Part 7


Ada sesuatu yang tak kena.. Tapi apa?



🌹🌹🌹🌹🌹








" semua , harini kita ada pelajar baru. Silakan masuk dan perkenalkan diri kamu" Arah Puan Kang dengan lembut.

Hyo yang dari tadi termenung pada menjanya terus mengalihkan pandangannya di hadapan kelas. Seorang pelajar lelaki masuk ke dalam kelasnya dengan senyuman yang agak manis.

Mata mereka bertaut membuatkan Hyo automatik mengalihkan pandangannya pada papan putih.

" Hey, Saya Park Jimin!. Mohon tunjuk ajar! " Kata Jimin dengan semangat. Senyumannya masih lagi terukir.

" Jimin, awak boleh cari tempat duduk yang kosong ye " Arah Puan Kang. Buku teks di atas mejanya diselak untuk mencari topik pembelajaran mereka pada hari ini.

" Baiklah " Kata Jimin lalu melangkah menuju ke tempat duduk yang kosong di belakang kelas. Matanya asyik memerhatikan setiap gerak geri HyoNa yang tengah gelabah. Senyuman manis tadi bertukar menjadi sinis.

Sekali lagi mata mereka berdua bertaut membuatkan Hyo semakin tidak selesa. Siku milik Jae dilagakan dengan sikunya.

" Apa? " Tanya Jae pelik.

" Ada bau daging lembu lagi ke Jae? " Tanya Hyo. Dia sempat memerhati Jimin di belakang dengan ekor matanya.

" Mana ada dah. Kenapa ni? " Tanya Jae semakin pelik melihat keadaan Hyo yang seakan tidak selesa itu.

" Budak baru Jimin tu asyik pandang-pandang Hyo lah. Hyo tak selesa .. Mana tahu dia terbau daging lembu tu " Bisik Hyo pada Jae. Dia semakin menghimpit Jae ke tepi. Kalau boleh dia nak masuk bawah meja milik Jae memandangkan mejanya paling dekat dengan Jimin. Jadi.. Dia mahu larikan diri!

" Hyo, tepi lah sikit. Puan Kang pun dah pandang-pandang kita kalau Hyo asyik himpit Jae macam ni" Kata Jae lalu menolak semula badan Hyo menjauhinya sedikit.




🌹🌹🌹🌹🌹



" Cepat Jae! " Panggil Hyo dari luar kelas. Kalau bab rehat ni memang dia lah orang pertama yang akan keluar dari kelas.

" ye ye ye. Ish budak ni kalau makan laju je " Kata Jae sambil mengelengkan kepalanya. Apalah nasib dapat kawan kuat makan. Dengan pantas dia pergi mendapatkan Hyo yang sudah menunggunya di luar kelas.

" Mana ada Hyo nak makan.. Kan tadi ma---"

Belum sempat Hyo ingin menghabiskan ayatnya. Seorang namja berdiri di hadapan mereka berdua membuatkan Hyo kembali tidak selesa.

" Hye. Aku Jimin " Tangannya dihulurkan untuk berjabat tangan dengan HyoNa. Senyuman manis diukirkan. Matanya tidak lepas memandang setiap inci wajah milik HyoNa.

Semakin tidak selesa Hyo disitu. Sahabatnya yang berada disebelah diperhati. Berharap yang JaeHee dapat membantunya. Tapi malangnya JaeHee asyik perhati Jimin dengan riak wajah yang series.

" H-HyoNa " Jawap Hyo lalu perlahan-lahan dia berjabat tangan dengan Jimin.

"Park Jimin. Of course la... Aku kenal kau" Tiba-tiba sahaja Jae mengeluarkan kata dengan nada yang tidak pernah didengari oleh Hyo selama ini. Nada suaranya yang tegas bagaikan sarjan askar.

Serentak Jimin dan Hyo memandang ke arah Jae . Walau bagaimanapun, cara pandangan Jimin terhadap Jae berlainan. Seperti ada sesuatu yang dia hairankan. Tapi lain dari Hyo yang hanya memandang Jae dengan fikirannya yang kosong. Blank~

"Huh?"

"Maksud aku... kitorang, memang kenal kau. Kan pagi tadi kau dah intro diri kau kat depan kelas. Kan Hyo?" Tanya Jae tanpa memandang ke arah Hyo. Matanya tajam menikam mata Jimin yang masih memerhati sahabatnya, Hyo.

"Err... ahh. ha ah! ye " Jawap Hyo kekok.

"Okay... ermm Hyo, jom ki-"

"Hyo, tadi cakap lapar kan? Jom kita pergi sekarang! Nanti makanan habis pulak." Belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya, Jae segera menarik tangan Hyo dan meninggalkan Jimin berdiri di situ.

Perasaan curiga mula timbul dalam diri Hyo. Seperti ada sesuatu yang aneh antara Jae dan Jimin. Akan tetapi perasaan itu diabaikan sahaja oleh Hyo kerana perutnya yang sedang mengaum kelaparan telah membuatnya hilang fokus. Terlalu lapar~!!

