Part 5

please save me !




🌹🌹🌹🌹🌹








Author POV


BUKKKKKKKKKK

Satu tumbukan yang kuat membuatkan serigala itu terbaring lemah.  Hyo hanya perhati seorang namja yang baru sahaja menyelamatkan nyawanya.

Bukan dia tak boleh nak lawan serigala tu balik tapi kalau dah dalam keadaan tak sedia semua benda tak jadi.  Silap² dia jadi hidangan makan malam.

" Kau ni sama macam adik aku.  Suka sangat buat hal . Lepastu kenapa kau suka sangat panggil aku?  "  Tanyanya pelik. 

" K-kau sape? Jap... masa bila pulak aku panggil kau?! " Tanya hyo. Pelik juga dibuatnya. Bila masa pula dia ada panggil namja ni?  Tapi... hoodie ni, dengan susuk tubuh ni bukan ke yang serang aku setiap kali aku gaduh dengan Kyle? Jadi maknanya...

" Aku jeon jungkook " jawap jungkook . Pantas lengannya melilik pada pinggang hyo lalu diteleport ke rumah hyo.

Hyo yang terkejut dengan tindakan jungkook tadi terus menolak kuat namja tersebut menjauhi dirinya. Nasib je dah sampai depan rumah.

" Jangan sentuh aku vampire tak guna!! " Marah hyo padanya.  Pinggangnya ditepuk² bagai menghilangkan kotoran disitu. Sempat dia beri jelingan maut pada jungkook sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

" Jangan kuat sangat mention vampire tu boleh tak? Tak pasal manusia semua dengar. Dah la kau yang panggil aku mintak tolong lepas tu marah pulak " Kata jungkook dengan senyumannya yang terukir. Rasa kelakar pulak melihat kelakuan yeoja tadi.

Dirinya tidak lah membenci sangat pada puak zombie. Kenapa?  Dia tahu yang puak mereka bermusuh. Tapi dia tidak salahkan sesiapa dalam hal ini sebab itulah dia tidak membenci sangat pada puak zombie. Dia juga masih lagi menyiasat punca mereka bermusuh .

" Ermm... " Hyo terdiam seketika kemudian dia teringat semula apa yg dia nak tanya kepada si Jungkook tu.

Hyo pusing memandang ke arah Jungkook yang dekat dengannya. Muka Jungkook begitu dekat dengan muka Hyo membuatkan gadis itu merah padam.

' Alamak... kenapa dengan aku ni? Dia pandang aku macam ni pun aku dah melting ke... ' kata Hyo di dalam hati yang hanya saling berpandangan dengan Jungkook.

" Ada apa-apa nak cakap ke? " tanya Jungkook dengan  selamba. Kedua tangannya diletak kebelakang seperti seorang raja.

" Aa... mmm " tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Hyo. Dia bagaikan dipukau... tak, mungkin saja dia tergoda dengan kekacakan jejaka itu atau jarak yang begitu rapat antara mereka membuatkan gadis itu kurang selesa.

" Unnie!!! Jae nak jumpa!! " satu panggilan daripada suara seorang budak perempuan menyebabkan Hyo beralih pandangan dari Jungkook.

Adiknya, Solji yang keluar dari rumah itu berjalan ke arah Hyo.

" Buat apa lagi kat luar sorang-sorang, cepat masuk. " arah Solji. Amboi makin pandai mengarah orang yang lagi tua dari dia.

Difikirkan semula oleh Hyo apa yang dikata adiknya itu membuatkan dia pelik. 'Sorang-sorang?'. Dia menoleh ke kiri dan melihat Jungkook yang berada di sebelahnya tadi sudah hilang. Agaknya pulang. ke rumah kot, fikir Hyo.

Dengan langkah yang perlahan, Hyo masuk ke dalam biliknya lalu baring di atas katil yang empuk.Otaknya Masih memikirkan jejaka vampire tadi tu.

" Jae? " Hyo ternampak Jae yg berada di luar tingkap. Raut wajah Jae yg penuh risau dan sedih terukir. Hyo bangun dari katilnya lalu membuka pintu tingkap.

" Cik... Nampak tak kawan saya?...  K-kawan saya... kena makan dengan serigala... dia... dia dah mati ke... ada nampak tak cik? "

Jae tiba-tiba saja berkelakuan aneh dengan menyatakan Hyo dimakan oleh serigala jadian menyebabkan Hyo berasa menyampah. 'Depan mata kau ni bukan kawan kau lagi ke setan?'

Lalu Jae ditolak oleh Hyo jatuh dari aras satu. Bunyi gelakan dari Jae menyapa gegendang telinga Hyo.Jae kemudian muncul di belakang Hyo.

" Alaaa jangan la marah. Jae gurau je kot... pffftttt "

" Pikir lawak sangat ke? "

" Okk sorry~ nanti Jae belanja makan okay? "

" Makan apa? Ayam goreng McD ehh "

" Lagi special dari tu "

" Apa dia? "

" Otak~ " Jae mula mengajuk cara zombie membuatkan Hyo rasa geram dan terus baling bantal ke arah Jae namun gagal. Bantal tu tembus Jae kot. Jae kan roh.

