama aku pon aku biarkan ia berlalu seperti angin. Kepalaku ligat memikirkan sesuatu . Kenapa Jimin perlu masuk sekolah ni? Apa lagi yang dia mahukan?
Pasti dia inginkan sesuatu dari Hyo...Dan... macam mana aku nak bagitahu Hyo tentang diri Jimin yang sebenar? Nyawa Hyo dalam bahaya sekarang!!
"SEO JAEHEE!!!"
Suara Hyona yang kuat menyedarkan aku dari lamunan tadi. Kening aku jungkitkan padanya.
"Apa...?"
"Ada lagi rupanya, ingatkan dah pergi ikut malaikat maut tu."
"Jangan mention pasal tu boleh tak... nanti.." Aku terdiam seketika.Kenapa tetiba aku rasa macam tak sedap hati ni? Adakah.....
"Nanti apa? Dia muncul tiba-tiba pastu sodok Jae"
"Jae nak pergi tandas jap."
Aku segera bangun dari tempat duduk di kantin itu meninggalkan Hyo seketika. Aku pura-pura berjalan menuju ke arah tandas dan membelok ke arah lain tanpa Hyo sedar.
"Orang cakap sikit je lari. Kerap sangat ke tandas! Entah apa ada dalam tandas tu. Kalau ada daging fresh tak pe jugak bagi kat aku... cuma taik tak flush je. Nasib baik burger ni ada. Teman saya disini ye wahai burger.. Isi lah perutku yang kekosongan dan sunyi ini.. NGAP! "
🌹🌹🌹🌹🌹
AUTHOR POV
"Biar betik korang ni? Aku tak pernah dengar pun kes macam tu?" Tanya Solji kepada dua lelaki itu.
"Betul! Rumor ni dah tersebar luas tau. Ni berlaku sebelum kita semua ada di sekolah ni... senior-senior lepas je tau." kata Hyeongjun.
"Sebelum ni... ada senior-senior yang nak buat vlog paranormal pasal bilik ni. Diorang pecah masuk bilik ni, usik barang dalam bilik tu. Pada mulanya tak ada benda mencurigakan... sampai la..." Dongpyo berhenti dan memandang Hyeongjun sebelum dia sambung semula.
"Sampai apa?" Tanya Dyo dengan perasaan yang ingin tahu tentang pekara tersebut.
"Sampai la diorang terjumpa mayat ngeri tu. Memang bau busuk sangat tapi diorang hairan sebab mayat tu sebenarnya dah dipindahkan ke makmal forensik. Peliknya tak tau kenapa boleh ada dalam bilik tu. Last sekali, diorang semua..."
"Diorang semua dihantar ke wad gila akibat kesan daripada gangguan 'pelajar' tu. Salah seorang daripadanya dah meninggal 3 tahun lalu."
Sambung seorang gadis yang dikenali dari arah belakang sambil berjalan menuju ke arah mereka.
"Jae noona... tau pasal bilik ni?" Tanya Dyo .
"Dah lama tau. Korang je yang lambat."
Dyo hanya mengangguk kepalanya namun dua pelajar lelaki itu masih berdiri di situ. Tidak tahu sama ada mereka patut pergi ke kantin atau patah balik.
"Dah kenapa tercegat lagi kat sini?. Korang bercerita pasal ni... tak takut ke kalau 'pelajar' tu dengar?" Kata Jae membuatkan muka mereka berdua pucat.
"Alamak!!! Weyh macam mana ni Dongpyo... kalau dia ikut kita balik nanti, habis woii."
"Ish... jangan la cakap macam tu!"
Jae hanya menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil melihat reaksi dua pelajar lelaki yang comel itu.
"Dah tak perlu risau. Mungkin 'dia' tak kisah korang cerita benda yang patut orang tau so tak de la siapa yang berani masuk bilik tu lagi kan?" Kata Jae ingin menyedapkan hati dua manusia itu.
"Ye ke Unnie? Kalau betul ikut macam mana? Dah la... Dyo oppa ni penakut! Tak boleh harap kalau mintak tolong." Kata Solji . Tangannya disilang .
" Eleh.. Kau dengan lipas kecik tu pon panggil aku jugak mintak tolong bunuhkan" Kata Dyo .
"Hmm... tak pe. Dongpyo dengan Hyeongjun pergi makan cepat. Lagipun kejap lagi nak habis dah masa rehat." kata Jae sambil mengusap kepala dua pelajar lelaki itu. Dia tidak dapat menahan dirinya kerana mereka terlalu comel!
"Gomawo, Jae sunbaenim!" Dengan itu mereka pun berlalu pergi.
"Jae noona kenal diorang?" Tanya Dyo sambil memandang ke arah dua manusia itu yang masih berjalan tidak jauh dari mereka.
"Oh... diorang tu, kawan cousin Jae. Hmm"
"Oh... btw, macam mana unnie tau pasal bilik ni?"
"Haihh kamo ni... kan dah cakap tadi, rumor ni tersebar luas kot. Korang je lambat tau.... dah jom pergi ke kantin. Kakak korang tunggu punya lama."
Mereka bertiga terus melangkah menuju ke arah kantin. Tetapi...
"Heh... kenapa kau nak berahsia sangat pasal bilik ni?"
🌹🌹🌹🌹🌹
KEI POV
Tsk... bosan gila dowh tak tau nak buat apa. Lagipun hairan jugak hari ni tak dengar pun berita pasal Kyle dengan HyoNa bergaduh... Dorang dah berdamai ke?