Sementara itu, Park Jimin...

"Shit. Tak guna Jae."

"Hmm... kenapa? Baru nak start dah ada yang menghalang ke?" kata seorang gadis berambut panjang dan lurus berwarna hitam, yang muncul di belakang Jimin.

"Tak de pa pe la. Haa kau pagi tadi dalam kelas macam mana?"

"Well... " gadis itu hanya senyum sinis, teringatkan hal pagi tadi di kelas barunya.

FLASHBACK

"Kelas, kita sangat bertuah hari ni .Sebab kita ada pelajar baru yang akan masuk kekelas ni. Nanti kamu semua berbaik dengan dia, okay?" kata Puan Maeng kepada anak murid kelasnya itu. Semua pelajar mengiyakan sahaja..

"Then, kita patut panggil dia masuk kan? Okay kamu boleh masuk, dan perkenalkan diri kamu." kata Puan Maeng sambil memandang ke arah pintu masuk.

Seorang gadis melangkah masuk ke kelas itu. Hampir semua pelajar lelaki di kelas itu tergoda melihat gadis itu, tetapi lain bagi pelajar perempuan. Namun, bagi seorang pelajar lelaki ini reaksinya berubah apabila dia melihat gadis itu melangkah masuk ke kelasnya.

'Yeoja tu... yeoja yang bertembung dengan aku tempoh hari tu! A-apa dia buat kat sini...?' Fikir jejaka itu dengan hanya memandang gadis itu dengan mulutnya yang terbuka sedikit.

"Annyeonghaseyo, Lee Ji Eun imnida. Tapi korang boleh panggil saya IU. Sila jaga saya dengan baik." gadis itu memperkenalkan dirinya sambil tunduk hormat. Senyuman manis terukir di wajah gadis itu. Ketika itu jugak mata gadis itu dan si jejaka ini saling bertentangan. Si jejaka segera menundukkan kepalanya ke meja , mukanya mula berubah kemerahan.

"Okay IU, awak boleh duduk di...." Kata Puan Maeng yang sedang mencari tempat kosong untuk gadis itu. Hanya satu sahaja yang ada iaitu bersebelahan dengan si jejaka itu.

"Haa!! Awak boleh duduk di sebelah Kyle. Kyle! Tolong angkat tangan."

Walau bagaimanapun si jejaka itu atau dikenali sebagai Kyle tidak dengar bahawa namanya dipanggil oleh guru kelasnya itu. Dia masih lagi meletakkan kepalanya di meja.

"Kyle!"

"Ermm tak apa cikgu, saya rasa saya tau mana satu Kyle." kata IU dengan nada yang lembut.

"Baiklah, awak boleh duduk sekarang."

Tanpa berlengah masa, IU segera membuka langkahnya bergerak ke arah Kyle. Tetapi Kyle masih tidak bergerak, masih kaku di tempatnya. Matanya ditutup rapat tetapi mulutnya sedang mengatakan sesuatu seolah-olah sedang berdoa agar si gadis itu tidak mengecamnya. Atau... dia sengaja menyanyi supaya dia tidak perasan bahawa IU berada betul-betul di sebelahnya.

"Hey Kyle, boleh saya duduk sebelah awak?"

Kyle masih tidak bergerak. Tiba-tiba ada sesuatu yang membuatkan Kyle tersentap.

"Ooo anak itik tokwi~!!"
Kyle yang dari tadi tidak bergerak itu tiba-tiba saja badannya terus meloncat dan terjatuh ke belakang bersama kerusinya. Ada seekor anak lipas di depan matanya yang sedang bergerak. Terkejut beruk dibuatnya.

Semua rakan kelasnya mengalih perhatian ke arahnya. Ke semua rakannya ketawa besar melihat pekara yang berlaku terhadap Kyle. Manakala IU hanya ketawa kecil sambil menutup mulutnya.

"Kamu kenapa Kyle? Tiba-tiba je jatuh." Puan Maeng datang kepadanya bertanya dengan keadaan yang risau.

"T-tak ada apa-apa cikgu. Cuma... cuma... haa terkejut ada labah-labah kat meja saya... haa... tu je... heee"

"Ish kamu ni. Cikgu ingatkan apa la. Dah la, duduk elok-elok." Puan Maeng menepuk bahu Kyle lalu menggelengkan kepalanya perlahan.

Kyle bangun dari lantai dengan segera lalu mengangkat kerusinya. Dia memandang ke arah IU yang masih berdiri di sisinya. Rakan kelasnya tidak lagi memandangnya dan masing-masing fokus memandang ke hadapan . Semuanya sudah bersedia untuk menerima ilmu yang akan disampaikan.

"Eh awak... yang tempoh hari tu kan?" Tanya IU.