🌹🌹🌹🌹🌹

Jae POV

" Okk Jae balik dulu "

" Kbye " jawap hyo ringkas.

" Pendeknya balas... patut la tuan badan tak tinggi-tinggi "

Aku masih lagi berdiri di luar rumah Hyo sambil memikirkan perkara yang berlaku antara Hyo dan namja tu.

Ye... aku rasa hairan sangat. Sesuatu yang aneh dengan perangai namja tu. Kenapa dia lain?

" Kenapa Jungkook selamatkan Hyo sedangkan selama ni dia serang Hyo? "

🌹🌹🌹🌹🌹

Jungkook POV

" Kau buat lagi... "

" Aku buat apa? " tanyaku dengan hairan. Mamat ni tetiba je...

" Kau pergi jumpa dia lagi "

" Correction. Aku selamatkan dia, bukan saja-saja jumpa " aku menjeling. Suka hati aku la nak jumpa dia ke, nak dating dengan dia ke, nak kahwin dengan dia sekali pun itu hak aku hal aku. Menyibuk pehal dia ni...

" Yang kau pergi selamatkan dia, pergi layan baik dengan dia tu buat apa?! Kau tau kan kita dan zombie tak kan berbaik! Nanti kalau ayah kau dapat tau nanti... macam mana?? "

" Kim Seok Jin!!! " aku tinggikan suara padanya. Rasa marah mula membuak dalam diri aku. Mataku mula bertukar berwarna merah, memandang Seokjin dengan perasaan marah.

" ..... hyung, kau tak rasa pelik ke kenapa vampire dengan zombie tak berbaik? Kau tak terlintas langsung ke apa sebab kita bergaduh dengan puak zombie? "

" Ada sebabn--"

" APA SEBABNYA?! "

Belum sempat Seokjin menjawab, aku teriak.

" Zombie... tak sama dengan werewolves. Diorang tak sama langsung! Kenapa kita mesti bermusuhan dengan puak diorang jugak hyung? " Tanyaku lagi dengan perasaan geram.

Aku memandang Seokjin yang hanya mendiamkan diri sahaja. Kim Seokjin, satu-satunya kawan yang selalu ada di sisi aku. Tempat di mana aku selalu bercerita semua masalah aku, selalu lepak dan semuanya. Tapi, sejak ayah berjumpa dengan dia... dia dah mula kawal hidup aku. Terlalu overprotective...

" Persoalan kamu bakal dijawab kalau kamu berusaha mencari jawapannya, Jungkook. " tiba-tiba suara yang tenang datang. Aku menoleh ke arah pemilik suara itu. Pakcik Lee! Dia juga selalu menolong aku kalau aku ada masalah yang tak dapat nak diselesaikan. Dia seorang yang sangat tenang dan kuat walaupun dia kini sudah berusia.

Senyuman Pakcik Lee yang ikhlas itu buatkan aku rasa lebih semangat! Terima kasih, pakcik.

" Baiklah... "


🌹🌹🌹🌹🌹



" Tak guna! AAAAARRRRGGGGHHHHHHHH!!!! "

" Mungkin dah tiba masa untuk aku muncul... inilah masanya. "

Kaca yang sudah pecah digenggamnya kuat Senyuman sinisnya terukir.  Gelakan jahatnya bergema di seluruh kawasan.

" Tak guna kau Kim Hyo Na!  Tunggu kau nanti... "

🌹🌹🌹🌹🌹


Author POV

" Arkk... perlahan la sikit "

" Amboi, sakit sikit je ni tak boleh tahan? Mana perginya Encik Jimin yang gagah perkasa tu? " kata Minji sambil mengubat luka pada bibir Jimin. Agaknya kuat sangat si vampire tumbuk mukanya ni.

" Diam la kau. Buat kerja kau dulu "

Minji menjeling mata ke atas. Agak annoyed dengan mamat ni. Sakit macam tu pun boleh lagi nak bising.

" Macam mana si pompuan tu boleh terlepas haa?! "

" Berapa kali aku nak cakap Seulhye... si jebon vampire, Jeon Jungkook serang aku! Dia yang bawa lari Hyo! "

Seulhye menghentak kakinya dengan geram lalu beredar. Tinggal Minji dan Jimin di situ.

Tiba-tiba, ketukan pintu membuatkan dua makhluk itu tersentak.

" Siapa pulak yang datang ni? " kata Jimin sambil berjalan ke arah pintu.

Pintu rumah perlahan dibukanya dan dia melihat seorang gadis berambut perang dan panjang, dress berwarna merah dan berkasut tumit tinggi. Jimin tidak dapat melihat wajahnya... hanya susuk tubuh belakang gadis itu sahaja. Dia ingatkan gadis itu adalah vampire.

Gadis tersebut pusing ke arah Jimin membuatkan si lelaki itu terkejut. Jimin kenal siapa gadis itu.

" Lama tak jumpa, Park Jimin. "





















-Bersambung-















Author hyo : Hehehehehehehe. *Gelak macam shinchan*

Author jae : *Cepuk hyo*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top