"KEI!!!!!"
Bahu aku terhincut sedikit akibat terkejut dengan jeritan kuat dari seorang yeoja yang aku kenali.
"Ada apa Nara ? aku tak pekak lagi sakit telinga aku tau tak!"
"Ni... aku dengar kan budak baru kelas sebelah tu hensem siot."
"Siapa?"
"Tak tau. Tapi apa yang aku dengar... nama dia Park Jimin."
Park Jimin? Siapa dia tu? Macam pernah dengar tapi... aku tak kenal pulak.
"Tsk... siapa eh..."
"Weyh Kei... tu dia budak baru tu!"
Nara tunjuk ke arah kanan aku. Dari jauh aku sudah nampak figura lelaki yang bernama Park Jimin, sedang berjalan sepanjang koridor.Rambutnya diselak ke belakang dengan bergaya.
"Oh my gosh! Bergayanya..."
"Kan? Aku dah cakap dia ada rupa!!" Kata Nara sambil menampar lenganku berkali-kali dengan perasaan teruja.
"Ish... sakit la!! Hmm... well he's my style~"
Senyuman manis bercampur sinis terukir dibibirku. Patut tak aku acah-acah tembung dengan dia? Kenal-kenalan GITEWWWW. Aku patut goda dia~
"Park Jimin... I'm coming~!!!"
🌹🌹🌹🌹🌹
IU POV
"Since korang tau aku dan Jimin masuk kat sekolah ni. Korang dah berkuasa untuk buat apa saja... kat budak mentah si Hyona tu"
"Naisssssss. Aku banyak sangat benda yang aku nak buat kat budak tu. Makin panas pulak hati aku." kata Seulhye sambil menjeling matanya.
"Tapi... selain daripada Jae, ada lagi sorang yang sentiasa protect si Hyona ni." kata Minji sambil mengerutkan dahinya.
Ya aku tau siapa orang tu. Jeon Jungkook. Kalau bukan sebab dia dan Hyona tak guna tu... aku tak mungkin sampai datang ke sini.
"Korang tau... Waktu bila Jungkook muncul ?"
"Setahu aku... Jungkook muncul bila Kyle panggil nak mintak tolong sebab kena serang. Tapi ada satu hari tu dia muncul tanpa dipanggil oleh Kyle."
"Betul cakap Seulhye. Dia pernah muncul masa... Jimin serang Hyo masa malam kejadian tu! Padahal Kyle tak ada kat situ."
Mesti la... Jungkook dah salurkan darahnya sedikit kepada Hyo. Secara tak sedar Hyo dah terpanggil Jungkook pada masa tu. Ini bermakna....
"Nampak gayanya... aku ada cara macam mana kita nak bawa Jungkook muncul di depan kita."
"Macam mana?" Tanya Seulhye dan Minji serentak.
Hahahahahahaha. Aku akan pastikan kali ni rancangan aku akan berhasil!
🌹🌹🌹🌹🌹
JUNGKOOK POV
"Haihh..."
"Ni dah kali keseratus kau mengeluh. Apa masalah kau sebenarnya ni?" Tanya Seokjin.
"Tak... cuma..."
"Dah lama budak tu tak panggil kau? Kau rindu sangat ke kat dia tu..."
Aku menyerabutkan rambutku sedikit. Haishh... hyung ni tak pernah nak buat aku rasa lega. Ada je benda dia nak buat aku bertambah stress.
"Hairan... dia dah tak bergaduh dengan Kyle lagi ke? Atau... dia dah jumpa boyfriend?"
BUKKKK
Seokjin hyung memukul kepala aku dengan bantal. Haishh nasib baik bantal tu lembut, kalau kuali tu... aku tak tau la. Mungkin berbenjol sedikit.
"Fikir logik akal boleh tak? Dia mana ada boyfriend lagi."
"Alaa... gurau je kot..."
"Dah... kalau nak sangat tengok dia. Apa kata jumpa je dia lepas sekolah--"
"Hmm... NANTI DIA SYAK SESUATU NANTI MACAM MANA??" Kataku dengan meninggikan suara secara tidak sengaja.
"BIADAP. Jerit kat orang lagi tua..."
"Akhirnya sedar diri jugak dia tua..."
"Shadap!! Apa yang dia nak syak?"
"Ye la... dah haritu terlepas cakap yang dia panggil. Mesti nanti dia tanya lagi soalan tu.... dah la memanjang berkepit ngan si Jae tu..."
Aku memang bersyukur sangat yang Jae kawan baik Hyo. Tapi aku masih tak puas... rasa macam nak je Hyo dekat dengan aku.
"Jungkook."
Aku mengalihkan pandangan ke arah pintu bilik. Ayah. Dia berjalan ke arah aku dengan perlahan. Adakah ayah dah dengar perbualan kami tadi?
"Ada sesuatu yang ayah nak bincang dengan kamu..." Kata Ayah sambil memandang ke arah Seokjin dengan memberikan isyarat supaya dia keluar untuk memberi ruang kepada kami .
Seokjin hyung menunduk hormat lalu berjalan keluar dari bilik aku bersama konco-konco ayah.
"Ayah nak bincang apa?"Tanyaku ingin tahu.
"Pasal kerajaan Vampire dan dunia ni..."
".... ada masalah ke?" Kening aku kerutkan.
"Ayah nak... kamu jadi Raja puak vampire dan dunia kita ni."
Nanti dulu....
"RAJA??"
-BERSAMBUNG-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top