"Ya... ermm... sa-saya Kyle. Jeon Kyle." Jawap Kyle tergagap-gagap. Maklum la gadis cantik macam IU siapa je yang tak terpikat bukan?

"Saya tau..." bisik IU sambil tersenyum.

"Huh?"

"Tak de pa pe. Boleh saya duduk?"

"Ahh... ye silakan." Kyle yang masih tersipu malu menggosok belakang lehernya. Nampaknya hari ni hari yang sangat panjang baginya.


END FLASHBACK


"Dia tak perasan kau siapa?" tanya Jimin.

"Aku ni kan witch... aku ada cara aku untuk selindungkan rupa sebenar aku" kata IU sambil tersenyum sinis. Rancangan pertamanya berjaya.




🌹🌹🌹🌹🌹




"SOLJI!!!!!!!"

Terdengar suara pekikan dari seorang lelaki yang berlari di sepanjang koridor kelas menuju ke arah Solji. Ternyata lelaki itu adalah abangnya, Dyo.

"Oppa... pehal lari bagai macam kena kejar dengan kerbau ni? " Tanya Solji dengan kening yang dikerutkan. Pelik melihat abangnya yang gelabah semacam.

"Me...memang ada kerbau tengah kejar pun" kata Dyo yang sedang termengah keletihan akibat berlari.

"DYO!!!! MANA AWAK???!!!"

Bulu romanya terus menegak apabila terdengar namanya dipanggil kuat oleh seorang yeoja itu.

Tanpa berlengah masa, Dyo terus menarik Solji masuk ke dalam satu bilik yang kosong berhampiran dengan mereka. Dyo menutup pintu bilik itu dan menghendap di sebalik tingkap. Solji juga turut serta mengikut perbuatan Dyo yang melihat keadaan di luar melalui tingkap.

"Siapa tu?" Tanya Solji.

"Sshhhh diam. Nanti dia nampak." Bisik Dyo.

Kelibat seorang gadis berbadan gempal dan rambut bertocang dua itu lalu di hadapan bilik tersebut. Mata gadis itu merayau mencari Dyo. Setelah beberapa saat gadis itu pun berlalu pergi. Nafas panjang dihembus dengan lega oleh Dyo. Namun Solji hanya melihat sahaja perangai pelik abangnya itu.

"Siapa perempuan tu?" Tanyanya lagi.

"Dia tu la yang selalu cari abang. Dia tu.. 'secret admire' yang abang pernah cerita haritu."

"Pfffttt....BHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" Solji tergelak besar setelah mendengar jawapan dari Dyo. Selama ini dia sangkakan abangnya itu bergurau saja. Ternyata memang benar dan lebih dari realiti.

"Gelak pulak... dah la malas nak layan kau. Baik cari Hyo noona." kata Dyo lalu keluar dari bilik itu.

"Eh... hahahha jap..."

Sebaik sahaja mereka keluar dari bilik itu , dua orang pelajar lelaki yang lalu di situ terkejut melihat Solji dan Dyo yang baru keluar dari bilik itu. Malah mereka nampak ketakutan.

"K-korang b-buat apa dalam bilik tu?"

"Ha ah... macam... mana korang boleh masuk? Bilik tu kan berkunci?"

Ehh kunci? Solji dan Dyo mula hairan. Masa Dyo dan Solji masuk, pintu bilik tu tidak berkunci pun. Kenapa mereka kata bilik itu berkunci? Kenapa mereka kelihatan begitu takut?

"Kunci? Mana ada... bilik tu tak berkunci pun. Kan tadi aku masuk elok je." kata Dyo. Ye la satahu dia zombie tak ada kuasa menembus ni.

"Tak kunci? Tapi... jap Hyeongjun. Cer kau check."

"Pehal aku pulak... kau la pergi"

"Ish... ye la ye la." Salah seorang dari mereka berdua berjalan ke arah bilik itu. Pelajar itu memegang tombol pintu dan cuba untuk buka tapi malangnya tidak berhasil. Ia masih berkunci!

Dyo dan Solji saling berpandangan. 'Tadi buka boleh je'

"Dongpyo! Kunci ke tak?"

"Kunci la. Tak boleh pun buka..."

"Ehh serius la. Tadi boleh je buka" kata Dyo dengan hairan. Tadi bukan main senang je dia pulas tombol pintu tu.

Pelajar lelaki bernama Dongpyo berjalan ke arah Hyeongjun semula.

"Korang ni kenapa? Apa yang tak kena dengan bilik ni?" Tanya Solji tanpa rasa takut dan ragu-ragu.

"Sebenarnya... bilik tu bahaya sebab... ada seorang pelajar mati dalam keadaan mengerikan dalam bilik tu. Dan bilik tu... 'rumah' pelajar yang mati tu." kata Hyeongjun dengan wajahnya yang asyik melihat kiri dan kanan.

"WHAT??!!"









-BERSAMBUNG-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top